25 July 2006

saye ponteng sekolah harini....

demam. harini xpergi hospital sebab kalau aku g pon aku xley masuk ward. nnt berjangkit kat patient. xde MC so considered ponteng untuk julung2 kalinya ke hospital. kifarah dosa la tu. lgpun lama da xdemam. wan aku still sakit lagi tapi da kuar hospital. die minta keluar sebab da xtahan duduk lame2 kt hospital padahal doktor xwat paper. mendengar rungutan mak aku ttg hospital servis. rase macam xde mood nak balik mesia keje sane. aku pulun la belajar MRI sini. baru aku tahu seluruh n9 ade 1 jek MRI. camne la nak treat case2 emegency let say ade case bertimbun2. pk2 balik mcm xlogik. mesia bukan nye standard Uganda atau timur timor. budget punye la besar. Putrajaya la KLIA la sport centre kt UK la. nak beli MRI kt semua hospital pon xde duit. sekati la korang membazirkan duit rakyat. malas aku nak pk lg. ni bukan meracau sebab demam. still demam mode. doakan nenek aku. semoga Allah permudahkan segalanya.

tiada kaitan
td tgk gambar bakal anak tiri siti ngan anak Nazri Aziz. link dr satu web ni. hurm...malas nak komen. sape rase nak tgk, tgkla. pastu komen sendiri dlm hati.

23 July 2006

kalau aku, aku tolong!

Entry Petang Ini menarik sekali. beliau menambah entry, bukan untuk menjawab tp mengajak manusia lain turut berfikir. xtolak sedikit pon tema dan persoalan perbualan cuma satu baris jawapan beliau hilang dari line perbualan-"sebab iran tu berbangsa Parsi dan bukan Arab (may be guna key rendah sangat!).

persoalan kat sini bukan sebenarnya siapa nak tolong siapa. tapi siapa lawan siapa?. Inilah hakikatnya. bukan sahaja musuh2 Islam berjaya (baca: dengan bantuan orang2 islam yg bengap) merentang pagar2 geografi antara watan-watan Islam. bahkan jua berjaya memasang tembok2 assabiyyah, mazhabiyyah, hizbiyyah dan macam2 jurang antara seorang Muslim dengan Muslim yang lain.

Tiada yang pelik kalau kita katakan Iran xkan dibantu kalau diserang US. kerana sejarah dah memBUKtikan.

WW2- Turki diserang teruk (baca:diganyang) oleh Berikat. kenapa seluruh dunia Arab seagama senabi sekhalifah diam? kerana mereka dah dibasuh (baca: dicurah gula dalam periuk nasi mereka) yang itu Turki kamu Arab, maka: diam2 sahaja, kami xserang kamu cukup baik!.
Perang Iran-Iraq- siapa nak tolong siapa? mereka sendiri keliru seperti kita dikelirukan.
Afghanistan diserang. Arab Saudi, Kuwait tolong urut lenguh2 askar US. betul Afghanistan Sunni. tapi Afghanistan itu AFGHAN bukan A R A B.
Iraq diserang- mereka buat2 xdengar bunyi bom padahal langit Oman, UAE, Kuwait gelap dengan asap perang diBaghdad. kan Iraq tu Arab, Sunni. kenapa xtoong juga? jawapannya- kerana Saddam Hussin punya cita2 menundukkan dunia Arab dibawah Baghdad!
pemimpin2 Arab concern pasal Palestin. Betul! tapi lihat betul2. mereka bukan mengutuk Israel atas nama mereka Islam. tapi atas nama liga ARAB sekali lagi- LIGA ARAB. syurga mana agaknya yang tercipta untuk orang ARAB?

so balik semula pada persoalan tadi- yang penting bukan siapa tolong siapa. tapi siapa berperang dengan siapa. selagi kita melihat Palestine menentang Israel dan bukan Muslim menentang Zionis. selagi kita melihat Syiah Iran, Syria menentang US dan bukan Islam yang kaffah menentang kuffar. selagi kita melihat Hizbullah menentang Israel dan bukan Haq menentang batil. maka selagi itulah kita akan terus tertewas.

