suatu hari berjalan dalam hujan. malam gelap. angin kuat dan rasanya makin jauh lagi untuk siang. bertemu seorang manusia. nampak sejuk. menggigil. bajunya nipis. koyak dan badannya kurus. dia pon dihulurkan dengan sehelai selimut tebal. kemudian dia berkata.
'kenapa bagi dengan tiba-tiba, kenalkanlah diri dahulu!.' tegurnya. baiklah, mungkin salah pemberi, yang kemudiannya memperbetul langkah dengan memperkenalkan diri dan bertanya khabar dulu. kemudian dia menghulurkan selimut kepada manusia tadi.
'kenapa bagi dengan tangan ni, bagi la baik-baik dengan tangan kanan, baru sopan!'. tegur manusia itu lagi. baiklah, mungkin salah pemberi lagi. dihulurnya semula, kali ini dengan penuh berhemah.
'kenapa bagi selimut yang ni. xde lain yang lebih baik?' tegur manusia yang sejuk itu lagi. mungkin benar katanya, si pemberi mengambil selimutyang lebih baik dan kemudian menghulurkannya kepada manusia yang sedang menggigil tadi.
'kenapa bagi dengan tiba-tiba, kenalkanlah diri dahulu!.' tegurnya. baiklah, mungkin salah pemberi, yang kemudiannya memperbetul langkah dengan memperkenalkan diri dan bertanya khabar dulu. kemudian dia menghulurkan selimut kepada manusia tadi.
'kenapa bagi dengan tangan ni, bagi la baik-baik dengan tangan kanan, baru sopan!'. tegur manusia itu lagi. baiklah, mungkin salah pemberi lagi. dihulurnya semula, kali ini dengan penuh berhemah.
'kenapa bagi selimut yang ni. xde lain yang lebih baik?' tegur manusia yang sejuk itu lagi. mungkin benar katanya, si pemberi mengambil selimutyang lebih baik dan kemudian menghulurkannya kepada manusia yang sedang menggigil tadi.
diam sahaja.
tiada bunyi dan suara
kali ini dia diam. Innalillah..rupanya manusia itu sudah pun pergi mininggalkan dunia ini.
tiada bunyi dan suara
kali ini dia diam. Innalillah..rupanya manusia itu sudah pun pergi mininggalkan dunia ini.
begitulah sebahagian manusia. bila ditegur dan didatangi nasihat. dia menegur dan mengkritik cara nasihat itu diberi, siapa yang memberi nasihat, kaedah, prinsip, gaya dan sebagainya. tapi lupa mengambil apa yang jauh sebenarnya lebih perlu dari itu. selimut itu! dia lupa dia kesejukkan. dia lupa pemberi itu sebenarnya menghulur selimut bukan cara menghulur selimut dengan baik.
betul. sayalah orang pertama yang akan bersetuju jika dikatakan pemberi itu perlu juga ditegur. Rasulullah sendiri ditegur Allah dalam surah 'abasa. sehinggakan setiap kali bertemu dengan Abdullah ibnu Ummi Makhtum, baginda akan berkata. 'inilah orang yang menyebabkan aku ditegur Allah. (sebagai mengenang rapatnya baginda dengan Abdullah sejak peristiwa itu)*.
saya setuju. tapi walaubagaimana pun kita perlu kembali kepada prinsip. soal menyelamatkan manusia, amal maaruf dan nahi mungkar tidak boleh disamakan dengan pertandingan nyanyian yang mana orang boleh mengkritik sumbang atau tidak pitchnya, betul salah keynya, cantik atau tidak tonenya dan sebagainya sampai melupakan lirik, melodi dan lagunya.
baca suratnya dan fahami isinya. jangan sibuk mengkritik cara posmen memasukkan surat dalam peti surat. kerana posmen itu hujung bulan akan dapat gajinya kerana dah jalankan kerja dia. kita yang tak baca surat ni yang nanti akan bermasalah.
saya tidak maksudkan soal halal dan haram, dosa dan pahala. soal itu wajib ditegur tidak kira pada siapa. pemberi atau penerima. tapi yang saya risaukan ialah bila manusia disibukkan dengan perkara-perkara remeh yang padanya terbuka ruang khilaf dan ijtihad yang luas. terpulang pada pandangan mana melihatnya.
berbaloikah mati kesejukkan semata-mata kerana selimut itu diberi dengan tangan kiri?
berbaloikah mengoyak surat penting dari kekasih misalnya semata-mata kerana posmen meletakkan surat diatas pagar dan bukan di dalam peti surat? kalau ada yang rasa berbaloi.
terpulanglah.
tegurlah dalam suasana yang indah. yang mana hujungnya sama-sama membawa pemberi dan penerima ke syurga Allah. betul. saya juga mengharap begitu.
percayalah. dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. bahkan. mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. indahnya.
saya tidak katakan saya bagus untuk berkata-kata sebegini. sekadar meluah apa yang terlintas dilubuk hati yang kecil ini. mungkin ada kene mengena. mungkin tidak. yang penting ia untuk saya. kerana saya mahu menegur hati sendiri. akhirnya. kita juga yang fakir, Allah jua yang Maha Terpuji dan Mulia.
