
harini genap seminggu berlalu. masih pilu tapi redha padanya lebih lagi. selalu aku ingatkan hati ini. mana mungkin kau mengharap bertemu redha Tuhanmu kalau kau menafikan pertemuan dengannya. maka, pemergian wan aku redhakan kerana itulah satu-satunya cara dia bertemu dengan penciptanya. Alhamdulillah 12tghari jumaat lepas, jenazah arwah selamat dikebumikan. sesak rumah dengan yang datang melawat arwah. Arwah meninggal dalam bilik aku. dulu dia pernah cakap kat aku. bila aku dah pergi belajar jauh, dia xsuka datang rumah aku. katanya terngiang2 akan kehadiran aku. begitu juga aku nanti. Dia pergi pun dalam bilik aku. pastinya pilu untuk aku.
orang mungkin pelik. nenek je pun, apsal nak lebih2 sedih.bagi aku yang tersangat rapat ngan arwah ni lain. kasih yang amat. xboleh gambar dengan kata-kata. terima kasih pada semua yang concern dan sampaikan tazkiah. terima kasih pada muslim yang ada bersama aku sewaktu dapat berita ini. terima kasih pada ahli rumah yang sama-sama solat jenazah ghaib. terima kasih kat anak-anak yang menenangkan. jazakumullah khairan.
terlalu sibuk hari-hari yang berlalu lately. susah nak mencari masa senggang. banyak dalam fikiran ni yang nak dikongsi. tapi mungkin nanti sahaja. macam seorang sahabat pernah cakap. bahasa amal itu lebih tajam dari bahasa lisan. maka tak mengapa. tak dapat berbahasa di sini. insyaAllah bahasa yang lain terus berjalan.
moga abg nizam tabah meghadapi semua ini
ReplyDeleteyer2..abg nizam..
ReplyDeletemacam kata nizam, nenek je pun tapi org yg kita rapat dan sayang memang amat terasa kehilangannya walau siapa pun dia. biarpun coretan tak dpt mengungkapkan sebenarnya apa di dalam hati tapi masih dpt dirasai kepiluan yang melanda. walaupun dah lama tp diri ini masih ingin menyampaikan rasa takziah dan kiriman doa semoga nizam bersabar.
ReplyDelete