Motivational Interviewing – kalau diterjemah secara langsung mungkin tidak berapa mencapai maksud. Namun secara ringkas, ia adalah teknik kauseling yang digunakan berdasar konsep psikologi klinikal yang diasaskan oleh 2 orang clinical psychologist – Prof Miller and Prof Rollnick dari Amerika. Ianya merupakan teknik berinteraksi dan dalam masa yang sama memotivasikan manusia secara tidak langsung melalui zatiyyah peribadi (tolakan dalaman individu tersebut). Biasanya digunapakai untuk memotivasi orang yang dalam fasa membuat perubahan.
Dalam kontek psikologi dan psikiatri, ianya biasanya digunakan untuk membantu (facilitate and engaging) individu yang terlibat dengan penagihan (addiction).
Saya yakin konsep yang sama boleh digunapakai, terutama untuk apra dai’e yang berhadapan dengan mad’u atau mutarabbi (anak didik) yang dalam fasa membuat perubahan dalam hidup tidak kira fasa meninggalkan jahiliyyah, fasa ingin komited dalam dakwah atau apa sahaja fasa dalam kehidupan yang memerlukan bimbingan kita.
Saya kongsikan secara ringkas dalam bentuk praktikal dan user-friendly. (Untuk lebih detail boleh rujuk sumber profesional).
5 strategi untuk gerakkan perubahan dalam diri manusia melalui perbincangan (bahasa selalu para du’at guna CurHat). Serta contoh soalan yang boleh digunakan (ubah ikut situasi dan keadaan pendengar).
1. Soalan evocative (tujuan untuk buka paradigma)
a. Kenapa rasa perlu ubah apa2? (bina kemahuan)
b. Agak-agak apa kena buat untuk dapat semua tu? (nampakkan kemampuan)
c. Cuba bagi tiga sebab kenapa betul-betul kena buat perubahan ni? (reasoning)
d. Mesti ke buat macam tu? (bina keperluan)
e. Jadi nak kena buat apa? (bina komitment9
*soalan-soalan ini sebenarnya meransang semua aspek perubahan manusia, secara psikologinya menjawab sendiri batasan-batasan yang selalu dating secara tidak sedar oleh minda manusia.
2. Soalan Elaboration (mulakan bila tema perubahan itu sudah mula mendominasi perbualan)
a. Macam mana?
b. Rasa boleh buat?
c. Apa perubahan yang kamu buat dulu, yang kamu rasa lebih kurang sama macam situasi sekarang?
d. Bila kali terakhir?
e. Cuba bagi contoh
*fungsi fasa ini adalah untuk meletakkan perubahan itu dalam kontek praktikal dan reality – supaya bukan bersifat philosophical.
3. Soalan tentang masa lepas/depan
a. Dulu macam mana?
b. Apa yang berbeza kali ini
*manusia cenderung mengaitkan pengalaman sebagai samaada positive reinforcement atau negative, jadi fasa ini untuk mengenalpasti tahap motivasi.
c. Macam mana kalau kamu tak buat apa-apa perubahan/ berserah?
d. Kalau perkara ni jadi 100%, apa akan berlaku?
e. Macam mana kamu bayangkan perubahan itu dalam masa setahun dari sekarang
*ransang minda untuk visualise perubahan
4. Soalan extremes (bukan melampau tapi polar perubahan)
a. Worst case scenario kalau perubahan ni tak berlaku
b. Best case scenario kalau perubahan berlaku
c. Scale yourself, 0 tak berubah langsung, 10 berjaya. Di mana sekarang?
d. How much do you want this?
e. Yakin tak boleh buat?
5. Kenal pasti motivasi
a. Nak apa sebenarnya dalam hidup ini?
b. Apa value yang paling penting dalam hidup?
c. Identify any conflict with value – contohnya, dia nak berubah kerana Allah selamatkan diri dari dosa dan azab, tapi kenapa masih rasa perubahan tu perkara remeh
d. Provokasi – “mungkin kamu rasa kalau tak berubah pun boleh selamat dari semua tu?”
*pada fasa ini penting untuk dai’e mengikat kembali semua jawapan diatas dengan prinsip sebenar perubahan iaitu kerana Allah.
Selalu kita borak-borak dengan mad'u dan adakalanya mencurah rasa hati tentang perubahan. Jadi daripada berbual kosong dan mengharapkan hidayah turun dicelah-celah perbualan, mungkin ada baiknya jika kita gunakan sesuatu yang mungkin membantu kita menjadi agen perubahan dengan lebih baik. Akhirnya ia sekadar usaha.
Next time insyaAllah saya kongsikan 5 principles MI.
p/s adaptasi dari http://www.psychologytools.org
No comments:
Post a Comment