Showing posts with label politik hari ini. Show all posts
Showing posts with label politik hari ini. Show all posts

07 March 2008

hilangnya Badar dan Uhud sebuah perjuangan [monolog pilihanraya 1]

sekali sekala menulis, bila menulis, biarlah berbaloi..
Hati resah. Hampir-hampir sahaja diri ini enggan berganjak dari depan lap top. Resfresh setiap web page yang memaparkan berita pilihan raya. Sejak pembubaran parlimen, tangan ini gatal nak menulis tentang politik dan pilihan raya. Tapi hati, masa dan tanggungjawab yang lain mengatakan ‘jangan’.

Tapi hari ini, hari terakhir dalam rotation ke dua paediatrics, sebelum berganjak dari orthopaedic ke respiratory medicine, tangan ini gagah juga menaip menongkah arus kekangan diri. Tapi kali ini, biarlah berbaloi.

Hati ini sangat-sangat resah. Bukan resah kerana takut Pas kalah di Kelantan atau Nurul Izzah tewas di Lembah Pantai atau gusar dengan rumah Pengerusi SPR yang disimbah cat merah atau sedih kerana Malaysiakini hanya free selama seminggu sahaja. Tapi jauh dari itu.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui. Tapi politik sangat dekat dengan diri ini. Bermula dengan semangat sept 1998, kemudian PRU 99 kemudian kekalahan sadis 2004. politik jadi antara perkara penting dalam kepala ini selalunya. Bukan sekali dua saya ditegur kerana kecenderungan ini. Dari orang satu state, sahabat state berjiran hinggalah yang di tanah air pernah menyuarakan kerisauan tentang kecenderungan politik saya. Namun saya tidak pernah kesal. Kerana bagi saya itulah pintu hidayah yang Allah kurniakan untuk saya. Bermula dari politik suka-suka saya kenal islam yang sebenar. Perjalanan yang sangat panjang. Tapi biarlah saya dan siapa yang mengerti sahaja berkongsi rasa ini.

Hari ini saya melihat politik dalam kaca mata yang berbeza. Dengan kesedaran, kewajipan dan tanggungjawab yang ada hari ini, saya rasa melihat, menganalisa politik dengan lebih bertanggungjawab tidak sesukar mana.

Saya bertambah risau dari hari ke hari. Menjelang sabtu. Walaupun saya tahu segalanya telah tersirat. Bukan keputusanyya telah tersurat oleh SPR, tapi segalanya telah tertulis sejak azali. Maka bukan keputusan yang saya risaukan, tetapi muqaddimah dan natijah keputusan yang melemaskan.

Saya terkilan. Berapa banyak pembaziran dilakukan menjelang pilihanraya dan keraqna pilihanraya. Bukan pembaziran duit. Itu terpulang kepada mereka kerana mereka akan ditanya setiap inci nikmatyang diluahkan. Tetapi pembaziran yang saya maksudkan ialah pembaziran kesedaran manusia. Berapa ramai manusia hari ini sedar dan terjaga dari lamunan yang panjang. Berapa ramai yang dari kesedaran ini bangkit bekerja dan bersengkang mata kerana kesedaran itu? Tetapi berapa banyak kesedaran yang ada pada mereka itu terguna untuk kebaikan islam dan dakwah?

Mungkin ada yang telah dapat meneka kemana hujung jatuhnya perbincangan saya ini. Artikel-artikel politik hari ini tulisan saya sebelum ini sudah mampu menggambarkan hakikat politik yang saya ingin ummah rasakan. Tidak kah kita rasa rugi bila kita mampu menarik berjuta manusia mendengar jeritan dan pekikan kita sehingga sanggup bekerja, berjaga, menarik pengundi dan berhabis tenaga dan wang untuk kita. Tetapi semua itu kita salurkan pada cita-cita yang rendah. Kemana semua ini bila kita menang atau kalah nanti? Ia akan hanyut, dingin dan beku semula.

Dulu lagi saya ingatkan. Tidak salah ke jalanraya, asalkan akhirnya kita bentukkan di hati dan jiwa manusia. Islam ini fitrahnya di hati bukan di peti undi. Jangan membaca ini dengan emosi, tetapi nilailah dengan naluri sendiri.

Kita tidak kaya. Kita tidak punya kuasa, maka jangan bazirkan semuanya untuk mereka. Selama-lamanya kita tidak akan menang. Pesan Saidina Umar benar untuk mana-mana ketika. Kita menang kerana musuh memaksiati Allah. Bilamana tiada beza diantara kita dengan musuh dari konteks hubungan dengan Allah. Maka wajib musuh memenanginya. Kerana mereka punya segal-galanya di dunia ini.

Saya tidak katakan boikot pilihan raya dan masuklah kembali ke pondok-pondok dan buka semula kitab-kitab lama. Tetapi kalau itu yang terbaik untuk islam. Maka kembalilah menyelak lembaran-lembaran lama yang kita tinggalkan itu.

Siapa pon tidak mahu mereka yang yang zalim, jahat dan kejam menjadi ketua. Orang gila pun akan berfikir lima-enam kali. Namun, kenapa meraka yang zalim, kejam dan sadis masih dijulang. Jawapannya tidak lain, jiwa ummah belum dibina. Mereka yang tidak punya jiwa akan memilih mereka yang tidak punya jiwa. Takkan harimau mahu mengundi mentadak mentadu menjadi raja rimba. Alang-alang tewas, bairlah kepada singa.

Kerana itu perlu kita yakini, ummah tenggelam hari ini bukan kerana kurang membaca harakah atau terlebih membaca utusan. Tetapi ummah hari ini terlena kerana terlupa membaca wahyu dari Empunya langit dan bumi.

Yakinlah, sebagaimana tidak ada jalan pintas menjadi jutawan, begitu juga tidak ada jalan pintas menuju ke syurga. Sekiranya ada tentu rasul junjungan dan sahabat terbilang memilihnya. Tetapi mereka rela menerjah hari susah di kota Makkah, menempuh laluan getir hijran, meredah jerih medan badar, menjejak denai berliku uhud dan kemudian barulah mereka mampu mengibar panji kemenangan fathu Makkah. Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan naiknya harga minyak? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terISAnya seorang dua manusia, kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terbinanya masjid Kristal? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan gugurnya calon pujaan pengundi pihak lawan? Kita mungkin terlupa dimana badar dan uhudnya perjuangan ini.

Atau kita sengan terlupa bahawa Allah lebih mengenal siapa tenteraNya.

Esok, akan terbuka lembaran yang selama ini tertutup rapat. Keputusan terumum jua. Apa pun keputusan, kiranya kita kekal dengan cara ini, maka jalannya sukar untuk islam. Kalau Parti islam menang, orang akan mula bersorak sambil menyimpan kembali buku tarbiyyah, memadam jadual katibah dan tamrin. Kerana apa? Kerana kemenangan sudah dekat katanya. Kalau pula parti yang jauh dari islam menang, maka akan lebih perit. Yang bersemangat dengan islam akan gugup menahan dugaan pedih yang entah kali keberapa. Tangisan akan menggantikan ratib zikir dan wirid, hutang akan menggantikan infaq yang dinanti. Seluruh masa dan tenaga qiadah akan terbazir dengan ratib yang baru “jangan putus asa, kita kalah kerana mereka menipu”. Dan lebih teruk lagi, ummah akan terus tenggelam. Mereka yang tidak punya jiwa akan terus memimpin. Dan suatu hari nanti, mereka yang lebih tidak punya jiwa menggantikan mereka yang tidak punya jiwa tadi.
Tulisan ini bukan lirik pada lagu buruk sangka dan kesumat dendam. Sekadar renungan untuk jiwa yang rasa terpanggil untuk berhenti dan berfikir. Apa pun juwa, kita sama-sama yakini, Allah akan menyempurnakan cahayaNya. Bila, pada tangan siapa dan bagaimana, biarlah sirah junjungan jadi panduan dan kitab suci jadi bekalan. Halaman hina ini, abaikan jika tidak membawa sebarang kebaikan. Kerana kita ini fakir, dan Dialah yang Maha Sempurna.

Dan esok, khabarkan padaku keputusannya, kerana lusa kita akan kembali seperti biasa.

09 November 2007

Dari Jalan Raya ke Jiwa Manusia




Surat Terbuka Untuk 10 November 2007


Kehadapan 10 November 2007, Assalamualaikum.

