27 August 2006

Berita hangat minggu ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pendengar..
Hari ini Sebuah bandar kecil yang banyak gereja di benua Kangaroo telah dihangatkan dengan berita dari pegawai atasan, en. X (sudah tentu bukan nama sebenar-mane ade org name gitu) mengenai kenaikan duit habuan menyara diri pelajar2-pelajar tajaan JPJ (Jabatan Penyara Jutawan) dari beberapa dollar (AUD532) ke beberapa-rapa dollar (AUD980). ini mungkin menjadi berita gembira kepada pelajar-pelajar yang telah papa kedana selama ini makan maggi dan kedai makan cina L-noodle (bukan nama sebenar juga) sekali se-semester.

Namun, ia juga menjadi berita yang menghiris hati sebahagian pelajar yang lain berikutan polisi baru JPJ yang agak pelik iaitu polisi yang dipanggil Pasal 2 Perenggan 6-"Pandai-Pandailah Korang Guna Duit Ni".

Reaksi berbeza diterima selepas pengunguman dibuat. Ada yang bergembira dengan mengawal keriakan dihati. ada yang insaf dengan kurniaan Allah ini. ada juga yang sudah berfikir-berfikir di mana mahu merempat tahun-tahun seterusnya. ada juga yang bercadang untuk menggunakan duit itu untuk kenduri kendara ala-ala siti dan datuk K. apa pun semuanya berpuas hati dengan suapan akhir majlis dengan resepi Nasi Ayam Tutup Mulut masakan tukang masak terkenal di import dari Bangi dan Serting.

Apa-apa pun. kita lihat apakah kesudahan episode pelik mengenai elaun makan minum pelajar2 tajaan JPJ ini. adakah penaja lain seperti MARAK, syarikat minyak PETROLNAS dan syarikat elektrik TND (tenaga nasional dihad) akan mengikut jejak langkah mereka? tunggu jawapannya minggu nnt.

23 August 2006

pelajaran hari ini

dalam theory ethics, yang sudah pastinya dipelopori orang putih, mereka menakkul suatu tindakan. atau dalam erti kata lain menilai samaada suatu perbuatan itu ethical atau tidak menggunakan theori2 mereka. ada banyak. tapi aku bg 3 yg aku diajar dalam subject Medical Ethics and Health Economics-(jangan tanya untuk apa diorg ajar aku mende ni).
  1. Virtue Theory- iaitu menilai sesuatu berdasarkan pembuat. maknanya kalau pembuatnya baik, maka tindakannya mestilah baik. kalau perbuatan itu jahat maka pembuatannya jahat vice versa. circle of action-doer ni berpusingla sampai kau penat menilainya. maknanya kalau ada case bunuh. makanya orang yang bunuh itu pembunuh. bunuh itu jahat-begitu juga pembunuh.
  2. Deontology Theory- bunyi macam kajian mengenai gigi gajah- tapi bukan. theory ni menilai dari sudut duty dan obligation. maknanya bila berlaku sesuatu perbuatan- lihat dari sudut kewajipan orang itu. makanya membunuh itu jahat. tapi kalau polis yang membunuh orang jahat-maka perbuatan itu ethical.
  3. Utilitarian Theory a.k.a consequentialism iaitu menilai sesuatu action itu berdasarkan kesan tindakan. makanya kalau yang dibunuh itu orang jahat. maka pembunuh itu baik kerana mengelakkan orang jahat td terus hidup.
xtahula org faham ke x. tp point aku berkongsi ini adalah utk melihat bagaimana complicatednya makhluk2 Allah ini membuat theory2 tentang nak tahu ape yg diorg buat itu baik atau tidak. 'padahal kalau pk2 balik' (A***, 2006) sebenarnya mudah jek Allah ajar manusia bagaimana nak tahu sesuatu tu baik atau x.

bagaimana nak menilai apa yang kita buat itu ethical atau tidak?
dua jek indicatornya.
1-niat.
2-syariat.

maksudnya..
"Dan barangsiapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, Maka Sesungguhnya ia Telah berpegang kepada buhul tali yang kokoh. dan Hanya kepada Allah-lah kesudahan segala urusan." Luqman:22

seperti sabda nabi S.A.W dr Umar R.A "Sesungguhnya setiap amalan itu adalah dengan niatnya.."(fathul Bari:1/15 Hadith 1).

"barang siapa yang melakukan suatu amalan bukan atas perintahku maka ia tertolak". (Riwayat Muslim)

juga ikut syariat. maksudnya ikut apa yang Allah rasul tetapkan.

