29 September 2008

masih sudi memberi

kadang-kadang lembaran lama perlu direnung semula, biarpun lembarannya telah pun kering seusai terangkatnya pena. Namun kisah hidup yang berulang-ulang dengan watak dan plot berbeza ini, kadang-kadang perlukan skrip yang sama.


warkah lama May 2007...


Bukan sekadar seorang pemberi 1

suatu hari berjalan dalam hujan. malam gelap. angin kuat dan rasanya makin jauh lagi untuk siang. bertemu seorang manusia. nampak sejuk. menggigil. bajunya nipis. koyak dan badannya kurus. dia pon dihulurkan dengan sehelai selimut tebal. kemudian dia berkata.

'kenapa bagi dengan tiba-tiba, kenalkanlah diri dahulu!.' tegurnya. baiklah, mungkin salah pemberi, yang kemudiannya memperbetul langkah dengan memperkenalkan diri dan bertanya khabar dulu. kemudian dia menghulurkan selimut kepada manusia tadi.

'kenapa bagi dengan tangan ni, bagi la baik-baik dengan tangan kanan, baru sopan!'. tegur manusia itu lagi. baiklah, mungkin salah pemberi lagi. dihulurnya semula, kali ini dengan penuh berhemah.

'kenapa bagi selimut yang ni. xde lain yang lebih baik?' tegur manusia yang sejuk itu lagi. mungkin benar katanya, si pemberi mengambil selimutyang lebih baik dan kemudian menghulurkannya kepada manusia yang sedang menggigil tadi.







diam sahaja.
tiada bunyi dan suara






kali ini dia diam. Innalillah..rupanya manusia itu sudah pun pergi mininggalkan dunia ini.


begitulah sebahagian manusia. bila ditegur dan didatangi nasihat. dia menegur dan mengkritik cara nasihat itu diberi, siapa yang memberi nasihat, kaedah, prinsip, gaya dan sebagainya. tapi lupa mengambil apa yang jauh sebenarnya lebih perlu dari itu. selimut itu! dia lupa dia kesejukkan. dia lupa pemberi itu sebenarnya menghulur selimut bukan cara menghulur selimut dengan baik.

betul. sayalah orang pertama yang akan bersetuju jika dikatakan pemberi itu perlu juga ditegur. Rasulullah sendiri ditegur Allah dalam surah 'abasa. sehinggakan setiap kali bertemu dengan Abdullah ibnu Ummi Makhtum, baginda akan berkata. 'inilah orang yang menyebabkan aku ditegur Allah. (sebagai mengenang rapatnya baginda dengan Abdullah sejak peristiwa itu)*.

saya setuju. tapi walaubagaimana pun kita perlu kembali kepada prinsip. soal menyelamatkan manusia, amal maaruf dan nahi mungkar tidak boleh disamakan dengan pertandingan nyanyian yang mana orang boleh mengkritik sumbang atau tidak pitchnya, betul salah keynya, cantik atau tidak tonenya dan sebagainya sampai melupakan lirik, melodi dan lagunya.

baca suratnya dan fahami isinya. jangan sibuk mengkritik cara posmen memasukkan surat dalam peti surat. kerana posmen itu hujung bulan akan dapat gajinya kerana dah jalankan kerja dia. kita yang tak baca surat ni yang nanti akan bermasalah.

saya tidak maksudkan soal halal dan haram, dosa dan pahala. soal itu wajib ditegur tidak kira pada siapa. pemberi atau penerima. tapi yang saya risaukan ialah bila manusia disibukkan dengan perkara-perkara remeh yang padanya terbuka ruang khilaf dan ijtihad yang luas. terpulang pada pandangan mana melihatnya.

berbaloikah mati kesejukkan semata-mata kerana selimut itu diberi dengan tangan kiri?
berbaloikah mengoyak surat penting dari kekasih misalnya semata-mata kerana posmen meletakkan surat diatas pagar dan bukan di dalam peti surat? kalau ada yang rasa berbaloi.
terpulanglah.


tegurlah dalam suasana yang indah. yang mana hujungnya sama-sama membawa pemberi dan penerima ke syurga Allah. betul. saya juga mengharap begitu.

percayalah. dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. bahkan. mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. indahnya.

saya tidak katakan saya bagus untuk berkata-kata sebegini. sekadar meluah apa yang terlintas dilubuk hati yang kecil ini. mungkin ada kene mengena. mungkin tidak. yang penting ia untuk saya. kerana saya mahu menegur hati sendiri. akhirnya. kita juga yang fakir, Allah jua yang Maha Terpuji dan Mulia.

Bukan sekadar seorang pemberi 2

setuju. kebanyakkan manusia hari ini jumud dan malas baca buku.

dan manusia paling jumud adalah manusia yang menolak pandangan tuhannya.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim." (As Saff: 7)

"Shibghah Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (Al Baqarah:138)

dan manusia paling malas membaca ialah manusia yang paling jauh dengan wahyu Allah.

