22 October 2011

Dari Adelaide ke Shah Alam


Blog Fussilat, dengan penuh keinsafan menyatakan sokongan terbuka terhadap perhimpunan HIMPUN yang akan berlangsung hari ini di Shah Alam. (22/10/2011). Semoga Allah mempermudahkan semua urusan, melindungi dari sebarang fitnah dan mengurniakan kebaikan yang tidak putus-putus kepada mereka yang ikhlas bersamanya. Moga objektif asal program ini, iaitu menyatupadukan ummah atas isu aqidah mencapai maksud sebaiknya.


Blog ini sudah sekian lama tidak memberi apa-apa pandangan tentang isu semasa tanah air, seingat saya entry terakhir adalah berkenaan isu kalimah Allah, sejak itu saya memilih untuk tidak memberi apa-apa pandangan bertulis tentang isu di Malaysia. Namun saya tetap mengikutis ecara dekat isu-isu yang berlaku. Namun kali ini saya ingin memberi beberapa refleksi peribadi saya bersekitar isu yang berlaku.


  1. Pandangan beberapa pihak terhadap isu berhimpun, menolak kekerasan, Menolak kekerasan, senitmen politik, pengaruh pihak-pihak tertentu dan sebagainya adalah pandangan yang pra-matang, terperangkap dengan kerangka teknikal dan dalam masa yang sama gagal melihat objektif sebenar yang lebih besar. Benar perhimpunan ini bukan jalan penyelesaian terhadap isu aqida, tetapi noktah perlu diletakkan terhadap fasa ambil mudah dan remeh terhadap hak ummat islam. Dengan noktah itu sahajalah perenggan baru pentarbiyyah ummah ini boleh berlaku. Sebagaimana anak kecil ada kalanya perlu dijentik tangannya, begitu juga dengan ummah ini. Adakalanya hentakan kuat adalah jalan terbaik mengejutkan mereka dari tidur, selepas terbangun dari lena, kita mulakan semula bicara tentang perubahan.

  2. Beberapa kenyataan dari ahli politik benar-benar mengecewakan saya. Jelas benar, politik, kekuasaan dan pengaruh bukan lagi alat tapi kini telah mula menjadi matlamat yang direbutkan. Justifikasi menjadi mainan pemanis mulut. Benarlah kata-kata Ustaz Abdullah Zaik, kita tiada kuasa membeli. Saya tambah, kini bukan sekadar menjual, tapi mula bergolok bergadai. Bandingkan sahaja reaksi terhadap Bersih dan Himpun, kita akan dapat menilai sejauh mana kejujujuran mereka.

  3. Kita sememangnya perlu mula serius memikirkan keperluan kepada kuasa ketiga yang sebenar di Malaysia, iaitu Islam. Jangan terus leka mengharap perubahanakan berlaku sekelip mata bila pemerintahan bertukar tangan, samaada kepada A atau B. biarlah ummat Islam, dengan keyakinan sebenar terhdap agamanya, menjadi penentu bagaimana A dan B harus menjalankan kuasanya. Jika A atau B tidak mampu, apa salahnya kita menjadi C.

  4. Seperti yang selalu saya simpulkan, kerja masih terlalu banyak. Para du’at dakwah harus meronta-ronta rasa mahu menyelamatkan ummah ini. Yang berhimpun nanti akan menjadi saksi, agama ini akan menang seperti bulan yang tetap pada paksinya. Namun yang tetap dan tidak akan berubah, agama ini tidak akan tertegak melainkan oleh mereka yang bekerja dan layak memiliki kemenangan.

Selamat berHIMPUN.


Salam dari Adelaide, untuk ummah yang dicintainya. Kalaupun badanku tidak ke sana, sekurang-kurangnya jiwaku telah lama sampai.

1 comment: