Blog Fussilat mengambil kesempatan untuk mengucapkan takziah di atas pemergian mujahidin hebat ummat ini yang tidak putus-putus berlaku dari awal minggu lepas. Moga Allah mengurniakan mereka dengan nikmatnya yang Maha Hebat di alam sana. Sesungguhnya ia menjadi satu lagi petanda buat kita semua yang kiamat makin dekat. Berpisahnya ilmuan hebat dengan ummat ini meninggalkan kita dengan amanah besar untuk memimpin ummah ini berdasarkan wahyu yang di tinggalkan Allah.
Berkesinanbungan dari pemergian mereka ini juga saya bertekad untuk turut menyumbang sesuatu biarpun kecil. biarpun kecil, moga ia menjadi legasi buat bekal perjalanan saya nanti bila ia ditetapkan oleh Allah.
Saya akan cuba insyaAllah kongsikan 30 hari misi mencari misi dengan satu tip sehari selama 30 hari. mudah2an Allah akan menjadikan ia ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.
Saya pilih misi mencari misi kerana itulah misi kecil saya untuk ummah ini. saya impikan generasi islam hari ini, setiap darinya memiliki misi yang sempurna dan hidup dalam keadaan bermisi. kerana generasi yang bermisi telah terbukti dalam mana-mana sejarah, tidak pernah tewas. ketewasan ummah hari ini bukan sekadar kerana kebijaksanaan musuh mengatur strategi, tetapi kerana kegagaan kita untuk memiliki apa-apa misi.
saya lihat sendiri dalam perjalanan pendek kehidupan ini bahawa tidak sampai 5% generasi muda hari ini memiliki misi..dan ia diterjemahkan dengan keadaan mereka hari ini, 5 tahun lagi dan sedekad lagi. alangkah malangnya ummah yang telah dipimpin oleh sinaran hidayah dan wahyu menggelapkan perjalanan mereka dengan menutup mata sendiri. itulah gambarannya dengan kehidupan generasi hari ini. Islam telah membentangkan dengan luas jalan dan kesudahan misi ini dunia dan akhirat, tetapi kita memilih untuk berjalan dalam gelap.
impian saya untuk mengubah 9% itu menjadi 95% dalam masa 10 tahun. insyaAllah.
nak kata Hisham Sharif, kalau tak kita siapa lagi?
Fussilat
Blog Dr Nizam Zakaria
26 March 2013
21 March 2013
A Semua Orang Dah Ambil...
Ada dua orang yang dekat
dengan saya mengambil keputusan SPM hari ini, adik ipar dan anak abang saya
yang kedua. Adik ipar saya Alhamdulillah mengekalkan rekod cemerlang keluarga
dengan beroleh 8A 1B. Namun jelas terbaca yang dia agak kecewa tidak mendapat
straight As seperti yang dijangka oleh semua orang. “ok lah tu, orang lain nak dapat 4,5 A pun susah” Pujuk kakaknya.
Anak buah saya lebih
menarik ceritanya.
“A semua orang dah ambil, dia lambat..yang
tinggal C dengan D je..” Begitulah
bunyi SMS Angah saya berseloroh merujuk kepada keputusan SPM anak keduanya itu.
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan
kepada para pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM seperti yang
diumumkan hari ini. Apa yang pasti hari ini dan beberapa hari seterusnya semua orang
akan memperkatakan tentang fenomena 'straight
A' seperti yang dikongsi lebih 15,000 pelajar yang lain seluruh Malaysia. Suatu
ketika dahulu lebih dasyat, ada yang mengejar sehingga 20A. Apa yang selalu
kita lihat, yang ada B walaupun satu, dua akan kecewa dan menganggap diri kurang
berjaya.
Saya selalu fikirkan fenomena ini yang berlaku setiap kali musim keputusan peperiksaan. Saya berpendapat terlalu banyak penekanan diberikan oleh sistem pendidikan kita terhadap straight As sehingga tumpuan terhadap kualiti kejayaan dikaburi oleh kuantiti A. Saya sendiri bukan produk straight As sejak UPSR, PMR dan SPM, tapi saya tidak pernah nampak ia sebagai penghalang kejayaan.
