02 August 2006

bila dhamir menjerit....bahagian 1

explorelah dunia di luar sana. kau akan nampak betapa apa yang ada lebih dari apa yang engkau lihat sekelilingmu. Demamku menghalang aku pergi jauh. tapi cukup depan lap top yang mak ayah aku belikan untuk aku ini, dan iinet internet connection yg ader, macam2 aku explore diluar sana.

bingung dan keliru. itulah yang dapat aku simpulkan. melihat realiti ummah yang tenat. kemudian meninjau kecamuk pertelingkahan ummah-ummah yang tersedar. tambah bingung.

dulu aku hanya sibuk dengan kereta kancil aku, research ausmat aku, keluar makan kat wira sejat dan mid valley tour on weekends. bila ade yang mengetuk kepala ini untuk sedar. aku lupa semua itu dan terus berjalan mengharap sesuatu yang lebih baik dan bermakna dari semua yang aku sebut tadi. aku rasa aku ketemu pengganti semua itu. dan sesuatu yang baru ini amat aku cintai dan aku mengharap mati aku bersamanya.

sekarang aku mula sibuk dengan sesuatu yang lain. adakalanya tempias kesibukan itu sampai kesini. jauh jalan ku. tapi langkah aku masih lemah dan jaraknya terlalu singkat, dengkel, ringan- bergantunglah demensi mana kau melihat. tapi bagi aku, aku kini nampak jalannya. jalan yang satu. tetapi makin banyak aku melangkah, makin kuat dhamirku menjerit. agak-agak gegendang telingaku pon dah penat bergetar.

harapan aku cuma satu. hujung perjalanan ini aku bertemu Tuhanku, Ilahku, Rabbku dan Dia redha padaku. aku mahu buktikan dunia ini telah aku langkahi untuk dekat padanya. aku mahu buktikan dunia ini telah aku suburi dengan benih-benih tanaman yang tuaiannya aku dambakan disana nanti.

teorinya mudah. kau kenal dua jalan ini, pilih yang kau rasa terbaik, tinggalkan yang buruk dan berjalan terus menuju tuhanmu.

praktikalnya jauh lebih susah daripada sukar. jalannya penuh duri, jalannya penuh onak, jalannya berliku dan jalannya memedihkan sendi-sendi sampai ketulang hitamku. perjalanan jauh ini menggetar hati aku. semakin jauh aku berjalan, semakin banyak yang aku kenal, semakin banyak yang aku keliru.

susah aku nak gambarkan dengan perkataan-perkataan yang tersusun jadi ayat di blog ini. ianya jauh lebih besar dari itu.

mudahnya begini. aku keliru dengan sikap manusia. aku tidak maksudkan yang tidak berkehendak kepada tuhannya- itu aku tidak kira manusia. tapi yang berkehendak kepada tuhannya. mereka ini bunyinya seperti satu. hakikatnya jauh lebih banyak dari angka yang paling besar kau boleh fikirkan, kau darap dengan lima belas. kesimpulannya terlalu banyak.

bukan sekadar berfikrah atau tidak. bukan sekadar haraki atau sufi, bukan sekadar syiah atau sunni, bukan cuma khawarij atau tidak, bukan sekadar salafi atau khalafi, bukan jua sekadar falsafah logik atau fiqh aulawiyyat, bukan sekadar kifayah atau ai'n, bukan sekadar jihad salafi atau manhaj haraki, bukan sekadar ortodok atau kontemporari, bukan sekadar ta'lik atau taat, bukan sekadar tsabat atau futur, bukan sekadar halaqah atau tabligh, bukan jua sekadar risalah taalim atau fazael amal, bukan sekadar tahlil atau ma'thurat, bukan sekadar majmu' rasail atau sahih bukhari..dan 'bukan sekadar'dan 'atau'nya berterus selagi mana manusia yang berlidah dan berakal ada atas bumi ini.

kau keliru? begitu juga aku.
tapi mungkin kerana aku terlalu lemah untuk semua ini atau aku yang bodoh. tapi satu perasaan yang paling kuat adalah satu- iaitu kesedihan. aku mahu kepada tuhanku, tetapi jalan diluar sana terlalu berliku untuk orang selemah aku yang sekadar mengharap hujung jalanku bertemu tuhanku.

hariini aku berhenti di sini menulis. esok sekiranya aku masih melihat matahari, aku sambung. tapi aku ingatkan diri aku sebelum aku diingatkan bayang-bayang dan dilema aku. aku mengajak diriku kepada Allah. bukan kepada selainnya. bukan kepada halaqah, jemaah, risalah atau wadah. itu yang utama. dan aku yakin sekiranya aku mahu, Allah akan tunjuk jalan. hentikan polemik. ingat Tuhanmu dan tuhan aku. nescaya terlerai kebuntuanku.

"Dan tidak ada sesuatupun yang menghalangi manusia dari beriman, ketika petunjuk Telah datang kepada mereka, dan dari memohon ampun kepada Tuhannya, kecuali (keinginan menanti) datangnya hukum (Allah yang Telah berlalu pada) umat-umat yang dahulu atau datangnya azab atas mereka dengan nyata. al-kahfi:55

1 comment:

  1. Anonymous9:07 PM

    berdoalah... semoga diberi kesabaran dalam menghadapi semua ujian...

    ReplyDelete