Saya akan ambil kesempatan awal ini untuk menceritakan apa yang ingin saya capai atau bahasa yang sepatutnya dibaca, yang kita ingin capai. Jadi untuk setiap entry saya selepas ini, pastikan anda memahami misi saya pada entry tersebut, ubahnya jadi misi anda, dan teruskan membaca dan memahami sehingga anda menemui misinya.Berhenti membaca, kalau sekiranya anda rasa tiada yang anda perolehi daripadanya. Kerana sekiranya itu berlaku, maknanya misi saya gagal!
(Program From Zero to Hero, ISMA NSW 2009)
Saya pernah kongsikan sebelum ini, dalam entry saya, dalam program-program, siri-siri talk Kembara Ilmu, Program From Zero to Hero dan Autumn Gathering tentang “misi”. Jadi misi saya untuk entry kali ini mudah, iaitu
1. Berkongsi dengan anda bagaimana misi saya ini bermula,2. Kenapa anda juga perlu bermula.
Kalau saya kongsikan cerita tentang hero-hero hebat atas muka bumi ini, anda mungkin akan rasakan anda dah biasa dengar atau boleh baca di tempat lain, jadi saya nak kongsikan cerita tentang hero saya, tentang insan yang saya panggil Mak dan Ayah. Memang anda tak boleh dapat tempat lain, sebab Mak dan Ayah saya memang tak cerita pada sesiapa, apatah lagi nak tulis entry dalam blog mereka.
Kedua mereka ditakdirkan lahir dalam keluarga susah. Mak bersekolah sampai darjah tiga, dan ayah sampai darjah enam. Mak dari keluarga susah, kena berhenti belajar sebab nak tolong Wan dan Atuk supaya adik-adik boleh hidup. Ayah anak yatim, seusia dua tahun lagi, maka tak banyak yang boleh dicita-citakan.
Umur mereka 18 tahun mereka berkahwin, waktu tu dua-dua bekerja pecah batu untuk buat jalan di Estet Beruntung, Negeri Sembilan.Ya, kerja pecah batu. Semuda itu, mereka beroleh cahaya mata kembar, Along dan Angah. Susahnya hidup bukan lagi sesuatu yang pelik. Sampai hari ini, setiap kali menceritakan pengalaman menghantar anak untuk dijaga di rumah orang, dengan hanya berbekalkan nasi sejuk dan santan yang diperah, setiap kali itulah air matanya akan menitis.
Tapi dalam kesusahan itu, dia punya misi, susah macam mana pun mereka, mereka tak nak anak- anak mereka susah! Maka berbekalkan misi itu, mereka melangkah selangkah demi selangkah dalam kehidupannya berbekalkan misi itu.Mendaftar di Felda Palong Dua, menebas hutan untuk membuka lading getah, bangun segelap-gelap hari menorah, semuanya dengan misi ini.
Tapi mereka tahu, ini bukan jalan untuk capai misi ini.Maka mereka mula meniaga, dari menjual jagung bakar di pasar malam, menjual baju terpakai, sampailah membuka kedai runcit di halaman rumah. Hari pertama kedai runcitnya, kutipan tunai hanya tiga ringgit! Tapi hari ini mereka boleh tersenyum dengan titik peluh mereka, Salmiza Mini Market, dengan keuntungan bersih sehari boleh mececah 3000 ringgit.
Kisah ringkat ini mungkin hanya sekadar dua, tiga perenggan dari entry ini, tetapi bagi Mak dan Ayah, itulah episod besar dalam kehidupan mereka, yang bukan sekadar bernilai 3000 sehari tetapi harganya tiada dalam kamus kehidupan orang lain.
Kisah kehidupan mereka ini, mengajar saya beberapa perkara
- Untuk mempunyai misi, anda tak perlu jadi bijak pandai. Kerana bukan semua orang yang tidak bijak tidak punya misi, dan bukan semua orang bijak punya misi.
- Hidup ini hanya ada nilai, bila kita ada misi
- Bila kita misi, baru kita ada istilah “what’s next” dalam kehidupan
- Bila kita ada misi, bukan kita sahaja yang akan dapat hasilnya, tapi orang lain juga akan dapat.
Anda mungkin tidak cukup inspired dengan cerita Mak dan Ayah saya, tapi itu bukan misi saya, misi saya ialah nak anda bermula. Jadi bagaimana nak bermula?
Point saya yang paling penting ialah faham nilai misi dalam hidup anda. Hidup saya, sekurang-kurangnya sepanjang 20 tahun yang lalu, bermakna kerana misi orang lain. Jadi, saya mungkin boleh katakana 20 tahun yang lepas, saya tidak punya misi yang jelas, tetapi hidup saya masih ok. Jawapan yang saya perlu beritahu diri saya ialah
Hidup saya ok bukan kerana saya tidak punya misi, tetapi kerana orang lain ada misi, dan hasil misi itu melimpah kepada saya.
Jadi apa yang saya nak banggakan dengan 20 tahun hidup yang lepas?
Sekarang saya mahu anda berhenti seketika di sini, fikirkan, siapa hero dalam hidup anda yang punya misi, dan akhirnya hidup anda berubah kerana misi tersebut.Mungkin ibu bapa anda, mungkin guru, mungkin kawan, mungkin sesiapa pun. Bayangkan apa pun kehebatan yang anda dapat dari misi orang-orang ini. Pegang kalau ia barang, kenang kalau ia cerita, rasakan dengan apa cara sekalipun. Sekarang fikirkan seolan ini
- Apa jadi kalau mereka ini tidak ada misi?
- Sampai bila kita hendak hidup bergantung kepada misi orang lain?
Jawapannya cuma satu, tiada pilihan lain melainkan kita mesti mempunyai misi. Kalau dalam kepala anda sekarang terbayang misi dan cita-cita anda setahun, sepuluh, dupuluh tahun lagi, maka Alhamdulillah, misi saya tercapai.
jzkr akhi..:)
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletebos, minta guna kan artikel utk website PEMBINA RCMP.
-budak comel, phase 3A, MBBS RCMP UniKL-