Pergilah ke mana-mana sekolah, akan
terpampang besar kata-kata semangat 8A PMR, 9A SPM dan seangkatan dengannya
menghiasi segenap ruang. Lap top, ipad, percutian dan pelbagai habuan menarik
menanti pelajar-pelajar ini. Bukannya saya anti kepada kecemerlangan, cumanya
bagi saya menyempitkan definasi kejayaan kepada semua A dalam mata pelajaran
dan menganggap selainnya sebagai kurang cemerlang sebenarnya menyempitkan
potensi kemanusian yang ada pada generasi hari ini.
Bayangkan fenomena ini, sekolah felda yang
murid tingkatan 5 SPMnya tidak sampai 50 orang. Pelajar yang berjaya dalam UPSR
pindah ke sekolah asrama penuh. Begitu juga yang cemerlang PMR. Maka yang
tinggal untuk memenuhi kelas tingkatan 5 ialah mereka yang berbaki. Bagi pelajar-pelajar
ini, dari sekolah rendah lagi mereka tidak pernah menjadi sasaran sebagai
pelajar cemerlang. Maka sudah tentu sekiranya sekolah menjadikan straight A SPM
sebagai definisi kejayaan pelajar. Mereka akan tutup pintu dari awal lagi.
Maka dalam kelompok sebegini, seharusnya
definisi ‘kejayaan’ perlu diolah supaya dekat dengan mereka. Mereka perlu
diberi ruang dan peluang untuk memahami bahawa kejayaan bukan sekadar mendapat
straight A dalam peperiksaan. Ia juga bergantung kepada sejauh mana mereka
bersungguh dengan minat dan kebolehan mereka, menggarap cita-cita mereka dan
disambut dengan peluang yang sentiasa terbuka.
Mereka perlu ditekankan bahawa tidak ada
masalah sekiranya mereka tidak mampu menjadi jurutera penerbangan di syarikat
hebat sekiranya mereka mampu berusaha menjadi juruteknik yang mahir,
berdisiplin dan kompetitif. Mereka perlu diajar bahawa tidak ada kurangnya
menjadi peniaga kecil-kecilan sekiranya mereka bersungguh-sngguh memperbaiki
kemahiran mereka untuk meneroka perniagaan sendiri dan menjadi jutawan sepuluh
tahun akan datang.
Intipatinya ialah mereka perlu diajar
bahawa kejayaan kehidupan bergantung kepada kesungguhan mereka mengendalikan
potensi diri untuk menyumbang kepada orang lain. Tidak kira dalam bentuk yang
bagaimana.
Bagi saya kualiti kejayaan paling penting ialah apabila pelajar itu berjaya memiliki misi yang SMART (specific, measureable, attainable, relevant and time-specific) dan kukuh. InsyaAllah dengan misi itu mereka akan mencari jalan dengan apa yang ada di tangan mereka (kuantiti A). Kalau straight A, tetapi tak tahu nak jadi apa, tidak punya misi dan cita-cita, percayalah mereka akan berakhir menjadi 'pekerja cemerlang' untuk misi orang lain.
Apa pun tahniah bagi mereka yang berjaya. Teruskan kecemerlangan
dan angkatlah kecemerlangan itu ke satu tahap yang lebih tinggi bila anda
memiliki misi dan agenda dalam kehidupan anda dunia dan akhirat.
19 March 2013
Selamat Datang ke Universiti Tarbiyah Kami
Saya terpanggil untuk
menyampaikan penghargaan dan tahniah yang tidak terhingga kepada pihak ISMA
South Australia atas penganjuran program usrah umum pertama pada tahun 2013 ini
di Adelaide pada 15 Mac yang lepas. Setelah sebulan meninggalkan bumi Adelaide,
membaca berita mengenai program dan intipati progam tersebut, fikiran saya
secara automatik terus mengimbau pengalaman hampir sepuluh tahun hidup di
Adelaide. Apa yang pasti, saya dengan bangga dapat menyebut bahawa usrah menjadi
‘watak utama’ dalam episod sepuluh tahun saya di bumi Australia.
Seperti pelajar-pelajar yang
lain, saya ke bumi Australia pada tahun 2004 dengan membawa harapan semua orang
untuk berjaya dalam pelajaran, menjadi doktor yang hebat dan berkhidmat untuk
bangsa, agama dan tanah air. Semua orang tahu beban yang terpikul di bahu kami
sewaktu itu. Namun apa yang tidak semua orang tahu ialah apa sebenarnya bahan
asas untuk membentuk manusia sebegitu? Adalah universiti terhebat, elaun
mencukupi, komunikasi seminggu sekali dengan ibu bapa, tenaga pelajar bertaraf
dunia, faciliti pembelajaran paling canggih atau apa sebenarnya?
