Showing posts with label monolog hari ini. Show all posts
Showing posts with label monolog hari ini. Show all posts

07 April 2008

yang berlalu

baru berlalu suatu minggu yang paling indah yang pernah hadir dalam hidup ini. bukan sekadar kerana kelmarin genap 3 bulan mitsaqan ghaliza. tetapi jua yang lain yang juga turut manis.

jarang dalam hidup ini dapat berbicara hati ke hati dengan sahabat-sahabat yang dikasihi. berbual kosong atau bercakap sesedap hati mungkin selalu (atau mungkin sentiasa). tuah rahang.

tapi minggu yang berlalu lain sekali. dapat berbicara hati ke hati dengan 6 sahabat sekali. bukan semuanya serentak. tapi dalam ketika-ketika yang istimewa.

susah benar kadang2 nak terbayang. tapi Allah mengatur. menggerak hati kami untuk berkongsi cerita, duka, harapan dan keimanan. biarpun kadang2 sekadar dalam instant mesengger.

dari yang bertanya "kalau nak dua2 boleh ke?"
kepada "doakan ***** ye"
dari yang rasa bersalah
kepada yang rasa bertuah
dari yang masih belum mahu serius
kepada yang sudi berkongsi cita-cita
dari yang dulu tak pernah bersuara kisah yang tersembunyi
kepada yang bercerita kisah semalam dan hari esok

segalanya milik Allah. saya hanya pendengar yang setia. berkongsi apa yang ada. meminta apa yang tiada dan mengharap istiqamah pada apa yang terkurnia.

terima kasih kerana menghargai ukhuwah ini
ana bimbang takkan berjumpa sahabat-sahabat seperti antum semua
di ketika-ketika yang lain
kerana cinta ini sudah tertanam dalam-dalam

terima kasih kerana sudi berkongsi cerita, cinta dan cita-cita

cuma
kadang-kadang diri ini terduga-duga
siapa pula yang sudi mendengar jiwa ini berbicara?

05 April 2008

Mencari Teman ke Syurga

Ukhuwwah itu ialah hati-hati dan roh-roh berpadu dengan ikatan akidah. Akidah adalah ikatan yang paling kukuh dan paling mahal. Ukhuwwah wujud dari keimanan dan perpecahan wujud dari kekufuran. Kekuatan yang pertama ialah kekuatan perpaduan. Tiada persatuan tanpa kasih sayang. Rasa kasih sayang yang paling rendah ialah berlapang dada (bersikap terbuka) dan paling tinggi ialah itsar (mengutamakan orang lain).

Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya. (Al-Hasyr: 9)

Al Akh yang jujur akan merasakan saudara-saudaranya lebih utama dari dirinya sendiri kerana sekiranya dia tidak bersama mereka, maka dia tidak akan mendapat pengganti selain mereka. Sementara mereka, apabila tidak bersamanya, maka mereka akan bersama dengan orang lain. Sesungguhnya serigala akan hanya menerkam kambing yang bersendirian. Orang mukmin dengan orang mukmin yang lain umpama bangunan yang saling kuat memperkuat antara satu sama lain.

Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain. (Al-Taubah: 71)

Inilah yang sepatutnya kita lakukan.
(Imam HAB)

Tidak ada persahabatan tanpa ketaqwaan

Firman Allah dalam suruah Az zukhruf : 67 “teman-teman akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh-musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertaqwa.”

Tiada yang dapat merasakan manisnya iman kecuali bagi yang meneguk manisnya iman

“ tiga perkara, sesiapa yang memilikinya maka akan merasakan kelazatan keimanan iaitu yang mencintai Allah dan RasulNya melebihi kecintaan nya kepada selain keduanya, tiada mencintai sesorang kecuali Allah, benci kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkan dirinya darinya, sebagaimana ia benci dilemparkan kedalam api neraka.” (HR bukhari dan Muslim)

Dari Imam Malik, Nabi SAW bersabda Allah SWT berfirman “kecintaanKu didapati oleh orang-orang yang saling mencintai dan saling duduk kerana Aku, saling berkunjung keranaKu dan saling memberi keranaKu” (Al Muwatta’)

Dari Abu Malik Al Asya’ari, Rasulullah SAW bersabda tentang golongan manusia yang dicemburui oleh para nabi dan syuhada’ “ mereka adalah orang yang saling mencintai kerana Allah, bukan kerana kekerabatan mereka, bukan kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, wajah-wajah mereka adalah seperti cahaya dan mereka saling berada di atas cahaya. Mereka tidak berasa takut dikala manusia ketakutan dan mereka tidak bersedih dihati tatkala manusia bersedih hati…” (HR Ahmad)

Imam Hassan Al Banna berpesan “hendaklah kalian mencintai sesama, hendaklah kalian sangat mengambil berat kepada ikatan, kerana itulah rahsia kekuatanmu dan keberhasilanmu. Dan tetaplah tegar sehingga Allah memberikan keputusan dengan haq antara kalian dan kaummu. Dia adalah sebaik-baik pemberi keputusan.

31 March 2008

hilang

Wajah dan perasaan tidak boleh menipu. Sesiapa yang melihat pasti setuju bahawa hati ini sangat tertekan. Sempit dada memikirkannya. Seolah-olah mati aqal memikirkannya. Mana mungkin sesuatu yang statik hilang melainkan digerakkan.

Kesimpulannya kunci yang hilang tempohari mengambil sebahagian masa yang Allah kurniakan. Untuk mencari, memikirkan, menggeledah, menenangkan hati dan mengabaikan tekanan.


La hawla wala quwwata ila billah…
Terasa dhaif dan lemahnya diri…


Mungkin cerita Al quran tentang yang hilang bisa menenangkan..


“maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan." Saad 38:32.


“Dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang selalu mereka sembah dahulu, dan mereka yakin bahwa tidak ada bagi mereka satu jalan keluarpun.” Fussilat 33:48.


“dan apabila bulan telah hilang cahayanya” Qiamah 75: 8


Kunci yang hilang akhirnya



Masih belum di temui



Hasbunallah wa ni’mal wakil…
Mungkin itu yang terbaik

RAA muncul memberi harapan.
Tuan punya kereta kembali.
Jawabnya. “jangan risau, jangan fikir sangat reze…”

Jiwa memujuk hati.
Iman memujuk naluri
Mujur yang hilang itu kunci kereta..
Andainya yang hilang itu kunci ke syurga?


6:88. maka apakah Yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke Dalam kekufuran) disebabkan apa Yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang Yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa Yang telah disesatkan oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.


5:41. … dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka Engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. mereka ialah orang-orang Yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang besar.”


3:8…"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

moga yang satu ini takkan hilang sampai bila-bila
sehingga Al Haq memenangkannya

26 March 2008

takkan sanggup mengganti imanku

keimanan






Munsyid: Harris Shaff-Fix

Andai matahari di tangan kananku
tak 'kan mampu mengubah yakinku
terpatri dan tak 'kan terbeli dalam lubuk hati
Bilakah rembulan di tangan kiriku
tak 'kan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku tak 'kan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal 'kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
Cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu

Bilakah rembulan di tangan kiriku
tak 'kan sanggup mengganti imanku
jiwa dan raga ini apapun adanya

Andaikan seribu siksaan
terus melambai-lambaikan derita yang mendalam
seujung rambut pun aku tak 'kan bimbang
jalan ini yang kutempuh

Bilakah ajal 'kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu

Bilakah ajal 'kan menjelang
jemput rindu-rindu syahid yang penuh kenikmatan
cintaku hanya untuk-Mu
tetapkan muslimku selalu.....

16 March 2008

sepi seorang murabbi [ terjatuh dan ketemu cinta 6 ]

Dia meninggalkan bumi Thaif yang menghinanya
menuju ke pangkuan Tuhan yang memulianya

dia menginggalkan insan buta yang menghirisnya
menuju ke pelukan Tuhan yang mengasihnya

dia meninggalkan dunia kejam yang menikamnya
menuju akhirat abadi yang mendambanya

izinkan aku wahai kekasih yang dicinta Pencipta
meminjam kesedihan, meminjam kepiluan dan meminjam kepedihan

izinkan aku wahai insan yang menjejak arasy mulia
meminjam kepasrahan, meminjam penyerahan dan meminjam kesudahan

izinkan aku wahai rasul yang membawa khabar gembira
meminjam untaian bisikan mu pada Dia, Rabb yang sentiasa di sisimu


" Ya Allah, kepadaMu juga aku mengadukan kelemahan kekuatanku,
kekurangan siasatku dan kehinaanku di hadapan manusia.
Wahai Yang Paling Pengasih,
Engkau asalah Rabb orang-orang yang lemah,
Engkaulah Rabbku,
kepada siapa hendak Kau serahkan diriku?
Kepada orang jauh yang bermuka masam kepadaku,
ataukah musuh yang akan menguasai urusanku?
Aku tidak peduli
asalkan Engkau tidak murka kepadaku,
sebab sungguh teramat luas afiat yang Engkau limpahkan kepadaku.
Aku berlindung dengan cahaya wajahMu
yang menyinari segala kegelapan
dan yang kerananya urusan dunia dan akhirat menjadi baik,
agar Engkau tidak menurunkan kemarahanMu
kepadaku atau murka kepadaku.
Engkaulah yang berhak menegurku hingga Engkau redha.
Tidak ada daya dan kekuatan selain denganMu."

sungguh, hati ini pilu
sungguh, jiwa ini tidak ada daya
melainkan apa yang diberi kepadanya

hati ini tidak marah
hati ini cuma ingin ditarbiyyah

abaikan

sungguh

abaikan
kerana engkau sudah cukup dewasa


07 March 2008

hilangnya Badar dan Uhud sebuah perjuangan [monolog pilihanraya 1]

sekali sekala menulis, bila menulis, biarlah berbaloi..
Hati resah. Hampir-hampir sahaja diri ini enggan berganjak dari depan lap top. Resfresh setiap web page yang memaparkan berita pilihan raya. Sejak pembubaran parlimen, tangan ini gatal nak menulis tentang politik dan pilihan raya. Tapi hati, masa dan tanggungjawab yang lain mengatakan ‘jangan’.

Tapi hari ini, hari terakhir dalam rotation ke dua paediatrics, sebelum berganjak dari orthopaedic ke respiratory medicine, tangan ini gagah juga menaip menongkah arus kekangan diri. Tapi kali ini, biarlah berbaloi.

Hati ini sangat-sangat resah. Bukan resah kerana takut Pas kalah di Kelantan atau Nurul Izzah tewas di Lembah Pantai atau gusar dengan rumah Pengerusi SPR yang disimbah cat merah atau sedih kerana Malaysiakini hanya free selama seminggu sahaja. Tapi jauh dari itu.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui. Tapi politik sangat dekat dengan diri ini. Bermula dengan semangat sept 1998, kemudian PRU 99 kemudian kekalahan sadis 2004. politik jadi antara perkara penting dalam kepala ini selalunya. Bukan sekali dua saya ditegur kerana kecenderungan ini. Dari orang satu state, sahabat state berjiran hinggalah yang di tanah air pernah menyuarakan kerisauan tentang kecenderungan politik saya. Namun saya tidak pernah kesal. Kerana bagi saya itulah pintu hidayah yang Allah kurniakan untuk saya. Bermula dari politik suka-suka saya kenal islam yang sebenar. Perjalanan yang sangat panjang. Tapi biarlah saya dan siapa yang mengerti sahaja berkongsi rasa ini.