Hati ini tak tenteram. Tangan ini gatal nak mencatat apa yang terdetik di hati dan tergambar di fikiran. Rasanya hampir berpuluh kali link website-website bumi tercinta diklik. Menjenguk perkembangan rakyat di tanah air sendiri yang sedang asyik bercerita tentang himpunan rakyat 10 november. Sebelah sini memanggil Himpunan Aman dan sebelah sana menggelar Himpunan Haram. Begitulah fiqah politik Malaysia yang serba kalut dan karut. Tapi seronok menjejaknya. Tak berniat menyambung hujah mana-mana pihak. Bagi saya berkumpullah, Deen itu nasihat, dan antaranya adalah untuk pemimpin. Cuma beberapa perkara yang saya ingin ingatkan padamu 10 november 2007. Kerana hendak saya ingatkan 100,000 orang tu, bukan mereka membaca blog ini pon. Hendak saya ingatkan pemimpin sebelah sini, berapa kali surat pembaca kirimanku di’hilangkan’, tidak enak bahasanya agaknya. Cuma kadang-kadang ada juga yang sudi mendengar ‘sedikit’. Hendak ingatkan sebelah satu lagi, jauh! Maka cukuplah saya ingatkan dirimu. Kerana kadang-kadang dirimu lebih memahami dan mendengar.

Yang perlu dihayati dan difahami oleh mu, sebelum melangkah ke jalan raya

1. Wajib Ikut Fitrah. Apa pun yang dituntut, kita mesti yakini perubahan mesti berlaku dengan fitrah. Sejarah membuktikan revolusi tidak kekal. Kerana itu islam dibawa dengan cermat, sabar dan hazar, menyelusuri fitrah manusia. Dan fitrah manusia ialah dididik dengan iman bukan diherdik dengan semangat.

2. Iman dan Bukan Semangat. sedikit demi sedikit, perlahan-lahan Islam mengisi jiwa dengan aqidah dan iman. Biar ia meresap dan akhirnya mengalir menjadi khuluq dan suluk peribadi ummah. Rasanya tidak ada ketikanya sejarah menunjukkan semangat semata-mata ditiup kepada mereka.

3. Selamanya dan Bukan Sehari. Semangat Badar bukan sekadar sehari, 17 Ramadhan 2 hijrah semata-mata.tapi di situ bermula dan perjuangan itu kekal selamanya.

4. Disediakan Allah dan Bukan Peti Undi. Rasul dikurniakan madinah bila muhajirin benar-benar layak dan bersedia memenanginya. Fathu Makkah dianugerahkan Allah bilamana Anshar dan Muhajirin benar-benar layak dan bersedia memenangi dan menaunginya. Palestin dihadiahkan Allah bilamana Ummah bersedia memenangi, menaungi dan mempertahankannya. Agak-agak ummah Malaysia sebegitu?

5. Usul dan Bukan Isu. Reformasi yang hakiki tercapai bilaman manusia sedar dengan perkara asas, lantas bersatu kerana memahaminya dan bukan sekadar mengikutinya. Rasul datang dengan perkara asas- aqidah dan bukan isu penyelewengan harta oleh Abu Jahal, Kronisme oleh Quraisy atau diskriminasi wanita oleh juak-juak jahiliyyah! Samalah. Bukan rasuah, undi hantu atau pita lingam yang akan mengubah ummah. Tetapi kesedaran mereka tentang jauhnya mereka dengan Rabb mereka.

10 November 2007,

ingin saya ingatkan sekali lagi, alangkah indahnya sekiranya ummah ini sedar dan bangkit atas nama Illahi. Membadarkan sebuah perjuangan lebih baik dari menamakan apa jua semangat dengan apa jua nama. Sekiranya 100,000 boleh dikumpul. Alangkah indahnya jika 100,000 boleh ditarbiyyah. Kerana perjuangan itu bermula dengan jiwa dan bukan selainnya. Bergeraklah. Andai ini permulaan, Alhamdulillah. Tapi pimpinlah jiwa-jiwa ini selayaknya. Ummah kekeringan hidayah dan bukan selainnya. Bermula dari jalan raya, kemudian pimpinlah ke jiwa mereka.

maaf tidak dapat bersamamu 10 november 2007, ada perjuangan lain buatku di sini.

Salam Perjuangan,

Akh Ihsanist
Kurang 50 jam sebelum peperiksaan akhir tahun empat Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan,
Adelaide University

p/s ada masa insyaAllah kita berkongsi apa yang dikatakan Sheikh Mustafa Mashur dalam "Islam Tidak Tertegak dengan Kata-Kata", SAA Maududi dalam "Proses Revolusi Islam" dan Syeikh Syed Qutb dalam "Hazadeen". tunggu pas exam!

30 August 2007

memerdekakan kemerdekaan



Entah mengapa susah sangat jari-jari ini nak membait kata-kata melagukan bersama alunan irama merdeka. Bukan kerana tiada semangat menyanyi atau lagu yang tidak sepadan dengan selera sendiri. Cuma takut suara yang disumbangkan itu betul-betul sumbang. Tapi bila diyakinkan diri sendiri yang kalimah hak itu tidak akan sumbang, maka saya memilih untuk melagukan lagu merdeka ini dengan lirik yang dikias dari mereka yang hak, agar tenang jiwa seiring menutur lafaz bahasanya.

"terima kasih ............................ kerana memerdekakan kami."

persoalannya siapa yang harus saya isi pada ruang kosong itu?

Kata-kata ringkas Amirul Mu’minin Umar Al Khattab dalam kisah anak Amru Al Asr sudah cukup besar menggambarkan kemerdekaan dalam hakikat yang sebenar. Suatu hakikat yang telah membebaskan erti kemerdekaan itu sendiri dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Suatu hakikat yang menimbang kemerdekaan itu sendiri dengan sebuah neraca langit.

“ Bilakah anda (dibenarkan) memperhambakan orang lain padahal ibubapa mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?”.

Maka benarlah apa yang disebut oleh Ibnu ‘Arabi bila menjelaskan maksud kemerdekaan.

“Perhambaan yang jitu dan sebenarnya (ialah) perhambaan kepada Allah (semata-mata), iaitu apabila seseorang itu tidak menjadi hamba kepada selain Allah. Sebaliknya, menjadi hamba Allah yang menciptanya untuk tujuan penyembahan kepadaNya; di samping menyempurnakan tuntutan penciptaannya. Bak kata orang: hamba Allah yang terbaik ialah yang segera pulang ke hadhratNya. Dengan lain-lain perkataan, kembali kepada ubudiah yang ia dicipta untuk itu. Ini adalah kerana pada hakikatnya dia adalah makhluk yang dicipta dalam kaadaan memerlukan kepada segala sesuatu yang wujud (di alam ini)”.

Maka benarlah telahanku. Pejuang kemerdekaan terhebat, yang anamanya akan saya isi untuk ruang kosong diatas bukan nama-nama yang aku selalu dengar sebelum ini. Tapi pejuang kemerdekaan terhebat adalah seorang insan, yang mewaqafkan jiwa dan hartanya untuk memerdekakan dunia dan seisinya dari cengkaman kebatilan kepada lindungan rahmat Illahi, seorang insan yang sanggup berlapar, berpanas, di pulau, diherdik, dicerca dan dibaling batu... semata-mata ingin melihat jiwa ini bangga dengan kemerdekaannya.

Insan itulah yang engkau sebut-sebut dalam selawatmu.

Dialah Muhammad SAW.

Akhirnya aku faham mengapa Imam Hassan Al Banna menyimpulkan kata-kata indah ini bila manusia menempelaknya sebagai tidak patriotik.

Tetapi perbezaan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang lain yang mendakwa pejuang tanahair ialah asas patriotis Islam ialah aqidah Islamiyah. Oleh itu maka pejuang Islam yang bekerja untuk sesebuah tanahair, berjuang pada jalannya dan mereka sanggup mati dalam jihad seperti itu adalah kerana negeri Mesir itu ialah termasuk ke dalam bumi Islam. Mereka kemudiannya tidak pula membataskan perasaan patriotis ini kepada negeri Mesir sahaja tetapi mereka merangkumkan juga setiap bumi Islam dan setiap tanahair orang-orang Islam. Adapun pencinta tanahair yang tidak bersifat Islam akan membataskan kecintaannya itu kepada bangsanya sahaja. Mereka pula biasanya hanya berjuang kerana ikut-ikutan, sukakan promosi, mencari kebanggaan atau kerana kepentingan-kepentingan yang tertentu. Mereka berjuang bukan menurut kewajipan yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya.” (Wahai Pemuda)


Bagi saya mudah, buatlah apa pun dalam mendefinasi, mengisi atau merealisasi kemerdekaan itu. Tapi yakinlah dengan suatu hakikat. Iaitu hakikat yang di lafazkan oleh Saidina Umar, insan yang kenal benar dengan pejuang kemerdekaan terulung, sahabat dan kekasihnya Muhammad SAW.

“Kita ini suatu kaum yang dimuliakan kerana islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain islam, nescaya kita akan dihinakan Allah.”

Kalau anda bersetuju bahawa bagindalah pejuang kemerdekaan yang terulung… khabarkan pada kami, bagaimana agaknya baginda mahu kita menyambut perjuangannya?

Buatmu Kekasih Allah..
Terima kasih kerana memerdekakan kami.

Untukmu Malaysia,
selamat berjuang, langkahmu masih panjang...

Salam merdeka, dari jiwa yang mencarinya

01 June 2007

IQRA'!