"kita dimuliakan kerana Islam. kalau kita mencari kemuliaan kerana selain dari Islam, nescaya Allah akan menghinakan kita!" Umar Al-Khattab- bukan atas nama Arab waima Sunni tapi Muslim, Mu'min sahabat Rasulullah nabi seluruh Ummat.

makanya- Kalau aku, aku akan TOLONG! sebab nya- aku Islam dan mereka Islam, Deen ku Islam, deen mereka juga Islam, Rabb ku Allah, Rabb mereka jua Allah, aku jua mengharap jannah firdaus sebagaimana mereka mengahrap jannah firdaus.

ALLAHUAKBAR!

yang lebih penting dari berapa helai gaun siti tempah untuk majlis kahwin dia...

FAQ Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Pe citer sebenarnye?

Azlina Jailani (42 tahun) berdaftar sebagai Lina Joy. Berbangsa Melayu berketurunan Jawa. Beliau dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis. Beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang Kristian berbangsa India dan memohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut. Permohonan beliau sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada pengesahan Mahkamah Syariah. Mulanya beliau memohon di Mahkamah Tinggi satu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam. Permohonan ini ditolak atas dasar mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Perkara121(1A)Perlembagaan Persekutuan.Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah
Tinggi untuk tidak menyatakan agama dalam kad pengenalan. Setelah permohonan ini ditolak beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan.

Apa isu yang timbul sebenarnye?

  • Sama ada seseorang Islam itu berhak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan dan kemudian membolehkannya menukar agama.
  • Sama ada kebebasan beragama mengikutPerkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain.
Apakah kesan kes ini sekiranya permohonan Azlina Jailani berjaya?

  1. Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermakna kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh Perlembagaan.
  2. Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.
  3. Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
  4. Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu -Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.
  5. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
  6. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
  7. Orang Islam bebas menganut dan mengamalIslam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan JabatanAgama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutandan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.
Fikirkan sendiri..apa lagi yang tinggal untuk Islam di Bumi sendiri. tak payah terpekik terlolong marahkan israel dan US la'natullah membedil Islam di Palestin dan Lebanon kalau kita hanya diam dan buat tak tahu bila Islam dibelasah setiap penjuru di bumi sendiri.

17 July 2006

nak harap sape lagi?...

disebabkan kesibukkan tahap teramat sangat. aku pon xsempat mengeblog. kt luar sane berdozen2 cerite yg nantikan utk dikomen. telan air liur jek tgk diorg bertengkar sane sini. aku nak komen pon xsempat. so bace la ni petikan dr blog roslan sms yg aku rase xbanyak beza pendapat aku ngan die.

Insaflah sebelum terlambat

Gejala RIDDAH ataupun tindakan individu Muslim memohon untuk mengisytiharkan dirinya keluar dari Islam ataupun MURTAD merupakan suatu gejala yang semakin menonjol dan ketara sejak akhir-akhir ini.

Bermula dengan pendedahan Mufti Perak bahawa terdapat ratusan ribu rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu yang terlibat dalam gejala ini, kebimbingan mula menular dikalangan rakyat dan individu Musli yang prihatin.

Ada juga individu dan kumpulan yang tidak ambil pusing, malah memperkecil serta meremehkan gejala ini sebagai sesuatu yang di EXAGGERATE kan atau diperbesar-besar.

Sesungguhnya jenayah RIDDAH ini tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak. Beratnya jenayah ini sehingga ianya diperangi oleh Abu Bakar r.a dizamanya. Mungkin kerana ianya tidak melibatkan adik-beradik atau kaum keluarga kita maka kita menganggapnya sebagai kecil.