*(untuk yang bimbang saya menyampaikan cerita israiliyat atau hadith yang maudhu'- sila rujuk Tafseer fil Zilal Al Quran, Tafseer Surah A'basa, Syed Qutb; Ar Rahiq Al Makhtum Mubarakfuri; Sirah Ibn Hisyam dan Fiqh Sirah Ramadan Al Butti)
assalamualaikum..
ReplyDeletemungkin sy bkn org terbaik utk komen. Tapi sy setuju benor lah dengan entri ni.. setelah diedit komen sy yg mungkin lapan helai, bolehlah sy bg conclusionnya di sini:
kepada penerima- bersyukurlah ada yg ingin memberi.. terimalah apa yg diberi, bkn melihat semata-mata kepada pemberi. pemberi mungkin mempunyai kelemahan kerana dia pasti bukan malaikat. pemberi tidak pula meminta apa dr penerima.. apa yg hendak di rugikan utk menerima? atau mungkin apa yg diberi sebenarnya tidak menarik hati penerima.. dan mungkin penerima tak merasa perlu utk menerima. kalau begitu, terserah. tepuk dada tanya iman. seperti kata penulis, amar makruf nahi mungkar, soal menyelamatkan manusia tidak perlu ada melodi yg merdu seperti nyanyian siti nurhaliza. apa yg penting, mesej nya. atau mungkin org yg hampir lemas, tak sedar dia tgh dlm lautan penuh gelora, tak sedar dirinya mungkin sudah penat berenang dan mungkin tak pandai berenang..
Kepada pemberi- sesungguhnya Allah memberi amanah. Allah membeli harta dan jiwa untuk diberinya syurga.. tidak salah kalau memberi dengan hikmah, bukan?
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk" 16:125
jadilah ibarat sepohon pokok. bila dilempar batu, jatuhkanlah buah. jadilah seperti air, tenang dan sejuk. ikutlah qudwah yg Rasulullah saw telah tunjukkan. Bilakah ada Rasulullah memaksa sesuatu kaum utk menerima ajarannya? Di ta'if, Rasulullah saw berdoa dgn panjang memohon Allah memberi petunjuk kpd kaumnya.. sesungguhnya mereka tidak mengetahui. pemberi, jadikanlah doa ,solat sebagai senjata dan penguat. belajarlah cara memberi dengan berhikmah. tidak salah belajar. ubahlah cara yang mungkin dirasakan tidak berkesan. bg salam, guna tangan kanan, bg selimut yg elok -_-
tidak salah menjadi penerima. tidak salah menjadi pemberi..
sy seorang penerima dan mungkin juga seorg pemberi.
wallahua'lam. kalau ada kesilapan kata, sy yg lemah sebgai pemberi komen, harap maaf. sy serahkan kepada Allah..
berbaloikah membeli donat yg x direduce semate2 utk diberi kpd ahli2 PBL?
ReplyDeleteberbaloikah pergi ke Gym selame 3 bulan utk menguruskan badan??
why pay more?
"percayalah. dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. bahkan. mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. indahnya"
ReplyDeleteamat setuju. ..al-ilm bi la amal, kassyajar bilathamar.. ilmu tnpa amal sama la dgn pohon yg xberbuah..
Sebab apa? Sebab kita sedang belayar ke terra incognito. Sebab orang Islam malas baca buku, sebab usrah ditukarkan konsep untuk melemahkan fikiran. Sebab umat Islam hidup bersama umat-umat lain, sebab Islam itu rahmat untuk manusia.
ReplyDeleteSebab kenyataan ini: "kalau menilai tindakan seorang pakar bedah dari kaca-mata seorang guru tari, sudah pasti banyak yang buruk dari yang elok nak dikomen.." dilontarkan oleh seorang bukan Islam.
Jika Nabi hidup, pasti Muhammad menangis melihat ada orang menulis seumpama itu!
Katakanlah: Hanya jauhari yang mengenal manikam.
Sebabnya lagi panjang di sini:
http://usrah2007.blogspot.com/2007/05/mereformasi-usrah-melayu.html
sangat menarik.. minta izin untuk dikongsikan dengan orang lain.. jzk
ReplyDelete