R. Manirajan and Llew-Ann Phang The Sun, 31 May 2007

Islam is not above the Federal Constitution, and the decision by the Federal Court on Lina Joy's appeal was not politically motivated, said Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

"One must have a hole in the head to say it was a political decision. We've never asked or pressured the court to make political decisions," he said.

"The problem here is emotion, and if one allows emotion to control [him/her], this is what will happen and one will have all kinds of things in the head, including suspicion."

He was asked to comment on allegations that the court's decision was politically motivated.

The three-member panel of judges, in a 2-1 judgment on Wednesday, dismissed Lina's appeal to have the word "Islam" removed from her identity card after she converted to Christianity, without an apostasy certificate from the syariah court.


Abdullah said Islam was not above the Federal Constitution. "This country upholds the Constitution and supremacy of the law, otherwise, we would have become a failed state.

"We must uphold our Constitution and all laws are made in Parliament and by Parliament. That is made of all sorts of members and it is a multiracial Parliament," he said after chairing the Umno Supreme Council meeting.


"Dia-lah yang mengutus rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci." As-saff:9

"..dan Al-Quran menjadikan orang-orang kafir Itulah yang rendah. dan kalimat Allah Itulah yang Tinggi. Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." At-Taubah:40

salam untuk sebuah perjuangan!

31 May 2007

akukah jua yang hilang?


Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

petikan dari web blog ustaz Fauzi Asmuni

27 May 2007

pilihanraya atau jalan raya

sekarang
gaji pekerja kerajaan naik 7-35%
pencen bekas kakitangan kerajaan naik
elaun insentif guru 2007

lepas ni
elaun pelajar Adelaide naik kadar A (amin...insyaAllah)
kadar cukai turun dalam belanjawan 2008
duit minyak turun semula
tariff elektrik turun semula
upacara gilang gemilang 50-tahun merdeka.

Kongres Nasional dan Pemilihan parti keadilan rakyat 25-27 may 2007
Muktamar dan pemilihan parti islam se-Malaysia (PAS) 1-3 jun 2007


adakah pilihanraya dalam masa terdekat?

24 May 2007

Apa Masalah Dia ni?

Bung Moktar cabar Kit Siang bertanding di Kinabatangan

KOTA KINABALU 23 Mei –Bung Moktar cabar Kit Siang bertanding di KinabatanganKOTA KINABALU 23 Mei – Bosan dengan sikap DAP yang masih tidak puas hati dengan permohonan maaf isu ‘bocor’, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencabar Lim Kit Siang bertanding di kawasannya pada pilihan raya akan datang.

Pada masa sama, Bung Moktar turut menawarkan kepada Kit Siang yang juga Penasihat DAP sebanyak 1,000 undi secara percuma jika beliau sanggup menerima tawaran tersebut.

‘‘Kamu (wartawan) tulis, jika dia (Kit Siang) berani, turun (bertanding) di Kinabatangan,” katanya.

Bung Moktar diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina yang memetik Kit Siang sebagai berkata, Bung bersama Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof perlu dikenakan tindakan digantung daripada Parlimen dan melakukan kerja-kerja sosial.

video klip perbahasan dan kontroversi 'bocor'

Pandainya Ahli Parlimen ni. cakap lucah kat orang lain. minta maaf kat orang lain. wat malu orang islam jek.

Pandainya Ahli Parlimen ni. sejak bila boleh main bagi-bagi undi sesuka hati dia. undi rakyat bukan macam duit syiling lebih boleh disedekah2kan.

Pandainya Ahli Parlimen ni. buatlah apa pun. sampai pilihanraya menang juga. rakyat tutup dua-dua belah mata.

Ulasan Roslan SMS tentang isu ini:

BOCOR: Kalau tidak menghina apa lagi?

Perangai ahli-ahli Parlimen BN terutama individu-individu tertentu ketika berbahas dan berhujah dalam Dewan Rakyat memang telah lama memalu dan memualkan seluruh negara. Ahli Parlimen Jasin dan Kinabatangan adalah dua wakil yang sememangnya sinonim dengan perangai badot dan hujah separuh tiang yang tidak layak bagi seorang yang menduduki dewan perundangan yang tertinggi dalam negara.

Dalam akhbar hari ini dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka diarahkan oleh Kabinet agar memberikan penjelasan berkenaan isu BOCOR kepada Menteri pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil.

Menurut UTUSAN MALAYSIA TPM Najib Tun Razak ketika diminta mengulas keputusan Kabinet ini berkata bahawa kedua-dua mereka sebenarnya tidak bertujuan menghina wanita ketika mengeluarkan perkataan tersebut. Kata Najib lagi mereka sebenarnya menyampuk ketika MARAH dengan ucapan YB Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Saya rasa di sini semua pihak perlu berkata jujur, jangan SPIN dan menyelewengkan isu sebenar. Apakah yang dikatakan di Dewan oleh kedua badot ini?

"Jasin: Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga

Kinabatangan (macam burung kakak tua mengulangi): Batu Gajah bulan-bulan pun bocor juga (dalam SLANG Sabah)"

Kata Najib mereka berdua marah, kalau ditonton video klip di atas kedua-dua mereka bukan dalam keadaan marah tetapi buat lawak, sambil gelak ketawa, mengeluarkan perkataan biadap itu!

Bagi saya jelas kedua-dua mereka telah menghina Dewan Rakyat, menghina ahli Parlimen Batu Gajah dan menghina kaum wanita termasuk ibu, isteri dan anak-anak perempuan mereka sendiri.

Perkataan BOCOR tidaklah hina dan lucah tetapi apabila digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid atau bulan seorang wanita, secara terbuka seperti di atas, ia sungguh biadap dan kurang ajar dan menghina sehina-hinanya.

Inilah perangai ahli-ahli Parlimen BN dan inilah akibatnya apabila mereka diberikan majoriti luar biasa oleh rakyat sebagaimana yang ada pada hari ini. Kerana itu rakyat memikul tanggungjawab untuk memastikan agar akhlak dan karekter umpama dua badot ini termasuklah beberap lagi dari BN itu, jangan lagi diberi peluang duduk di dewan yang mulia ini.

Diperingkat ini permohonan maaf dari mereka bredua sudah tidak bererti lagi, kepada para pengundi di Jasin dan Kinabatangan kiranya kedua mereka ini terus menongkat langit dan bertanding juga atas tiket BN dalam pilihanraya umum akan datang, demi membela maruah kaum wanita, iaitu ibu, kakak, adik, isteri dan anak-anak perempuan kita, tolonglah pastikan mereka dan yang seumpama mereka (ditempat-tempat lain) tidak diberikan kepercayaan lagi.
Bersihkan Parlimen dari badot-badot yang biadap dan kurang ajar!

09 May 2007

bukan si kuffar yang memadam cahaya Allah...

Calon Presiden Turki ditolak kerana isteri bertudung

MAHKAMAH Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menter Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.

Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung.

Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisma yang menjadi ideologi negara Turki.

Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat.

Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme.

Abdullah Gul adalah calon parti AK – Parti Keadilan – yang memerintah sekarang. Dia adalah calon pilihan setelah ura-ura untuk mencalonkan Perdana Menteri Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen dibantah oleh ribuan tunjuk perasaan kumpulan pembangkang.

Mulanya penentang Erdogan merasa reda dengan pencalonan Abdullah Gul, kerana dia dilihat lebih sederhana. Sasaran pembangkang pada mulanya adalah Erdogan kerana dialah tunggak kepada kekuatan politik baru Turki.

Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul dalam kerajaan Parti Refah, pimpinan Necmettin Erbakan dulu menyebabkan rakyat Turki menyokong Parti AK yang diasaskan untuk menguasai Parlimen dalam pilihan raya empat tahun lalu.

Pertama kali sejak kelumpuhan puak kemelis – kumpulan yang mendukung Kamal Ataturk – beberapa dekat kebelakang berjaya memenangi majoriti Parlimen.

Sebelumnya tidak pernah ada parti yang mendapat sokongan majoriti. Semua kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Semua kerajaan tidak stabil dan ekonomi Turki lumpuh.

Parti AK, pecahan dari Parti Refah yang dipimpin bersama oleh Erdogan dan Abdullah Gul berjaya menguasai Parlimen dengan Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri disebabkan oleh Erdogan ketika itu masih dalam edah hukuman penjara yang dihadapinya atas kesalahan membaca sebuah sajak Islam.

Setelah edah itu tamat, dia memenangi satu pilihan raya kecil, maka dia menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul menjadi Menteri Luar.

Latar belakang Erdogan dan Abdullah Gul adalah pejuang gerakan Islam yang komited dalam Parti Refah, tetapi mereka melunakkan pendirian apabila menubuhkan Parti AK. Akibatnya buat kali pertama sambutan kepada pimpinan Erbakan merosot dan tidak mendapat kedudukan di Parlimen.

Sejak Erdogan memimpin kerajaan, ekonomi dan kewangan Turki pulih dan perkembangannya begitu pesat dan baik.