Awas apabila kita terlepas pandang, musuh-musuh Islam akan melonjak-lonjak menari dalam kegembiraan. Apa tidaknya suatu tindakan yang melibatkan JENAYAH HUDUD dalam Islam, sebagaimana ditunjukkan oleh Rasulullah saw dan dilaksanakan oleh para sahabat, tiba-tiba dizaman kita ianya dipandang sebagai perkara peribadi, hak asasi dan kebebasan.

Satu kes yang sedang menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini yang berkaitan dengan kes MURTAD ini adalah kes melibatkan seorang wanita Melayu Islam Azlina Jailani ataupun Lina Joy yang memohon agar mahkamah mengisytiharkan beliau berhak menggugurkan Islam dari kad pengenalannya kerana telah pun memeluk Kristian dan sudah pun mendirikan rumahtangga dengan seorang lelaki Kristian.

Kes ini dan banyak lagi kes-kes yang sedang menunggu keputusan sungguh menggempar dan menganggu kedaulatan Islam dan umat Islam dalam negara.

Sekadar untuk makluman para pembaca saya siarkan seruan doa oleh NATIONAL EVENGELICAL CHRISTIAN FELLOWSHIP OF MALAYSIA (NECF) sebuah badan gabungan gereja-gereja Malaysia, yang sedang tekun memerhatikan perkembangan kes ini:

SUGGESTED PRAYER ITEMS:

1. Lina Joy & her family for strength to endure and the wisdom and faith to stand firm throughout the process and planning for the future.

2. Counsel Datuk Dr Cyrus Dass and his team for perseverance, wisdom and favor as they prepare for further appeal to the Federal Court.

3. Federal Court judges: just, wisdom and impartiality; uphold individual freedom to choose a religion. They will be people of integrity who keep to their judicial motto BERKHIDMAT UNTUK KEADILAN. They will uphold the supremacy of the Federal Constitution, have an open mind in interpreting the law, and will deliver judgment without fear or favor.

4. Against the spiritual forces (Ephesians 6:12) behind those who seek to hijack RELIGION for their own gain, to sow discord in the community, and to tarnish the public image of Malaysia as a moderate and peaceful country.

5. The Government will act justly to diffuse any attempt to incite religious sentiment and hatred.

6. Rational and moderate religious and civil groups willing to work together for public interests and justice. Wisdom, strength and courage to overcome any obstacle.

7. That whatever decision arrived at by the Federal Court, God will so overrule all concerned, whether human persons or supernatural powers; that righteousness and freedom, peace and harmony, and the overall wellbeing of the nation will prevail.

Perhatikan perenggan 4 iaitu doa mereka yang ditujukan kepada kumpulan yang mahu mewujudkan ketegangan dan porak-peranda demi kepentingan AGAMA masing-masing, dan yang mahu mencemarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara aman dan moderat. Siapakah kumpulan itu yang dimaksudkan oleh gereja-gereja Malaysia ini?

NECF memetik ayat Ephesians 6:12 dari kitab suci mereka. Berikut saya berikan ayat yang dimaksudkan:

For we wrestle not against flesh and blood, but against principalities, against powers, against the rulers of the darkness of this world, against spiritual wickedness in high places.

Dan kita bergelut bukannya menentang tubuh badan, tetapi kerana prinsip, menentang kuasa, kerajaan dunia yang gelap, menentang semangat jahat di tempat-tempat tertinggi.

Di hari Jumaat yang penuh BARAKAH ini, wahai saudara-saudara ku umat Islam yang dikasihi, insaflah kita semua. Kembalilah kepada Islam yang sebenar, yang dibawa dan ditegakkan oleh Baginda Rasulullah saw. Kiranya kita alpa, lalai dan longgar niscaya Islam akan terlepas dari genggaman kita. Kembalilah berpegang kepada Quran dan Sunnah, insyallah.

