31 May 2007

akukah jua yang hilang?


Setiap hari bingkisan dari syurga tiba
Mengulangi tentang rindunya pada kuntuman rijal
Mengapa kuntum mekar tidak lagi menghiasi taman?
Di dunia kelopak demi kelopak layu berguguran
Dimamah deretan anai-anai tribulasi zaman
Setiap dekad belum lagi menjadi piala perjuangan
Sebaliknya menjadi takungan air mata
Yang mengalir di pipi perlahan melihat satu demi satu
Bolos pada jaring-jaring robek dimakan tikus

Lukah yang ditanam selama ini tidak lagi seperti semalam
Jerat yang dipasang juga tidak bingkas
Setiap kali pulang hanya diburu kesepian
Di tengah hiruk pikuk mertua dan anak-anak

Dunia semakin tenat
Tetapi sepatu rijal belum lagi kedengaran
Pulang membawa pesanan yang dikirim
Umat masih tertinggung di tangga
Dengan dua tangan bertupang dagu
Mengintai andainya kelihatan
Langkah pulang seorang rijal

Taman syurga semakin riuh dengan bisikan malaikat
Bisikan ingin tahu yang sungguh-sungguh
Siapakah tetamu syurga esok hari
Kerana hari ini dunia mengiklankan kehilangannya
Di sana-sini pada dinding dan tembok tembok
Terpampang pemidang jelas
Bagi siapa yang melintasi dan menatapinya

‘RIJAL TELAH HILANG’

petikan dari web blog ustaz Fauzi Asmuni

30 May 2007

walau karihal kafiruun

Keputusan majoriti hakim 2:1 tolak permohonan Lina Joy
Harakahdaily
Wed | May 30, 07 | 11:44:11 AM

PUTRAJAYA, 30 Mei (Hrkh) - TERKINI: Akhirnya, keputusan majoriti hakim 2:1 menolak permohonan Azlina Jailani untuk membuang status agamanya daripada kad pengenalan beliau.

Ketua Hakim Negara, Fairuz Sheikh Abdul Halim bersama seorang lagi hakim Alauddin Mohd Sheriff menolak manakala seorang lagi hakim, Richard Malanjun membenarkan permohonan tersebut

29 May 2007

terjatuh dan ketemu lagi?


terjatuh dan ketemu?

pernahkah engkau diberitakan tentang kisah sebuah cinta?
sudahkah engkau dikhabarkan tentang sahih sebuah berita?
telahkah engkau disampaikan tentang benarnya sebuah ceritera?

tentang adam dan hawa
tentang yusuf dan zulaikha
tentang ibrahim dan hajar
tentang Muhammad dan khadijah
tentang ibn talhah dan ummu sulaym

yang pada semua kisah itu
ada kisah yang sama
ada watak yang serupa
ada permulaan yang persis
ada pengakhiran yang seiras
yang satu
Yang Satu

Allahu Rabbi

kisah kasih yang menjadi saksi kebenaran iman mereka
khabarkan pada aku
agar belajar mencintai Allah
dengan taqwa dan redha

Kes Lina Joy rabu ini!

Kes Lina Joy: Umat Islam digesa doakan kemenangan Islam

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) – Semua umat Islam dalam dan luar negara diminta melakukan solat hajat pada malam ini untuk memohon doa kepada Allah SWT supaya memberi kemenangan kepada Islam berhubung kes Lina Joy yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, esok.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Noor berkata, umat Islam juga diminta supaya datang beramai-ramai ke mahkamah berkenaan pagi esok untuk memberi sokongan kepada Islam.

“Kesan kes Lina Joy amat besar bahkan beliau didokong oleh empat belas peguam. Oleh itu kita minta umat Islam mendoakan kemenangan kepada Islam,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pada 30 Mei ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan Lina Joy, atau nama asalnya Azlina Jalani, 42, seorang wanita Melayu yang mengaku murtad sejak 1998 untuk menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Sementara itu, Ustaz Ridzuan berkata, mereka berharap kes tersebut tidak memihak kepada kegiatan dan tindakan menentang Islam dan memudahkan murtad di negara ini.

“Sebab implikasi keputusan itu akan menyebabkan semakin ramai yang ghairah untuk murtad.

“Contohnya di Sabah dan Sarawak sekarang ini saya difahamkan ramai yang murtad, maknanya murtad menjadi satu fenomena di negara kita,” dakwanya.

Menurut beliau, Forkad berasa kecewa dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat bersifat apologetik dengan gerakan mempromosi murtad di negara ini.

Tambahan pula dakwanya, isu murtad di negara ini juga diketahui dunia.

“Kita harap sangat kerajaan menentang wabak murtad dan gerakan mempromosi murtad demi kesejahteraan umat dan agama Islam,” katanya lagi

artikel asal oleh Roy Rasul

Soalan Lazim Ditanya Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Apa sebenarnya kes tersebut?

Azlina Jailani (42 tahun) berdaftar sebagai Lina Joy. Berbangsa Melayu berketurunan Jawa.

Beliau dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis. Beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang Kristian berbangsa India dan memohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.
Permohonan beliau sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada pengesahan Mahkamah Syariah. Mulanya beliau memohon di Mahkamah Tinggi satu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam. Permohonan ini ditolak atas dasar mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk tidak menyatakan agama dalamkad pengenalan. Setelah permohonan ini ditolak beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan. Dalam kes ini, buat kali pertama Mahkamah telah membenarkan peguam pemerhati mewakili pelbagai pertubuhan berhujah. Kes inijuga mendapat perhatian pelbagai badan bukan Islam dan kedutaan asing. Siri kempen peringkatantarabangsa juga telah dilancarkan. Apa isu yang timbul dalam kes ini:􀁺 Sama ada seseorang Islam itu berhakmenggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan dan kemudian membolehkannya menukar agama.

Sama ada kebebasan beragama mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain. Apakah kesan kes ini sekiranya permohonan Azlina Jailani berjaya?
  1. Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermakna kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh Perlembagaan.
  2. Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.
  3. Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
  4. Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu -Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.
  5. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan MajlisAgama Islam Negeri-negeri.
  6. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
  7. Orang Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya
maklumat penuh berhubung kes ini sila klik

27 May 2007

pilihanraya atau jalan raya

sekarang
gaji pekerja kerajaan naik 7-35%
pencen bekas kakitangan kerajaan naik
elaun insentif guru 2007

lepas ni
elaun pelajar Adelaide naik kadar A (amin...insyaAllah)
kadar cukai turun dalam belanjawan 2008
duit minyak turun semula
tariff elektrik turun semula
upacara gilang gemilang 50-tahun merdeka.

Kongres Nasional dan Pemilihan parti keadilan rakyat 25-27 may 2007
Muktamar dan pemilihan parti islam se-Malaysia (PAS) 1-3 jun 2007


adakah pilihanraya dalam masa terdekat?

24 May 2007

untuk yang buat medic dan selainnya

history taking station in OSCE is not about having you to diagnose a patient that has come to you..but to show to examiner that you have these:
  1. ability to interact with patient confidently and safely.
  2. ability to show that you are able to address the main issue in the presentation.
  3. ability to show that you have a system in your history taking skills.
  4. ability to blend clinical knowledge and communication skills.
pesanan untuk diri sendiri dan semua budak2 muslim: Interview ngan patient boleh la kita goreng2 atau belajar2 goreng patient. Interview ngan malaikat munkar nankir nanti. agak2nya camna la. maka, marilah kita sama-sama perkukuhkan keupayaan kita menjawab persoalan di dalam kubur nanti.

pesanan ringkas hari ini. Saidina Ali mendefinasikan taqwa dengan empat perkara
  1. melakukan amal selaras dengan AlQuran.
  2. takut dengan dosa
  3. qana'ah
  4. ................................................
sila jawab. kepada siapa yang tahu. hadiah akan diberi kepada pemenang bertuah.

p/s pengumuman awam: saya bukan pelajar account 4th year JPA!

Apa Masalah Dia ni?

Bung Moktar cabar Kit Siang bertanding di Kinabatangan

KOTA KINABALU 23 Mei –Bung Moktar cabar Kit Siang bertanding di KinabatanganKOTA KINABALU 23 Mei – Bosan dengan sikap DAP yang masih tidak puas hati dengan permohonan maaf isu ‘bocor’, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mencabar Lim Kit Siang bertanding di kawasannya pada pilihan raya akan datang.

Pada masa sama, Bung Moktar turut menawarkan kepada Kit Siang yang juga Penasihat DAP sebanyak 1,000 undi secara percuma jika beliau sanggup menerima tawaran tersebut.

‘‘Kamu (wartawan) tulis, jika dia (Kit Siang) berani, turun (bertanding) di Kinabatangan,” katanya.

Bung Moktar diminta mengulas laporan akhbar berbahasa Cina yang memetik Kit Siang sebagai berkata, Bung bersama Ahli Parlimen Jasin, Datuk Mohd. Said Yusof perlu dikenakan tindakan digantung daripada Parlimen dan melakukan kerja-kerja sosial.

video klip perbahasan dan kontroversi 'bocor'

Pandainya Ahli Parlimen ni. cakap lucah kat orang lain. minta maaf kat orang lain. wat malu orang islam jek.

Pandainya Ahli Parlimen ni. sejak bila boleh main bagi-bagi undi sesuka hati dia. undi rakyat bukan macam duit syiling lebih boleh disedekah2kan.

Pandainya Ahli Parlimen ni. buatlah apa pun. sampai pilihanraya menang juga. rakyat tutup dua-dua belah mata.

Ulasan Roslan SMS tentang isu ini:

BOCOR: Kalau tidak menghina apa lagi?

Perangai ahli-ahli Parlimen BN terutama individu-individu tertentu ketika berbahas dan berhujah dalam Dewan Rakyat memang telah lama memalu dan memualkan seluruh negara. Ahli Parlimen Jasin dan Kinabatangan adalah dua wakil yang sememangnya sinonim dengan perangai badot dan hujah separuh tiang yang tidak layak bagi seorang yang menduduki dewan perundangan yang tertinggi dalam negara.

Dalam akhbar hari ini dimaklumkan bahawa kedua-dua mereka diarahkan oleh Kabinet agar memberikan penjelasan berkenaan isu BOCOR kepada Menteri pembangunan Wanita, Shahrizat Jalil.

Menurut UTUSAN MALAYSIA TPM Najib Tun Razak ketika diminta mengulas keputusan Kabinet ini berkata bahawa kedua-dua mereka sebenarnya tidak bertujuan menghina wanita ketika mengeluarkan perkataan tersebut. Kata Najib lagi mereka sebenarnya menyampuk ketika MARAH dengan ucapan YB Ahli Parlimen Batu Gajah Fong Po Kuan.

Saya rasa di sini semua pihak perlu berkata jujur, jangan SPIN dan menyelewengkan isu sebenar. Apakah yang dikatakan di Dewan oleh kedua badot ini?

"Jasin: Batu Gajah tiap-tiap bulan pun bocor juga

Kinabatangan (macam burung kakak tua mengulangi): Batu Gajah bulan-bulan pun bocor juga (dalam SLANG Sabah)"

Kata Najib mereka berdua marah, kalau ditonton video klip di atas kedua-dua mereka bukan dalam keadaan marah tetapi buat lawak, sambil gelak ketawa, mengeluarkan perkataan biadap itu!

Bagi saya jelas kedua-dua mereka telah menghina Dewan Rakyat, menghina ahli Parlimen Batu Gajah dan menghina kaum wanita termasuk ibu, isteri dan anak-anak perempuan mereka sendiri.

Perkataan BOCOR tidaklah hina dan lucah tetapi apabila digunakan untuk merujuk kepada kedatangan haid atau bulan seorang wanita, secara terbuka seperti di atas, ia sungguh biadap dan kurang ajar dan menghina sehina-hinanya.

Inilah perangai ahli-ahli Parlimen BN dan inilah akibatnya apabila mereka diberikan majoriti luar biasa oleh rakyat sebagaimana yang ada pada hari ini. Kerana itu rakyat memikul tanggungjawab untuk memastikan agar akhlak dan karekter umpama dua badot ini termasuklah beberap lagi dari BN itu, jangan lagi diberi peluang duduk di dewan yang mulia ini.

Diperingkat ini permohonan maaf dari mereka bredua sudah tidak bererti lagi, kepada para pengundi di Jasin dan Kinabatangan kiranya kedua mereka ini terus menongkat langit dan bertanding juga atas tiket BN dalam pilihanraya umum akan datang, demi membela maruah kaum wanita, iaitu ibu, kakak, adik, isteri dan anak-anak perempuan kita, tolonglah pastikan mereka dan yang seumpama mereka (ditempat-tempat lain) tidak diberikan kepercayaan lagi.
Bersihkan Parlimen dari badot-badot yang biadap dan kurang ajar!

