03 May 2011

Misi Mencari Misi (bahagian ke-2)

SIAPA KATA SAYA TIADA MISI?

“Siapa kata aku takde misi?” “Dah grad nanti nak jadi apa?” Sudah tentu dengan yakin menjawab, nak jadi engineer, kan tengah pulun study chemical engineering ni!”

Engineer itu bukan misi, tapi cita-cita!

Misi saya bukan nak anda ada cita-cita, itu mungkin sesuatu yang anda dah sebut sejak darjah tiga lagi. Cita-cita Mak dan Ayah saya mungkin nak jadi peniaga, tetapi cita-cita itu tak ubah hidup kami, yang ubah hidup kami adalah misinya. Misi saya kali ini, nak anda ada tahu yang cita-cita anda sekarang bukan misi, tetapi adalah preference anda setakat ini.

Sewaktu saya turut serta dalam satu Konvensyen di Melbourne pada tahun 2008, salah seorang speakernya adalah seorang businessman, jutawan paling muda di Australia, menjadi CEO sewaktu berusia 23 tahun, lupa namanya. Tapi dalam ceramahnya, dia mengajar saya satu perkara tentang “the most misunderstood word in English” iaitu decide. Ramai orang rasa mereka telah decide banyak perkara dalam hidup, dah sebut banyak buat keputusan. Tapi hasil daripada decision itu masih tak dapat.Kenapa? Jawapannya ialah kerana kita sebenarnya bukan decide sesuatu, tetapi sebaliknya hanya bagitahu apa yang kita nak.

“decision making is not about stating your preference,

but it’s about commiting yourself to what you’ve chosen”

Itu yang saya faham. Kalau kita tanya seribu orang, antara berjaya dan gagal, mana yang kita mahukan? Nescaya seribu satu orang akan jawab nak Berjaya. yang tambah seorang itu ialah yang tanya, saya sendiri. Tapi setahun, lima tahun down the tract, kenapa kita akan dapati tak semua dari seribu satu orang ni Berjaya? padahal dah sama-sama decide untuk Berjaya?

Jawapannya ialah kerana seribu satu orang tadi bukan membuat pilihan dalam hidup, tetapi menyatakan secara lisan, “saya lebih suka pilihan untuk berjaya dari pilihan untuk gagal”.

Jadi jika dalam entry lepas anda rasa anda telah decide untuk ada misi, fikirkan semula. Yang mana satu sebenarnya anda sedang buat?

Betul nak jadi engineer?Ia cita-cita, misi atau preference kita?

Misi Mak dan Ayah saya bermula, ialah bila mereka tekad untuk memastikan episod bagi anak makan nasi sejuk dan santan itu tidak berulang, bila gagahkan diri memecah batu untuk mencari rezeki sebagai permulaan fasa seterusnya dalam hidup, bila dia berpanas menjual jagung, bila dia bersengkang mata berjalan sampai ke Singapura mencari stock barang untuk dijual di kedai baju mereka, bila mereka bertahan sampai bermalam melayan pelanggan di kedai runcit mereka, bila mereka bertahan walaupun rugi ditipu pelanggan, walaupun rugi bila kedai di rompak pencuri. Setiap saat itulah agenda-agenda dalam misinya.

Jadi, kalau anda rasa jadi engineer, accountant, doctor, lawyer itu misi, fikirkan semula. Adakah akan berubah hidup sesiapa dengan misi anda itu? Adakah akan berubah kehidupan anda, sekadar dengan menyatakan anda nak jadi seorang engineer?

Kalau ya macam mana?apa kaedahnya? Apa buktinya? Nah, sekarang anda berfikir! Itu tandanya misi anda untuk mencari misi sedang bermula.Apa yang anda fikir itulah benih-benih misi anda. Ya, baru benih!

Jadi, misi kita masih panjang, tapi mari “decide” untuk kita bermula.

No comments:

Post a Comment