Apabila Presiden yang tamat tempoh bulan ini, maka Parti AK bercadang mencalonkan Erdogan.

Belum sempat pencalonan dibuat, puak sekular melancarkan tunjuk perasaan besar-besar, maka tolak ansurnya ialah mengulangi peristiwa menonjolkan Abdullah Gul sebagai calon Perdana Menteri ketika Parti AK menuyertai pilihan raya buat pertama kali dulu dengan mencalonkan beliau untuk menjadi Presiden.

Parlimen meluluskannya. Tetapi kumpulan sekular yang disokong oleh tentera membawa perkara itu ke mahkamah, maka mahkamah menerima bantahan puak sekular itu.

Keputusan mahkamah itu tidak boleh dirayu dan tentera akan bertindak kiranya keputusan mahkamah itu dicabar.

Keputusan mahkamah itu segera meletakkan Turki dalam satu krisis politik yang tegang dan boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi yang baru dinikmati dalam masa empat tahun ini.

Erdogan segera membubarkan Parlimen dan menyegarakan pilihan raya dari bulan November yang dijadualkan kepada bulan Julai ini. Setakat ini tiada satu parti dari parti-parti berfahaman sekular yang tersusun seperti Parti AK.

Sekalipun Erdogan dan Abullah Gul dan pengikut-pengikutnya mempunyai latar belakang perjuangan Islam yang jelas, tetapi Parti AK tidak memimpin kerajaan sebagai yang dicita-citakan seperti semasa mereka dalam Refah dulu.

Pada kaca mata perjuangan Islam, banyak yang dijanjikannya dalam pilihan raya dulu tidak dilaksanakannya.

Dasar luarnya tidak banyak berbeza dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya, malah Erdogan membuat kunjungan ke Israel seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Turki sebelumnya.

Sebagai kumpulan yang pernah ada latar belakang perjuangan Islam, ada kelainannya dibandingkan dengan kengan kerajaan sekular. Ada amar makrufnya.

Tetapi sebagai kumpulan yang pro Islam, ia tidak menjadi contoh bagi kerajaan-kerajaan negara Islam lain. Ia tidak dapat menjalan nahi mungkar.

Berbeza dengan kerajaan sekular yang rasuah dan pentadbiran yang tidak cekap, kerajaan pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul, adalah kerajaan yang bersih dan cekap. Ekonomi dan kewangannya sangat buruk kektika mereka mula mengambil pentadbiran, tetapi dalam waktu yang singkat mata wangnya kukuh dan ekonominya stabil.

Secara peribadi kumpulan itu hidup sebagai orang yang beragama dan menganjurkan supaya umat Islam Turki hidup beragama.

Di bawah pentadbirannya ia mengajar orang berbuat baik. Wanita mereka majoriti bertudung di khalayak umum.

Justeru itu Turki muncul sebagai negara pengekspot tudung yang terkenal di dunia.

Pada umum pentadbiran Parti AK tidak dilihat menjalankan pentadairan yang dikehendaki oleh sebuah gerakan Islam.

Tidak ada yang dapat dijadikan hujah oleh kumpulan sekular pentadbiran Erdogan melanggar larangan ajaran sekular Turki seperti yang diajar oleh Ataturk.

Tidak ada apa yang dapat dibantah oleh puak sekular tentang pentadiran dan tindakan kerajaan bagi menuduh mereka mengancam sistem sekularisme.

Adalah sukar bagi mereka untuk menghalang Erdogan dari mendapat sokongan rakyat.

Apa yang dapat mereka bangkitkan untuk menghalang Erdogan dan Abdullah Gul dari menjadi Presiden ialah bahawa isteri mereka bertudung. Bertudung adalah budaya bangsa Turki yang beragama Islam sejak beratus tahun dulu. 90 peratus dari penduduk Turki adalah Islam.

Apa yang ditentang oleh kemelis itu adalah budaya Turki. Dan sekular Turki itu adalah satu sekular yang anti Islam.

Erdogan tidak bimbang dengan sokongan rakyat Turki. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tentera yang mengancam untuk campur tangan dan tidak suka isteri dan anak para pemimpin bertudung.

Pemimpin Turki tidak terancam atas rasuah dan penyelewengan tetapi mereka terancam semata-mata isteri mereka bertudung.

artikel asal oleh Subky Abdul Latif, harakahdaily

p/s pedih betul membacanya. agak2nya diorang ni nak jawab apa depan Allah kat akhirat nanti?

11 April 2007

takut juga...

Tan Kee Kwong mohon maaf

Akhirnya Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang jua ahli Parlimen Segambut Dr Tan Kee Kwong memohon maaf berikutan kenyataannya meminta Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dipecat pada sidang akhbar semasa konvensyen Gerakan Wilayah Persekutuan di sini Ahad lepas.Dalam sidang akhbar terbarunya beliau berkata:

Saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon maaf atas kenyataan itu.

Saya kira kita boleh menerima permohonan maaf beliau itu tetapi sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili hampir 20,000 pengundi Islam (Segambut pada PRU 2004 mempunyai 57,349 pengundi dengan 35% darinya pengundi Melayu) Dr Tan perlulah memikul pertanggungjawaban kerana walaupun beliau menyatakan beliau tidak berniat menghina Islam dan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam negeri itu namun pendirian peribadi beliau itu tidak ditarik balik bermakna beliau masih memegang pandangan yang sama.Jika demikianlah sikap dan pandangan peribadi beliau maka sewajarnyalah beliau diberi pengajaran oleh para pengundi Melayu yang sensitif dan prihatin dalam PRU akan datang nanti. Kita tidak memerlukan seorang wakil yang ekstrimis, cauvinis dan tidak rela menerima hakikat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

p/s

"Dialah yang mengutuskan rasul dengan membawa petunjuk dan Deen yang haq, Dia akan memenangkan Deen ini diatas agama-agama yang lain, walaupun orang-orang kafir membenci." As-Saff

maaf dari diorang ni sememangnya takkan mengubah apa-apa. tp sekurang-kurangnya ia menyampaikan suatu mesej yg jelas kepada semua ttg apa yang Allah zahirkan dalam ayat td. yg lebih penting adalah kita ummat Islam mengambil pengajaran. kalau bukan kita yang mempertahankan agama ini, nak harap siapa lagi?..bangunlah...

02 April 2007

Jangan Main Api...

Berikut adalah respon2 berhubung Resolusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang dipersetujukan dan sisiarkan dalam the Star 2 April 2007

Pecat Mufti Perak: PAS beri amaran pada Gerakan

KUALA LUMPUR, 2 April - 'Jangan bermain api!', itulah kenyataan keras yang disampaikan oleh beberapa tokoh apabila ditanya mengenai kenyataan biadap parti Gerakan.

Gesaan Gerakan untuk memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria dilihat sebagai isu yang amat sensitif dan mencabar kewibawaan umat Islam.

"Gerakan diingatkan agar lebih cermat dalam membuat sesuatu usul demi menjaga perpaduan nasional kerana umat Islam tidak boleh menerima apabila Islam dicabar," ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin kepada Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara berkata persoalan Mufti bukanlah perkara yang bersifat peribadi tetapi ia merupakan suatu jawatan yang menyentuh kewibawaan Islam itu sendiri.Image

Perdana Menteri perlu sensitif

Pada masa yang sama, Taib berkata jawatan Mufti ditauliahkan oleh Sultan di negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong; jika sekiranya timbul masalah atau tidak puas hati terhadap mereka maka ia hendaklah ia disalurkan melalui saluran yang betul dengan kaedah yang tertentu.

"Memandangkan Gerakan adalah satu parti komponen Barisan Nasional, maka ia hendaklah melalui Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada Umno agar lebih prihatin dalam perkara-perkara seperti ini, kerana apabila mereka sendiri yang longgar dalam urusan agama ini, ia sekaligus menjadi peluang untuk mencemarkan perkara yang berkaitan dengan agama di masa akan datang.

Tambah beliau, bahkan ada menteri-menteri Umno yang memperlekeh dan merendahkan kenyataan Mufti Perak berhubung isu yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebelum ini.

"Isu mengenai kedudukan dan hal ehwal agama ini perlu ditangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam," katanya.

Beliau berharap agar Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno mengkaji semula hal ini dan prihatin serta sensitif untuk mengambil tindakan supaya ia tidak dibangkitkan kerana ia bersabit dengan sensitiviti umat Islam.

Ini kerana menurut beliau, mufti bercakap bukan di atas kapasiti parti yang disokong tetapi ia berkaitan dengan polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Amaran tercetusnya peristiwa 13 Mei

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor ketika dihubungi berkata, "Pemuda juga memberi amaran tegas kepada pemimpin Gerakan supaya tidak campurtangan dalam urusan agama Islam kerana ia cukup sensitif."

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Isu Murtad (FORKAD) juga mengharapkan Gerakan menghormati perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk pribumi Malaysia.