Membentuk seorang doktor tidak
susah. Seluruh dunia punya universiti dan fakulti perubatan yang mempunyai
rekod cemerlang menghasilkan doktor. Begitu juga kisahnya dengan akauntan,
arkitek, engineer, farmasi dan sebagainya. Namun yang susah ialah menghasilkan
seorang manusia yang bukan sekadar berijazah, tetapi berisalah. Individu ini
bukan sekadar berilmu tapi beriman, berakhlak, berwibawa, beramanah dan
bertanggungjawab. Dia bukan sekadar hidup untuk dirinya tetapi hidup untuk
orang lain.
Universiti tidak mengajar saya
komited dengan amal fardhi, berukhuwah dengan sahabat, cakna kepada orang lain,
berdakwah dengan sabar menyeru manusia kepada kebaikan, menwakafkan sebahagian
harta untuk orang lain, hormat kepada yang lebih tua. Ijazah semata-mata tidak
menjamin saya untuk hidup dengan misi dan mengajak orang lain hidup bermisi.
Namun yang melengkapi saya sebagai seorang individu ialah tarbiyyah yang saya
lalui dalam usrah.
Benar kata-kata keramat yang saya
percaya selama ini, tarbiyah bukan segalanya, tetapi segalanya akan dicapai
dengan tarbiyyah. Ianya komitmen kehidupan yang saya janjikan untuk diri saya,
keluarga dan masa depan kerana saya yakin dan penuh syukur bahawa saya tidak
akan jadi seperti saya hari ini jika Allah tidak menemukan saya dengan usrah.
Ia merupakan dunia yang
tersendiri, penuh misteri yang hanya diketahui oleh mereka yang benar-benar
yakin dengan manhajnya. Ia tidak mengajar anda untuk menjadi wali, tetapi
mendidik akal anda menjadi orang yang beramal dan hidup dengan ilmi. Ia tidak
menjadikan anda rahib tetapi ia mendidik anda dengan ibadah yang sahih dan
berdisiplin dengan amalan rawatib. Ia tidak mengubah anda menjadi sufi, tetapi
ia mendidik hati mengenal tawadhu’, redha dan sabar dengan sibghah Allah. Ia tidak
mengubah anda menjadi manusia super, tetapi Ia memastikan anda faham bahawa
kejayaan hanya akan datang dengan usaha, kesungguhan dan istiqamah.
Semua perkara datang dengan
persepsi. Begitulah juga usrah. Ada yang kata ianya bid’ah, proses indoktrinasi,
untuk lelaki lembik, pengaruh politik, assobiyyah, ekstrem dan sebagainya. Untuk
mereka yang dihinggap ‘gossip’ ini, nasihat saya cuma satu – buka minda dan
hati anda, cubalah dekatinya sendiri. Kemudian buatlah keputusan. Ianya terbuka
luas untuk menerima sesiapa sahaja yang mencintai dirinya dan ummahnya. Dekati sahabat-sahabat
yang mendokonginya, hidup dengan mereka dan lihat sendiri.
Saya sendiri berpengalaman disoal
siasat pihak polis Australia bila mereka menjadi cemas dengan pergerakan
pelajar muslim Malaysia pada tahun 2006. Namun setelah mereka sendiri mendengar dari
kami apa sebenarnya usrah, mereka sendiri faham bahawa tidak ada apa yang perlu
ditakutkan dengan usrah. Ia mentarbiyah manusia mengenal penciptanya.
Saya tidak menjanjikan apa-apa
yang luar biasa pada anda dengan usrah. Kerana kunci dan rahsia terbesar usrah
bukan pada silibus, murabbi atau programnya. Modal terbesar usrah ialah diri
anda sendiri. Jika anda inginkan kehidupan yang sama, Cuma diakhirnya anda
beroleh ijazah, maka teruskan kehidupan seperti biasa. Tetapi jika anda
inginkan kehidupan yang hebat yang tidak berakhir dengan ijazah, selamat datang
kami ucapkan kepada keluarga besar kami di Universiti Tarbiyah.
