04 September 2008

sama beriman sama beramal 1

Ramadhan kareem.
Pesanan untuk diri sendiri,

Menuju Syiar ramadhanmu sendiri

Binalah syiar untuk ramadhan kalian, iaitu slogan atau tema yang menjadikan kita bersemangat dan berusaha untuk mencapainya. Sebagai contoh, bila kita syiarkan pada diri kita “ramadhan ini aku nak jadi hamba Allah yang lebih ikhlas dalam beramal”, maka sekaligus kita akan bergerak dalam ramadhan ini dengan semua tindakan kita kearah itu dari sudut akal, pancaindera dan hati yang menjana keikhlasan itu sendiri.

Daripada Abu Hurairah: “Apabila seseorang hambaKu menyebut-nyebut untuk melakukan kebaikan, maka Aku akan tulis untuknya pahala kebaikan.” (Muslim)

Memperbanyakkan doa

Semoga kita mengambil kesempatan ramadhan yang indah ini untuk berdoa sebanyak mungkin kepada Allah yang lebih dekat dari urat leher kita sendiri, dengan syarat kita meyakini bahawa Dia mendengar dan memperkenankan doa.

Melazimi doa yang ma`thur dalam setiap keadaan
Daripada Aisyah RA bahawa Rasulullah SAW mengingati Allah dalam setiap keadaan.” (Riwayat Muslim)

“TIGA doa yang paling mustajab: Dao orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi dan doa orang yang bermusafir.” (Riwayat at Tarmzizi)

Berdoalah ketika berbuka, ketika sahur, antara azan dan iqamah dan sewaktu mengkhatamkan al Quran.

Mulakan harian Ramadhan kita dengan doa ini:
“Ya Allah, aku memohon kebaikan pada hari ini (sama ada) kemenangannya, cahayanya, barakahnya dan petunjuknya. Dan aku berlindung denganMu dari kejahatan apa yang ada pada hari ini dan apa sahaja kejahatan sesudahnya.” (Riwayat Abu Daud)

“Ramadan adalah Madrasah Rabbaniah, Madrasah Taqwa, dan Madrasah Quran. Padanya segala bekalan yang diperlukan buat pemuda yang mahu menempatkan dirinya bersama mereka yang serius mahu menyelesaikan permasalahan dunia hari ini.”

No comments:

Post a Comment