Sedarlah semasa mahkamah memberi keputsan dalam kes Allahyarham Sarjan Moorthy satu ketika dahulu, Reverand Wong Kim Kong seorang jurucakap Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism telah berkata:

We want to convey a very strong message to the government that we are uneasy and uncomfortable. Eventually, slowly, people may assume syariah is the supreme law of the land.

Kami mahu menyampaikan mesej yang tegas kepada kerajaan bahawa kami tidak senang dan selesa. Secara beransur-ansur akhirnya orang akan menganggap bahawa syariah adalah merupakan undang-undang tertinggi dalam negara.

15 July 2006

Faruq secara rasmi disingkir dari Kelab Teruna Adelaide

Entry yang didedikasi khas untuk sahabat aku Umar Faruq. Selamat Pengantin Baru. Semoga Allah beri keberkatan atas penyatuan ini.

Ketika Dua Hati Menyatu
munsyid: Seismic

Saat dua hati berjanji
Tuk arungi hidup di jalan-Nya
Allah kan berkahi mereka
Kala dalam doa kala dalam asa

Menjadilah mentari bening pagi
Terangi bumi terangi hati
Menjadilah keheningan malam
Kala berjuta insan larut dalam doa

Selamat datang kawan
Di duniamu yang baru
Kudoakan semoga bahagia

When two people get marry
To take the life together on the way
Allah shall give them one more bless
When life in love and try
When life in love and pray

Just be the sunshine in the morning day
Give it shine to the world let everyone to see
Just be the quiteness in the night
When many people cry when many people pray

Welcome to the new world my friends
You both have to face all in love
All I could do just pray
And I do I pray

08 July 2006

malaise about malays

Melayu belanja RM4 bilion untuk arak, judi - Mufti Perak

(beliau)sekali lagi mendedahkan bagaimana orang Melayu di negara ini sudah tidak lagi mempedulikan soal halal haram apabila membelanjakan RM4 bilion setahun untuk minum arak dan berjudi. Beliau yang dipetik sebagai berkata, daripada jumlah itu, 1 bilion untuk minum arak dan 3 bilion lagi untuk berjudi. "75 peratus yang tikam ekor merupakan orang-orang Melayu," kata Mufti berkenaan yang disiarkan oleh Harian Ekspres sebuah media tempatan di sini.... (klik utk baca lebih lanjut).

Kalau kita duduk rumah flat, duduk tingkat 8 dan nampak rumah jiran tingkat 2 tengah terbakar, sudah tentulah kita panik dan mengharap sesuatu dapat dilakukan. sebabnya pertama, nak selamatkan rumah tu dan penghuninya. kedua, sebab lambat laun kebakaran itu akan merebak gak dan akhirnya rumah kita gak yang terbakar. xde sape akan nafi fakta tu. kecuali orang tu kurang bijak (baca: bebal).

cam tu gak la hakikat apa yang berlaku. kita ade ramai orang cerdik pandai dalam dunia ni yang berbangsa dan beragama sama dengan kita. kita x kekurangan tu sume. yang kite kekurangan ialah orang yang ambil tahu pasal masalah ummat dan bertindak utk atasi masalah ummat. kalau kita xtahu masalah ummat, same lah macam kita xtahu pon rumah jiran kita td terbakar. tau2 api da sampai ke rumah kite. dan kalau kita xbertindak, samalah macam kita biarkan rumah itu terbakar.

sdey dan sangat sdey...

fikirkanlah. sure ramai yg ckp kite tau jek masalah ni. aku pon yakin ramai org tahu masalah ni, xpuas hati, borak2 ngan kawan2 kondem..bla2..bla2. tapi at the end xde ape yg kite buat. same la mcm PBB, OIC, G8 ke G99 ke yg bersidang dan mengutuk serangan tu serangan ni. tp xjd ape pon. org yg menyerang tu still dengan suke hatinya teruskan menyerang. so sekarang pk. ape yg kite buat dan ape yg patut kite buat. kalau kite rasa masyarakat tu rosak, sedarlah..dalam tu ade mak ayah kite, family kite, sepu sepapat kite, adik2, kawan2, jiran dan sume org yg kite sayang. nak ke biarkan diorg terbakar dan kite selamat?