Hari ini saya melihat politik dalam kaca mata yang berbeza. Dengan kesedaran, kewajipan dan tanggungjawab yang ada hari ini, saya rasa melihat, menganalisa politik dengan lebih bertanggungjawab tidak sesukar mana.

Saya bertambah risau dari hari ke hari. Menjelang sabtu. Walaupun saya tahu segalanya telah tersirat. Bukan keputusanyya telah tersurat oleh SPR, tapi segalanya telah tertulis sejak azali. Maka bukan keputusan yang saya risaukan, tetapi muqaddimah dan natijah keputusan yang melemaskan.

Saya terkilan. Berapa banyak pembaziran dilakukan menjelang pilihanraya dan keraqna pilihanraya. Bukan pembaziran duit. Itu terpulang kepada mereka kerana mereka akan ditanya setiap inci nikmatyang diluahkan. Tetapi pembaziran yang saya maksudkan ialah pembaziran kesedaran manusia. Berapa ramai manusia hari ini sedar dan terjaga dari lamunan yang panjang. Berapa ramai yang dari kesedaran ini bangkit bekerja dan bersengkang mata kerana kesedaran itu? Tetapi berapa banyak kesedaran yang ada pada mereka itu terguna untuk kebaikan islam dan dakwah?

Mungkin ada yang telah dapat meneka kemana hujung jatuhnya perbincangan saya ini. Artikel-artikel politik hari ini tulisan saya sebelum ini sudah mampu menggambarkan hakikat politik yang saya ingin ummah rasakan. Tidak kah kita rasa rugi bila kita mampu menarik berjuta manusia mendengar jeritan dan pekikan kita sehingga sanggup bekerja, berjaga, menarik pengundi dan berhabis tenaga dan wang untuk kita. Tetapi semua itu kita salurkan pada cita-cita yang rendah. Kemana semua ini bila kita menang atau kalah nanti? Ia akan hanyut, dingin dan beku semula.

Dulu lagi saya ingatkan. Tidak salah ke jalanraya, asalkan akhirnya kita bentukkan di hati dan jiwa manusia. Islam ini fitrahnya di hati bukan di peti undi. Jangan membaca ini dengan emosi, tetapi nilailah dengan naluri sendiri.

Kita tidak kaya. Kita tidak punya kuasa, maka jangan bazirkan semuanya untuk mereka. Selama-lamanya kita tidak akan menang. Pesan Saidina Umar benar untuk mana-mana ketika. Kita menang kerana musuh memaksiati Allah. Bilamana tiada beza diantara kita dengan musuh dari konteks hubungan dengan Allah. Maka wajib musuh memenanginya. Kerana mereka punya segal-galanya di dunia ini.

Saya tidak katakan boikot pilihan raya dan masuklah kembali ke pondok-pondok dan buka semula kitab-kitab lama. Tetapi kalau itu yang terbaik untuk islam. Maka kembalilah menyelak lembaran-lembaran lama yang kita tinggalkan itu.

Siapa pon tidak mahu mereka yang yang zalim, jahat dan kejam menjadi ketua. Orang gila pun akan berfikir lima-enam kali. Namun, kenapa meraka yang zalim, kejam dan sadis masih dijulang. Jawapannya tidak lain, jiwa ummah belum dibina. Mereka yang tidak punya jiwa akan memilih mereka yang tidak punya jiwa. Takkan harimau mahu mengundi mentadak mentadu menjadi raja rimba. Alang-alang tewas, bairlah kepada singa.

Kerana itu perlu kita yakini, ummah tenggelam hari ini bukan kerana kurang membaca harakah atau terlebih membaca utusan. Tetapi ummah hari ini terlena kerana terlupa membaca wahyu dari Empunya langit dan bumi.

Yakinlah, sebagaimana tidak ada jalan pintas menjadi jutawan, begitu juga tidak ada jalan pintas menuju ke syurga. Sekiranya ada tentu rasul junjungan dan sahabat terbilang memilihnya. Tetapi mereka rela menerjah hari susah di kota Makkah, menempuh laluan getir hijran, meredah jerih medan badar, menjejak denai berliku uhud dan kemudian barulah mereka mampu mengibar panji kemenangan fathu Makkah. Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan naiknya harga minyak? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terISAnya seorang dua manusia, kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terbinanya masjid Kristal? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan gugurnya calon pujaan pengundi pihak lawan? Kita mungkin terlupa dimana badar dan uhudnya perjuangan ini.

Atau kita sengan terlupa bahawa Allah lebih mengenal siapa tenteraNya.

Esok, akan terbuka lembaran yang selama ini tertutup rapat. Keputusan terumum jua. Apa pun keputusan, kiranya kita kekal dengan cara ini, maka jalannya sukar untuk islam. Kalau Parti islam menang, orang akan mula bersorak sambil menyimpan kembali buku tarbiyyah, memadam jadual katibah dan tamrin. Kerana apa? Kerana kemenangan sudah dekat katanya. Kalau pula parti yang jauh dari islam menang, maka akan lebih perit. Yang bersemangat dengan islam akan gugup menahan dugaan pedih yang entah kali keberapa. Tangisan akan menggantikan ratib zikir dan wirid, hutang akan menggantikan infaq yang dinanti. Seluruh masa dan tenaga qiadah akan terbazir dengan ratib yang baru “jangan putus asa, kita kalah kerana mereka menipu”. Dan lebih teruk lagi, ummah akan terus tenggelam. Mereka yang tidak punya jiwa akan terus memimpin. Dan suatu hari nanti, mereka yang lebih tidak punya jiwa menggantikan mereka yang tidak punya jiwa tadi.
Tulisan ini bukan lirik pada lagu buruk sangka dan kesumat dendam. Sekadar renungan untuk jiwa yang rasa terpanggil untuk berhenti dan berfikir. Apa pun juwa, kita sama-sama yakini, Allah akan menyempurnakan cahayaNya. Bila, pada tangan siapa dan bagaimana, biarlah sirah junjungan jadi panduan dan kitab suci jadi bekalan. Halaman hina ini, abaikan jika tidak membawa sebarang kebaikan. Kerana kita ini fakir, dan Dialah yang Maha Sempurna.