Menurutnya, pada tahun 1950 orang Melayu telah berkompromi dengan kaum lain dan memperakukan mereka sebagai penduduk imigran dan mereka menerima hak istimewa orang Melayu dan Islam sebagai elemen yang didominasi oleh orang Melayu.

Tegas beliau, Forkad memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin negara dan NGO supaya tidak bermain api kerana bimbang akan berulang kembali peristiwa 13 Mei 1969.

Ridhuan berkata, menurut satu kajian yang telah dijalankan sebelum ini, dari tahun 1511 hingga 1945, seramai 178 orang dilaporkan murtad.

"Ini merupakan suatu implikasi positif yang menunjukkan orang Melayu sangat sayang akan akidah Islam yang dianuti ketika itu," jelasnya

Menurut beliau sepanjang sejarah Tanah Melayu dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun, mereka tidak pernah campurtangan dalam urusan berkaitan dengan Islam dan adat resam orang Melayu, seperti contoh Perjanjian Pangkor 1874 antara pihak Inggeris dengan pembesar Melayu ketika itu.

Ridhuan turut mengesyorkan agar Gerakan sepatutnya lebih fokus kepada isu rasuah dan kroni-kapitalisme yang semakin berleluasa dalam negara dan bukannya dalam urusan agama yang akan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tindakan Gerakan akan menaikkan kemarahan umat Islam

Dalam masa yang sama, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi meminta agar pihak berkuasa dapat "handle with care" dalam menangani isu ini dengan teliti dan berhati-hati.

Menurut beliau jika sekiranya Dato' Seri Harussaini bersalah, maka yang berhak dan berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau adalah Sultan Perak.

Dr Mariah berkata menurut perlembagaan Malaysia, hal berkenaan bidang kuasa ini sangat jelas termaktub dan beliau yakin pihak berkuasa mempunyai maklumat tentang perkara ini.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam secara kolektif dan tidak harus dipolitikkan.

"Jika ada pihak-pihak tertentu yang mencampuri perkara ini maka ia akan menaikkan kemarahan umat Islam, termasuklah usaha untuk menggubal perlembagaan," katanya dalam nada yang bimbang.

Gerakan jahil perlembagaan dan undang-undang

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, "dalam masa yang sama isu ini telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam situasi Gerakan tidak faham apa yang berlaku dalam kes Azhar Mansor itu sebenarnya mereka perlu selidik dan jangan bergantung kepada akhbar perdana sahaja."

Katanya , mufti adalah hak Sultan dan tiada siapa pun berhak untuk membuat kenyataan seperti itu hatta Perdana Menteri dan Umno sendiri tidak pernah membuat kenyataan terbuka seperti yang dilakukan oleh Gerakan.

"Gerakan jelas jahil kedudukan perlembagaan dan undang-undang (malah ini boleh dianggap sebagai hasutan di bawah Akta Hasutan 1948) dan sebagai parti komponen Barisan Nasional kejahilan ini amat memalukan dan Kheng Yeik kena ambil perhatian yang serius dalam hal ini," katanya tegas.

Jelas beliau lagi, mereka tidak berpuas hati dengan kedudukan Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(1A), tetapi itu diputuskan mengikut undang-undang yang ada sedangkan tuntutan Gerakan Segambut itu adalah sesuatu yang melanggar undang-undang.

Kuasa pelantikan itu adalah prerogatif (hak istimewa) mutlak Sultan sejak sebelum merdeka yang dikekalkan oleh perlembagaan bahkan Menteri Besar dan Perdana Menteri pun secara rasminya tiada kuasa apa-apa dalam hal ini, tambahnya dengan panjang lebar.

"Gerakan has already crossed the line; AG should consider taking action so that this will be a lesson to others.(Gerakan telah melampaui batas yang sepatutnya; pihak peguam negara seharusnya mengambil tindakan supaya ia akan memberi pengajaran kepada yang lain pada masa yang akan datang)," saran Profesor Aziz.

Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star hari ini.

Dalam konvensyen semalam, Gerakan telah mengusulkan Mahkamah Perlembagaan Khas untuk menangani isu yang berkaitan dengan agama.

Antara usul konvensyen semalam ialah memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini berikutan dakwaan terhadap kes penyebaran SMS yang mengaitkan Dato' Azhar Mansor yang memurtadkan sebilangan orang Islam di Perak sebelum ini.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong merangkap ketua Biro Agama Pusat berkata kebanyakan rakyat 'nonmuslim' berasa tidak senang dengan keadaan ini bahawa hak mereka telah dicabuli dengan sesuatu perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, 1 April lalu dan disiarkan oleh akhbar The Star, bertarikh 2 April.

"Bagi TERAS ini bukan kali pertama Parti Gerakan membuat kenyataan seperti ini kerana Presidennya pernah membuat kenyataan supaya pendidikan agama Islam tidak diajar di sekolah.

"Dengan yang demikian jelas Parti Gerakan mempunyai pendirian yang negatif terhadap kedudukan institusi Islam dan program Islam yang menjadi salah satu tumpuan utama kerajaan," kata Azmi.

Menurutnya lagi, usul Gerakan itu juga benar-benar mencabar kedudukan kuasa institusi agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang terletak di bawah kuasa negeri dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, TERAS ujar beliau mendesak Gerakan menarik balik usul tersebut dan memohon maaf kepada Sultan Perak.

"Bagi TERAS isu yang ditimbulkan sudahpun diselesaikan dengan penjelasan yang telah dibuat oleh Mufti Perak kepada Sultan dan pihak keselamatan. Oleh itu kenapa pihak Parti Gerakan mahu membangkitkannya lagi?

"TERAS mengingatkan Parti Gerakan bahawa dengan terus membangkitkan isu agama Islam yang jelas kedudukannya dan telah terang peruntukan kuasa agensi-agensinya di negara ini, akan menimbulkan ketegangan yang merbahaya kepada keamanan dan kehormanian di kalangan masyarakat," jelas beliau.

Azmi juga melahirkan rasa hairan kerana di saat Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye mahu semua pihak saling memahami bila mengendalikan isu agama, usul memecat Mufti Perak ditimbulkan oleh Gerakan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, TERAS mengesa Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengambil tindakan tegas terhadap anggota partinya yang menimbulkan isu mencabar kuasa Raja -raja.

"Membiarkan usul ini diketengahkan akan memberi mesej yang merbahaya kepada masyarakat dan menimbulkan ketegangan yang tidak perlu," tegas Azmi.

Gerakan sudah melampau dan biadap

IPOH, 2 April (Hrkh) – Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Asmuni Awi menyifatkan kenyataan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong, yang meminta Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussaini Zakaria, dipecat sebagai perbuatan yang melampau dan biadap.

“Apa haknya untuk meminta Mufti Perak itu dipecat, ia tidak ada kena mengena dengan Gerakan atau orang bukan Islam.

“Kedudukan Mufti adalah jawatan yang tertinggi dalam Islam, mereka merupakan orang yang paling dihormati kerana keilmuannya dan orang yang paling berkelayakan untuk membuat fatwa,”tegasnya.

Menurutnya, Gerakan tidak sewajarnya cuba menyentuh dan `menghina’ dan `merendah-rendahkan kedudukannya, kerana itu Gerakan tidak sepatutnya meminta Mufti Perak dipecat.

"Kuasa melantik atau `memberhentikan’ mufti terletak di bawah kuasa Sultan Perak, kerana itu Gerakan Wilayah Persekutuan tidak wajar mencampuri hak dan kuasa Sultan selaku Ketua Agama Negeri.

“Kenyataan itu boleh ditafsir sebagai `menghina’ Sultan dan mencampuri hal ehwal agama Islam, Gerakan jangan cuba `bermain api’ , isu ini teramat sensitif,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu Gerakan menarik balik usul berkenaan yang telah diluluskan pada Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan dan memberi amaran kepada Gerakan jangan sesekali cuba menyentuh istitusi agama Islam.

Lagipun, katanya, Mufti Perak tidak bersalah dalam hal ini, bukan beliau yang menghantar SMS berhubung isu Dato' Azhar Mansor yang dikatakan `telah keluar dari Islam’ dan akan bertindak mengkristiankan beberapa orang pelajar Melayu di negeri ini.

“Isu itu telah selesai bila Mufti Perak memperjelaskannya kepada pihak keselamatan dan Sultan Perak, kenapa pula ianya diungkitkan lagi,” katanya.

Beliau mengingat Gerakan Wilayah Persekutuan itu, agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya ia tidak menyentuh isu agama.

Menurut beliau lagi, apa yang ditimbulkan oleh Gerakan itu, mengenai perlunya sebuah Mahkamah Khas ditubuhkan bagi membicara orang bukan Islam, ianya tidak perlu kerana Mahkamah Syariah sudah ada.

“Orang bukan Islam jangan salah anggap, Mahkamah Syariah tidak perlu bertindak `berat sebelah’ Mahkamah Syariah adil pada semua, kerana itu apa perlunya Mahkamah Khas?” tanya beliau.