20 May 2007

bukan sekadar seorang pemberi 2

setuju. kebanyakkan manusia hari ini jumud dan malas baca buku.

dan manusia paling jumud adalah manusia yang menolak pandangan tuhannya.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim." (As Saff: 7)

"Shibghah Allah, dan siapakah yang lebih baik shibghahnya dari pada Allah? dan Hanya kepada-Nya-lah kami menyembah." (Al Baqarah:138)

dan manusia paling malas membaca ialah manusia yang paling jauh dengan wahyu Allah.

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang Telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (32:22)

maka. dalam bahasa mudah. mari kembali kepada perkara paling asas.

Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, Aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan Aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik". (Yusuf:108)

jalan ke terra ignito itu pasti tiada. sekiranya manusia mengambil kembali asas tindakan mereka dengan mengikut jalan Rasul SAW. Wajib Allah bersama kita. tidak kira hebat manapun jalan, padangan dan buah fikiran manusia lain. Kalimah, amal dan istiqamah baginda jauh lebih hebat. kerana ia tersandar pada keagungan bantuan Illahi. sedang kita ini. manusia kerdil yang berjalan jatuh mencari redha pencipta. kita lenguh jari menulis dan kering tekak berceramah. Baginda bengkak kaki beribadah dan patah gigi berjihad. Allahu Rabbi, mudah-mudahan Allah mengampunkan dosaku...

Hai manusia, kamulah yang berkehendak kepada Allah; dan Allah dialah yang Maha Kaya (Tidak memerlukan sesuatu) lagi Maha Terpuji. (faathir:15)

benar ya Allah. kamilah yang fakir. kamilah yang hina. kamilah yang kerdil. dan kalau bukan dengan rahmatMu. siapalah kami.


menarik. cuma sukar sebenarnya berbalas pantun dalam bahasa yang berbeza. bunyinya janggal. begitu juga bila membahaskan suatu isu. perkara paling asas dalam ruang muzakarrah itu adalah pastikan definasinya sama. maksudnya begini. sampai kiamat pon orang melayu dan orang arab tidak akan bersepakat bila bercakap pasal Nafsu. sebab orang arab faham Nafsu itu Diri. orang melayu faham Nafsu itu al-Hawa (keinginan nafsu). makanya, sebelum berbicara, malarkan bahasa, supaya kelak hujung bahasnya menampakkan natijah.

Sudah sampaikah kepadamu (Ya Muhammad) kisah Musa. Tatkala Tuhannya memanggilnya di lembah Suci ialah lembah Thuwa; "Pergilah kamu kepada Fir'aun, Sesungguhnya dia Telah melampaui batas, Dan Katakanlah (kepada Fir'aun): "Adakah keinginan bagimu untuk membersihkan diri (dari kesesatan)". Dan kamu akan kupimpin ke jalan Tuhanmu agar supaya kamu takut kepada-Nya?" Lalu Musa memperlihatkan kepadanya mukjizat yang besar. Tetapi Fir´aun mendustakan dan mendurhakai. Kemudian dia berpaling seraya berusaha menantang (Musa). Maka dia mengumpulkan (pembesar-pembesarnya) lalu berseru memanggil kaumnya. (seraya) berkata:"Akulah Tuhanmu yang paling tinggi". Maka Allah mengazabnya dengan azab di akhirat dan azab di dunia. (An-Nazia'at 15-25)

diskusi mereka ini jauh lebih hebat dari borak-borak kita. kerana itu ia dirakam berkali-kali di dalam AlQuran. Pertama, kerana ia antara Nabi Allah Musa yang mendengar wahyu Allah secara terus tanpa hijab dan taghut yang 'hebat ' keangkuhannya, firaun la'anatullah alaih. Kedua, kerana ia bukan soal furu' atau cabang ilmu yang punya ruang ikhtilaf dan ijtihad. tapi soal Aqidah yang qat'ie dan sorih. tidak kira buku apa yang digunakan. Nabi Allah Musa dan Firaun tahu apa maksud Rabb yang diseru nabi Musa itu. kerana itu nabi Musa tetap menyeru dan menolak kata-kata Firaun. dan begitu juga Firaun dengan neraca angkuhnya menolak dengan mengatakan Dia lah Rabb itu. pelik. tapi indah.

Rasul diutus bukan untuk mencantikkan masjid. tapi mengisi masjid dengan jiwa-jiwa yang membesarkan Rabbnya dalam setiap inci kehidupan mereka.

tutup cerita. begitu juga kita. prioriti perjuangan ummah jauh lebih besar dari menghebatkan sebuah perbincangan 2-3jam. tapi prioriti dan perjuangan ummah adalah membawa manusia kepada Allah. Tapi kalau dengan perbincangan 2-3 jam itu mampu membawa manusia kesitu. mari sama-sama kita pertahankan dan perbaiki.

cuma jangan lupa. hebat macam mana pun kelas dan tutor kita. akhirnya kita menjawab peperiksaan sendiri. begitu juga kita. hebat macamana pun kalimah dan bicara kita. akhirnya kita mengadap Allah sendiri. dengan amalan kita. ini ingatan untuk diri saya sendiri. Allahu taa'la A'alam.

terima kasih. seronok berbincang dengan saudara.

17 May 2007

bukan sekadar seorang pemberi

suatu hari berjalan dalam hujan. malam gelap. angin kuat dan rasanya makin jauh lagi untuk siang. bertemu seorang manusia. nampak sejuk. menggigil. bajunya nipis. koyak dan badannya kurus. dia pon dihulurkan dengan sehelai selimut tebal. kemudian dia berkata.

'kenapa bagi dengan tiba-tiba, kenalkanlah diri dahulu!.' tegurnya. baiklah, mungkin salah pemberi, yang kemudiannya memperbetul langkah dengan memperkenalkan diri dan bertanya khabar dulu. kemudian dia menghulurkan selimut kepada manusia tadi.

'kenapa bagi dengan tangan ni, bagi la baik-baik dengan tangan kanan, baru sopan!'. tegur manusia itu lagi. baiklah, mungkin salah pemberi lagi. dihulurnya semula, kali ini dengan penuh berhemah.

'kenapa bagi selimut yang ni. xde lain yang lebih baik?' tegur manusia yang sejuk itu lagi. mungkin benar katanya, si pemberi mengambil selimutyang lebih baik dan kemudian menghulurkannya kepada manusia yang sedang menggigil tadi.







diam sahaja.
tiada bunyi dan suara






kali ini dia diam. Innalillah..rupanya manusia itu sudah pun pergi mininggalkan dunia ini.

begitulah sebahagian manusia. bila ditegur dan didatangi nasihat. dia menegur dan mengkritik cara nasihat itu diberi, siapa yang memberi nasihat, kaedah, prinsip, gaya dan sebagainya. tapi lupa mengambil apa yang jauh sebenarnya lebih perlu dari itu. selimut itu! dia lupa dia kesejukkan. dia lupa pemberi itu sebenarnya menghulur selimut bukan cara menghulur selimut dengan baik.

betul. sayalah orang pertama yang akan bersetuju jika dikatakan pemberi itu perlu juga ditegur. Rasulullah sendiri ditegur Allah dalam surah 'abasa. sehinggakan setiap kali bertemu dengan Abdullah ibnu Ummi Makhtum, baginda akan berkata. 'inilah orang yang menyebabkan aku ditegur Allah. (sebagai mengenang rapatnya baginda dengan Abdullah sejak peristiwa itu)*.

saya setuju. tapi walaubagaimana pun kita perlu kembali kepada prinsip. soal menyelamatkan manusia, amal maaruf dan nahi mungkar tidak boleh disamakan dengan pertandingan nyanyian yang mana orang boleh mengkritik sumbang atau tidak pitchnya, betul salah keynya, cantik atau tidak tonenya dan sebagainya sampai melupakan lirik, melodi dan lagunya.

baca suratnya dan fahami isinya. jangan sibuk mengkritik cara posmen memasukkan surat dalam peti surat. kerana posmen itu hujung bulan akan dapat gajinya kerana dah jalankan kerja dia. kita yang tak baca surat ni yang nanti akan bermasalah.

saya tidak maksudkan soal halal dan haram, dosa dan pahala. soal itu wajib ditegur tidak kira pada siapa. pemberi atau penerima. tapi yang saya risaukan ialah bila manusia disibukkan dengan perkara-perkara remeh yang padanya terbuka ruang khilaf dan ijtihad yang luas. terpulang pada pandangan mana melihatnya.

berbaloikah mati kesejukkan semata-mata kerana selimut itu diberi dengan tangan kiri?
berbaloikah mengoyak surat penting dari kekasih misalnya semata-mata kerana posmen meletakkan surat diatas pagar dan bukan di dalam peti surat? kalau ada yang rasa berbaloi.
terpulanglah.


tegurlah dalam suasana yang indah. yang mana hujungnya sama-sama membawa pemberi dan penerima ke syurga Allah. betul. saya juga mengharap begitu.

percayalah. dunia ini sudah penuh dengan mereka yang pandai berkata-kata. mari kita isi dengan mereka yang bijak beramal pula. bahkan. mereka yang berhikmah berkata, bijak beramal dan syadid istiqamahnya. Allahu rabbi. indahnya.

saya tidak katakan saya bagus untuk berkata-kata sebegini. sekadar meluah apa yang terlintas dilubuk hati yang kecil ini. mungkin ada kene mengena. mungkin tidak. yang penting ia untuk saya. kerana saya mahu menegur hati sendiri. akhirnya. kita juga yang fakir, Allah jua yang Maha Terpuji dan Mulia.

*(untuk yang bimbang saya menyampaikan cerita israiliyat atau hadith yang maudhu'- sila rujuk Tafseer fil Zilal Al Quran, Tafseer Surah A'basa, Syed Qutb; Ar Rahiq Al Makhtum Mubarakfuri; Sirah Ibn Hisyam dan Fiqh Sirah Ramadan Al Butti)

15 May 2007

tribute untuk mereka yang bergelar sahabat

Akhlak Muslim Sebagai Sahabat yang dibawah naungan Allah

Adalah suatu yang amat ber
nilai bahkan barangan yang jarang ditemui jika anda menjadi seorang sahabat kepada seseorang yang hanya diikat dengan ikatan akhirat, bukan ikatan dunia, ikatan syurga bukan manfaat.

Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabda baginda:

Maksudnya: “Dua orang lelaki yang saling berkasih sayang antara satu sama lain kerana Allah. Mereka bertemu dan berpisah hanya kerana A
llah.”

Bahkan Rasulullah saw menjadikan sahabat yang salih sebagai hadiah pemberian dan tanda yang menunjukkan Allah kasih kepa
da seseorang hamba. Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Jika Allah mengasihi seseorang hamba, maka Dia akan berikan kepadanya seorang saudara atau sahabat yang salih. Jika dia sudah mengingati Allah (tidak lalai), sahabatnya akan membantunya (dalam ketaatan kepada Allah) dan jika dia terlalai, sahabatn ya itu akan mengingatkannya.”
Kami membisikkan ke telinga anda, sama ada anda suka untuk berada di bawah naungan arasyh Allah atau anda ingin membawa tanda yang menunjukkan kecintaan Allah terhadap anda.

Beberapa Perkataan

Oleh kerana perkara ini amat penting, maka ia mesti
lah sentiasa diperingatkan dan diberikan amaran. Peringatan dan amaran paling baik boleh didapati daripada golongan salafussoleh yang terlebih dahulu telah melalui jalan Islam ini.

Abdullah bin Mas‘ud berkata: “Tiada suatu perkara yang lebih menunjukkan kepada sesuatu bahkan lebih daripada asap yang menunjukkan kepada kewujudan api, lebih daripada seorang kawan kepada seorang kawannya.”

Beberapa orang ulama salaf berkata: “Perbanyakkanlah kawan-kawan anda, kerana setiap orang beriman mempunyai syafaatnya.”Umar bin al-Khattab berkata: “Engkau hendaklah berkawan dengan kawan-kawan yang benar. Engkau hidup di bawah lindungan mereka. Mereka adalah perhiasan ketika mewah dan sandaran ketika bencana.”

Sesetengah mereka be
rkata: “Jika bukan kerana tiga p erkara ini, nescaya aku tidak suka untuk terus tinggal di atas dunia; membaca al-Quran, qiyamullail dan bertemu para sahabat.”

Bahaya Kematian

Ini adalah jeritan amaran dan peringatan agar anda t idak tergelincir bersama-sama dengan kawan-kawan yang tidak baik serta ahli maksiat yang akan mengakibatkan anda mendapat kesudahan hidup yang tidak baik.

Pernah berlaku bagaimana ‘Uqbah bin Abi Mu‘ait hampir-hampir memeluk Islam dan mengisytiharkan keislamannya, tetapi oleh kerana sahabat baiknya bersumpah tidak akan bercakap lagi dengannya melainkan selepas ‘Uqbah meludah ke muka Nabi saw. Mendengarkan demikian, ‘Uqbah langsung pergi kepada Nabi saw dan meludah ke muka baginda. Dia juga meletakkan kakinya di atas tengkuk Nabi saw, bahkan lebih daripada itu, dia meletakkan perut unta di atas belakang Nabi sa w ket ika baginda sedang sujud. Semua ini beliau lakukan demi menggembirakan sahabat baiknya itu. Lalu Allah swt menurunkan firmanNya dalam surah al-Furqan, ayat 27-29):

Maksudnya: “Dan (ingatkanlah) perihal hari orang-orang yang zalim menggigit kedua-dua tangannya (marahkan dirinya sendiri) sambil berkata: “Alangkah baiknya kalau aku (di dunia dahulu) mengambil jalan yang benar bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alan gkah baiknya kalau aku tidak mengambil si dia itu menjadi sahabat karib! Sesungguhnya dia telah meny esatkan daku dari jalan peringatan (al-Quran) setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya).”