04 July 2006

Paksa.Ibadah.Da'wah

suatu kisah yang berlaku pade suatu zaman di mana islam menjadi cinta pertame manusia dan dunia menjadi keutamaan terakhir. Namun masih ader insan yang gagal mencapai cahaya Penciptanya, seperti seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah untuk mencari rezeki. Dia masuk ke rumah sasarannya dan mengintai2 ape yang ader untuk die.

kiri:xde aper
kanan:xde aper2 gak
bawah:xde ape2 yang available
atas: lagi ler, langsung xde paper.
konklusi: salah target (baca: rumah orang papa kedana)


sedang dia terhendap2, tetibe die disergah oleh oleh tuan rumah. bukan lelaki ganas, bukan pemuda gagah tetapi seorang wanita jua seorang wali Allah, Rabiatul Adawiyyah yang ketika itu sedang bangun malam menghadap cinta Tuhannya. Dia yang membunyi (baca:sound) pencuri tu:
"nampak gayung pada tiang tu?". terkebil2 mamat tu.
"amek!". pencuri itu mengikut tanpa bicara.
"g amek wudhu".pencuri itu ikut dengan hati yang berdebar2.

"g solat sunat dua waktu!" arah Rabiatul Adawiyyah dengan penuh yakin.

pencuri itu pon solat sunat dua rakaat. Rabiatul Adawiyyah lantas berdoa ketika itu. "ya Allah, hamba mu itu susah, mengharap rezeki, tapi aku ni miskin, xde ape2, kau berikanlah sedikit daripada rezekimu kepada dia, ya Allah".


kembali kan plot cerita pada pencuri td.
dia yang selesai solat sunat dua rakaat td, bangun. bukan bangun untuk membelasah rabiatul adawiyyah. tapi bangun untuk solat sunat lagi, kemudian bangun lagi untuk solat. Subhanallah. Dia telah menemui kasih Tuhannya.

lihat pada Rabiatul Adawiyyah, ada ciri seorang pendakwah yang sebenar.
  1. BANGUN MALAM- di situ ada bekalan seorang daie.
  2. rumahnya TIADA APA- zuhud, dia redha sekiranya dunia bukan miliknya tetapi tidak redha sekiranya akhirat bukan miliknya.
  3. dia TIDAK TAKUT dengan pencuri biarpun wanita, ditengah malam, sendirian.kerana apa? kerana dia takut dengan tuhannya lebih dari dia takutkan makhluk. ummat Islam harini tiada siapa yang takut kerana apa? kerana kita sendiri tidak takut dengan Al Qawiyy Tuhan kita semua.
  4. SURUH pencuri solat- sediakan alternatif untuk mad'unya. dia tidak membebel. tapi bg plan of action.
  5. DOAkan mad'u nya- hadiah yang terindah untuk mad'u
lihat pada Pencuri, akan ternampak ciri-ciri mad'u yang sebenar.
  1. TAKUT dan rasa TERPAKSA dengan Rabiatul Adawiyyah- di sinilah bermulanya nilai iman. perlu paksa meninggalkan jahiliyyah- keras dan tegas pada diri.
  2. SOLAT SUNAT- tiada jawapan untuk segala persoalan hidup melainkan kembali pada Allah tuhan pemilik Hidayah.
  3. SOLAT LAGI- Istiqamah dalam ibadah- baru nampak manisnya iman
kitalah daie, kitalah mad'u. renunglah kebesaran Allah, nescaya segala makhluk yang membelenggu kita akan kecil sekecilnya. fikirkan indahnya nikmat syurga Allah, nescaya lebur kenikmatan dunia. Kenangilah pedihnya azab Allah, nescaya segala kesukaran di dunia ini akan jadi mudah dan rendah nilainya. Allahu Rabbi.

credit for "penumpang"

ade org post kat comment. aku forward ke front page.(ni bukan siri menghentam org tgk bola, tp nk bg org yg xtau paper sedar sket PRIORITY).

