04 July 2006

Paksa.Ibadah.Da'wah

suatu kisah yang berlaku pade suatu zaman di mana islam menjadi cinta pertame manusia dan dunia menjadi keutamaan terakhir. Namun masih ader insan yang gagal mencapai cahaya Penciptanya, seperti seorang pencuri yang menceroboh sebuah rumah untuk mencari rezeki. Dia masuk ke rumah sasarannya dan mengintai2 ape yang ader untuk die.

kiri:xde aper
kanan:xde aper2 gak
bawah:xde ape2 yang available
atas: lagi ler, langsung xde paper.
konklusi: salah target (baca: rumah orang papa kedana)


sedang dia terhendap2, tetibe die disergah oleh oleh tuan rumah. bukan lelaki ganas, bukan pemuda gagah tetapi seorang wanita jua seorang wali Allah, Rabiatul Adawiyyah yang ketika itu sedang bangun malam menghadap cinta Tuhannya. Dia yang membunyi (baca:sound) pencuri tu:
"nampak gayung pada tiang tu?". terkebil2 mamat tu.
"amek!". pencuri itu mengikut tanpa bicara.
"g amek wudhu".pencuri itu ikut dengan hati yang berdebar2.

"g solat sunat dua waktu!" arah Rabiatul Adawiyyah dengan penuh yakin.

pencuri itu pon solat sunat dua rakaat. Rabiatul Adawiyyah lantas berdoa ketika itu. "ya Allah, hamba mu itu susah, mengharap rezeki, tapi aku ni miskin, xde ape2, kau berikanlah sedikit daripada rezekimu kepada dia, ya Allah".


kembali kan plot cerita pada pencuri td.
dia yang selesai solat sunat dua rakaat td, bangun. bukan bangun untuk membelasah rabiatul adawiyyah. tapi bangun untuk solat sunat lagi, kemudian bangun lagi untuk solat. Subhanallah. Dia telah menemui kasih Tuhannya.

lihat pada Rabiatul Adawiyyah, ada ciri seorang pendakwah yang sebenar.
  1. BANGUN MALAM- di situ ada bekalan seorang daie.
  2. rumahnya TIADA APA- zuhud, dia redha sekiranya dunia bukan miliknya tetapi tidak redha sekiranya akhirat bukan miliknya.
  3. dia TIDAK TAKUT dengan pencuri biarpun wanita, ditengah malam, sendirian.kerana apa? kerana dia takut dengan tuhannya lebih dari dia takutkan makhluk. ummat Islam harini tiada siapa yang takut kerana apa? kerana kita sendiri tidak takut dengan Al Qawiyy Tuhan kita semua.
  4. SURUH pencuri solat- sediakan alternatif untuk mad'unya. dia tidak membebel. tapi bg plan of action.
  5. DOAkan mad'u nya- hadiah yang terindah untuk mad'u
lihat pada Pencuri, akan ternampak ciri-ciri mad'u yang sebenar.
  1. TAKUT dan rasa TERPAKSA dengan Rabiatul Adawiyyah- di sinilah bermulanya nilai iman. perlu paksa meninggalkan jahiliyyah- keras dan tegas pada diri.
  2. SOLAT SUNAT- tiada jawapan untuk segala persoalan hidup melainkan kembali pada Allah tuhan pemilik Hidayah.
  3. SOLAT LAGI- Istiqamah dalam ibadah- baru nampak manisnya iman
kitalah daie, kitalah mad'u. renunglah kebesaran Allah, nescaya segala makhluk yang membelenggu kita akan kecil sekecilnya. fikirkan indahnya nikmat syurga Allah, nescaya lebur kenikmatan dunia. Kenangilah pedihnya azab Allah, nescaya segala kesukaran di dunia ini akan jadi mudah dan rendah nilainya. Allahu Rabbi.

3 comments:

  1. Anonymous8:56 AM

    apsal ulama'2, wali2 dulu selalu tlg dan kesiankan para pencuri?
    apsal para pencuri dahulu kala mcm baik je, ikut je ape tuan rumah suruh, takde bunuh2, pastu lame2 jd baik...ulama' pun ade?
    apsal mende tu takde kat zaman sekarang?

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:58 PM

    asal tulisan kecik sgt. malaih ar nak bawak magnifying glass selalu.. penat..

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:41 PM

    entry hari semalam,
    untuk tatapan hari ini.

    ReplyDelete