09 January 2013
Biar Dakwah Jadi Viral: Part 2
Walaupun tidak bersandarkan kepada mana-mana manhaj dakwah
atau kitab fiqh dakwah, bagi saya sonsep membentangkan idea dengan pendekatan
SUCCESs seperti yang digariskan oleh Chip dan Dan Heath sangat praktikal dalam
segala bentuk mesej dakwah. Tidak kira merancang tazkirah, menyusun kempen,
merangka idea untuk media dan sebagainya. Dalam banyak keadaan kita
terperangkap dengan rutin yang menjadi kebiasaan kita. Itulah juga penyakit
dalam dakwah, iaitu apabila para pendakwah gagal menggunakan manfaat dan
peluang yang ada untuk memperbaiki gerak kerja dakwah.
Adakalanya idea besar tidak memerlukan banyak fakta dan maklumat untuk meyakinkan pendengar. |
Saya cuba kongsikan contoh aplikasi bagi kaedah SUCCESs ini
menggunakan framework yang digunapakai
oleh penulis. Saya olah bagi menyesuaikannya dengan kebiasaan dakwah kita.
Secara
teorinya, prinsip kaedah ini adalah seperti berikut:
SIMPLE
Cari initipati mesej yang anda ingin sampaikan dan
kongsikan
·
Simple = core and compact. Point penting yang
anda ingin sampaikan
·
Kenalpasti elemen paling penting dalammesej
dakwah anda
|
UNEXPECTED
Dapatkan perhatian dengan sesuatu yang mengejutkan,
kekalkan momentum attention mereka
·
Senaraikan fakta yang mengujakan dan mampu
menarik perhatian mereka berkenaanmesej dakwah anda
·
Sampaikan sesuatu yang ‘uncommon’ atau
counterintuitive (tidak predictable) tentang idea anda
·
Nyatakan implikasi yang tidak diduga tentang
idea anda
|
CONCRETE
Jadikan mereka faham, ingat dan dapat meletakkan idea
anda pada konteksnya
·
Wujudkan imej yang konkrit untuk menjadi
rujukanmereka
·
Berikan penjelasan yang membantu mereka
membayangkan idea anda dalam setiap sudut
|
CREDIBLE
Jadikan mereka percaya dan setuju dengan idea anda
·
Kaitkan mesej anda denganperkara yang dekat
dengan hati mereka secara individu – keluarga, pengalaman peribadi,
kepercayaan mereka
·
Nampakkan relevanidea anda pada level peribadi
·
Kaitakan dengan autoriti figure yang boleh
mereka sandarkan untuk membuktikan yang idea anda relevan
·
Guna fakta, statistic dsbgnya untuk menyokong
idea anda
|
EMOTIONAL
Jadikan mereka cakna (kisah) dengan idea anda dengan
membuatkan mereka ras a terkesan secara emosi
·
Kaitkan dengan sesuatu yang mereka memang
kisah
·
Kaitkan dengan kedudukan peribadi (peranan mereka, tanggungjawab mereka,
kaitan dengan keluarg a dsbg)
·
Jeladkan “benefit of the benefits” – kenapa kebaikan
yang akan diperolehi betul-betul penting
·
Membolehkan mereka membayangkan perubahan yang
akan dialami atau kesan yang akan diperolehi dari idea anda
·
Banyakkan persoalan “kenapa” dan jadikan mereka
terasa yang idea ini menjawab persoalan mereka
|
STORIES
Kongsikan denganmereka bagaimana idea anda boleh
dilakukan secara praktikal dan bagaimana mereka sendiri boleh melakukannya
·
Kaitkan idea anda dengan kehidupan sehari-hari
mereka
·
Gunakan frasa seperti “apa akan jadi..” “bayangkan…”
untuk meransang mereka sama-sama berfikir
·
Kongsikan cerita dan huraikan cerita tersebut
dari konteks idea anda.
|
Sebagaimana teknologi, kaedah dakwah juga perlu berevolusi. |
Secara mudahnya, konsep ini memerlukan setiap pendakwah
berfikir, merancang dan berusaha dengan sungguh-sungguh setiap kali ingin melontarkan
sebarang mesej dakwah kepada mad’u. Inilah yang membezakan antara menaqalkan (menyampaikan)
maklumat dengan mendidik manusia. Memang ia memerlukan kerja tambahan, tetapi
itulah bentuk usaha yang perlu dilakukan.