Katakanlah: Sesungguhnya Aku Ini manusia biasa seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa Sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa". barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya, Maka hendaklah ia mengerjakan amal yang saleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya". Kahfi:110

"sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa." (al-maidah:27)

"Dan Katakanlah: "Bekerjalah kamu, Maka Allah dan rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang Telah kamu kerjakan." at-taubah:105

sebab tu dalam Islam Robinhood tu tetap salah- walau dia baikcamne pon niat dia- dia tetap pencuri. Sebab tu tu Saddam Hussin salah. walaupun dia nak bangunkan Iraq untuk izzahkan Iraq. tapi bukan dengan membunuh ulama syiah dan orang-orang kurdis.

kalau fikirkan betapa bodohnya org kafir menyerabutkan hidup mereka dengan teori-teori komplikated pasal kehidupan mereka. padahal mudah2 Allah dah tunjuk, akan buat kita fikir balik. siapa yang lebih bodoh sebenarnye.
diorg tu bodoh dan sesat dengan ilmu mereka sebab mereka xnampak hidayah Allah. ayat2 Allah ni xde nilai kat mereka. tapi mcmane plak ngan manusia-manusia yang Allah beri hidayah dan pedoman ngan Al-quran. tetapi masih menilai sesuatu tindakan guna logik akal instead of gune neraca pertimbangan Illahi yang Maha Agung. da pandai sangat gamaknya.

aku pon malas nak bg contoh. nnt dikatakan pandai sgt. tgk sekeliling. xpon malas sgt nak tgk, baca paper. sure jumpe kenyataan2 bodoh org2 yg berfikir ikut neraca org kafir padahal telah jelas petunjuk depan mata diorg.

pointnye- pk la tindakan kita guna neraca Allah. jgn ikut neraca aqal, neraca nafsu. kalau x abesla...

17 August 2006

dan redhalah dia bertemu penciptanya..


harini genap seminggu berlalu. masih pilu tapi redha padanya lebih lagi. selalu aku ingatkan hati ini. mana mungkin kau mengharap bertemu redha Tuhanmu kalau kau menafikan pertemuan dengannya. maka, pemergian wan aku redhakan kerana itulah satu-satunya cara dia bertemu dengan penciptanya. Alhamdulillah 12tghari jumaat lepas, jenazah arwah selamat dikebumikan. sesak rumah dengan yang datang melawat arwah. Arwah meninggal dalam bilik aku. dulu dia pernah cakap kat aku. bila aku dah pergi belajar jauh, dia xsuka datang rumah aku. katanya terngiang2 akan kehadiran aku. begitu juga aku nanti. Dia pergi pun dalam bilik aku. pastinya pilu untuk aku.

orang mungkin pelik. nenek je pun, apsal nak lebih2 sedih.bagi aku yang tersangat rapat ngan arwah ni lain. kasih yang amat. xboleh gambar dengan kata-kata. terima kasih pada semua yang concern dan sampaikan tazkiah. terima kasih pada muslim yang ada bersama aku sewaktu dapat berita ini. terima kasih pada ahli rumah yang sama-sama solat jenazah ghaib. terima kasih kat anak-anak yang menenangkan. jazakumullah khairan.


terlalu sibuk hari-hari yang berlalu lately. susah nak mencari masa senggang. banyak dalam fikiran ni yang nak dikongsi. tapi mungkin nanti sahaja. macam seorang sahabat pernah cakap. bahasa amal itu lebih tajam dari bahasa lisan. maka tak mengapa. tak dapat berbahasa di sini. insyaAllah bahasa yang lain terus berjalan.

11 August 2006

Alfatihah untuk wan tersayang..

pilu. innalillahi wainna ilaihirajiun. Allah lebih sayangkan dia. Jam 6ptg td, nenek aku yang tersayang pergi menemui penciptanya. dan tinggalkan kami untuk selamanya. malam td mimpi bertemu dengan dia. pelik. rupanya rindu dia pada aku singgah ke mimpi aku. dan bawa khabar. yang aku tak sempat menatap wajahnya sebelum dia meninggalkan aku. tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya aku pada dia. tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk wan.
dua bulan dia terlantar sakit. takde satu pon yang mampu dia jamah. mungkin kini dia lebih tenang dari semua derita itu. aku tahu detik ni akan datang juga. cuma aku terkilan aku takde di sisi dia di saat dia menyebut namaku..ya Allah. temukan kami semula nanti. dalam kalangan hambamu yang soleh. aku menanti detik itu. mungkin esok, mungkin lusa. siapa tahu. pilu. hati menangis tak siapa peduli.