Penumpang said..
"Nak tumpang sat.. tolong post benda ni leh? macam best..

England punyai ramai peminat
Tetapi mereka kecewa awal pagi Ahad
Setelah Rooney kena red card
Beckham pula digantikan minit ke 64
Tiga sepakan penalti Ricardo dapat selamat
Tak masuk penalti Gerrard dan Lampard
Kemaraan England berjaya Portugal sekat
Nak buat macam mana bola itu bulat

Brazil pun keluar dari Piala Dunia
Senyap sekejap tarian samba
Zainudin Zaidan bukan sebarang tua
Tak dapat ditandingi Kaka dan Gilberto Silva
Henry sepak masuk gol separuh masa kedua
Manakala tendangan Ronaldo tersasar belaka
Habis peminat Brazil marah kat Carlos Alberto Pareira

Amboi amboi rancak sungguh sembang bola
Sehingga kita terlupa dan juga leka
Rakyat Palestin diserang hebat Israel durjana
Bedilan demi bedilan ke atas Semenanjung Gaza
Israel nak hapuskan Palestin dari peta dunia
Rakyat Israel 2 juta Arab ada 200 juta
Tapi 200 juta tak bisa buat apa-apa
Apa yang kita nak jawab kat Allah Azzawajalla
Kenapa kita biarkan saudara kita disiksa
Kenapa kita tidak mempunyai perasaan apa-apa
Kenapa kita sangggup berjaga malam tengok bola
Dan tidak sanggup bangun malam memohon doa
Doa supaya Allah beri kekuatan kepada kita
Membantu segala apa yang kita terdaya
Berjihad dijalan Allah dengan jiwa dan harta
Dan doa yang penting ialah selamatkan alAqsa
Salah satu masjid yang dekat dengan sanubari kita."

kerja yang ada lebih banyak dari masa yang ada

terlalu busy lately. xsempat nak update blog. banyak yang dalam kepale ni nak ditulis. tapi terhad oleh kerja dan masa. xpe. insyaAllah akan diusahakan. tapi sempat gak aku mengulas dengan kritis (baca: mengkondem) tulisan Sayuti Omar dalam mesia-arini. buku die ni la antara buku politik yang mula2 aku baca disaat buku2 rujukan PMR aku mase tu pon aku xabes bace lg. (Sumpah dan Airmata Reformis Bangsa). klik le kalo nak bace.

nantikan:
reform the repormist (bg orang celik politik sket).
apa aku fikir pasal Anwar.
soklan balas aku kat Anwar.

Semalam dapat tahu wan aku (nenek saya) masuk hospital sebab sakit cholecystitis. mak aku jaga kat hospital KP skarang. doakan dia sembuh

01 July 2006

tiada tajuk










hari: mendung.
siang: menghadap lap top dan buat kerja.
malam: urusan penting.dan taman burung.
ihsan: baru abes pekse.
aie: esok nak balik.
muslim: pendengar setia.
anep: pegawai perhubungan awam.
aku: nasihatkan aku suruh all out sket!

anak-anak buah aku yang dirindui giler:
Ain Eva Natasha, Azri Sham, Afiq Ikmal, Ain Effa Nabila, Azrul Naim (angahku menyumbang 50% dari jumlah budak-budak yang claim duit raya)

Akmal, Syafi (Along aku menyumbang askar2 menjahanam gubahan2 mak aku),

Nurul Intan Syafiqa, Nurul Irreene Syafiyya (kaklang aku menyumbang anak2 gadis sunti yang demand tinggi)
yang diingati: Allahyarham Nurul Syuhada (yang xsempat aku manjakan)