Sebagai contoh, kita ingin menyampaikan mesej dakwah : “Kepentingan
Tarbiyyah” kepada mad’u, instead of sekadar menukilkan kembali point-point yang
disampaikan oleh orang terdahulu kepada kita, dengan konsep ini kita perlu
duduk, berfikir dan mengkaji bagaimana mesej “Kepentingan Tarbiyyah” ini boleh “melekat”
dalam hati mad’u sehingga diterjemahkan kepada kepada amalan.
Maka, mesej “Kepentingan Tarbiyyah” tersebut perlu –
ringkas, mengujakan, konkrit, boleh dipervayai, emotional dan bersifat praktikal.
Barulah idea itu insyaAllah boleh
melekat dalam diri mad’u.
Kita lihat semula template tadi dan cuba isi dengan tema “kepentingan
Tarbiyyah”. Contohnya dalam kontek kita menyampaikan tazkirah.
SIMPLE
“Tarbiyyah mampu ubah peribadi kita”
·
Simple = core and compact.
·
Selling point anda sepanjang tazkirah ini
ialah – “dengan tarbiyyah anda mampu lakukan apa yang anda tidak mampu
lakukan hari ini”
·
Straight to the point kepada pendengar,
pastikan iniidea yang merka dapat dihujung tazkirah anda
|
UNEXPECTED
·
Mulakan dengan apa-apa fakta, cerita, visual,
video atau apa sahaja isu yang tidak tipikal bagi mereka, yang membuatkan
mereka tidak dapat menjangkakan apa yang anda akan ceritakan seterusnya
·
Apabila anda mampu membuat mereka berfikir “ini
bukan tazkirah biasa-biasa”- waktu itu anda akan dapat perhatian mereka, then
baru anda suntikkan idea anda untuk mereka garap.
·
Untuk ini anda perlu kreatif, banyak membaca, banyak
berkongsi dengan orang lain
·
Contohnya, saya suka kongsikan pengalaman saya
dengan pesakit dan cuba kaitkan dengan mesej
|
CONCRETE
Jadikan mereka faham, ingat dan dapat meletakkan idea
anda pada konteksnya
·
Explain
dengan jelas dan praktikal apa yang anda mahukan dari mereka
·
Beri gambaran kepada mereka maksud tarbiyyah,
bagaimana bentuk dan kaedah dalam bahasa yang mereka mudah faham
·
Yakinkan mereka yang apa yanganda cuba
sampaikan kepada mereka ialah perkara yang mereka mampu buat
|
CREDIBLE
Jadikan mereka percaya dan setuju dengan idea anda
·
Kaitkan mesej anda denganperkara yang dekat
dengan hati mereka secara individu – study, nak jadi baik, nak selamatkan
keluarga, nak didik anak-anak
·
Berikan contoh figure yang terdahulu dan kaitkan
dengan impak tarbiyyah terhadap mereka
|
EMOTIONAL
Jadikan mereka cakna (kisah) dengan idea anda dengan
membuatkan mereka ras a terkesan secara emosi
·
Kaitkan dengan sesuatu yang mereka memang
kisah – ubah diri, keluarga, pahala, syurga
·
Kaitkan dengan apa yang sudah terjadi dengan
kehidupan mereka – study, keluarga dsbgnya
·
Buat mereka berfikir – “kenapa?” “kalau
tidak..”
|
STORIES
Kongsikan dengan mereka bagaimana idea anda boleh
dilakukan secara praktikal dan bagaimana mereka sendiri boleh melakukannya
·
Ceritakan pengalaman anda
·
Berikan gambaran sekiranya perubahan tidak
berlaku (jika mereka tidak membeli idea anda)
|
Konsep
ini sudah tentunya memerlukan latihan untuk melaksanakkannya. Namun apa yang
penting ialah para pendakwah memahami bahawa untuk sesuatu mesej dakwah itu
melekat dalam hati masyarakat, mereka perlu berusaha membuka pintu-pintu ini.
Selebihnya ialah urusan Allah setelah kita berusaha.
Selamat
mencuba.
07 January 2013
Biar Dakwah jadi Viral
“Let’s
be honest, we are not going to win them all”. Itulah mungkin kenyataan yang
ada ketikanya perlu dilalui oleh para pendakwah dalam pengalaman dakwah mereka.
