27 August 2006

Berita hangat minggu ini

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada sidang pendengar..
Hari ini Sebuah bandar kecil yang banyak gereja di benua Kangaroo telah dihangatkan dengan berita dari pegawai atasan, en. X (sudah tentu bukan nama sebenar-mane ade org name gitu) mengenai kenaikan duit habuan menyara diri pelajar2-pelajar tajaan JPJ (Jabatan Penyara Jutawan) dari beberapa dollar (AUD532) ke beberapa-rapa dollar (AUD980). ini mungkin menjadi berita gembira kepada pelajar-pelajar yang telah papa kedana selama ini makan maggi dan kedai makan cina L-noodle (bukan nama sebenar juga) sekali se-semester.

Namun, ia juga menjadi berita yang menghiris hati sebahagian pelajar yang lain berikutan polisi baru JPJ yang agak pelik iaitu polisi yang dipanggil Pasal 2 Perenggan 6-"Pandai-Pandailah Korang Guna Duit Ni".

Reaksi berbeza diterima selepas pengunguman dibuat. Ada yang bergembira dengan mengawal keriakan dihati. ada yang insaf dengan kurniaan Allah ini. ada juga yang sudah berfikir-berfikir di mana mahu merempat tahun-tahun seterusnya. ada juga yang bercadang untuk menggunakan duit itu untuk kenduri kendara ala-ala siti dan datuk K. apa pun semuanya berpuas hati dengan suapan akhir majlis dengan resepi Nasi Ayam Tutup Mulut masakan tukang masak terkenal di import dari Bangi dan Serting.

Apa-apa pun. kita lihat apakah kesudahan episode pelik mengenai elaun makan minum pelajar2 tajaan JPJ ini. adakah penaja lain seperti MARAK, syarikat minyak PETROLNAS dan syarikat elektrik TND (tenaga nasional dihad) akan mengikut jejak langkah mereka? tunggu jawapannya minggu nnt.

9 comments:

  1. Anonymous9:50 PM

    cis2...
    umat yg tersebut mudah berkata..
    dpt duit 1000+ dgn membute...
    aku gax yg papa kedana...
    Papa lax toksah cte...
    Degree dpt hutang pon ader...
    sume angkara JPA durhake...
    aaaaaaaaaaa...


    ps~20 Sept..mogok mkn nasik...kte ramai2 pakat mkn birdland n pizza jek oii...kt diorg kte hidang bras homebrand!!!

    ReplyDelete
  2. pengumuman yg mengejut kan
    suka dalam duka
    suci dalam debu
    siamang gagap sungguh!

    ReplyDelete
  3. kabar gembira ke sedih nie? konpius ana...

    ReplyDelete
  4. TND(tenaga nasional dihad) mgkin tidak mmbuat rombakan pembayaran elaun pada masa ini. hal ini demikian kerana, semasa kenaikan tarif beberapa bulan lepas, elaun telah pun dinaikkan, kalau x silap, sebanyak 12%, sejajar dgn kenaikan tarif bekalan elektrik.

    sekian terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:35 PM

    PETROLNAS ada ura2 tukar jugak,
    tgok lah nnt, tp yg sdehnya,
    tiada lg the Kampung kt
    bumi Adelaide ni tahun dedepan,

    ReplyDelete
  6. hahaha... JPO dan en X mmg baik hati..
    petrolnas... tiada lagi l-noodle taun depan...tiada lagi perut ala2 lebaum (bkn name sebenar)

    ReplyDelete
  7. sabar2 semua. dr kite mogok2 tu, baik kite pakat pindah ramai2. xpon buat rumah panjang ke. pastu nnt bile bulan pose bley buat bertukar2 juadah berbuka.

    ReplyDelete
  8. boleh! kat paradise tu ada satu rumah besar giler.. kita sewa ramai2 nak? katalah sewa dia plg byk pun 700 aussie seminggu, kongsi 20 baru berapa?

    kita hire la knoodle atau nyonya kitchen masak utk kitaorg.. tak pun bukak subway satu kat umah besar tu..

    dah kaye kan..

    hahahahaha.. (gelak org yg tinggal AUD450 utk lagi 2 bln.. oi, kitaorg kena bayar duit rumah, bil, internet, makan dll..)

    tu la..kitaorg dah papa beberapa kurun dah..kasi la can sket..

    :P

    ReplyDelete
  9. tu la pasal.
    alahai, bebudak TND ada satu tahu lagi bond dgn d "kampung". ikutkan hati, nak je memindahkan diri ini ke luar, ke kawasan "sub-bandar" bersama2 rakan2 sekalian. "kampung" pastinya bakal sunyi bila rakan2 mulai pindah. alahai !

    ReplyDelete