Berpeluang berkongsi beberapa perkara tentang perkahwinan dalam satu program baru-baru ini. Bila di tanya, semuanya tidak mengaku akan berkahwin dalam masa terdekat. Namun topik yang diberikan untuk dikongsikan adalah tentang persedian perkahwinan, kriteria memilih calon, berkahwin awal dan sebagainya. Sungguh ironi.
Tapi melihat adik-adik dihadapan mata, bercakap di hadapan sebagai seorang yang sudah berumah tangga, dalam hati ini terasa sepeti ada satu tembok besar yang menghalang. Terasa seolah, sekuat mana berbicara, setegas mana berhujah, selagi ada tembok besar ini, apa pun yang dilaungkan tidak akan sampai ke hujung sebelah sana.
Saya dulu pun begitu. Perkahwinan ini terasa sangat asing. Sangat jauh dari kamus hidup. Bila murabbi mendekati, nak berbiara tentang bait muslim, pasti akan mencari seribu helah mengelak. Alasan tipikal..’banyak kerja lagi xsettle’..’anak2 usrah pun xsettle lagi..”..”takdenya mak nak bagi..”.. walaupun jauh disudut hati tahu. Semua itu hanya alasan. Alasan paling jujur..memang belum nak berkahwin lagi. Kenapa? Tiada alasan.
Namun terus terang, hati ini berubah untuk mula berfikir tentang perkahwinan dan bersedia untuk berkahwin bukan kerana di ‘basuh’ murabbi, atau terkesan dengan ceramah-ceramah tentang rumahtangga. Tapi hati ini berubah, bila Allah tiba-tiba membuka hati, untuk berfikir tentang kahwin.
Mungkin itulah tembok besar yang menghalang. Iaitu bilamana hati ini dilindungi Allah dari melihat keindahan dan kesempurnaan disebalik tawaran Allah dengan ganjaran kebaikan perkahwinan.
Bila hati terbuka (tembok besar hilang), segalanya jadi mudah, berfikir, merancang, berbincang dan membuat keputusan. Bahkan urusan rezeki pun dipermudahkan Allah dengan tidak semena-mena.
Maka untuk adik-adik yang masih mencari jalan menemui persimpangan besar dalam kehidupan. Carilah kunci untuk membuka tembok besar ini. Kerana selagi ia masih di situ, selagi itu, kita akan memandang remeh hal besar ini.
Kita sudah dewasa, jangan biarkan usia, tahun study, kawan-kawan, movie, FB, game terus menipu kita dengan mengatakan “kau masih budak-budak lagi” “janganlah poyo sangat nak berpura-pura matang”.
Berjiwa besarlah. Kerana ummah ini memerlukan insan yang berjiwa besar.
Ingat, saya tidak maksudkan semua orang kena berkahwin awal, tapi semua orang perlu bersedia awal, dan berkahwin seawal mungkin bila sudah mampu. Ada bezanya..

bile nizam nk update ni?
ReplyDelete