Beliau meminta bukan Islam jangan `prejudis’ terhadap Mahkamah Syariah, mana-mana orang Islam yang reda dan bersetuju untuk dibicara melalui Mahkamah Syariah tidak ada masalah, mereka akan dibicarakan dengan adil tanpa prejudis. - mks.

Berita penuh pada Harakah daily, Agenda Daily, Malaysia-today


25 March 2007

Video Shows Palestinian Humiliation

RAMALLAH — Showing Israel's racist practices against the Palestinians, an amateur video showed on Monday, March 24, an unleashed Israeli military dog severely attacking a Palestinian woman and Israeli soldiers cruelly beating a Palestinian teenager in the West Bank.

"Israeli occupation soldiers are practicing sadist violence against unarmed Palestinian civilians," Palestinian Information Minister Mustafa Al-Barghuthi, who aired the video, told a press conference, reported the Palestinian news agency (Wafa).

The film showed an Israeli military dog unleashed by Israeli soldiers just bite and attack an elderly Palestinian woman in Bethlehem in a shocking and terrifying scene.

Israeli soldiers appeared indifferent to screams of the terrified woman before one of them finally moved to release her arm from the dog's mouth.

The video also showed two Israeli soldiers harshly assaulting a 17-year-old Palestinian teenager at a checkpoint in the town of Hawwara in southern Nablus.

Apartheid

Barghuthi said the Israeli policies were worse than South Africa's past apartheid.

"The cameras showed the worst and most ugly acts the Palestinians are facing at the hands of Israeli soldiers at the barriers," he said.

"The occupation soldiers are torturing the Palestinians."

"This behavior", Barghuthi said, "shows that the Israeli policy is worse than South Africa's notorious past apartheid as deemed by former US president Jimmy Carter."

In early December, Carter, a 2002 Nobel Peace Prize laureate, released his new book "Palestine: Peace Not Apartheid" in which he blasted "an enormous imprisonment wall" Israel is building in the West Bank.

"when Israel does occupy this territory deep within the West Bank, and connects the 200-or-so settlements with each other, with a road, and then prohibits the Palestinians from using that road, or in many cases even crossing the road, this perpetrates even worse instances of apartness, or apartheid, than we witnessed even in South Africa," Carter wrote.

Barghuthi said that the Palestinians are suffering daily humiliations at Israeli checkpoints.

"This is a well-established Israeli policy against the Palestinian civilians," he stressed.

"The Palestinians are forced to stop at more than 525 Israeli checkpoints established in the West Bank."

The minister pointed out that 61 Palestinian women were forced to give birth at Israeli barriers as they could not reach the hospitals.

According to the UN estimates, a total of 36 Palestinian babies have died because their mothers were detained during labor at Israeli checkpoints.

Barghuthi called for trying Israeli Prime Minister Ehud Olmert and Defense Minister Amir Peretz for the daily humiliation of the Palestinians.

He said that the Palestinian government will seek the help of the international organizations to intervene to stop the Israeli racist practices against the Palestinian civilians.

quoted from islamonline.net

Click to watch the Video


22 March 2007

lena rakyat sebagaimana lena seorang perdana menteri

Semua orang mengeluh selepas pengumuman kenaikan tol berkuatkuasa 1 Januari 2007 ini. Seperti selalu, para menteri pantas mewajarkan tindakan menaikkan apa juga perkara yang dinaikkan sama ada harga minyak, tarif elektrik, air atau tol.

Saya mendapati para menteri tidak peka dengan apa yang berlaku di bawah, setiap kali pengumuman kenaikan harga dibuat. Walaupun Shafie menteri hal ehwal pengguna mengatakan kadar tol hanya di jalan-jalan raya tertentu yang jarang digunakan oleh lori mengangkut barangan, hakikatnya, setiap kali pengumuman dibuat pastinya semua barang akan mencatat kenaikan.

Setiap kali, menteri berjanji akan mengawal harga supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan dan menaikkan harga sesuka hati mereka. Inilah skrip mereka setiap kali naik harga.

Pengguna juga akhirnya akan menanggung beban kenaikan harga dengan pendapatan yang tidak bertambah selama beberapa tahun.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan kerajaan sudah tidak mampu menanggung subsidi yang besar jumlahnya dan tidak mampu membayar pampasan kepada syarikat konsesi jika tidak menaikkan tol mengikut perjanjian yang dipersetujui.

Yang mengahairankan ialah Perdana Menteri agak acap kali juga ke luar negara membuat lawatan rasmi di merata dunia sejak menjawat jawatan Perdana Menteri. Baru-baru ini ketika negara dilanda banjir besar di selatan, Abdullah sedang berada di luar negara, Venezuela.

Menurut seorang rakan yang bersama rombongan perdana menteri setiap kali Abdullah pergi ke luar negara, rombongan yang mengiringi Abdullah selalunya besar, termasuk dengan pengawal-pengawal peribadi, para isteri menteri-menteri dan ahli-ahli perniagaan dan ada juga yang membawa ahli keluarga yang lain. Setiap kali mereka akan menginap di hotel lima bintang dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dan bilnya ditanggung oleh kerajaan yang sebenarnya adalah wang rakyat pembayar cukai.

Rakan saya menceritakan bagaimana seorang daripada mereka yang dalam rombongan (hanya pekerja bawah sahaja) membuat panggilan dari luar negara setiap hari bagi mengikuti perkembangan ahli keluarganya yang sakit. Semuanya ditanggung oleh kerajaan!

Kemewahan dan pembaziran yang berlaku ketika rakyat mengikat perut bagi mengurangkan perbelanjaan, suatu yang tidak kena.

Pada ketika rakyat dihimpit kos sara hidup yang tinggi, kerajaan masih mahu meneruskan penganjuran majlis-majlis yang hanya memberi manfaat kepada golongan elit negara. Lihat saja majlis Piala Monson yang diteruskan juga di Terengganu, di tengah-tengah masyarakat yang antara termiskin dalam negara. Begitu juga dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan pembinaan sebuah lagi istana untuk Yang Di Pertuan Agong. Segalanya tidak dapat difahami rasionalnya.

Di manakah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang mengurus kekayaan negara, tidak langsung menunjukkan keprihatinan mereka terhadap penderitaan rakyat. Apakah yang akan membuat pemimpin-pemimpin sedar yang rakyat sedang menderita dan perlu dibela? Perlukah sampai ke tahap rakyat mati kebuluran baru pemimpin-pemimpin bergegas-gegas mencari jalan penyelesaian? Tidakkah kadar jenayah yang semakin meningkat menjadi satu indikasi bahawa kehidupan rakyat terlalu menekan sehingga ada yang terpaksa mencuri, merompak, menyamun, meragut dan segala macam jenayah.

Penagihan dadah juga merupakan petanda bahawa kehidupan rakyat begitu tertekan sehingga terpaksa mencari ketenangan palsu.

Ramai ibu bapa terpaksa melakukan dua sehingga empat jenis pekerjaan bagi memastikan pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga. Tidakkah menteri-menteri yang duduk selesa di pejabat-pejabat berhawa dingin mereka, berfikir bahawa apabila ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh waktu yang lama setiap hari akan membesarkan anak-anak yang terbiar dan kurang kasih sayang. Lihat sajalah, masyarakat yang kian hilang rasa kasih sayangnya terhadap insan yang bernama manusia. Sudah tidak menjadi kehairanan berita di akhbar-akhbar mengesahkan berbagai jenis pembunuhan; suami bunuh isteri, anak bunuh ibu kandung, emak bunuh anak dan berbagai lagi kemelut dalam masyarakat.

Bilakah semua ini akan berhenti dan pulih kepada keadaan damai dan sejahtera? Siapakah yang akan menyelamat dan membawa perubahan yang diidam-idamkan oleh rakyat jelata?

Saya teringat semasa zaman Ibnu Taimiyah, apabila Sultan mengeluarkan arahan untuk memungut cukai tambahan ke atas rakyat, Ibnu Taimiyah terus membantah. Beliau yang bertugas sebagai penasihat Sultan telah membantah tindakan tersebut, kerana beliau melihat mengapa rakyat perlu membayar cukai sedangkan raja hidup dalam keadaan mewah dan membazir. Perkakas dan barangan emas yang menghiasi istana raja perlu dileburkan dahulu sebelum dikenakan cukai tambahan ke atas rakyat.

Adakah pemimpin yang ada sekarang sanggup mengorbankan hartanya untuk rakyat? Di manakah nilai insan ”The Towering Malaysians” yang dihebohkan sangat oleh Abdullah. Mulakan dengan pemimpin-pemimpin sebagai contoh ikutan kepada rakyat.

Ibu bapa saya (penyokong tegar) yang sebelum ini kuat mempertahankan tindakan kerajaan Barisan Nasional kini sudah tidak mampu lagi mempertahankan tindakan BN yang menyusahkan dan tidak rasional. Bagaimana dapat diyakini lagi yang BN menjaga kepentingan rakyat jika rakyat terus diperah sedangkan pemimpin-pemimpin di atas terus hidup mewah bartambah kaya dan tidak sanggup bersusah-payah bersama rakyat.

