20 December 2011

Babak Baru Fussilat

Entry terbaru Fussilat boleh didapati dari laman web Muslim Teen Digest . InsyaAllah selepas ini semua entry yang bukan personal dan berkaitan dengan topik Misi Mencari Hero akan dipaparkan melalui web site tersebut. Mudah-mudahan capaian yang lebih luas memungkinkan lebih ramai beroleh manfaat dari sedikit perkongsian yang tidak seberapa ini. Moga semuanya diterima Allah sebagai suatu usaha kecil dalam gagasan yang besar membangun ummah ini.



Sedutan



Siapa yang boleh menafikan yang suatu ketika dulu dia pernah berangan-angan boleh terbang seperti Superman, boleh melompat dari satu bangunan ke satu bangunan seperti Spiderman, berkumpul dengan rakan-rakan berebut warna Power Rangers, memandu kereta hebat seperti Batman dan macam-macam lagi angan-angan dan impian yang semestinya di luar kebiasaan. Waktu itu modal kita cuma imaginasi dan dengannya kita mampu mengembara ke segenap dimensi kehidupan dan mengandaikan kita sebahagian dari dunia luar biasa itu. Cuma berhenti seketika dan renung semula ketika-ketika itu. Pasti satu persatu pengalaman sekitar usia itu akan terjelma kembali dalam ruang fikiran, yang pastinya diikuti dengan ketawa kecil.
Begitulah kita suatu ketika dulu, kreativiti adalah bahasa pertuturan, imaginasi adalah warna lukisan kehidupan. Kita hidup tanpa sempadan. Tidak ada apa yang boleh mengatakan tidak pada imaginasi kita.


Namun sayangnya, semakin kita meningkat usia, meniti remaja, menempuh ruang dewasa, imaginasi kita makin lusuh dan sedikit demi sedikit hilang dalam ‘kematangan’. Dari semua boleh, sedikit demi sedikit bertukar menjadi ‘susahlah’, ‘tak bolehlah’, ‘tak mampu punyalah’. Ruang imaginasi kita terbatas kepada apa yang ada dihadapan kita. PMR, SPM, Matrikulasi, Universiti, Ijazah, cari kerja menjadi babak-babak baru dalam kehidupan yang seakan-akan memenjara ruang imaginasi kita.



teruskan membaca dari website di atas



p/s terima kasih kepada Cikgu Azmir

No comments:

Post a Comment