Al Fatihah untuk Arwah wan, Pn. Minah binti Alin.
dari Mu ya Allah kami datang..dan kepadaMu jua kami kembali.
pilu.

07 August 2006

ini baru berita, belum lagi dokumentari...

airmata keinsafan. bukan menangis mata merah ke?

Salam Sejahtera. Terima Kasih kerana bersama kami TVMDP Berikut adalah tajuk-tajuk berita utama dan terkini untuk harini.

Khairy tak perlu undur (baca: Berita yang memualkan)


KUALA LUMPUR: Pelbagai peringkat kepemimpinan Umno semalam menganggap hasrat Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) meletak jawatan bukan penyelesaian terbaik untuk menyangkal fitnah terhadapnya. Sebaliknya, mereka menasihatkan Khairy bersikap rasional dan membuat pertimbangan teliti dengan mengutamakan kepentingan parti sebelum membuat sebarang keputusan. berita penuh

Peniaga tak mengaku khalwat ‘suami baru’ (baca: ini bukan berita)
TUMPAT: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai `suami barunya' ketika didakwa di Mahkamah Syariah Rendah, di sini, semalam. berita penuh

Faizal dorong remaja (baca: ini baru berita)
KUALA TERENGGANU: Kejayaan Muhammad Faizal Ramly atau Faizal, 22, menjuarai AF4 membuktikan bahawa rakyat Terengganu memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk bakat terpendam boleh diketengahkan. berita penuh

‘Tragedi Hiroshima tak jadi teladan’ (baca: ini pengetahuan umum)
HIROSHIMA: Bandar raya Hiroshima semalam memperingati ulang tahun ke-61 tragedi serangan bom atom pertama dunia dengan memperbaharui gesaan supaya sebuah dunia bebas nuklear diwujudkan. berita penuh


Kata Teman: Kecoh gosip cinta �pontianak jelita� terungkai jua (baca: ini sampah)
AKHIRNYA Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ bersuara mengenai hubungannya dengan aktres popular, Maya Karin. Memang �tak ada maknanya� gosip itu kerana sejujur-jujurnya dia mengaku memang tak pernah menjalin apa-apa hubungan dengan aktres cantik itu. berita penuh


Sekian berita-berita mutakhir untuk hari ini. Di harap kami telah berjaya membina minda anda dan menjadikan anda semua rakyat Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mana jua anda berada. Sekian salam hormat dari kami. teruskan bersama kami selepas ini dengan drama bersiri Samarinda dengan tajuk "Bekerjalah bersama saya, bukan untuk saya".


note: TVMDP adalah anak Syarikat Televisyen Mertua Dia Punya Sdn Bhd.

Aku da cakap dulu...

Ulang sekali lagi. carilah kemulian dengan Islam. kalau kau cari kemuliaan dengan selainnya..
memang kalau aku, aku tolong. tapi bukan sebab ni..

Nasrallah bela maruah bangsa Arab

BEIRUT: Menteri Luar Syria, Walid Mouallem semalam berkata beliau sedia untuk menyertai Hizbullah dan mengulangi bahawa Syria akan membalas jika diserang oleh Israel.


�Jika anda mahu, saya sedia menjadi tentera (Ketua Hizbullah), Sayyed Hassan Nasrallah,� kata Mouallem kepada pemberita di Lubnan.

Ditanya mengenai kebimbangan perang di Lubnan akan merebak menjadi perang serantau, Mouallem berkata: �Silakan. Syria sudah bersedia dan tidak menyembunyikan persiapan tenteranya. Kami akan melancarkan serangan balas serta merta jika diserang Israel.�

Syria dan Iran adalah penyokong utama Hizbullah. Serangan Israel ke atas Lubnan sejak 26 hari lalu gagal menggugat kekentalan pergerakan itu dan melonjakkan nama pergerakan itu di kalangan penduduk Arab.

�Nasrallah dan tentera Lubnan hari ini mempertahankan maruah negara Arab serta menyerlahkan perpaduan rakyat Lubnan mempertahankan kedaulatan mereka,� kata menteri luar itu.

Bagaimanapun, diplomat veteran itu yang akan menghadiri sidang menteri luar Arab di Beirut hari ini, menolak dakwaan Hizbullah berjuang selaku proksi Iran dan Syria.

�Dakwaan ini karut. Hizbullah berjuang untuk Lubnan,� katanya.