Tidak kira sehebat mana pun seorang daie itu, dalam mana-mana ketika dalam perjalanan
dakwahnya, dia pasti akan melalui fasa ‘menyerah kalah’ dengan mad’u. Biarpun ia
bukan suatu deklarasi langsung ketewasan, tetapi sebenarnya ia merupakan
ekspresi jelas kebuntuan - “apa lagi yang aku nak buat ni!”
Pada
ketika-ketika tertentu, pendakwah yang mula merasai realiti sebenar medan
dakwah akan menerima hakikat bahawa kesungguhan, keikhalasan dan bekalan ilmu
dari usrah dan daurah tidak akan menjadi penjamin kepada kemenjadian dakwah.Saya
yakin kita semua maklum akan hal ini, dan dalam bahasa mudahnya “let’s face it!”
Cumanya
yang kadang kala membingungkan para pendakwah ialah persoalan-persoalan seperti
–
“kenapa apa yang aku sampaikan tak pernah melekat dalam hati dia, tapi
benda-benda remeh yang orang cakap, kawan-kawan beritahu atau media sampaikan dia
ingat sungguh?”.
“aku rasa yang aku
sampaikan dah cukup serius dah, tapi dia buat muka tak tahu sahaja”.
“setiap kali aku cakap
dia mengangguk, tapi tindakan tak Nampak langsung macam dah faham!”.
“video dakwah ni
punyalah susah nak buat, tapi yang view adik beradik aku sahaja, video
pelik-pelik macam orang korea menari kuda sampai sejuta orang tengok!”
Sebahagian
pendakwah masih tenggelam memikirkan misteri hati manusia yang sukar difahami
dengan formula biasa dakwah. Dalam banyak ketika juga, mad’u disalahkan akibat
mesej dakwah yang tidak melekat dalam hati mereka. Degil, tak dapat hidayah
lagi, memang susah, pengaruh kawan-kawan dan pelbagai kata seerti dengannya
digunakan sebagai penawar kepada keresahan para pendakwah.
Sebenarnya
ia bukan sekadar isu mesej dakwah. Berilah apa juga situasi yang satu kategori
dengannya – mesej kesihatan, produk, video youtube, status FB, iklan televisyen
dan s ebagainya. Semuanya tidak melekat di
hati manusia sekadar dengan berbekalkan ‘keikhlasan penjual’ dan ‘kebaikan
produk’. Ada sesuatu yang selain dari
itu menjadi seolah-olah ‘gam’ yang melekatkan sesuatu dengan hati manusia.
Apa sebenarnya cabaran kita dalam
‘melekatkan’ mesej dakwah kita di hati manusia? Apa pula penyelesaiannya? Saya tertarik untuk
berkongsi idea tentang isu ini melalui
apa yang ditulis oleh Pakar organisational
behaviour, Chip heath dan adiknya Dan Heath menyebut tentang idea ini dalam
bukunya, Made to Stick.
Simptom yang biasa di lalui oleh kita (dalam konteks ini pendakwah) ialah:
Simptom yang biasa di lalui oleh kita (dalam konteks ini pendakwah) ialah:
- 1. Masalah untuk membuat manusia memberi perhatian kepada mesej kita.
- 2. Masalah untuk membuat manusia faham dan ingat dengan mesej kita.
- 3. Cabaran membuat manusia percaya dan bersetuju dengan idea kita.
- 4. Kesukaran untuk membuatkan manusa kisah (care) dengan idea dan mesej kita.
- 5. Kesukaran untuk menggerakkan manusia bertindak.
Semua
halangan tersebut sebenarnya adalah rahsia mengapa sesetengah mesej, idea dan
informasi ‘melekat’ dalam hati manusia – iaitu apabila mereka beri perhatian, faham dan ingat, percaya
dan setuju, kisah dan rasa ingin bertindak – terhadap mesej kita. Bukankah ini
yang setiap pendakwah inginkan?
Maka bagaimana kaedahnya?
Cabaran
|
Penyelesaian
|
Beri perhatian
|
Kejutkan mereka dengan sesuatu yang lain dari ‘apa yang ada dalam
minda mereka’. Pastikan anda tidak membawa kaedah yang predictable dan tipikal. Jangan beritahu mereka perkara yang
mereka boleh kata “this is common sense”.
