29 October 2012

Tertekan?: Kalaulah Kita Burung Unta

Berhadapan dengan stress (tekanan) adalah fitrah manusia. Kehidupan yang datang dalam pelbagai bentuk, rupa, episod mewarnai kehidupan kita dengan pelbagai rupa. Cumanya, manusia normal tidak berhadapan dengan stress setiap hari. Kebanyakkan hari kita dipenuhi rutin dan babak-babak yang predictable. Mungkin sekali-sekala kita berhadapan dengan stress yang diduga atau tidak – contohnya sakit, masalah kewangan, konflik dengan orang, exam dan sebagainya.

 
Namun uniknya kehidupan saya, sebagai doktor yang bekerja dalam bidang psikiatri, rutin kehidupan saya adalah menghadapi manusia yang dalam keadaan stress. Dalam pelbagai bentuk, dari stress yang biasa sehinggalah ke tahap yang ekstrem sehingga hilang waras, bunuh diri dan sebagainya.
 
 
Apa yang menakjubkan bagi kita ialah setiap kali kita melihat manusia dalam keadaan tertekan, kita akan melihat pelbagai reaksi, walaupun tekanannya adakalanya serupa. Bila melihat orang gagal dalam exam misalnya, ada orang yang down, putus asa ada juga orang yang tak kisah, buat tak tahu, ada yang tertekan sampai hilang kawalan. Begitu juga dengan tekanan-tekanan lain seperti mendapat aknser, hilang duit, putus cinta, kematian dan sebagainya. Kita akan lihat pelbagai reaksi. Kenapa manusia respon dalam keadaan yang berbeza?
 
Respon Terhadap Stress
 
Secara mudahnya, stress ialah bila kita berada dalam keadaan yang secara normalnya kita tidak menginginkannya. Ia boleh jadi manusia, perasaan, benda, keadaan atau pun seseuatu yang mungkin tidak atau belum wujud (anticipation). Respon manusia terhadap stress ada 3 komponen utama:
 
1. Respon emosi (kadangkala bersekali dengan respon fizikal/somatic)
2. Coping strategy (kaedah praktikal mengatasinya)
3. Defense mechanism (respon secara tidak sedar yang datang bersekali dengan sifat peribadi kita/personality kita)
 
Respon Emosi : Ada yang menangis ada yang ketawa
 
Ada dua jenis respon yang biasanya manusia hadapi
  1. Anxiety (rasa cemas/cuak/serabut perut/tak tenteram) – simptomnya saya tidak ulas di sini seban saya yakin kita biasa dengar
  2. Depressed (rasa sedih, bersalah, kecewa, putus asa, lemah)
  3. Perasaan bercampur
Ada kalanya respon emosi inid atang sekali dengan tindak balas fizikal badan kita (somatic respon) – seperti – rasa nak pitam, cirit-birit, sesak nafas, kebas anggota badan, sakit perut dan sebagainya.
 
 Coping Strategies: Perempuan buka mulut, lelaki buka langkah
 
Ini merupakan kaedah praktikal yang biasanya kita susun untuk mengurangkan kesan tekanan tersebut, seterusnya mengawal aspek respon emosi kita terhadap keadaan.
 
 Terdapat dua jenis strategi:
  1. Problem-solving strategies – cari bantuan luar, bertanya pandangan, selesaikan masalah, berkonfrantasi dan sebagainya
  2. Emotion-reducing strategies - berkongsi dengan orang lain, melihat masalah dari sudut positif, mengelak dari bercerita tentang masalah.
Kebiasaanya anda akan melihat manusia menggunakan strategi yang berbeza berdasarkan peribadi, kesesuaian, dan sekeliling. Lelaki baisanya menggunakan strategi yang pertama sedangkan perempuan menggunakan strategi yang kedua.
 
Tidak semua keadaan strategi ini berhasil. Bergantung kepada keaadaan stress dan kemampuan manusia menggunapakai stategi tersebut secara berkesan.
 
