Showing posts with label kempen. Show all posts
Showing posts with label kempen. Show all posts

19 November 2007

Jemputan Rasmi

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh

jemputan rasmi ke Walimah tuan empunya blog fussilat,
Rozanizam Zakaria dengan Siti Nor Suzeana Mustfar

sila ke link berikut untuk detail majlis
walimatuna

doa anda, ucapan anda, kegembiraan anda, kehadiran anda segalanya kita tanggung bersama. Semuanya kami dahulukan dengan ucapan terima kasih
Semoga Allah Membalas Selayaknya.

Semua dijemput hadir
wassalam

Penghargaan
Jazakallah Khair kepada Akhi Faisal yang bertungkus lumus menyediakan website walimatuna dan akhi Khairi utk sumbangan gambar-gambar.

30 August 2007

memerdekakan kemerdekaan



Entah mengapa susah sangat jari-jari ini nak membait kata-kata melagukan bersama alunan irama merdeka. Bukan kerana tiada semangat menyanyi atau lagu yang tidak sepadan dengan selera sendiri. Cuma takut suara yang disumbangkan itu betul-betul sumbang. Tapi bila diyakinkan diri sendiri yang kalimah hak itu tidak akan sumbang, maka saya memilih untuk melagukan lagu merdeka ini dengan lirik yang dikias dari mereka yang hak, agar tenang jiwa seiring menutur lafaz bahasanya.

"terima kasih ............................ kerana memerdekakan kami."

persoalannya siapa yang harus saya isi pada ruang kosong itu?

Kata-kata ringkas Amirul Mu’minin Umar Al Khattab dalam kisah anak Amru Al Asr sudah cukup besar menggambarkan kemerdekaan dalam hakikat yang sebenar. Suatu hakikat yang telah membebaskan erti kemerdekaan itu sendiri dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat. Suatu hakikat yang menimbang kemerdekaan itu sendiri dengan sebuah neraca langit.

“ Bilakah anda (dibenarkan) memperhambakan orang lain padahal ibubapa mereka telah melahirkan mereka dalam keadaan merdeka?”.

Maka benarlah apa yang disebut oleh Ibnu ‘Arabi bila menjelaskan maksud kemerdekaan.

“Perhambaan yang jitu dan sebenarnya (ialah) perhambaan kepada Allah (semata-mata), iaitu apabila seseorang itu tidak menjadi hamba kepada selain Allah. Sebaliknya, menjadi hamba Allah yang menciptanya untuk tujuan penyembahan kepadaNya; di samping menyempurnakan tuntutan penciptaannya. Bak kata orang: hamba Allah yang terbaik ialah yang segera pulang ke hadhratNya. Dengan lain-lain perkataan, kembali kepada ubudiah yang ia dicipta untuk itu. Ini adalah kerana pada hakikatnya dia adalah makhluk yang dicipta dalam kaadaan memerlukan kepada segala sesuatu yang wujud (di alam ini)”.

Maka benarlah telahanku. Pejuang kemerdekaan terhebat, yang anamanya akan saya isi untuk ruang kosong diatas bukan nama-nama yang aku selalu dengar sebelum ini. Tapi pejuang kemerdekaan terhebat adalah seorang insan, yang mewaqafkan jiwa dan hartanya untuk memerdekakan dunia dan seisinya dari cengkaman kebatilan kepada lindungan rahmat Illahi, seorang insan yang sanggup berlapar, berpanas, di pulau, diherdik, dicerca dan dibaling batu... semata-mata ingin melihat jiwa ini bangga dengan kemerdekaannya.

Insan itulah yang engkau sebut-sebut dalam selawatmu.

Dialah Muhammad SAW.

Akhirnya aku faham mengapa Imam Hassan Al Banna menyimpulkan kata-kata indah ini bila manusia menempelaknya sebagai tidak patriotik.

Tetapi perbezaan di antara orang-orang Islam dengan orang-orang lain yang mendakwa pejuang tanahair ialah asas patriotis Islam ialah aqidah Islamiyah. Oleh itu maka pejuang Islam yang bekerja untuk sesebuah tanahair, berjuang pada jalannya dan mereka sanggup mati dalam jihad seperti itu adalah kerana negeri Mesir itu ialah termasuk ke dalam bumi Islam. Mereka kemudiannya tidak pula membataskan perasaan patriotis ini kepada negeri Mesir sahaja tetapi mereka merangkumkan juga setiap bumi Islam dan setiap tanahair orang-orang Islam. Adapun pencinta tanahair yang tidak bersifat Islam akan membataskan kecintaannya itu kepada bangsanya sahaja. Mereka pula biasanya hanya berjuang kerana ikut-ikutan, sukakan promosi, mencari kebanggaan atau kerana kepentingan-kepentingan yang tertentu. Mereka berjuang bukan menurut kewajipan yang Allah turunkan kepada hamba-hambanya.” (Wahai Pemuda)


Bagi saya mudah, buatlah apa pun dalam mendefinasi, mengisi atau merealisasi kemerdekaan itu. Tapi yakinlah dengan suatu hakikat. Iaitu hakikat yang di lafazkan oleh Saidina Umar, insan yang kenal benar dengan pejuang kemerdekaan terulung, sahabat dan kekasihnya Muhammad SAW.