Wujudkan minda berfikir bila mereka
mendengar mesej anda, biarkanmereka dengan lompong-lompong curiosity. Beri mereka mesej yang
cukup untuk menyedaran mereka yang ada missing pieces dalam puzzle besar mereka.
|
Faham dan ingat
|
Pastikan mesej anda ringkas dan mudah diingat. Beri mereka contoh
yangs pesifik dan bukan konsep yang abstrak. Sesuatu yang berpijak di bumi
nyata dan bukan teori yang memerlukan tujuh ekperimen untuk membuktikannya.
|
Percaya dan setuju
|
Beri contoh yang realistik, praktikal dan dekat dengan mereka rather than statistic atau hujah autoriti yang kering. Beri mereka ruang
dan peluang untuk membuktikan dan dibuktikan. “Tap into their sense of their own
identities”.
|
Kisah
|
Cipta suasana yang kena dengan emosi, sentuh peribadi dan bukan tuju secara
rambang.
|
bertindak
|
Inspire mereka dengan kisah
praktikal dan benar untukmeyakinkan mereka yang mesej anda ‘doable’ (boleh
buat). Wujudkan plan of action dan bukan sekadar mission.
|
Oleh kerana itu, untuk sesuatu mesej itu sampai, ia perlu:
SUCCESS (Simple, Unexpected, Credible, Concrete, Emotional dan Stories).
Dunia
berevolusi, mad’u bertukar generasi, maka peliklah kalau pendakwah kekal dengan
kaedah dakwah yang diwarisi tanpa inovasi. Itulah gila namanya, kerana Einstein
mendefinasikan gila dengan mengulangi perbuatan berkali-kali dengan kaedah yang
sama tetapi mengharapkan keputusan yang berbeza. Maka pendakwah hari ini perlu
menyahut cabaran ini. Selepas ini jangan sekadar mengulangi tazkirah yang anda
dengar dari naqib anda dan kemudian ulang tayangnya semula kepada mad’u anda. Tetapi
jadilah pendakwah yang hebat dengan berusaha agar mesej dakwahnya bukansekadar
didengari, tetapi ‘melekat!’. Let it go
viral!.
02 January 2013
Kompromi: Antara Penyakit Mental dan Penyakit Ummah
Saya berkesempatan baru-baru ini mendengar ceramah Prof Jon Jureidini, seorang psychiatrist dan juga pengarah di jabatan Psychological Medicine, Women and Children Hospital, Adelaide. Beliau sememangnya seorang individu yang menarik. Bukansekadar seorang pakar psikiatri, beliau juga merupakan seorang fellow dan pemegang PhD dalam bidang philosophy. Saya pernah berpengalaman berinteraksi dengan beliau sebagai pelajar perubatan pada tahun 2008. pandangannya yang tidak tipikal terhadap arus psikiatri moden menyebabkan pandangan kritikal beliau sering menjadi kontroversi.
Walaupun caeramahnya bertajuk fallacy of Middle Ground itu tidak secara langsung menyebut tentang politik, apatah lagi tentang Malaysia secara khususnya, namun pandangan beliau tentang konsep kompromi sebagai corrupting influence (pengaruh yang merosakkan) bagi saya sangat menarik untuk dijadikan sebagai satu titik refleksi.
"When we are faced with divergent possibilities," he says, "we often seek the comfort of the middle ground." Bad compromise can infect everything from child rearing to geo-politics relationships, to our personal responses to climate change. "Hedging our bets is often analogous to not betting at all," according to Jureidini. Although we don't like to acknowledge it, often hard choices with complex and risky short-term ramifications are the only way through difficult situations. (J. Jureidini, 2010)
Secara prinsipnya apa yang cuba ditekankan ialah, dalam banyak hal, apabila berhadapan dengan situasi yang kritikal ketika membuat keputusan, terutamanya dalam konteks pelbagai tekanan, permintaan, jangkaan dari pelbagai pihak, kita biasanya akan mengambil jalan pertengahan atau kompromi bagi memuaskan hati semua pihak. Biarpun berkompromi dilihat sebagai bentuk kesederhanaan, jalan terbaik dan memuaskan semua pihak, ia sebenarnya adalah pintu kepada terbukanya pelbagai masalah baru.
Sebuah kes psikiatri yang dikongsi beliau jelas menunjukkan sesetangah hal kompromi bukan jalan terbaik, bahkan merupakan jalan yang mesti dielakkan. Kes tersebut berkenaan seorang kanak-kanak yang terpaksa berhadapan dengan penceraian kedua ibu bapanya. Dalam konflik yang berlarutan, dengan tekanan untuk memilih samaada untuk tinggal dengan ibu atau bapanya, dia akhirnya memilih untuk berkompromi dengan tinggal berselang seli antara keduanya. Dia memilih untuk tinggal seminggu di rumah bapa dan seminggu di rumah ibunya walaupun mereka tinggal hampir 50 kilometer antara satu sama lain. Akibat pilihannya ini, dia terpaksa memilih untuk bersekolah di sebuah bandar antara dua rumah ibu dan bapanya ini.
Akibat pilihan yang dibuat, dia akhirnya terpaksa melalui hidup yang penuh tekanan. Penat akibat sentiasa berulang-alik antara dua bandar, kedudukan sekolah yang jauh, tiada kawan disebabkan dia tinggal jauh dari sekolah dan takanan akibat terpaksa ‘membahagikan’ kasih sayang antara kedua ibu bapanya setiap minggu menjadikannya tertekan dan akhirnya mengalami kemurungan (depression).
Kes ini merupakan contoh klasik di mana jalan tengah merupakan pembuka kepada lebih banyak masalah. Ia juga menjadi titik penting untuk kita memahami bahawa dalam kontek tertentu, jalan terbaik adalah bertegas dengan keputusan, walaupun ektrem dan seterusnya mengambil sepenuh tanggungjawab peribadi dari pilihan yang dibuat.
Saya tidak dapat lari dari merefleksi apa yang saya fahami dari kes ini dan cuba melihatnya dari perspektif politik islam dan Malaysia secara khususnya. Saya kira ramai yang bersetuju bahawa ummat islam hari ini tersepit dalam percaturan politik seperti tersepitnya seorang anak kecil yang menghadapi perceraian ibu bapanya. Dalam keadaan tertekan dan ditekan, ia harus memilih satu diantara dua. Tambah rumit apabila disekeliling merka penuh dengan ancaman, tekanan, tuntutan dan tawaran yang datang dengan pelbagai bentuk oleh pelbagai pihak.
Dalam sudut yang berbeza, pihak yang menawarkan diri menjadi ‘ibu dan bapa’ juga berhadapan dengan pelbagai bentuk dan rupa tekanan, ancaman dan tawaran yang mendesak mereka menjawab dan bertindak dengan respon masing-masing.
Jalan mudah yang menjadi kebiasaan dan pilihan ialah memilih jalan tengah dan berkompromi, supaya akhirnya semua pihak berpuas hati dan tidak ada mana-mana pihak yang rugi. Namun saya kira hujah yang ditimbulkan diatas menuntut kita berfikir semula apakah berkompromi dan mencari jalan tengah merupakan penyelesaian atau sebenarnya muqaddimah kepada permasalahan yang lebih besar.
Di sinilah tuntutan aqidah yang sejahtera, iman yang mendalam, fikiran yang matang, hujah yang jelas dan akhlak yang mulia menjadi bahan asas terpenting dalam kita membuat keputusan. Apatah lagi dalam setiap keputusan yang kita buat akan memberikesan kepada survival ummat Islam secara amnya.
Artikel ini bukan bertujuan untuk menjadikan kita extremis dan menjuarai tuntutan extremis. Namun ia merupakan peringatan yang datang dengan kasih sayang menuntut ummat Islam seluruhnya menilai tindakan kita dalam membuat keputusan. Jangan menjadi ummat yang malas dengan membiarkan suasana membut keputusan bagi pihak kita, apatah lagi dalam soal masa depan bangsa dan agama. Ia menuntut kita berfikir, menimbangkan sebaiknya dengan neraca yang betul supaya kita tidak terjebak dengan gelaja ambil mudah dan pilih jalan tengah.
Kalau kompromi yang dituntut zaman nabi jelas – bergilir menyembah tuhan, berselang menunaikan tuntutan agama, malangnya tuntutan hari ini lebih halus dari itu. Musuh yang datang dalam bentuk yangberbeza masih kekal dengan agenda yang sama iaitu menghakis jati diri kita. Namun apa yang dituntut ialah, dalam soal akidah, samaada tuntutan itu terang atau samar, reaksinya wajib tetap serupa. Tidak ada jalan pertengahan – Islam atau sebaliknya, wahyu atau nafsu.
“untuk kamu agama kamu, untuk aku agama aku”. (Al kafirun: 6)

Subscribe to:
Posts (Atom)