Sigmund Freud
Defense Mechanism: Mengapa burung unta menyembunyikan kepalanya?
 
Bagi saya, inilah rahsia utama selain yang description di atas tetang mengapa manusia memberikan reaksi yang berbeza setiap kali dalam keadaan stress.
 
Defence mechanism ialah istilah psychology, yang di ambil dari teori antara pengasas psikologi barat – Sigmund Frued dan anak perempuannya Anna. Secara ringkasnya ia adalah sesuatu yang terbit dari naluri kita, secara spontan berdasarkan sifat peribadi kita, atau dalam bahasa mudahnya automatic response kita.
 
Menariknya, Imam Ghazali bila mana mendifinasikan akhlak, juga menggunakan kaedah yang sama untuk mengungkapnya – iaitu “sesuatu yang lahir secara spontan”.
Defence mechanism ini ada yang baik (mature) dan ada juga yang tidak baik (primitive) – bergantung kepada keadaan dan sifat kita.
 
Contoh DM
 
1. Denial – bila kita tertekan, kita buat-buat tak tahu/tak nak mengakui masalah, cuba mengalihkan isu kepada perkara yang tidak berkaitan
 
2. Displacement – mengalihkan kesalahan pada orang/objek lain untuk mengelakkan diri dari rasa terkait dengan masalah tersebut – contohnya seorang suami yang kematian isteri menyalahkan doctor menyebabkan kematian untuk mengelakkan rasa bersalahnya kerana gagal menjaga isterinya sewaktu hidupnya
 
3. Projection – mengandaikan perasaan/tindakan orang lain terhadapnya untuk menjustifikasi perasaan/tindakannya terhadap orang tersebut. Contohnya, cuba membuktikan bahawa orang yang dia dengki itu juga sebelum ini berperasaan sedemikian terhadapnya, maka sebab itulah dia layak bertindak demikian terhadap orang tersebut.
 
4. Regression – DM yang biasa wujud sewaktu kita kecil – bila kita dalam keadaan stress, kita mahukan belaian, pelukan, orang menenangkan – biasanya berlaku bila kita sakit – perangai dan keperluan kita adakalanya seperti kanak-kanak
 
5. Reaction formation – bila kita berbuat sesuatu yang kita berlawanan dengan pendirian kita – kerana sebenarnya ia adalah naluri yang sebenar tertanam disebalik pendirian kita – contoh yang biasa kita dengar ialah bila orang yang homophobia tetapi sebenarnya dia ada kecenderungan homoseksual.
 
6. Rationalisation – antara DM yang paling kerap berlaku – kita menjustifikasikan sesuatu supaya kita tidak rasa bersalah – seperti bila malas buat tugasan university – kita cuba yakinkan diri yang orang lain juga tak dapat buat sebab susah dan kita akan usaha lebih untuk tugasan akan dating.
 
7. Acting out – mengarahkan tekanan kita kepada orang lain – mengamuk, menyumpah dan marah-marah kepada orang lain walaupun yang tidak berkaitan dengan maslah kita.
 
8. Passive aggression – memberontak tapi bukan dalam direct kepada orang yang terbabit – contohnya protes dengan tak mahu buat tugasan yang diberikan, atau buat dalam keadaan yang teruk untuk memberi signal bahawa dia tidak suka.
 
Ada banyak lagi jenis DM yang wujud – yang kita dapat perhatikan dalam diri kita ataupun orang lain. Inilah rahsia keunikan fitrah manusia yang dicipta Allah. Psikologi barat mengungkapnya dengan sangat baik, cuma malangnya sesuatu tertinggal pada formula yang mereka temui. Inilah peranan agama yang bukan sahaja mengikitiraf, tetapi mendidik fitrah manusia.
 
Deskripsi di atas sekadar idea asas tentang kenapa manusia menunjukkan reaksi berbeza. Dalam kesempatan lain, saya kongsikan penawarnya.
 
 

No comments:

Post a Comment