“Kita ini suatu kaum yang dimuliakan kerana islam, sekiranya kita mencari kemuliaan dengan selain islam, nescaya kita akan dihinakan Allah.”

Kalau anda bersetuju bahawa bagindalah pejuang kemerdekaan yang terulung… khabarkan pada kami, bagaimana agaknya baginda mahu kita menyambut perjuangannya?

Buatmu Kekasih Allah..
Terima kasih kerana memerdekakan kami.

Untukmu Malaysia,
selamat berjuang, langkahmu masih panjang...

Salam merdeka, dari jiwa yang mencarinya

19 July 2007

Aktiviti Minggu Ini


Datang..jangan tak datang...

31 May 2007

akukah jua yang hilang?


Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

petikan dari web blog ustaz Fauzi Asmuni

12 May 2007

Kempen mari mengaji AlQuran

" Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada
orang-orang yang zalim selain kerugian". [17:82]

"Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi." (2:121)

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." (35:29)

saranan, harapan dan suruhan membaca itu bukan dtg dari aku, kita atau sesiapa..tp dtg dr Dia yang menurunkannya khusus untuk kau, aku dan semua kita. hargailah apa yang Dia anugerahkan untuk aku, kau dan kita..hargai betul2. sebab ia bukan sekadar dtg dengan pujukan dan saranan..tapi juga sekali dengan amaran.

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka Itulah orang-orang yang fasik. (59:19)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang Telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (32:22)

peringatan ini utk diri aku juga. utk kita. mari kita sama2 beramal. kerana amal itu indah.

'siapa yang membaca satu huruf al quran, maka ia berhak memperoleh kebaikan dan satu kebaikan diperbanyak menjadi sepuluh kebajikan, saya tidak mengatakan alif-lam-mim itu satu huruf tetapi alif itu satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf' (HR attirmizi) – 1 juz al quran menganduni 70000 huruf.

perjalanan panjang mencari cintanya perlukan bekal yang hebat dan sempurna. maka jadikanlah kalam tuhan, AlQuran sebagai bekal dan sesuatu yang paling dekat dalam hidup kita. jangan tinggalkan satu hari pon tanpa kita membuka lembar alQuran dan menghayati apa yang ingin Allah khabarkan pada kita hari ini. jangan jemu membaca. jangan bosan mendekati, jangan jenuh menghalusi. kerna ia wahyu dari penciptamu. yang mahal harganya.

doakan kita sama-sama istiqamah dalam beramal untuknya. apa yang dituntut dari manusia terlalu sedikit berbanding apa yang dikurniakan kepada kita.

jom baca!

14 October 2006

satu bulan satu entry: Pelancaran Kempen 1

cubaan kali kelapan untuk update entry yang dal lame xdiatas-tarikhkan (update). kalo terbaca entry ni maknanya da entry ni berjaya dipost la tu. kesibukan yang amat (di uni, di medan dan di dapur) plus skrg hujung poser dan demam pula adalah antara faktor2 yang menyumbang kepada kejatuhan bilangan entry per unit masa dalam blog ni. tp xper. entry saya di alam reality insyaAllah tak pernah padam.

semalam usha2 harakah. nampak satu gambar dan terus tersentuh gile2. tgk la sendiri kalo threshold sensitiviti kita sama insyaAllah akan nampak apa maksud saya.
anak-anak tahanan ISA yang berdemo kat masjid negara semalam.

kakak-kakak (atau may be kakak2 yg xde kaitan tp nk join gak) kpd anak-anak tahanan ISA

anak-anak kecil dan umi-umi mereka...hurm pilu.

terpulanglah menilai. kalau pon bapa-bapa mereka berasalah. tolonglah. tunjukkan bukti. apa agaknya mereka-mereka ni dpt dengan tgk anak-anak ni menderita camni? xyah pk soal apa ideologi politik atau agenda keselamatan yang kau ada. tgk je anak-anak ini. fitrah manusia yang normal akan tahu. mereka xpatut dibiar camni.

hujung puasa yang indah ni nak ajak kita berfikir diluar kepompong. kadang-kadang dilimpahkan dengan kesibukan uni, assignment, nk masak2 dsbgnya buat kita terperangkap dengan dunia kita sendiri. sampai luper dunia orang kt luar. kadang-kadang terfikir jua betapa berjayanya musuh-musuh Islam buat manusia jadi individualistik.

xtau. kadang2 tensen juga. rasa nak jek g sergah org2 yg bejat ni.
sempena hujung Ramadhan ini aku lancarkan

"KEMPEN MENINGKATKAN KESENSITIVITAN UMMAT"

"dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata, mengapa kamu menasihati kaum yang akan dibinasakan atau diazab Allah dengan azab yang SANGAT KERAS?
mereka menjawab, "AGAR KAMI MEMPUNYAI ALASAN (lepas tanggungjawab) kepada tuhanmu, dan agar mereka bertakwa."
Maka setelah mereka lupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, kami selamatkan orang-orang yang melarang orang yang berbuat jahat dan kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang KERAS, disebabkan mereka selalu berbuat fasik."
Al-a'raf:164-165

(untuk tadabbur ayat sila rujuk Zilal Ayat-Ayat Pilihan- Peristiwa hari Sabtu- Syed Qutb)