Sementara itu, tentera Israel melancarkan serangan terbaru ke atas sasaran Hizbullah malam tadi dengan melancarkan enam peluru berpandu ke atas kubu pejuang.

Kawasan itu dinamakan sebagai Hadi Nasrallah sempena nama anak Nasrallah yang terbunuh dalam operasi Israel di selatan Lubnan pada 1999.

Semalam, jeneral Israel mengakui senjata moden Zionis gagal menewaskan pejuang Hizbullah meskipun mereka menggunakan senjata lama. � Agensi

06 August 2006

bila dhamir menjerit......bahagian 3



dadaku sesak dengan nafas sendiri. kepalaku serabut dengan lamunan sendiri. mataku pedih dengan airmata sendiri. telingaku bingit dengan jeritan sendiri. tanganku kebas dengan genggaman sendiri. rupanya baru aku tahu. bahasanya indah.
diam.

salam untuk sebuah ketenangan. tinggalkan marah. bagimu syurga.
salam untuk sebuah keimanan. apa yang kau gusarkan. bukankah cukup bagimu Allah?

03 August 2006

Bila Dhamir Menjerit....bahagian 2

jiwa aku marah. mahu sahaja aku lemparkan semua ni. tapi aku juga sedih. tapi Allah ada. Allah sudah punya persoalan dan jawapannya. jauh lama sebelum aku diciptakan lagi. ..

8. Di antara manusia ada yang mengatakan: "Kami beriman kepada Allah dan hari kemudian," pada hal mereka itu Sesungguhnya bukan orang-orang yang beriman.

9. Mereka hendak menipu Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka Hanya menipu dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar.
10. Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta.
11. Dan bila dikatakan kepada mereka:"Janganlah kamu membuat kerosakan di muka bumi". mereka menjawab: "Sesungguhnya kami orang-orang yang mengadakan perbaikan."
12. Ingatlah, Sesungguhnya mereka Itulah orang-orang yang membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar.
13. Apabila dikatakan kepada mereka: "Berimanlah kamu sebagaimana orang-orang lain Telah beriman." mereka menjawab: "Akan berimankah kami sebagaimana orang-orang yang bodoh itu Telah beriman?" Ingatlah, Sesungguhnya merekalah orang-orang yang bodoh; tetapi mereka tidak tahu.
14. Dan bila mereka berjumpa dengan orang-orang yang beriman, mereka mengatakan: "Kami Telah beriman". dan bila mereka kembali kepada syaitan-syaitan mereka, mereka mengatakan: "Sesungguhnya kami sependirian dengan kamu, kami hanyalah berolok-olok."
15. Allah akan (membalas) olok-olokan mereka dan membiarkan mereka terombang-ambing dalam kesesatan mereka
(Al Baqarah: 8-15)

wahai hati-hati yang telah, sedang diperingat dan akan terus diingatkan untuk datang dekat menuju Tuhanmu, berhati-hatilah agar langkahmu tak terjerumus dalam selut kemunafikan. lebih bahaya bila kau rasa kau betul. bila kau rasa kau sedang menuju tuhanmu. bila kau rasa kau telah memutuskan tali-tali jahiliyyah dari dirimu. tapi sebenarnya kau sedang menuju tuhan bernama kemunafiqan dan memutuskan tali-tali keredhaan tuhanmu.

wahai hati, mengapa langkah mu masih lemah? sedang kau tahu jalan dihadapanmu terbentang terus. berlarilah. laju dan deras. cepat dan pantas. tinggalkan dunia kepura-puraan. tinggalkan keseronokan hujah dan pendirianmu. leraikan ikatan riddah dan riak dilehermu. sedarlah. tentera Allah berjalan terus melaluimu. samaada kau ikut atau tidak, mereka akan berlalu. jauh meninggalkan mu. dengan tenang menuju Al Khaliq pencipta aku, kau dan mereka.

tolong....jangan lagi jadi munafiq. cukuplah fitnah yang terlalu besar terlempar kepada agama ini. jangan bawa lagi fitnah.

tolong...

ya Allah, ampunkan aku dan mereka yang aku sayangi, selamatkan kami dari fitnah. kami ini hina dina tanpa kurniamu yang satu ini.

