Kita tangguhkan dulu misi bait muslim kita, kerana kini ini nak saya sambung semula misi yang tertangguh sebelum ini, tentang pencarian misi itu sendiri.
Saya yakin telah berlegar dalam fikiran kita sekarang, tentang misi-misi yang telah ada dalam hidup. Bukan kita semua tak ada misi, bukan kita tidak pernah ada misi tapi masalah kita ialah kita tidak mengagendakan misi ini dalam kehidupan, akhirnya bila misi ini gagal, kita berserah terus berlalu dan tiba masanya, kita mulakan misi baru. Habis misi PMR, mula misi SPM, habis misi nak Fly, mula mula misi nak kerja, dah kerja….
Kita cerita dulu kebanyakkan misi gagal?
Saya ambil contoh, ada seseorang bermisi untuk kurangkan berat badan. Seperti yang semua orang jangka, dan dia sendiri jangka, selepas beberapa ketika, misinya gagal. Berat badan masih tak turun-turun.
Next question kita, kenapa misinya gagal?
Pasti kita akan jawab – tak ada kesungguhan, pengaruh kawan-kawan, pengaruh makanan yang mengghairahkan dan sebagainya. bagi saya, jawapan paling tepat kenapa misi ini gagal bukan kerana yang disebut tadi, itu semua alasan sampingan,tetapi alasan yang paling tepat menghurai sebab kegagalan tersebut ialah kerana kegagalan memilih misi yang tepat.
Ye, salah pilih misi.
Bukan maksudnya insan tadi perlu memlilih misi lain. Tapi ada kekurangan pada misi tersebut.
Bagi saya syarat pertama untuk mana-mana misi Berjaya ada dua;
1. Mesti itu perlu SMART
2. Misi itu mesti sempurna
Kita hurai satu-satu.
Maksud misi SMART ialah, misi itu perlu
S – specific, M – measurable, A- attainable, R – relevant, T –time-bound
Dalam erti kata lain, mesti spesifik, boleh diukur secara objektif, boleh dicapai secara realistik, relevan terhadap kehidupan kita sekarang, dan di capai dalam masa yang tertentu.
Maka misi yang tak smart ialah misi “aku nak kuruslah!”
Misi yang SMART ialah
Sebab berat badan yang dah start naik dan stamina yang semakin berkurang, aku nak turunkan berat badan 10kg dalam masa 2 bulan dengan cara exercise 20 min sehari.
Ini baru misi yang smart, dan kalau kita gagal juga dengan misi ini, kita tahu secara jelas, di mana salah kita. 10? 2? Atau 20? Kerana kita tahu apa yang kita nak ukurkan.
Maka sebelum misi kita bermula, atau sebelum misi kita gagal, ada baiknya kita perbetul dahulu misi kita. Maka misi yang tidak smart ialah “aku nak jadi engineer”
Misi yang smart mungkin sebegini,
“Aku nak jadi chief engineer di Petronas, dalam masa 10 tahun, dengan gaji paling kurang 15,000 sebulan, ambil pengalaman sebanyak-banyaknya dan establish diri, sebelum umur 40 nak guna pengalaman bekerja dengan petronas untuk establish engineering consultancy sendiri dengan nama XYZ Consultancy co.”
Dan tetap dengan misi itu sebagai seorang hero, walaupun hari ini anda baru mula sem 1 engineering!
Sekarang susun misi anda sendiri, dan berbangga dengannya, kerana anda ada sesuatu yang nak dicapai dalam hidup berbanding orang lain.
Akan datang: Misi yang sempurna.
mantap la akh..insyaAllah diri ini bakal menjadi HERO yg nta Cari :)
ReplyDeleteinsyallah...
ReplyDeleteMaka misi yang tak smart ialah misi “aku nak kuruslah!”
ReplyDeletememang xsmart sbb Nizam memang dah kurus. :D