Oleh itu wahai saudaraku! Berhati-hatilah! Semoga anda dirahmati Allah.

Hak-hak Persahabatan

Neraca persahabatan ialah dengan anda mengenali hak-haknya untuk anda menunai dan memenuhinya kepada sahabat anda, bukan untuk menuntutnya daripada sahabat anda. Firman Allah swt dalam surah al-Waqi‘ah ayat 10:

Maksudnya: “Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak).”


Antara hak-hak persahabatan ialah:

• Hendaklah anda memberitahunya bahawa anda mengasihinya kerana Allah, sebagaimana digesa oleh Rasulullah saw di dalam sebuah hadis:

Maksudnya: “Jika seseorang daripada kamu mengasihi saudaranya, maka dia hendaklah memberitahu saudaranya itu.”

• Sentiasa mendoakan kebaikan bagi sahabatnya ketika keseorangan. Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Setiap hamba muslim yang mendoakan kebaikan bagi saudaranya ketika keseorangan pasti akan ada satu malaikat yang berdiri dekat kepalanya dan berkata: “Semoga Allah memperkenankan permohonanmu dan engkau juga akan mendapat seumpamanya
.” Dan dalam satu riwayat lain: “Maka ia adalah doa yang mustajab.”

• Sentiasa memaafkan. Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Hendaklah engkau mencari 70 alasan bagi saudara engkau. Jika tidak ada, maka hendaklah anda berkata, mungkin dia mempunyai keuzuran.”
Anda hendaklah mengingati kemaafan yang diberikan o
leh Bilal kepada Abu Zarr. Alangkah perlunya kita kepada sifat tersebut.

• Menolong dan membantunya sama ada dari sudut kebendaan dan maknawi.
• Menutup dan memelihara rahsia, keaiban dan keterlanj
urannya. Sabda Rasulullah saw:

Maksudnya: “Setiap muslim ke atas setiap muslim yang lain adalah haram, darah, harta dan kehormatannya.”

Sebaik-baik Sahabat

Hak paling besar yang boleh digunakan untuk menguji kesetiaan seseorang sahabat terhadap sahabatnya ialah pada masalah harta kerana dunia dan kemewahannya boleh berubah kepada sesiapa sahaja.

Sesiapa yang sanggup memberikan bantuan harta kepada sahabatnya yang sedang mengalami kesusahan, maka dia adalah sebaik-baik sahabat, tetapi dengan syarat b
antuan itu diberikan dalam perkara kebaikan sahaja, bukan lainnya.

Fathi al-Mawsili dan ‘Isa al-Tammar adalah dua orang sahabat yang baik. Pada suatu hari, Fathi datang ke rumah ‘Isa tetapi ‘Isa tidak ada di rumah. Lalu Fathi berkata kepada hamba perempuan ‘Isa: “Keluarkanlah uncang duit saudaraku.” Lalu hamba tersebut mengeluarkannya dan Fathi mengambil dua dirham daripada uncang tersebut. Kemudian setelah ‘Isa pulang ke rumah, hambanya memberitahu tentang apa yang berlaku, lalu ‘Isa berkata: “Jika benar apa yang engkau katak

an, maka engkau aku merdekakan!” Oleh kerana hambanya itu memang bercakap benar, maka dia dimerdekakan.

Beberapa buku sejarah mencatatkan bahawa pada Perang Yarmuk, Khalid menjumpai ‘Ikrimah sedang nazak menghadapi kematian. Khalid bertanya tentang hajatnya yang terakhir. ‘Ikrimah menjawab: “Berikan aku seteguk air.” Sebelum sempat meminum air tersebut, dia te
rdengar suara rintihan salah seorang saudaranya yang kesakitan, lalu meminta Khalid memberikan air itu kepada saudaranya itu. Khalid pergi untuk memberikan air itu kepada orang tersebut, tiba-tiba orang tersebut mendengar seorang lagi merintih kesakitan lalu dia meminta supaya air itu diberikan kepada orang tersebut. Khalid pergi untuk memberikan air itu kepadanya, tetapi dia sudah meninggal dunia bahkan ketiga-tiga mereka kesemuanya meninggal dunia tanpa seorangpun sempat meminum air tersebut meskipun masing-masing amat berhajat kepadanya!!!

Janganlah Anda Bersahabat Dengan Syaitan

Tugas syaitan ialah menyeru kepada kemungkaran dan kejahatan kemudian kepada neraka… Firman Allah swt dalam surah al-Nisa’ ayat 38:

Maksudnya: “Dan sesiapa yang (mengambil) Syaitan itu menjadi kawannya, maka seburuk-buruk kawan ialah syaitan.”

Maka kawan yang mempedaya kawannya dengan memberikan rokok, dadah, filem-filem lucah dan lain-lain, maka dia bukanlah seorang kawan sebenarnya. Orang yang mengajar bagaimana anda mengusik perempuan yang tidak halal bagi anda atau yang mengajar anda bagaimana berchatting dan mempunyai kawan melalui internet sedangkan chatt adalah dusta sebenarnya…

Demi Allah! Kawan seumpama ini yang mempengaruhi sedikit demi sedikit untuk melakukan kejahatan-kejahatan di atas… Bukankah dia layak untuk disifatkan sebagai syaitan!

Jika demikian, marilah sama-sama kita mengingati firman Allah swt dalam surah al-Zukhruf ayat 67:

Maksudnya: “Pada hari itu sahabat-sahabat karib: setengahnya akan menjadi musuh kepada setengahnya yang lain, kecuali orang-orang yang persahabatannya berdasarkan taqwa (iman dan amal soleh).”