”...merampas hak rakyat lagi ada, inikan hendak harapkan mereka serahkan harta yang ada. Apalah yang nak kaut banyak harta lagi, tak cukup ke apa yang ada untuk anak menantu, isteri pun tak ada,” keluh mereka, hairan dengan gelagat pemimpin negara.

Jadi ingat, 7 Januari 2007 bila ada perjumpaan bantahan kenaikan TOL, semua mesti keluar, zahirkan bantahan anda.

Selepas itu, nyatakan rasa tidak puashati anda dalam Pilihan Raya Umum ke-12, dengan memangkah Barisan Rakyat.

Belajar daripada penduduk Kuching yang menolak kerajaan yang gagal menjaga kepentingan rakyat dalam pilihan raya negeri yang lalu. Tolak BN.

artikel oleh Haniza Talha

21 March 2007

Media Arus Perdana Kini Berbohong Tahap Maksima

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmmad Badawi dilihat sebagai kemuncak kebimbangan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada sumber berita yang dipaparkan melalui internet dan blog.

Mutakhir ini akibat ketakutan itu beberapa pengendali laman blog telah dihadapkan ke mahkamah oleh pihak-pihak yang turut serta menyokong aspirasi perjuangan Umno/ BN.

Namun gelombang kebangkitan rakyat yang mahu mendapatkan sumber alternatif dari blog dan internet semakin meningkat, malah ada 'trend' di kalangan golongan pertengahan dan elit menulis rasa hati dan pandangan mereka dalam blog-blog milik sendiri.

Begitupun kenyataan kerajaan dari beberapa menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin yang mahu blog tidak dijadikan sumber maklumat disangah oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Menurut Ustaz Nasharudin, 'trend' sumber berita yang dirujuk rakyat hari ini sudah berubah kepada blog dan internet kerana krisis keyakinan rakyat terhadap media arus perdana yang banyak menyaksikan laporan yang tidak tepat.

Isu Nadiah pembohongan terbesar media

"Orang ramai kini mula beralih kepada blog kerana tidak percaya dengan media arus perdana, yang sanggup berbohong semata-mata untuk mendapat publisiti dan paling ketara kita tengok dalam isu adik Nadiah yang dilaporkan media mendapat keputsan 19A1 sebagai pelajar terbaik SPM, tetapi hakikatnya selepas keputusan dikeluarkan pelajar tersebut mendapat keputusan sebaliknya,"kata Ustaz Nasharudin ketika diwawancara Harakahdaily semalam.

Sambil menyifatkan tindakan media arus perdana itu satu yang memalukan, beliau melihat tindakan itu juga satu pembohongan ditahap maksima dan cukup tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun kerajaan terutamanya Perdana Menteri tidak pun mengambil tindakan tegas ke atas tindakan tidak bertanggungjawab media tersebut, ujarnya.

"Ini adalah satu situasi yang amat malang dalam tahap amalan profesionalisme kewartawanan di negara ini, ini memalukan.Bila TPM kata jangan percaya kepada blog saya nak nyatakan hari ini sebenarnya orang menggunakan sumber internet atau blog kerana orang tidak lagi percaya kepada media arus perdana,"tegas bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Dasar langit terbuka

Menurut beliau, jika dahulu kerajaan sendiri menyarankan dalam dasarnya supaya rakyat menuju ke arah dasar lagit terbuka dengan penggunaan internet diperluaskan, namun dalam hal ini kerajaan dilihat sebaliknya, katanya.

Bagi PAS, sejak dahulu lagi parti ini terus memperjuangkan kebebasan maklumat yang dilihat perlu menjadi satu norma dalam masyarakat supaya orang boleh menilai dan pertimbangan kepada berita yang diterima, katanya.

"Walaupun akses internet tidak banyak tetapi dalam konteks masyarakat golongan pertengahan penggunaan internet sudah menjadi satu sumber," ujarnya lagi.

Jika 'tiada angin masakan pokok bergoyang'

Sementara itu, semasa mengulas mengenai desas-desus hubungan tidak baik antara PM dan TPM yang dilapor beberapa blog dan internet beliau menyatakan, kenyataan itu hanyalah sekadar untuk menjernihkan yang keruh.

"Saya melihat seluruh sistem pentadbiran kerajaan BN hari ini dalam satu suasana yang amat parah dan tenat dengan korupsi berada pada tahap tertinggi.Menarik sekali dalam kecelaruan ini, Timbalan Perdana Menteri berkata tiada masalah antara beliau dengan PM. Pokok takkan bergoyong kalau tiada angin.

"Kenyataan atau penafian itu bagi saya cuba menjernihkan suasana yang keruh, apapun saya rasa walaupun tidak semua rakyat merasakan hal ini, tetapi cukup ramai yang telah merasakan bahawa kita sudah berada pada satu tahap yang boleh saya katakan kerosakan tertinggi dalam sistem pentadbiran di mana orang nombor satu (PM), dua (TPM), seluruh menteri dan menteri kabinet dan masalah dalaman BN dengan Gerakan dan PPP saling bertelingkah, dalam Umno saling berbalah dan semua ini dalam keadaan porak peranda,"katanya lagi.

As Quoted from harakahdaily.net

04 December 2006

tragedi 3

papan tanda surau pon habis..

Tragedi 2

tengoklah sendiri....

02 December 2006

RUNTUHANYA SURAU KAMPUNG BEREMBANG............

INI BUKAN SEMENANJUNG GAZA..TAPI SEMENANJUNG MALAYSIA...
PDF Cetak E-mail

Berikut adalah catatan kasar beliau mengenai kronologi kejadian itu.

ImageLokasi Surau Ar-Rahimah Kampung Berembang, jam 9.00 pagi...hujan gerimis

  • Renyai hujan pagi itu, menandakan kesuraman di suasana Kawasan Kampung Berembang sedang bersedia 'meratapi' kesayuan kerana rumah Allah yang dibina atas limpahan peluh dan jerih payah akhirnya bakal tumbang walaupun dihalang dengan kudart, darah dan air mata hamba-Nya.
  • Penduduk kira-kira 30 orang sudah mula berkumpul dan mundar-mandir sekitar surau dua tingkat yang tersergam gagah.

10.00 pagi

  • - Secara perlahan-lahan empat buah jentolak mula memasuki kawasan berhampiran surau.
  • Tidak terkecuali, dua buah trak tunda untuk 'menarik' kenderaan penduduk yang menghalang jalan.

10.15 pagi

  • - Ketumbukan pasukan 'angkatan pemusnah' yang terdiri daripada pasukan Majlis Ampang Jaya (MPAJ) lebih 100 orang, anggota polis berpakaian preman dan seragam termasuk FRU dan dua pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghampiri penduduk dan orang awam yang mula membenteng surau tersebut.
  • Dari jauh, kelibat beberapa orang daripada pihak pemaju sedang memerhatikan kerja-kerja yang bakal di lakukan oleh 'angkatan pemusnah'
  • Pegawai Jais cuba memujuk penduduk dan meminta penduduk mengosongkan kawasan surau tersebut
  • Penduduk dengan air mata merintih supaya pihak Jais berunding dengan pihak MPAJ akan menangguhkan perobohan surau tersebut.
  • Kata penduduk, jika keputusan tidak menyebelahi, mereka reda dan mereka masih mempertahankan surau tersebut kerana selain tempat solat dan beribadat, ia menjadi 'pusat perlindungan' sementara bagi penduduk kerana beberapa hari lalu MPAJ telah bertindak merobohkan lebih 50 kediaman dan penempatan mereka. Di sekeling surau, kelihatan khemah-khemah didirikan oleh penduduk kerana mereka tiada tempat berlindung.
  • Surau tersebut juga adalah tempat tidur bagi sesetengah kanak-kanak malang yang rumah mereka telah dirobohkan.

Image10.45 pagi

  • Rundingan gagal malah pegawai Jais tidak langsung berusaha untuk memujuk MPAJ dan tanpa hati kemanusiaan, MPAJ dengn keras hati memulakan kerja-kerja dengan mengarahkan supaya memasuki surau tersebut, namun pintu pagar hadapan dikunci oleh penduduk.
  • Sementara MPAJ mencari jalan, kira-kira 20 orang menunaikan solat hajat di hadapan pintu pagar tersebut. Selesai sahaja mereka kemudian berzikir dan berselawat secara beramai-ramai bersama penduduk kampung yang berada di situ kerana mahu mempertahankannya.
  • Seorang anggota MPAJ menghidupkan enjin gergaji besi untuk memotong pagar tepi surau tersebut dan melihat sahaja keadaan itu penduduk dan orang awam mula membina benteng - tangan bersilang tangan bagi menghalang daripada MPAJ merempuh masuk ke dalam surau.

