07 August 2006

Aku da cakap dulu...

Ulang sekali lagi. carilah kemulian dengan Islam. kalau kau cari kemuliaan dengan selainnya..
memang kalau aku, aku tolong. tapi bukan sebab ni..

Nasrallah bela maruah bangsa Arab

BEIRUT: Menteri Luar Syria, Walid Mouallem semalam berkata beliau sedia untuk menyertai Hizbullah dan mengulangi bahawa Syria akan membalas jika diserang oleh Israel.


�Jika anda mahu, saya sedia menjadi tentera (Ketua Hizbullah), Sayyed Hassan Nasrallah,� kata Mouallem kepada pemberita di Lubnan.

Ditanya mengenai kebimbangan perang di Lubnan akan merebak menjadi perang serantau, Mouallem berkata: �Silakan. Syria sudah bersedia dan tidak menyembunyikan persiapan tenteranya. Kami akan melancarkan serangan balas serta merta jika diserang Israel.�

Syria dan Iran adalah penyokong utama Hizbullah. Serangan Israel ke atas Lubnan sejak 26 hari lalu gagal menggugat kekentalan pergerakan itu dan melonjakkan nama pergerakan itu di kalangan penduduk Arab.

�Nasrallah dan tentera Lubnan hari ini mempertahankan maruah negara Arab serta menyerlahkan perpaduan rakyat Lubnan mempertahankan kedaulatan mereka,� kata menteri luar itu.

Bagaimanapun, diplomat veteran itu yang akan menghadiri sidang menteri luar Arab di Beirut hari ini, menolak dakwaan Hizbullah berjuang selaku proksi Iran dan Syria.

�Dakwaan ini karut. Hizbullah berjuang untuk Lubnan,� katanya.

Sementara itu, tentera Israel melancarkan serangan terbaru ke atas sasaran Hizbullah malam tadi dengan melancarkan enam peluru berpandu ke atas kubu pejuang.

Kawasan itu dinamakan sebagai Hadi Nasrallah sempena nama anak Nasrallah yang terbunuh dalam operasi Israel di selatan Lubnan pada 1999.

Semalam, jeneral Israel mengakui senjata moden Zionis gagal menewaskan pejuang Hizbullah meskipun mereka menggunakan senjata lama. � Agensi

No comments:

Post a Comment