Kewajipan Praktikal

  • Hendaklah anda menjadi seorang yang bergaul dengan masyarakat dan berkenalan dengan setiap orang yang anda jumpai.
  • Neraca persahabatan ialah akhlak Islam, tidak lainnya.
  • Pilihlah orang yang anda kenali dan tentukan siapakah orang-orang yang anda mahu bersahabat dengannya, serta anda hendaklah teliti di dalam membuat pemilihan.
  • Rapatkanlah hubungan anda dengan orang yang anda pilih untuk dijadikan sahabat dan beritahu kepadanya bahawa anda mengasihinya kerana Allah sebagaimana diajarkan oleh Rasulullah saw.
  • Berdoa kepada Allah sentiasa untuk kebaikan sahabat-sahabat anda dan supaya Allah menjadikan persahabatan anda sentiasa berlangsung dalam perkara-perkara kebaikan sahaja.
  • Hendaklah anda sentiasa berhati-hati kepada semua orang yang berada di sekitar anda terutamanya kawan-kawan yang tidak baik. Sentiasa menapis apakah yang mereka suruh anda lakukan, perhatikan ke mana mereka selalu pergi dan apakah bahan yang mereka minta anda baca dan saksikan.
Artikel Asal merupakan olahan Ustaz Muhammad Ismail (ISMA)

Buat sahabat-sahabat yang pernah mengenali dan dikenali. Terima Kasih. Jazakumullah Khairann.
Wassalam

12 May 2007

Kempen mari mengaji AlQuran

" Dan kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada
orang-orang yang zalim selain kerugian". [17:82]

"Orang-orang yang Telah kami berikan Al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya mereka itu beriman kepadanya. dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, Maka mereka Itulah orang-orang yang rugi." (2:121)

"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan shalat dan menafkahkan sebahagian dari rezki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi." (35:29)

saranan, harapan dan suruhan membaca itu bukan dtg dari aku, kita atau sesiapa..tp dtg dr Dia yang menurunkannya khusus untuk kau, aku dan semua kita. hargailah apa yang Dia anugerahkan untuk aku, kau dan kita..hargai betul2. sebab ia bukan sekadar dtg dengan pujukan dan saranan..tapi juga sekali dengan amaran.

Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada mereka sendiri. mereka Itulah orang-orang yang fasik. (59:19)

Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang Telah diperingatkan dengan ayat-ayat Tuhannya, Kemudian ia berpaling daripadanya? Sesungguhnya kami akan memberikan pembalasan kepada orang-orang yang berdosa. (32:22)

peringatan ini utk diri aku juga. utk kita. mari kita sama2 beramal. kerana amal itu indah.

'siapa yang membaca satu huruf al quran, maka ia berhak memperoleh kebaikan dan satu kebaikan diperbanyak menjadi sepuluh kebajikan, saya tidak mengatakan alif-lam-mim itu satu huruf tetapi alif itu satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf' (HR attirmizi) – 1 juz al quran menganduni 70000 huruf.

perjalanan panjang mencari cintanya perlukan bekal yang hebat dan sempurna. maka jadikanlah kalam tuhan, AlQuran sebagai bekal dan sesuatu yang paling dekat dalam hidup kita. jangan tinggalkan satu hari pon tanpa kita membuka lembar alQuran dan menghayati apa yang ingin Allah khabarkan pada kita hari ini. jangan jemu membaca. jangan bosan mendekati, jangan jenuh menghalusi. kerna ia wahyu dari penciptamu. yang mahal harganya.

doakan kita sama-sama istiqamah dalam beramal untuknya. apa yang dituntut dari manusia terlalu sedikit berbanding apa yang dikurniakan kepada kita.

jom baca!

09 May 2007

da besar nanti nak jadi apa?

kadang-kadang terlalu sibuk dengan urusan lain. lupa dengan urusan sendiri. lama sangat rasanya entry blog ni tak bersifat peribadi. kalau ada pun sekadar monolog yang ayat nya sekadar pinjaman kalimah-kalimah yang hebat dari Dia dan mereka-meraka yang mencintainya.sekarang sedang free. betul, free. kadang aku pun xpercaya yang aku free. sebab dari dulu faham yang clinical years ni busy. ataupun mungkin memang busy, cuma aku andaikan ianya free, atau pun sebab selalu sangat busy, maka threshold busy-free aku dah menjadi pelik. tak pe la abaikan, yang aku tahu rotation sekarang- acute and chronic care adalah jauh free dari rotation psychiatry aku dulu.kalau yang nak tahu apa rotation acute and chronic care tu, ianya adalah pusingan jagaan cepat dan lambat (direct translation) a.k.a orthopedic and rheumathology ataupun bahasa mudah yang senang difahami makcik-makcik kat kampung aku tgh jaga ward tulang dan patah.

last two weeks tengok operation partial knee replacement. melihat surgeon menggerusi tulang peha patient dan mengetuk paku dan skeru kedalam tulang lutut dengan hammer besar, menambahkan semangat aku untuk tidak menjadi surgeon. abg zaki cakap- 'biasa la tu butcher and carpenter'. hurm. diorang yang takde perasaan ke atau aku yang lebih perasaan?aku rasa bagus ar aku jadi physician kot. da mmg nasib badan xley bedah orang. ingat lagi masa aku second year, first time tengok perempuan bersalin depan mata (video la tapi: stricly for study purpose only, bukan youtube punya ni!) pas tgk terus rasa nak muntah. isy2, betul ke aku nak jadi doktor ni? tapi aku da pernah amek blood dari orang. dan itu tidak berjaya memengsankan aku, maka insyaAllah bley survive.