11.00 pagi

  • 'Perang bermula' Tanpa sekelumit rasa simpati dan perikemanusiaan MPAJ dengan kasar merempuh benteng manusia dengan mengasari mereka, memukul, menyiku, mencekak dan menumbuk beberapa orang penduduk.
  • Asak-mengasak berlaku, dan dua daripadanya telah diheret daripada kumpulan benteng manusia itu ke satu sudut oleh enam orang MPAJ dan polis
  • Kanak-kanak yang berada di atas surau menyanyikan lagu 'Negaraku'.
  • Pergelutan terus berlaku di empat penjuru yang berbeza dan keadaan menjadi tegang dan hilang kawalan. Keadaan menjadi bertambah buruk apabila anggota polis dan FRU turut masuk campur dan bertindak memukul penduduk serta penyokong mereka yang berhimpun di situ.
  • Setelah pagar tepi dipotong, penguat kuasa MPAJ meluru masuk ke dalam surau dan merempuh kumpulan remaja perempuan dan kanak-kanak yang menjadi 'kubu manusia' di dalam surau tersebut.
  • Seorang wanita pengsan kerena diheret dan bergelut dengan anggota wanita MPAJ
  • Di bahagian bawah surau, tiga beranak merantaikan diri mereka di tiang surau tersebut kerana tidak sanggup membiarkan MPAJ merobohkannya.
  • Peristiwa memilukan ini berakhir dengan MPAJ memotong rantai besi tersebut dan bergasak dengan tiga beranak itu yang mengakibatkan si suami tersebut muntah-muntah dan kemudiannya pengsan.
  • MPAJ menyelongkar, mengumpil cermin tingkap dan memecahkan bahagian dalam surau tersebut bagi memudahkan jentolak untuk 'memusnahkan' surau itu.
  • Di luar surau masih berlaku pergaduhan serta pergelutan kecil dan insiden kejar mengejar antara anggota dan beberapa penduduk di situ.
  • Teriakan, jeritan dan pekikan kaum wanita kerana meratapi perbuatan ganas MPAJ menyelubungi suasana
  • Di bahagian tepi surau kelihatan tiga remaja perempuan hampir pengsan dan longlai akibat bergelut dengan MPAJ
  • Kemuncaknya, 11 ditahan oleh anggota polis yang terdiri daripada pendudk kampung dan aktivis pelajar

Tragedi Kampung Berembang seolah-olah mengulangi situasi Memali apabila pihak berkuasa merempuh masuk ke madarasah untuk menangkap individu tertentu. Bezanya tiada tembakan dan gas mata mewarnai suasana kali ini. Bezanya pihak berkuasa kali ini merempuh masuk, untuk memusnahkan surau.

Image12.30 tengah hari

  • Sebuah jentolak merobohkan bahagian hadapan surau ketika para penduduk dan sukarelawan melaungkan "Allahu-Akbar","Hidup rakyat" dan "Hidup Islam" bergema di ruang angkasa Kampung Berembang.

01.00 petang

  • Akhirnya, 'Rumah Allah' roboh jua dan azan Zuhur sudah tidak berkumandang lagi...
  • Kampung Berembang kelihatan seperti 'zon perang' dengan penduduk "bergelimpangan", antaranya menangis kesakitan, manakala sebahagian lagi pengsan dan cedera dipukul MPAJ dan polis.
  • Yang masih tersergam di surau tersebut ialah sebatang tiang elektrik yang dililit dengan bendera-bendera kecil Barisan Nasional.

Penutup

  • Menutup 'acara pesta' meroboh surau pada hari itu ialah, acara 'majlis makan nasi bungkus' anggota MPAJ dan polis secara beramai-ramai di dalam trak, di bawah dan di celah pokok sambil memerhatikan penduduk-penduk yang kesedihan, kepenatan apatah lagi kelaparan.

Dan yang paling menarik upacara nasi bungkus itu khabarnya ditaja oleh pemaju yang bakal membina projek di atas tapak surau...


(copy-paste dari www.harakahdaily.net)

12 September 2006

lagi satu



credit tu akh addin juga

insyaAllah xlupa



klip video pilihan minggu ini tajaan Al Qassam III

01 September 2006

aku pun nak sambut merdeka juga

dia kata: pembinaan patung dan tugu itu kurafat dan bertentangan dengan Islam
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara hari pahlawan, meletak kalung bunga itu upacara agama lain. berbahaya pada aqidah.
mereka kata: kamu tidak patriotik!


dia kata: upacara menyanyi2 bersuka ria menyambut merdeka tanpa batas itu merosakkan akhlak.
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara bunga api itu membazir dan menghabiskan duit rakyat.
mereka kata: kamu tidak patriotik!


dia kata: erti kemerdekaan sebenar bukan sekadar tiada lagi British di tanahair tapi merdeka sebenar ialah bila bebas fikizal, mental, undang-undang, deen dan segalanya dari penjajah atau thagut. mereka kata: kamu tidak patriotik dan kamu sasau!



aku kata: sampai bila pun kamu tidak akan habis bertelingkah sekiranya kamu menilai sesuatu dengan neraca yang berbeza. gunalah istilah apa pun untuk mentafsir erti kemerdekaan kamu. yang penting bukan pentafsiran siapa yang betul atau siapa yang lebih patriotik dari siapa. tapi yang lebih penting ialah usaha kamu sendiri memerdekakan hidup mu dari belenggu jahiliyyah, nafsu dan prasangka. apa guna negara kamu merdeka, maju kaya raya tapi jiwa-jiwa yang ada di dalamnya masih terikat dengan belitan-belitan hina yang mereka sendiri simpulkan. kesudahannya kita bertemu Allah pencipta kita sendiri, dengan amal, keikhlasan dan bukti bahawa kita telah benar-benar bebas dari dunia, syaitan dan nafsu. tidak sedikit pon ditanya.."berapa tahun sudah negara kamu merdeka?"- kerana kalau itu nilaiannya- nescaya rakyat Thailand memenuhi Jannah Allah nnt.

aku setuju dengan apa jua pendapat kau. asalkan ia neracanya sama.

Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan Selamat berjuang mencari kemerdekaan yang hakiki untuk semua.

aku: masih mengharap kemerdekaan ku yang hakiki iaitu bila layak melamar nikmat Syurga dengan mahar berharga sebuah keredhaan Pencipta ku. InsyaAllah.

07 August 2006

ini baru berita, belum lagi dokumentari...

airmata keinsafan. bukan menangis mata merah ke?

Salam Sejahtera. Terima Kasih kerana bersama kami TVMDP Berikut adalah tajuk-tajuk berita utama dan terkini untuk harini.

Khairy tak perlu undur (baca: Berita yang memualkan)


KUALA LUMPUR: Pelbagai peringkat kepemimpinan Umno semalam menganggap hasrat Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (gambar) meletak jawatan bukan penyelesaian terbaik untuk menyangkal fitnah terhadapnya. Sebaliknya, mereka menasihatkan Khairy bersikap rasional dan membuat pertimbangan teliti dengan mengutamakan kepentingan parti sebelum membuat sebarang keputusan. berita penuh

Peniaga tak mengaku khalwat ‘suami baru’ (baca: ini bukan berita)
TUMPAT: Seorang peniaga mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan seorang lelaki yang dikatakan sebagai `suami barunya' ketika didakwa di Mahkamah Syariah Rendah, di sini, semalam. berita penuh

Faizal dorong remaja (baca: ini baru berita)
KUALA TERENGGANU: Kejayaan Muhammad Faizal Ramly atau Faizal, 22, menjuarai AF4 membuktikan bahawa rakyat Terengganu memiliki pelbagai keistimewaan, termasuk bakat terpendam boleh diketengahkan. berita penuh

‘Tragedi Hiroshima tak jadi teladan’ (baca: ini pengetahuan umum)
HIROSHIMA: Bandar raya Hiroshima semalam memperingati ulang tahun ke-61 tragedi serangan bom atom pertama dunia dengan memperbaharui gesaan supaya sebuah dunia bebas nuklear diwujudkan. berita penuh


Kata Teman: Kecoh gosip cinta �pontianak jelita� terungkai jua (baca: ini sampah)
AKHIRNYA Khairy Jamaluddin atau lebih popular dengan panggilan KJ bersuara mengenai hubungannya dengan aktres popular, Maya Karin. Memang �tak ada maknanya� gosip itu kerana sejujur-jujurnya dia mengaku memang tak pernah menjalin apa-apa hubungan dengan aktres cantik itu. berita penuh


Sekian berita-berita mutakhir untuk hari ini. Di harap kami telah berjaya membina minda anda dan menjadikan anda semua rakyat Malaysia yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang di mana jua anda berada. Sekian salam hormat dari kami. teruskan bersama kami selepas ini dengan drama bersiri Samarinda dengan tajuk "Bekerjalah bersama saya, bukan untuk saya".


note: TVMDP adalah anak Syarikat Televisyen Mertua Dia Punya Sdn Bhd.