FUGUE
“A condition in which an individual suddenly abandons a present activity or lifestyle and starts a new and different one for a period of time”
Bagi yang pernah terbaca perkongsian pengalaman saya sebelum ini di Wad Sakit Jiwa, hari ini saya nak ambil kesempatan menyambung perkongsian pengalaman, semenjak saya kembali ke medan yang menjadi kesukaan saya, psikiatri. Tapi kini bukan pengalaman di wad, kerana kerja saya sekarang di Komuniti bukan di Hospital.
Saya nak berkongsi sesuatu dari sudut pandang yang berbeza dari ilmu terapi jiwa. Istilahyang saya kongsikan di atas ialah suatu symptom cara fikir pesakit gila (schizophrenia).
(as you can appreciate I’m trying very hard to translate psychiatric term into bahasa mudah!)
Bagi yang pernah terbaca perkongsian pengalaman saya sebelum ini di Wad Sakit Jiwa, hari ini saya nak ambil kesempatan menyambung perkongsian pengalaman, semenjak saya kembali ke medan yang menjadi kesukaan saya, psikiatri. Tapi kini bukan pengalaman di wad, kerana kerja saya sekarang di Komuniti bukan di Hospital.
Saya nak berkongsi sesuatu dari sudut pandang yang berbeza dari ilmu terapi jiwa. Istilahyang saya kongsikan di atas ialah suatu symptom cara fikir pesakit gila (schizophrenia).
(as you can appreciate I’m trying very hard to translate psychiatric term into bahasa mudah!)
Macam-macam simptom psychosis yang ada, seperti yang selalu kita lihat, pesakit bercakap sorang-sorang, pesakit rasa dia Superman etc. tapi salah satu simptom yang adakalanya terjadi, walaupun jarang, ialah Fugue. Iaitu bila pesakit tiba-tiba menjadi orang lain buat seketika, dan ia dibuat dalam keadaan tidak sedar realiti.
Talk hari ini dari salah seorang senior psychiatrist, Dr Conrad Newman membuat saya terfikir sesuatu tentang ini. Dia bercerita tentang pengalamannya. Menjadi pakar sakit jiwa sekian lama, dah established, kaya dan terkenal. Ada satu ketika dalam kehidupannya dia terfikir yang dia sudah penat dengan kerjanya sebagai pakar sakit jiwa, “I need a break” maka dia ambil cuti beberapa tahun dan memulakan sesuatu yang baru dalam hidupnya, sesuatu yang dia minat – computer designing. Dia bekerja dengan dunia koprat beberapa tahun di US dan akhirnya come to the conclusion yang “grass is not always greener on the other side”. Akhirnya dia kembali ke alam psikiatri. Tapi yang menariknya, pengalaman dia “di luar” bidangnya seketika membuka paradigma dia tentang kerjayanya sekarang.
Itu yang saya fikirkan selama ini. Saya juga mahu anda berkongsi fikiran yang sama.
Kita ini manusia yang cepat bosan. Terperangkap dengan rutin yang membosankan, tetapi kita seolah-olah tidak ada daya untuk mengubah apa-apa.
Saya tidak maksudkan kita patut berhenti dari apa yang kita lakukan sekarang, semata-mat asebab kita bosan. Tetapi apa pun yang kita lakukan dalam hidup, kita perlukan suatu masa, kita melangkah keluar, cuba sesuatu yang berbeza, bukan untuk lari dari cabaran atau masalah. Tapi untuk membina paradigma baru tentang apa yang kita sedang lakukan sekarang. Seterusnya berusaha jadi individu baru yang lebih mantap!
Saya tidak maksudkan percutian.
Tapi kehidupan yang lain. Seketika, untuk kita berfikir.
Contohnya.
Seorang usahawan yang kaya, berhenti sebentar dari kerjayanya, ambil keputusan untukduduk di kampong salah seorang pekerjanya, jadi nelayan. Seminggu, sebulan atau setahun. Kemudian kembali ke kerjayanya semula
Dapat anda bayangkan usahawan macam mana dia selepas itu?
Cuba bayangkan anda pula. Apa yang anda boleh lakukan untuk ini?
Saya sendiri ada impian untuk duduk bersama penagih dadah, pesakit HIV, di lorong-lorong kecil..melihat kehidupan dari perspektif berbeza, dan mencari ruang saya mampu menyumbang lebih kepada dunia ini sebagai HambaNya, sebagai KhalifahNya. Jadi suami, anak, bapa, doctor, kawan yang lebih hebat.
Itu misi saya. Anda? Bersedia dengan Fugue versi anda sendiri?
saya datang nak pinjam artikel ini utk website pembina RCMP.. :).
ReplyDeleteSyeikh, pekabar..? Rindu kat nta (dan Nasihah, of course..)