Dan esok, khabarkan padaku keputusannya, kerana lusa kita akan kembali seperti biasa.

20 February 2008

Mitsaqan Ghaliza 2

kalau ditanya pada ikhwah al-itqan, mungkin semuanya akan mengangguk kalau ditanya tentang dua jenis ikatan atau "aqad" (ni ayat berbaik sangka ni.. nanti saya tanya betul2! pengsan). Bukan kerana kami berbincang tentang bab munakahat dari Bahrul Mazi atau Sahih Muslim, bukan juga kami berbincang tentang bab muammalat buku Pelangi Pendidikan Agama Islam SPM cetakan ke 8 atau Fiqh Manhaji Syafieyah. tapi kami ketika itu berbincang tentang bab 1 Aqidah kepda Allah dalam halaqah mingguan.

Aqidah itu dari perkataan Aqada "'ain-qaf-dal" yang bermaksud ikat (terima kasih yang membetulkan ejaan). maka aqidah kepda Allah itu maksudnya ikatan dengan Allah. cuma saya menggunakan analogi ikatan zahir dan batin untuk kita lebih memahami hakikat aqidah ini dengan bahasa yang lebih mudah. jauh dari teknik penerangan 'kitab kuning' yang saya sendiri kad ang-kadang tak faham.
dalam dunia ini ada dua jenis ikatan. ikatan zahir dan ikatan batin. ikatan zahir, zahirnya adalah ikatan yang visible. contohnya ikatan tali kasut, ikatan barang-barang garage sale di atas troli untuk bawa barang junior baru pindah, atau ikatan tali khemah kenduri Aqiqah Umayr ibn Umar (bukan aqiqah Umair Haqqan!).


ikatan batin pula yang sebaliknya. iakatan yang tak nampak. ikatan perkahwinan, ikatan kekeluargaan, ikatan ukhuwah dan ikatan baiah. beritahu saya tali mana yang kit anampak mengikat suami dengan isterinya (tak termasuk perkahwinan hindu) atau tali mana yang mengikat adik dengan abangnya. tiada. tapi ikatan itu ada. keduanya tahu ada.

maka seperti berbezanya nama, begitu juga berbezanya taraf ikatan. ikatan batin jauh lebih hebat dari ikatan zahir. ini kerana ikatan zahir sesiapa pun boleh putuskan atau merungkai semula ikatan tersebut. tapi ikatan batin hanya terputus dengan i'tiqad mereka yang mengikatnya. hanya lafaz cerai dan yang seangkatan dengannya boleh memutuskan ikatan perkahwinan. contohnya walaupun seluruh peminat siti berkumpul protes perkahwinan siti dan datuk k, ikatan perkahwinan mereka tidak akan terputus. itulah kuatnya ikatan batin.

begitu juga hakikat ikatan aqidah. ianya ikatan kita dengan Allah. dari hamba kepada-Nya dan dari Dia kepada kita. uluhiyyah dan Rububyiiah kitalah yang menjadi ukuran kekuatan tali itu. maka sudah tentu kita perlu fahami bahawa ikatan itu tidak akan putus melain dua. pertama kita memutuskan unutk melerai ikatan itu. atau kita diiktiraf layak oleh Allah untuk diputuskan tali itu, wal'iyazubillah.

lihat dan perhatikan dengan hati.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". (5:72)

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (22:31)

mudah-mudahan kita diberikan petunjuk untuk kekal dengan ikatan suatu perjanjian yang kuat ini. wallahua'alam.


p/s untuk Mitsaqan Ghaliza 1 sila klik gambar untuk ke blog Bahtera Hati

15 February 2008

Fussilat yang Masih Menjelaskan


Fussilat yang Pendiam

Seberapa banyak persoalan yang timbul, tentang bila nak update blog, sebanyak itulah alasan yang akan diberikan. Lupakan bab alasan kini masa untuk membuka lembaran baru untuk Fussilat. Apa pun alasan terima kasih untuk yang sudi menjengah laman dhaif fussilat ini sekali sekala walaupun tiada apa yang berubah kecuali dua: tarikh dan waktu malaysia dan Adelaide.



Fussilat yang Baru

Mungkin kali ini ada yang bertambah selain yang disebut tadi. Fussilat punya wajah baru. Jangan ditanya siapa yang jadi pembantu menukar wajahnya. Yang penting sebuah terima kasih yang istimewa untuk yang membantu. Semoga wajah baru bukan sekadar jadi gimik politik, tukar calon parti sama, tapi menukar wajah dan semangat secara pakej tapi jiwanya masih sama.



Fussilat yang kini berdua

Sama ada akh ihsanist atau ukht ihsanist, waima fussilat mahupun darkshadow. Semuanya sudah termeterai dan terpatri. Sejak bermula, soalan yang paling popular ditanya, FAQ ialah seronok jadi suami orang? Janggal soalan, pelik jawapan. Belum ada lagi yang tanya, macam mana rasa sekrang, dengan tanggungjawab yang bertambah? Mungkin semua soalan bermaksud begitu, Cuma struktur ayat yang mungkin pelbagai.



Fussilat yang Menanti Jawapan

Semoga Pemilik petunjuk dan kebijaksanaan sudi memberi sedikit petunjuk dan kebijaksanaan untuk pemilik Fussilat menulis lagi nanti. Ini bukan muqadimah, bukan juga introduction kepada muqaddimah. Mungkin, tidak lebih daripada sekadar sebuah prolog untuk sebuah pembuka bicara kepada sebuah pengenalan untuk sebuah muqaddimah yang panjang. Yang pasti masih jauh dari penghujung yang dicari tapi dekat dengan kesimpulan yang dihajati.




Fussilat yang Terharu

Sebelum menekan butang upload. Dari hati yang penuh insaf dan rasa dhaif. Kami ingin menyucapkan jutaan terima kasih buat insan-insan, sahabat-sahabat yang sudi mendoakan, mengucapkan tahniah, mengunjugi teratak kami dan terus mendoakan kami. Semoga Allah membalas selayaknya jasa, budi dan amal kalian. Kami terharu dan kami berterima kasih.

20 October 2007

usianya baru sembilan bulan


terkesima dengan kata-kata seorang sahabat hari ini..

"sembilan bulan hidup di sini lebih bermakna dari sembilan belas tahun hidup aku yang dulu"


katanya usianya baru sembilan bulan..
macam pernah terungkapkan perasaan itu dulu..
macam pernah terasa perasaan itu dulu..
Maha suci Allah tuhan yang memiliki 'nikmat' itu..

"..janganlah kamu merasa telah memberi nikmat kepadaku dengan keislamanmu, sebenarnya Allah Dialah yang telah melimpahkan nikmat kepadamu denganmenunjukkan kamu kepada keimanan jikakamu adakah orang-orang yang benar." (Al Hujurat:17)



takkan luput sampai bila-bila



sehingga Dia memenangkannya, atau aku hancur di dalamnya.

17 October 2007

jiwaku tenat

pernah tak kau rasa kau ada sejuta cerita yang nak kau kongsikan. tapi kau tak tau nak mula dari mana. cerita yang best dulu ke, cerita yang sedih dulu ke atau cerita yang paling lawak sekali. semuanya bercampur dan berselerak dalam fikiran. tak tau mana satu yang nak dikutip.

macam tu lah yang aku rasa sekarang.
nak mencari seseorang untuk meluahkan segala-galanya. seseorang yang sanggup dengar aku bercakap berjam-jam tanpa henti. yangh sanggup kene marah. yang sanggup kongsi emosi. yang sanggup menelan semuanya. yang sanggup berada disitu.

03 October 2007

satu watak dan sejuta jalan cerita

Kadang-kadang rasa segan untuk klik link ke blog sendiri. Sebab sedar yang apa yang akan di lihat mungkin sama apa yang dilihat minggu lepas, minggu-minggu lepas. (intro terbaik untuk beritahu yang blog ni sudah lama tidak diupdate). Tiada alasan. Kalau cakap sibuk pun, mungkin sekadar alasan biasa untuk penuhkan tempat kosong. Tapi hakikatnya, kadang-kadang malas nak menulis kalau apa yang ditulis sekadar memeriahkan blog. Tanpa ada apa-apa alasan. (adakah macam entry kali ini?).

Cuma kadang-kadang apa yang buat rasa bersalah adalah bila masih ada yang meng'access' blog ini walaupon dah lama tak update. Terima kasih.

20 september 2007, 0600pm dapat SMS dari jauh. Dari Malaysia, dari seorang best friend (7 tahun dulu, masih dan akan selamanya insyaAllah) kat Jasin.

"slm.dh berbuka?just read ur blog..im speechless.impressively shocking..seems like you really have found IT n left me far behind. M really want 2 get to know this new soul. Good for u. doakan aku gak. Perjalananku masih melangit jauh…:-I"

Terkedu membaca. Macam-macam perkara tiba-tiba menjelma dalam kepala. Rasa sayu dengan sebuah SMS. Terasa hari-hari semalam macam baru berlalu dalam sekelip mata. Cuba menyusun semula sejarah. Tapi aku semacam tertewas. Tak dapat nak letakkan kisah-kisah yang berlalu dalam sebuah jalan cerita. Siapa aku sepuluh tahun dulu. Siapa aku tujuh tahun dulu. Siapa aku di Jasin. Siapa aku di Intec. Siapa aku tahun pertama di sini. Dan siapa aku sekarang.

Macam terlalu kompleks untuk aku taipkan bait-bait perasaan ini. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Betapa apa yang dikurniakan Dia pada aku hari ini membuatkan aku memandang hari-hari semalam dengan lebih bermakna. Mana mungkin aku hargai indahnya hidup dalam terangnya cahaya..kalau aku tidak kenal peritnya duduk dalam gelap gelita?

Entahlah. Mungkin halusinasi dan delusi aku seorang..kalau tak masauk akal, abaikan...

Hari-hari yang pergi. Peristiwa yang berlalu. Masa yang beransur pulang. Semua itu menambah mereka yang aku kenal. Menambah manusia yang aku sayang. Menambah pengalaman yang aku genggam. Menambah cerita yang aku karang. Menambah berita yang aku khabarkan. menmabah risalah yang aku tanggung.. dan yang paling aku harapkan. menambah cintaku pada Dia.

Terima kasih sahabat-sahabat yang aku lalui dalam perjalanan pendek aku ini. Tiada apa yang aku hadiahkan untuk setiap seorang dari kamu. Diri ini dhaif dan faqir.

Kalau ada yang bertanya. Akan aku katakan usia aku baru tiga tahun setengah...
...winter 2004~spring 2007.

Ya Allah..Apa agaknya yang aku akan bawa pulang bertemuMu nanti...