setakat ni rasanya dah lapan puluh enam kali orang tanya aku nanti aku nak jadi apa. dari aku first year aku dah tukar jawapan sebanyak lapan kali (may be kurang, saje exagerate).
  1. pediatric- cancelled sebab sume orang cakap sangat susah nak wat procedure kat baby. bayangkanlah nak mencucuk budak kecik yang comel dengan jarum besar dan mengambil sampel bone marrow die. mau aku ganti ngan marrow aku agaknya. xjadi2...
  2. urologist- pakar sakit tuan dan 'pengairan dan saliran' lelaki- yang ni xyah explain kenapa aku cancel. sepatutnya explain camne aku ley come up dengan idea ni! isy2
  3. internal medicine- macam the other side of surgeon i.e deal with medication. macam clinical pharmacologist la. sebab aku admire kerja sorang lec aku ni AP Anne Tonkin nama die. mak cik ni cam best jek ngan suma2 ubat2 dipasaran. tapi cancel sebab bile pk balik, aku nak hafal 4 jenis anti depressants pon aku amek masa 6 minggu..terus pk lapan kali nak jadi al-hafiz ubat2an ni. xpe la. I'll go with MIMP (buku panduan ubat2 macam panduan telepon)
  4. medical oncologist- pakar chemotherapy untuk cancer. agak lama aku meminatinya. memula sebab nama die best, tp pastu sebab aku rasa mmg nak jadi tu. but then setelah registrar Psych aku memberi kata-kata semangat yang mengecewakan..terus aku pk lapan kali sekali lagi. so enam belas kali la. aritu aku spent 3 weeks wat rotation medical oncology kat RAH. mmg betul la kata reg aku td. keje die agak kurang menggembirakan. almost 90% patient adalah makcik2 dan pakcik2 yang ada terminal illness. ward tu pon macam suram semacam jek. chemo plak bukanlah ubat yang menyeronokkan seperti coklat Cadbury. so tambah la lagi pening.
  5. sekarang? tak tahu nak jadi apa. ada satu yang aku ter'enjoy' tanpa disangka2. tapi tak nak sebut, sebab takut jadi betul2..huhu. sebut gak. psychiatrist. huhu. aku xnak jadi pakar sakit jiwa. tapi setakat ni aku cam seronok plak ngan rotation psych aku dulu. hurm. xpe2 insyaAllah aku xjd psychiatrist. huhu. jangan doa pelik2.
gitu la aku yang cam budak2 dalam bab ni. xpe, perjalanan masih panjang. kadang2 kita sibuk merancang benda yang tak pasti. tapi lupa plak merancang menda yang pasti. xsure pon lagi aku jadi doktor ni...tapi sure dan pasti aku akan balik menemui tuhan aku. so, mudah2an aku pon ada plan dan usahakan plan aku tentang bagaimana aku nak balik bertemu pencipta aku. al kulli hal, xsalah merancang, tapi biarlah semuanya disandarkan kepada Sebaik-baik Perancang. sebab Dia lah kita mampu merancang, kerana itu apa sebab kita nak abaikan Dia dalam perancangan kita.
ape2-pun. terima kasih semua yang banyak mendoakan, memberi semangat, membantu aku etc dalam usaha aku menyempurnakan amanah yang satu ni. semoga Allah membalas segalanya. manalah tahu ni entry last aku, esok lusa Allah panggil balik..so settle dah satu hal.

bukan si kuffar yang memadam cahaya Allah...

Calon Presiden Turki ditolak kerana isteri bertudung

MAHKAMAH Turki membatalkan keputusan Parlimen yang meluluskan pencalonan Menter Luarnya, Abdullah Gul untuk menjadi Presiden Turki yang baru.

Hujah penolakan itu ialah isteri Abdullah Gul bertudung.

Dengan alasan itu membuktikan Abdullah adalah seorang konservatif Islam. Ia bahaya bagi fahaman sekularisma yang menjadi ideologi negara Turki.

Perlembagaan Turki memperuntukkan ideologi sekularisme yang diasaskan oleh Kamal Ataturk tidak boleh diganggu gugat.

Tentera, mahkamah dan universiti diberi kuasa untuk mematahkan mana-mana pihak yang mengancam sekularisme.

Abdullah Gul adalah calon parti AK – Parti Keadilan – yang memerintah sekarang. Dia adalah calon pilihan setelah ura-ura untuk mencalonkan Perdana Menteri Reccep (Rejab) Tayyip Erdogen dibantah oleh ribuan tunjuk perasaan kumpulan pembangkang.

Mulanya penentang Erdogan merasa reda dengan pencalonan Abdullah Gul, kerana dia dilihat lebih sederhana. Sasaran pembangkang pada mulanya adalah Erdogan kerana dialah tunggak kepada kekuatan politik baru Turki.

Kejayaannya sebagai Datuk Bandar Istanbul dalam kerajaan Parti Refah, pimpinan Necmettin Erbakan dulu menyebabkan rakyat Turki menyokong Parti AK yang diasaskan untuk menguasai Parlimen dalam pilihan raya empat tahun lalu.

Pertama kali sejak kelumpuhan puak kemelis – kumpulan yang mendukung Kamal Ataturk – beberapa dekat kebelakang berjaya memenangi majoriti Parlimen.

Sebelumnya tidak pernah ada parti yang mendapat sokongan majoriti. Semua kerajaan yang dibentuk adalah kerajaan campuran. Semua kerajaan tidak stabil dan ekonomi Turki lumpuh.

Parti AK, pecahan dari Parti Refah yang dipimpin bersama oleh Erdogan dan Abdullah Gul berjaya menguasai Parlimen dengan Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri disebabkan oleh Erdogan ketika itu masih dalam edah hukuman penjara yang dihadapinya atas kesalahan membaca sebuah sajak Islam.

Setelah edah itu tamat, dia memenangi satu pilihan raya kecil, maka dia menjadi Perdana Menteri dan Abdullah Gul menjadi Menteri Luar.

Latar belakang Erdogan dan Abdullah Gul adalah pejuang gerakan Islam yang komited dalam Parti Refah, tetapi mereka melunakkan pendirian apabila menubuhkan Parti AK. Akibatnya buat kali pertama sambutan kepada pimpinan Erbakan merosot dan tidak mendapat kedudukan di Parlimen.

Sejak Erdogan memimpin kerajaan, ekonomi dan kewangan Turki pulih dan perkembangannya begitu pesat dan baik.

Apabila Presiden yang tamat tempoh bulan ini, maka Parti AK bercadang mencalonkan Erdogan.

Belum sempat pencalonan dibuat, puak sekular melancarkan tunjuk perasaan besar-besar, maka tolak ansurnya ialah mengulangi peristiwa menonjolkan Abdullah Gul sebagai calon Perdana Menteri ketika Parti AK menuyertai pilihan raya buat pertama kali dulu dengan mencalonkan beliau untuk menjadi Presiden.

Parlimen meluluskannya. Tetapi kumpulan sekular yang disokong oleh tentera membawa perkara itu ke mahkamah, maka mahkamah menerima bantahan puak sekular itu.

Keputusan mahkamah itu tidak boleh dirayu dan tentera akan bertindak kiranya keputusan mahkamah itu dicabar.

Keputusan mahkamah itu segera meletakkan Turki dalam satu krisis politik yang tegang dan boleh mengancam kestabilan politik dan ekonomi yang baru dinikmati dalam masa empat tahun ini.

Erdogan segera membubarkan Parlimen dan menyegarakan pilihan raya dari bulan November yang dijadualkan kepada bulan Julai ini. Setakat ini tiada satu parti dari parti-parti berfahaman sekular yang tersusun seperti Parti AK.

Sekalipun Erdogan dan Abullah Gul dan pengikut-pengikutnya mempunyai latar belakang perjuangan Islam yang jelas, tetapi Parti AK tidak memimpin kerajaan sebagai yang dicita-citakan seperti semasa mereka dalam Refah dulu.

Pada kaca mata perjuangan Islam, banyak yang dijanjikannya dalam pilihan raya dulu tidak dilaksanakannya.

