30 April 2011

Fussilat dengan Misi Baru

Setelah lebih setahun menyepi, setelah ramai yang sudah putus asa untuk menggalakkan saya mengemas kini blog dan setelah banyak yang putus harapan untuk membuka link ke blog ini, akhirnya blog Fussilat ini kembali di ‘update’.

Bukan sekali dua terasa dalam hati untuk kembali menulis, bukan sekali dua draft entry mula di taip, kemudian di delete dan diabaikan. Dalam erti kata lain, niat itu ada, cuma tak pernah Berjaya nak di terjemah jadi tindakan.

Maaf atas kelemahan.Tapi kita lupakan sebentar kekhilafan saya, kita teruskan dengan agenda baru, untuk sama-sama kita melayari blog ini dengan ungkapan yang selalu saya sebut sebelum ini, berkongsi cinta dan cita-cita.


Untuk buat saya rasa kurang bersalah, kita anggap bersama, setahun penyepian blog Fussilat ini sebagai tempoh masa pengembaraan saya untuk mencari jiwa baru bagi blog ini.Hari demi hari yang berlalu, kehidupan yang makin mencabar, program demi program, permusafiran demi permusafiran segalanya bukan setahun yang biasa, tetapi setahun yang penuh makna.Sukar untuk diungkap dengan perkataan tetapi cukup saya simpulkan, saya kembali dengan cita-cita baru, bukan sekadar baru tetapi besar dan penuh makna.Hari ini saya bukan sekadar kembali menulis, tetapi kembali untuk mengarang jiwa, merencana cita-cita dan mengubah kehidupan.Segalanya dengan dasar untuk berkongsi, ya, berkongsi cinta dan cita-cita saya.


Saya telah banyak membazirkan masa hidup tanpa misi dan impian.Bila saya punya misi, baru saya rasa hidup ini ada nilai dan makna.Sekarang saya mahu melangkah ke satu tangga lagi dalam kehidupan.Iaitu bukan sekadar punya misi sendiri, tetapi mahu melihat semua orang, terutama yang sedang membaca ini mengubah kehidupannya dengan misi yang hebat dalam hidup.

Jom kita berkingsi semangat ini, kita mulakan dayung an perjalanan kita segera. Sehingga ke saat ini, point pertama kita, kita telahpun ada misi, misi mencari misi!

No comments:

Post a Comment