22 September 2007

...dan Dia menyempurnakan usiamu

"Dan Dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, Kemudian Dia membangunkan kamu pada siang hari UNTUK DISEMPURNAKAN UMUR (mu) yang Telah ditentukan, Kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu Dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan." [6:60]


Semalam, Birthday mak ke 52. Semalam call, mak tanya "bagi mak hadiah apa?". jawab anaknya.."5hb jan nnt nnt baru bagi"... (abaikan budak sebelah itu)


hari ini.. birthday budak ini. (tapi harini rambut die bukan macam tu lagi)


harini juga, birthday budak ini juga. kalau jumpa dia, ingatkan dia, usia da bertambah amal wajib bertambah, jangan lupa mati dan bersedia untuk akhirat!
dia ni mmg degil ni...marah sket!



dan besok..birthday budak ini. dia tiada di sini skrg. meraikan puasa dan birthdaynya bersama orang-orang kampung yang sakit tulang di Eyre Peninsular


p/s semua tarikh diatas adalah mengikut kalendar syamsiyyah. harap maklum
p/s terima kasih kepada yang mengewish. bangun2 sahur da penuh da YM! msg. terharu

12 August 2007

dari negeri yang masih tersenyum


Sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kesukaan
sahabat itu bukan bila engkau berkongsi perasaan
sahabat itu bukan bila engkau berkongsi kegembiraan
sahabat itu bukan bila engkau berkongsi ker
iangan

sahabat itu bila engkau berkongsi perjuangan




...dan perjuangan tidak kenal erti perpisahan.

05 August 2007

carikan aku seorang rijal dengan sebuah neraca langit

meminjam kata-kata Muhammad Ahmad Ar Rasyid.

“Orang yang tidak mampu berkorban demi mengejar cita-cita yang tinggi, maka dia tidak akan berani berhadapan dengan bahaya dan kesusahan. Orang yang hanya mencari kesenangan, keselesaan dan kemewahan semasa hidup di dunia ini nescaya akan mudah terpengaruh dengan suasana, tunduk kepada tekanan dan hanyut oleh arus. Mereka tidak dapat menyumbangkan sebarang jasa di dalam sejarah kemanusiaan. Tidak ada sesiapapun yang mampu melukiskan sejarah kecuali pahlawan-pahlawan yang gagah berani. Mereka itulah yang telah merubah arus perjalanan hidup manusia dengan jihad dan pengorbanan mereka dan merekalah yang merubah corak pemikiran dunia.”



ini aku
yang kadang-kadang sesak fikiran memikirkan
apa agaknya jawapan
untuk kelam kabut alam
untuk haru biru semalam
untuk hiruk pikuk kehidupan

nescaya
dunia tidak kekurangan manusia. bahkan hampir tepu dengannya.
dunia tidak dahagakan kekayaan lagi sayugia telah sesak dengankemewahan
dunia tidak perlukan lagi kepintaran arakian sudah lemas dengan keajaiban
yang diperlukan adalah

seorang rijal
dan sebuah neraca langit



maksudnya seorang pemuda berjiwa besar. yang nafasnya tidak sesak dengan hilangnya dunia darinya. yang darahnya tidak beku dengan penuhnya nafsu meliar. yang telinganya tidak pekak dengan bisik nyaring syaitan durjana. yang pemuda itu mahu jadi lain. lain dari yang lain.
lain dari semalam
lain dari orang lain
lain dari kelainan
tapi sama di sisi Rabnya
sama dengan kasihnya pada kekasihNya.
atau paling kurang separuh dari itu
atau suku
waima secebis.

kerana dia tahu. dia tiada apa.

oh lupa

pemuda berjiwa besar ini juga telah tekad
untuk menghumban neraca dunia
dan mendakap erat neraca langit
iaitu pandangan tuhannya
yang memiliki danmendiami Arasy yang mulia.

biar apa orang kata
kerana dia sanggup mencari redha Allah dengan murka manusia
dan bukan redha manusia dengan murka Allah



kalau kau ketemu rijal dengan sebuah neraca langit ini, khabarkan padaku. jangan lupa mencari aku. kerana aku ingin belajar darinya.
terima kasih!

07 July 2007

AWAS! Masa Lapang Melintas di hadapan!


tiada kena mengena dengan yang cuti mahupun tidak bercuti

07.07.07 bukan apa yang best pon tarikh tu. cuma ia menunjukkan betapa lamanya blog ini tidak diupdate. ingat nak update sempena setahun blog ini (29.06.06~29.06.07) tapi tak kesampaian atas kesibukan. bukan sebab rotation surgery saya yang telah menghapuskan cita-cita untuk melelapkan mata barang seketika selepas subuh atau pun tidur petang. tapi atas kelemahan diri sendiri mengurus masa.

betapa kontrasnya ketika ini. walaupun tidaklah sekontras tindakan Mahmud Abbas menaja Kabinet Emergency di Tebing Barat atau sekontras cerita doktor-doktor muslim di Perth dan Brisbane yang ditangkap, kontrasnya cukup dengan melihat orang lain semuanya seronok memulakan cuti panjang dalam kesejukan Adelaide, tetapi saya merayap keluar rumah sebelummatahari terbit ke Ward 2B, Lyell McEwin Hospital untuk meneruskan pengajian dalam cita-cita nak menjadi pegawai perubatan berkelayakan ini.

cukup mencabar.

tapi mungkin tidak semencabar satu mende ni. yang sebenarnya jauh lebih mengancam, membahayakan dan perlu di label AMARAN!