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang Telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (32:22)


maka. dalam bahasa mudah. mari kembali kepada perkara paling asas.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf:108)

jalan ke terra ignito itu pasti tiada. sekiranya manusia mengambil kembali asas tindakan mereka dengan mengikut jalan Rasul SAW. Wajib Allah bersama kita. tidak kira hebat manapun jalan, padangan dan buah fikiran manusia lain. Kalimah, amal dan istiqamah baginda jauh lebih hebat. kerana ia tersandar pada keagungan bantuan Illahi. sedang kita ini. manusia kerdil yang berjalan jatuh mencari redha pencipta. kita lenguh jari menulis dan kering tekak berceramah. Baginda bengkak kaki beribadah dan patah gigi berjihad. Allahu Rabbi, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosaku...

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah dialah yang Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. (faathir:15)

benar ya Allah. kamilah yang fakir. kamilah yang hina. kamilah yang kerdil. dan kalau bukan dengan rahmatMu. siapalah kami.

menarik. cuma sukar sebenarnya berbalas pantun dalam bahasa yang berbeza. bunyinya janggal. begitu juga bila membahaskan suatu isu. perkara paling asas dalam ruang muzakarrah itu adalah pastikan definasinya sama. maksudnya begini. sampai kiamat pon orang melayu dan orang arab tidak akan bersepakat bila bercakap pasal Nafsu. sebab orang arab faham Nafsu itu Diri. orang melayu faham Nafsu itu al-Hawa (keinginan nafsu). makanya, sebelum berbicara, malarkan bahasa, supaya kelak hujung bahasnya menampakkan natijah.

Sudah sampaikah kepadamu (Ya Muhammad) kisah Musa. Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah Suci ialah lembah Thuwa; "Pergilah kamu kepada Fir'aun, Sesungguhnya dia Telah melampaui batas, Dan Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)". Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?" Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Fir´aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menantang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (seraya) berkata:"Akulah Tuhanmu yang paling tinggi". Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. (An-Nazia'at 15-25)


diskusi mereka ini jauh lebih hebat dari borak-borak kita. kerana itu ia dirakam berkali-kali di dalam AlQuran. Pertama, kerana ia antara Nabi Allah Musa yang mendengar wahyu Allah secara terus tanpa hijab dan taghut yang 'hebat ' keangkuhannya, firaun la'anatullah alaih. Kedua, kerana ia bukan soal furu' atau cabang ilmu yang punya ruang ikhtilaf dan ijtihad. tapi soal Aqidah yang qat'ie dan sorih. tidak kira buku apa yang digunakan. Nabi Allah Musa dan Firaun tahu apa maksud Rabb yang diseru nabi Musa itu. kerana itu nabi Musa tetap menyeru dan menolak kata-kata Firaun. dan begitu juga Firaun dengan neraca angkuhnya menolak dengan mengatakan Dia lah Rabb itu. pelik. tapi indah.

Rasul diutus bukan untuk mencantikkan masjid. tapi mengisi masjid dengan jiwa-jiwa yang membesarkan Rabbnya dalam setiap inci kehidupan mereka.

tutup cerita. begitu juga kita. prioriti perjuangan ummah jauh lebih besar dari menghebatkan sebuah perbincangan 2-3jam. tapi prioriti dan perjuangan ummah adalah membawa manusia kepada Allah. Tapi kalau dengan perbincangan 2-3 jam itu mampu membawa manusia kesitu. mari sama-sama kita pertahankan dan perbaiki.

cuma jangan lupa. hebat macam mana pun kelas dan tutor kita. akhirnya kita menjawab peperiksaan sendiri. begitu juga kita. hebat macamana pun kalimah dan bicara kita. akhirnya kita mengadap Allah sendiri. dengan amalan kita. ini ingatan untuk diri saya sendiri. Allahu taa'la A'alam.



2 comments:

  1. allahuakbar! allahuakbar! walillah ilhamd!

    selamat hari raya kepada Akhi Nizam.

    sebangsa dan seagama,
    tidak susah untuk berbicara,
    sedang rambutnya sama,
    sedang tuturnya sama,
    apatah lagi cara fikirnya,
    malah besar hatinya juga.

    cuma,
    manusia itu;
    tidak dikurnia bakat mentafsir,
    tidak bijak menilik ilmu hakiki,
    tidak bestari menilai kebenaran abadi.

    manusia;
    diajar untuk berbeza,
    namun tetap berjalan di atas bumi yg sama,
    diberi tenaga yang pelbagai,
    namun tetap bernafas dengan udara yg serupa.

    mampukah,
    manusia membina persamaan?
    dalam dunia akhir zaman?


    moga teruskan azam perjuangan..

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:14 PM

    subhanallah. moga tidak hilang.

    ReplyDelete