02 August 2006

bila dhamir menjerit....bahagian 1

explorelah dunia di luar sana. kau akan nampak betapa apa yang ada lebih dari apa yang engkau lihat sekelilingmu. Demamku menghalang aku pergi jauh. tapi cukup depan lap top yang mak ayah aku belikan untuk aku ini, dan iinet internet connection yg ader, macam2 aku explore diluar sana.

bingung dan keliru. itulah yang dapat aku simpulkan. melihat realiti ummah yang tenat. kemudian meninjau kecamuk pertelingkahan ummah-ummah yang tersedar. tambah bingung.

dulu aku hanya sibuk dengan kereta kancil aku, research ausmat aku, keluar makan kat wira sejat dan mid valley tour on weekends. bila ade yang mengetuk kepala ini untuk sedar. aku lupa semua itu dan terus berjalan mengharap sesuatu yang lebih baik dan bermakna dari semua yang aku sebut tadi. aku rasa aku ketemu pengganti semua itu. dan sesuatu yang baru ini amat aku cintai dan aku mengharap mati aku bersamanya.

sekarang aku mula sibuk dengan sesuatu yang lain. adakalanya tempias kesibukan itu sampai kesini. jauh jalan ku. tapi langkah aku masih lemah dan jaraknya terlalu singkat, dengkel, ringan- bergantunglah demensi mana kau melihat. tapi bagi aku, aku kini nampak jalannya. jalan yang satu. tetapi makin banyak aku melangkah, makin kuat dhamirku menjerit. agak-agak gegendang telingaku pon dah penat bergetar.

harapan aku cuma satu. hujung perjalanan ini aku bertemu Tuhanku, Ilahku, Rabbku dan Dia redha padaku. aku mahu buktikan dunia ini telah aku langkahi untuk dekat padanya. aku mahu buktikan dunia ini telah aku suburi dengan benih-benih tanaman yang tuaiannya aku dambakan disana nanti.

teorinya mudah. kau kenal dua jalan ini, pilih yang kau rasa terbaik, tinggalkan yang buruk dan berjalan terus menuju tuhanmu.

praktikalnya jauh lebih susah daripada sukar. jalannya penuh duri, jalannya penuh onak, jalannya berliku dan jalannya memedihkan sendi-sendi sampai ketulang hitamku. perjalanan jauh ini menggetar hati aku. semakin jauh aku berjalan, semakin banyak yang aku kenal, semakin banyak yang aku keliru.

susah aku nak gambarkan dengan perkataan-perkataan yang tersusun jadi ayat di blog ini. ianya jauh lebih besar dari itu.

mudahnya begini. aku keliru dengan sikap manusia. aku tidak maksudkan yang tidak berkehendak kepada tuhannya- itu aku tidak kira manusia. tapi yang berkehendak kepada tuhannya. mereka ini bunyinya seperti satu. hakikatnya jauh lebih banyak dari angka yang paling besar kau boleh fikirkan, kau darap dengan lima belas. kesimpulannya terlalu banyak.

bukan sekadar berfikrah atau tidak. bukan sekadar haraki atau sufi, bukan sekadar syiah atau sunni, bukan cuma khawarij atau tidak, bukan sekadar salafi atau khalafi, bukan jua sekadar falsafah logik atau fiqh aulawiyyat, bukan sekadar kifayah atau ai'n, bukan sekadar jihad salafi atau manhaj haraki, bukan sekadar ortodok atau kontemporari, bukan sekadar ta'lik atau taat, bukan sekadar tsabat atau futur, bukan sekadar halaqah atau tabligh, bukan jua sekadar risalah taalim atau fazael amal, bukan sekadar tahlil atau ma'thurat, bukan sekadar majmu' rasail atau sahih bukhari..dan 'bukan sekadar'dan 'atau'nya berterus selagi mana manusia yang berlidah dan berakal ada atas bumi ini.

kau keliru? begitu juga aku.
tapi mungkin kerana aku terlalu lemah untuk semua ini atau aku yang bodoh. tapi satu perasaan yang paling kuat adalah satu- iaitu kesedihan. aku mahu kepada tuhanku, tetapi jalan diluar sana terlalu berliku untuk orang selemah aku yang sekadar mengharap hujung jalanku bertemu tuhanku.

hariini aku berhenti di sini menulis. esok sekiranya aku masih melihat matahari, aku sambung. tapi aku ingatkan diri aku sebelum aku diingatkan bayang-bayang dan dilema aku. aku mengajak diriku kepada Allah. bukan kepada selainnya. bukan kepada halaqah, jemaah, risalah atau wadah. itu yang utama. dan aku yakin sekiranya aku mahu, Allah akan tunjuk jalan. hentikan polemik. ingat Tuhanmu dan tuhan aku. nescaya terlerai kebuntuanku.

"Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk Telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang Telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata. al-kahfi:55