Pe citer sebenarnye?
Azlina Jailani (42 tahun) berdaftar sebagai Lina Joy. Berbangsa Melayu berketurunan Jawa. Beliau dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis. Beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang Kristian berbangsa India dan memohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut. Permohonan beliau sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada pengesahan Mahkamah Syariah. Mulanya beliau memohon di Mahkamah Tinggi satu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam. Permohonan ini ditolak atas dasar mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Perkara121(1A)Perlembagaan Persekutuan.Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah
Tinggi untuk tidak menyatakan agama dalam kad pengenalan. Setelah permohonan ini ditolak beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan.
Apa isu yang timbul sebenarnye?
- Sama ada seseorang Islam itu berhak menggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan dan kemudian membolehkannya menukar agama.
- Sama ada kebebasan beragama mengikutPerkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain.
- Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermakna kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh Perlembagaan.
- Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.
- Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
- Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu -Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.
- Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan Majlis Agama Islam Negeri-negeri.
- Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
- Orang Islam bebas menganut dan mengamalIslam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan JabatanAgama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutandan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya.
No comments:
Post a Comment