Seperti yang saya sebut dalam entry sebelum ini, MI (Motivational Interviewing) adalah teknik yang boleh diguna oleh sesiapa yang ingin menjadi agen perubahan kepada seseorang dalam bentuk membantunya secara kaunseling dan motivasi peribadi (one-to-tone, heart –to-heart).
Dalam kontek dakwah, da’ie selalu berdepan dengan mad’u yang masih teragak-agak dengan perubahan (ambivalent), walaupun bagi kita yang melihatnya dari luar merasakan perubahan tu mudah sahaj untuk dibuat. Bagi saya MI kena dengan konsep dakwah yang kita fahami, iaitu menerbitkan rasa perubahan itu secara tabi’e dalam diri mad’u tanpa meletakkan paksaan pada prinsip yang kita faham.
Secara teori, MI ada 4 principles (saya cuba terjemah kepada bahasa mudah)
1. Express empathy (melihat masalah dari perspektif mad’u, bukan kita. Dari situ cuba bina thiqqah untuk membuatkan mad’u percaya bahawa kita boleh terlibat sama dalam perubahan ini)
2. Support Self-efficacy (menanam harapan bahawa perubahan itu logic dan mampu dilakukan sendiri)
3. Roll with resistance (ni part yang paling susah nak translate, tapi secara esensinya, ini adalah fasa berhadapan dengan perasaan dan pemikiran mad’u yang rasa susah nak let go tabi’e lama dan hamper putus asa)
4. Develop discrepancy (fasa ni kesinambungan dari fasa 3 yang berfungsi menampakkan kepada mad’u sendiri tentang kesan cara fikir yang contradict di fasa 3.)Secara praktikal, saya akan kongsikan dengan konsep dan contoh. Cuma saya akan kongsikan secara tadarruj (berperingkat supaya kita faham sedikit demi sedikit).
Asking Permission
Rasional: Apa-apa perubahan secaranya prinsipnya melibatkan hidup seseorang. Maka da’ie jangan hanya bertindak dengan semangat tanpa mengambilkira autoriti dan batas-batas peribadi. Sebab itu apa-apa perubahan dakwah, mesti melalui fasa ukhuwah, thiqqah dan sebagainya. Sebelum kita berbicara tentang perubahan. Itulah yang membezakan dai’e dengan kaunselor dan motivator berbayar.
Rasional: seperti yang disentuh di atas, perubahan mesti tabi’e dan datang dari individu itu sendiri. Tak setiap hari orang bercakap tentang perubahan. Ada ketika-ketiak yang istimewa mad’u membuka cerita tentang perubahan. Contohnya tengah semangat selepas program atau usrah. Maka waktu ini adalah ketika-ketika yang paling baik untuk memulakan langkah. Cuma adakalanya kita sendiri perlu suntikkan beberapa idea untuk mereka fikir tentang perubahan. Yang penting, ia mesti tabi’e.
Contoh:
“apa yang kamu rasa perlu diubah dari sekarang?”
“apa yang buat kamu terfikir untuk berubah?”
“apa jadi kalau maintain macam ni?”
“apa yang kamu nak capai setahun dari sekarang?”
Dengan soalan-soalan seperti ini, instead of kita memberi sebab, kita meransang mereka memikirkan sendiri perubahan dalam konteks mereka sendiri.
Kalau sekiranya perubahan itu susah dan asing, fokuskan kepada apa yang kita boleh bantu dalam fasa ini (dan jangan focus kepada perubahan itu secara langsung).
“apa yang saya boleh tolong untuk waktu sekarang?”
“kalau kamu sendiri yang nak buat perubahan ini, apa yang kamu akan buat untuk hadapi cabaran yang ada?”
Juga boleh cuba kaedah provoke mereka dengan situasi extreme.
“kalau tak berubah juga, apa perkara paling teruk mungkin boleh berlaku?”
“apa perkara paling best yang kamu boleh fikirkan kalau kamu mampu buat perubahan ini?”
Juga boleh cuba dengan menggunakan konsep imaginasi/pandang kehadapan
"kalau perubahan ini berlaku, macam amna kamu rasa hidup kamu akan berubah?”
"Kamu nak hidup yang macam mana setahun dari sekarang?"
Reflective Listening
Konsep komunikasi ini mungkin agak asing dalam kaedah kita berbual dalam bahasa melayu, tapi sebenarnya ia adalah konsep yang sangat fundamental dalam komunkasi. Kita mungkin menganggap kaedah terbia kuntuk ‘basuh’ orang ialah dengan bercakap/berleter/bersyarah dan sebagainya. Namun sebenarnya lebih banyak ruang kita beri kepada mad’u untuk bercakap, lebih tabi’e dan kekal perubahan itu. Itulah perbezaan empower (memberdaya) dengan motivate(memotivasi). Seperti analogi ikan dan pancing yang kita selalu dengar.
Reflective listening ialah bila kita menggunakan idea yang diberikan oleh mad’u, melalui kata-kata mereka sendiri dan dilontarkan kembali kepada mad’u sebagai hipotesis, untuk kita pastikan apa yang kita dengar, sama dengan apa yang kita faham.
Saya berikan contoh dalam bahasa inggeris, untuk memudahkan kefahaman kita kepada konsep ini.
Contoh umum:
“it sounds like…”
“what I hear you saying…”
“so on the one hand it sounds like…but on the other hand…”
“it seems as if…”
“I get the sense that..”
“I get the feeling that there is a lot of pressure for you to change but…”
Semua ini diikuti dengan idea mad’u yang kita dapat dari apa yang dituturkan.
Dengan ini mad’u akan mendengar sendiri apa yang dia katakan dari luar. Ini menajdikan kita seolah-oleh cerminan kepada idea dia sendiri. Selain membantu membina kepercayaan, ia juga membuktikan kepada mad’u apa yang disebut itu mampu dilakukan-berfikir di luar kerangka sendiri.
Saya akan sambung pada entry seterusnya tentang konsep normalising, decisional balancing dan Columbo Approach.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment