Bila kita hidup di luar negara, secara automatik rutin kehidupan semua orang akan jadi lebih kurang sama. Masing-masing berkongsi rumah, semua ke uni, semua makan bersama, kereta sama, waktu tidur lebih kurang sama, waktu bangun pun begitu. Tipikalnya, seorang ada satu lap top/ desk top, sorang satu katil, mobile, meja study, lampu study. Hampir semua ada set yang sama. kadang-kadang bukan sekadar serupa tapi memang 'sebijik'. Lagi-lagi yang sama-sama membeli-belah di IKEA awal tahun dulu. Pendek kata, watak je berbeza, tapi plot dan setting, semuanya lebih kurang.
Kadang-kadang terlalu lama dengan rutin kehidupan yang lebih kurang sama, kita dihinggap penyakit berbahaya. Penyakit 'pukul rata'. penyakit bila bila kita menganggap semua orang sama, semua orang satu fesyen, semua orang satu kepala. Maka emosi kita jadi 'kebas'. Tidak lagi sensitif dengan orang lain, tidak lagi peka dengan perasaan orang lain. Kita rasa semua orang sama, sekurang-kurangnya sama dengan kita.
Makanya, bila kita 'tidak kisah' dengan satu-satu perkara, kita terus mengandaikan orang lain juga 'tidak kisah' dengan hal tersebut. Bila kita 'bengang' dengan satu-satu hal, kita rasa orang lain pun patut 'bengang' dengan hal tersebut, maka bila orang lain tak respon seperti yang kita respon, kita jadi 'tambah bengang'.
Saya mula terfikir hal ini bila saya balik ke Malaysia cuti musim panas tahun ke dua di universiti dulu (ye, memang lama dah 6 tahun dulu). Waktu tu kami buat jaulah (berjalan sambil berziarah) ke rumah pelajar-pelajar Adelaide di Malaysia. Waktu tu satu demi satu rumah sahabat-sahabat kami zairah. Pagi ziarah sahabat di Bangi, rumah banglo 2 tingkat 6 bilik, memang macam mahligai rumahnya. Manakan tidak, ibu ayah keduanya usahawan berjaya. Tuah badan. Petangnya pula ke rumah satu lagi sahabat di Bukit Mertajam, kali ini tatapan kami benar-benar berbeza. Ayahnya tiada, sedang sibuk mencari rezeki dengan membawa teksi. Rumahnya kecil dan dhaif di tebing sungai di sebuah kampung nelayan. kami di jamu pun dengan apa yang ada. terlihat kelibat adik-adik yang ramai dan masih kecil.
Waktu itu terfikir di kepala saya. Di Adelaide, nampak semua orang sama. semua sewa rumah dengan kadar sama, sorang tiap-tiap bulan bayar jumlah yang sama. tapi bila balik ke Malaysia, kita kembali ke kehidupan masing-masing yang berbeza. Ada yang ke bilik sejuk berpenghawa dingin, ada yang balik ke teratak kecil di kampung, tidur di ruang tamu berkongsi tilam dengan adik-adik yang masih kecil.
Maka cuba kita fikir semua, wajarkah kita 'pukul rata' sahabat-sahabat kita. Jangan sampai rutin harian dan rutin kehidupan yang membosankan ini menghakis sensitiviti kita terhadap nilai kemanusian yang setiap satunya berbeza dan istimewa.
fahami sahabat anda dalam-dalam. Jangan hanya kenal nama dan ketawa bersama ketika suka. Tapi kenal juga hati budinya, kenal juga dengan masalah dan kesusahannya. Kerana disebalik senyapnya dia mungkin ada keresahan yang sedang menjerit. Di sebalik riang tawanya, mungkin ada kemarahan yang menggelegak menanti tumpah.
selepas baca artikel ini, berpaling, cari sahabat anda, tanyakan pada dia "enta ok?" ("kau ok?") "ada apa-apa ana perlu tolong?"
Kalau dia buat muka pelik, fahamlah, kita masih jauh dari mengenalinya. Andai dia membalas dengan senyuman, mulakanlah bicara. Pasti ada sesuatu disebalik senyumannya itu.
p/s semua adalah gambar hiasan.
selambe je amik gambar2 kt fb orang. hehe.
ReplyDeletebtw "nta ok ke hari ni" ialah soalan favourite yg sering keluar dari mulut juga, n still lekat sehingga hari ni.
tapi yang ditanya jangan pula selalu jawab 'I'm ok', walaupun sebenarnya tak ok. kadang-kala, berterus terang adalah lebih baik.
Tazkirah sblm tido malam ni =)
ReplyDeletejzkk utk peringatan
Selamba ambil gambar jejaka idaman 2011 (ops gurau)
ReplyDeleteSetuju dgn jgn pukul sama rata. Kadangkala bila dah selalu bersama kita hilang sensitiviti terhadap keperluan orang lain yang datang dari latarbelakang berbeza. Bila kita rasa jawapannya A, kita merasakan orang lain juga patut menjawab A, bukannya B. :D