AMARAN MASA LAPANG SEDANG MENYERANG!


amaran ini yang datang dengan firmanNya :

“Telah dekat kepada manusia hari menghisab segala amalan mereka, sedang mereka berada dalam kelalaian lagi berpaling.” (Al-Hajj: 1)
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna.” (Al-Mu’minun: 1-3)


dan disambut dengan lafaz dari kekasihNya:

“Ada dua kenikmatan yang membuat banyak orang terpedaya yakni nikmat sehat dan waktu lapang.” (HR. Bukhari)

bukan cuba menongkah arus atau berlagak seperti orang yang dengki dengan orang yang cuti. namun sekadar nak mengingatkan tentang bahaya yang datang bila manusia itu diuji dengan waktu lapang. fikirkanlah semula, apa yang menghalang kebanyakkan kita sebelum ini untuk melakuan sesuatu yang lagha secara berlebihan, apa yang menghalang kita dari lepak-lepak tidak tentu pasal, apa yang menghalang kita dari tidur sepanjang hari sehingga lambat solat, kadang-kadang miss solat atau pun tak jalankan tanggungjawab sebagai housemate dan sebagainya? apakah iman yang mendalam atau sekadar kita sibuk, kena pergi uni, ada tutorial, banyak assignment dan banyak urusan lain yang perlu diselesaikan?

ok, Alhamdulillah lah Allah mengurniakan kesibukkan itu. yang akhirnya mampu juga jadi benteng dari semua kemaksiatan kecil dan besar. maka sekarang, benteng itu telah dirobohkan dengan jayanya. sekarang kita (tidak termasuk budak medic practical years) tiada halangan untuk buat apa-apa yang disebut diatas.

maka tinggallah iman yang sedikit ini. jadi benteng mempertahankan apa yang tinggal. mudah-mudahan.

cuti yang panjang ini, sebenarnya sangat pendek disisi Allah. apatah lagi nak dibandingkan dengan usia alam yang jauh lebih panjang ini. bandingkan dengan jangka hayat nyamuk yang lapan hari itu. sudah pasti kita rasa nyamuk itu hidup dengan sangat pendek. xde life. tapi bagi nyamuk yang tahu harga hidupnya. lapan hari itu sudah cukup panjang untuk dia memenuhkan life cycle dia, dan akhirnya dia meninggalkan generasi yang akan meneruskankesinambungan kehidupan ummatnya.

begitulah Alam ini melihat kita. mungkin kita rasa usia kita sudah cukup panjang. cuti 3-4 minggu ini pon cukup panjang. tapi dibandingkan dengan usia alam yang jauh lebih panjang ini. kita akan rasakan yangianya terlalu pendek. terlalu pendek untuk dibazirkan begitu sahaja. jangan jadi lebih teruk dari nyamuk. beruntunglah nyamuk kerana usia pendeknya itu tidak akan dihisab. rugilah kita kalau usia yang pendek atau panjang ini dibazirkan dengan sesuatu yang akhirny akita simpulkan dengan "aikk..da nak start sekolah da?, cam rasa kejap sangat. mende la aku buat.."

18 June 2007

monolog orang xde exam

hari ni masuk minggu ketiga percutian 'cuti-cuti budak medic 4th year' aku. harini gak muslim bertuah menjadi budak rumah Paradise pertama yang exam. All the best. mudah-mudahan dipermudahkan.

bukanlah cuti yang amat menggembirakan. sebab tak berkongsi rasa dengan yang lain. mana taknye aku sorang yang cuti. yang lain sume pulun prepare exam. kalau aku bg cadangan sume join aku g bercuti ke pulau krismas ke ke pulau kangaroo ke. maunya budak2 ni baling aku ngan lampu study diorang (ihsan xde lampu study, so maybe dia baling ngan lesung batu yang dia guna untuk nyalakan heater ruangtamu a.k.a bilik jajahan dia tu).

apa-pun satu mende yang tidak best yang aku rasa adalah perasaan tiada exam. rasanya 3bulan berturut2 ni. aku diuji dengan satu ujian yanghebat. iaitu ujian kesenangan dan kelapangan. mana taknya pas rotation psychiatry aritu wat 2 MSA (6 weeks elective postings) yang pastinya sangat slack dan tiada exam mahupun assignment yang mencabar minda dan jiwa raga. pastu rotation ACC kat QE hospital plak. lagi la bermasalah. datang tute jek. jumpa patient pon jarang. isy2. pk2 balik macam menyesal yang amat tidak spent time bersungguh2 mengaji orthopedic aritu. walaupun tulang2 ni bukan line aku (jangan nak kaitkan aku ngan tulang2 ni! aku tau da azmi sure senyum baca ni) tapi patutnya kene gak sungguh2. lagi2 la nak balik mesia nanti kes patah macam sehari sepuluh case (sebab hobi sebahagian masyarakat malaysia ialah mengaccidentkan diri) lagi2 plak rotation ni pon xde exam or osce. so menjulang tinggila semangat malas aku.

pastu cuti plak tiga minggu..

kekadang rasa bersalah bila tengok orang study. teringat aku satu ayat dalam surah An Naba' dan surah almu'minun.

"Sesungguhnya mereka itu dahulu tidak berharap kepada hari pembalasan" 78:24
dan
"Apakah kamu mengangka bahawa kamu hanya diciptakan bermain-main dan kamu tidak akan dikembalikan?" 23:115

Adeih..
rasa terpukul diri sendiri. tak nak jadi orang yang rasa cam student ni xde hari pembalasan (hari exam dunia) dan tak nak juga jadi orang yang menyangka jadi student ni relax2 jek. xde exam. hurm. sebab itu aku selalu bimbang dengan ujian senang camni. kalau susah, iA bley pulun lagi. dulu masa wat psych hari2 kul 8 kuar rumah, 6 balik rumah..still bley survive. bley wat keje extra lg. ni skrg free yg amat. kekadang nak buka mata pon terasa sangat mencabar. (bukan ejek muslim).

maka, aku yang insaf ni pon mulalah membelek2 buku semula sejak dua menjak ni. mempolish semula ilmu-ilmu medic yang telah menyusut dengan chronicnya.

oklah. yang nak exam tu, kita pakat doa ramai2. yang xde exam cam aku ni, pakat gak doa agar x futhur...

14 June 2007

tribute untuk mereka yang akan exam

sekadar sebuah peringatan yang sedikit. buat diri sendiri terutamanya dan yang lain.

mereka yang tertutup hatinya dengan kekafiran akan memandang ilmu itu semata-mata dari sudut aqal dan jasad. bagi mereka penuhkan otak dan sihatkan tubuh. pasti boleh berjaya. tapi mereka sendiri gagal menemui jawapan mengapa ada yang masih gagal sedangkan aqal dah dipenuhi dan jasad telah disempurnakan. bagi mereka yang beriman dengan Ar Rahman dan yang ghaib. mereka ada jawapan yang menyempurnakan kekeliruan. iaitu hati. bagaimana aqal dan jasad, hati jua perlu persedian.

kerana.

"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya." (17:36)

"ketahuilah dalam badan itu ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah seluruh badannya, apabila ia rosak, rosaklah sekeliannya. ketahuilah itulah yang dikatakan hati. (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim dari Abu abdullah An Nu'man bin Basyir RA)


maka tepatlah apa yang dijawab oleh Waqiie, guru Imam Syafie apabila beliau mengadu tentang susahnya beliau dengan hafalannya. gurunya itu menjawab, "abandon rebellion, for knowledge is a light and the light of Allah is not bestowed upon a rebel." benar. maksiat itulah yang mengahalang ilmu. dan juga menghalang kejayaan. kerna itu pesan nabi. "sesorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya" (HR Imam Ahmad).

maka pesan yang sama saya khabarkan pada diri sendiri dan sahabat-sahabat yang lain. sediakanlah hati kita sebagaimana hati-hati mereka yang Allah menangkan dalam Badar, Khaibar, dan Mu'tah. sediakanlah hati kita sebagaimana mereka-meraka yang layak mendapat bantuan rabnya. mudah-mudahan dipermudah.

jangan lupa doa, usaha dan tawakal. setiap tindakan mu'min itu antara istikharah dan musabahah. maka sempurnakanlah keduanya. barulah sempurna.

All the best!

03 June 2007

ini entry neutral

bila ada yang mengajak ke jalanraya....terfikir semula. apakah betul?

sesungguhnya kedatangan nabi bukanlah dengan agenda sosial tapi agenda aqidah.

"Dialah yang mengutuskan rasulnya dengan membawa petunjuk
dan agama (deen) yang benar, Dia memenangkan deen itu diatas deen-deen yang lain,
walaupun orang-orang musyrik benci" 61:9

kesejahteraan sosial adalah buah zahir deen yang tercerna dari Aqidah yang sejahtera. kerana itu, sewaktu 13 tahun di Makkah, rasul tidak menyeru manusia meninggalkan amalan riba yang menindas orang miskin, atau diskriminasi terhadap golongan hamba dan perempuan. yang diseru cuma satu, iaitu manusia kembali kepada LAILAHA ILLALLAH.

dan kebangkitan sistem islam tidak mengambil pedang sebagai wasilah utama. tetapi kebangkitan islam seperti penerimaan islam di Madinah dan fathu Makkah adalah proses semulajadi yang terhasil apabila manusia telah akur pada fitrah mereka untuk menerima islam.

makanya. senjata pertama menewaskan kebobrokan suatu sistem bukahlah denganmenumbangkan sistem itu. tetapi menarik semula manusia yang menjuari sistem itu untuk kembali semula kepada fitrah iaitu Islam.

maksudnya: Abu Suffian, Amr al Asr dan Khalid al Walid tidak ditewaskan dengan pedang rasulullah. tetapi 'ditewaskan' dengan wahyu Ilahi.

sekadar memandang dari sudut yang berbeza. wallahua'lam

29 May 2007

terjatuh dan ketemu lagi?


terjatuh dan ketemu?

pernahkah engkau diberitakan tentang kisah sebuah cinta?
sudahkah engkau dikhabarkan tentang sahih sebuah berita?
telahkah engkau disampaikan tentang benarnya sebuah ceritera?

tentang adam dan hawa
tentang yusuf dan zulaikha
tentang ibrahim dan hajar
tentang Muhammad dan khadijah
tentang ibn talhah dan ummu sulaym

yang pada semua kisah itu
ada kisah yang sama
ada watak yang serupa
ada permulaan yang persis
ada pengakhiran yang seiras
yang satu
Yang Satu

Allahu Rabbi

kisah kasih yang menjadi saksi kebenaran iman mereka
khabarkan pada aku
agar belajar mencintai Allah
dengan taqwa dan redha

24 May 2007

untuk yang buat medic dan selainnya

history taking station in OSCE is not about having you to diagnose a patient that has come to you..but to show to examiner that you have these:
  1. ability to interact with patient confidently and safely.
  2. ability to show that you are able to address the main issue in the presentation.
  3. ability to show that you have a system in your history taking skills.
  4. ability to blend clinical knowledge and communication skills.
pesanan untuk diri sendiri dan semua budak2 muslim: Interview ngan patient boleh la kita goreng2 atau belajar2 goreng patient. Interview ngan malaikat munkar nankir nanti. agak2nya camna la. maka, marilah kita sama-sama perkukuhkan keupayaan kita menjawab persoalan di dalam kubur nanti.

pesanan ringkas hari ini. Saidina Ali mendefinasikan taqwa dengan empat perkara
  1. melakukan amal selaras dengan AlQuran.
  2. takut dengan dosa
  3. qana'ah
  4. ................................................
sila jawab. kepada siapa yang tahu. hadiah akan diberi kepada pemenang bertuah.

p/s pengumuman awam: saya bukan pelajar account 4th year JPA!