Dasar luarnya tidak banyak berbeza dengan kerajaan-kerajaan sebelumnya, malah Erdogan membuat kunjungan ke Israel seperti yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Turki sebelumnya.

Sebagai kumpulan yang pernah ada latar belakang perjuangan Islam, ada kelainannya dibandingkan dengan kengan kerajaan sekular. Ada amar makrufnya.

Tetapi sebagai kumpulan yang pro Islam, ia tidak menjadi contoh bagi kerajaan-kerajaan negara Islam lain. Ia tidak dapat menjalan nahi mungkar.

Berbeza dengan kerajaan sekular yang rasuah dan pentadbiran yang tidak cekap, kerajaan pimpinan Erdogan dan Abdullah Gul, adalah kerajaan yang bersih dan cekap. Ekonomi dan kewangannya sangat buruk kektika mereka mula mengambil pentadbiran, tetapi dalam waktu yang singkat mata wangnya kukuh dan ekonominya stabil.

Secara peribadi kumpulan itu hidup sebagai orang yang beragama dan menganjurkan supaya umat Islam Turki hidup beragama.

Di bawah pentadbirannya ia mengajar orang berbuat baik. Wanita mereka majoriti bertudung di khalayak umum.

Justeru itu Turki muncul sebagai negara pengekspot tudung yang terkenal di dunia.

Pada umum pentadbiran Parti AK tidak dilihat menjalankan pentadairan yang dikehendaki oleh sebuah gerakan Islam.

Tidak ada yang dapat dijadikan hujah oleh kumpulan sekular pentadbiran Erdogan melanggar larangan ajaran sekular Turki seperti yang diajar oleh Ataturk.

Tidak ada apa yang dapat dibantah oleh puak sekular tentang pentadiran dan tindakan kerajaan bagi menuduh mereka mengancam sistem sekularisme.

Adalah sukar bagi mereka untuk menghalang Erdogan dari mendapat sokongan rakyat.

Apa yang dapat mereka bangkitkan untuk menghalang Erdogan dan Abdullah Gul dari menjadi Presiden ialah bahawa isteri mereka bertudung. Bertudung adalah budaya bangsa Turki yang beragama Islam sejak beratus tahun dulu. 90 peratus dari penduduk Turki adalah Islam.

Apa yang ditentang oleh kemelis itu adalah budaya Turki. Dan sekular Turki itu adalah satu sekular yang anti Islam.

Erdogan tidak bimbang dengan sokongan rakyat Turki. Tetapi yang menjadi masalahnya ialah tentera yang mengancam untuk campur tangan dan tidak suka isteri dan anak para pemimpin bertudung.

Pemimpin Turki tidak terancam atas rasuah dan penyelewengan tetapi mereka terancam semata-mata isteri mereka bertudung.

artikel asal oleh Subky Abdul Latif, harakahdaily

p/s pedih betul membacanya. agak2nya diorang ni nak jawab apa depan Allah kat akhirat nanti?

06 May 2007

Mengagak-agak hujung sebuah cinta

Ketika Ruh Dicabut

Imam Ahmad dalam Musnad-nya, demikian juga Ibnu Hibban, Abu ‘Awanah Al-Isfirayaini dalam kitab Shahih keduanya, meriwayatkan dari Al-Manhal dari Zadan bin Al-Bara’ bin ‘Azib bahwa ia berkata, “Kami pernah pergi bersama Rasulullah untuk mengantar jenazah. Beliau duduk di atas kuburan dan kami duduk di sebelahnya. Kami diam dan tenang laksana di atas kepala kami terdapat seekor burung. Sambil menguburkan jenazah tersebut, Beliau berkata, “Aku berlindung diri kepada Allah dari siksa kubur.” Beliau mengucapkannya tiga kali.


Selanjutnya Beliau bersabda, “Sesungguhnya orang yang beriman jika akan pindah ke alam akhirat dan meninggalkan dunia, maka para malaikat itu turun kepadanya. Wajah mereka seperti matahari dan setiap dari mereka membawa wewangian dari surga dan kain kafan. Mereka duduk di dekat orang yang beriman sebatas pandangan kemudian malaikat pencabut nyawa duduk di dekat kepalanya dan berkata, “Wahai jiwa yang baik, keluarlah menuju ampunan dan keridhaan Allah.”

Rasulullah kemudian bersabda, “Ruh orang beriman pun keluar dari jasadnya seperti halnya air keluar dari mulut teko. Malaikat pencabut nyawa segera mengambilnya. Ketika ruh orang itu telah berada dalam genggamannya, para malaikat yang lain tidak membiarkan ruh orang beriman itu berada di tangan malaikat pencabut nyawa sekejap mata hingga kemudian mereka mengambilnya dan menaruhnya di atas kain kafan surga dan wewangian tersebut. Dari ruh orang beriman, keluarlah wewangian paling harum yang pernah ada di bumi.”

Kata Rasulullah selanjutnya, “Kemudian para malaikat naik membawa ruh orang beriman dan setiap kali mereka melewati para malaikat, maka mereka bertanya, “Ruh siapa yang harum ini?” Mereka menjawab, “Ini adalah si fulan bin fulan,” sembari menyebutkan nama terbaik yang pernah menjadi sebutannya ketika di dunia hingga kemudian mereka berhenti di langit kedua. Mereka minta dibukakan bagi ruh tersebut kemudian dibukakanlah untuknya. Ruh tersebut disambut seluruh makhluk di langit kedua dan mereka mendekatkan ruh tersebut ke langit berikutnya hingga mereka membawa ruh itu tiba di langit di mana Allah berada. Allah kemudian berfirman, “Tuliskan kitab hamba-Ku ini dalam ‘Illiyyin, lalu kembalikanlah ia ke bumi. Sebab, dari bumi itulah Kami menciptakan mereka, ke dalamnya Kami kembalikan mereka, dan darinya pula Kami keluarkan mereka sekali lagi.”

Selanjutnya Rasulullah bersabda, “Dan sesungguhnya orang kafir itu jika meninggal dunia menuju ke akhirat, maka para malaikat turun kepadanya dari langit dengan wajah yang hitam dan membawa kain kafan kasar, lalu duduk di dekatnya sebatas pandangan.

Malaikat pencabut nyawa datang kepadanya dan duduk di dekat kepalanya lantas berkata, “Wahai ruh yang kotor, keluarlah menuju kemurkaan dan kemarahan dari Allah!” Lalu ruhnya berpisah dari jasadnya dan malaikat mencabutnya seperti mencabut besi pembakar dari wol yang basah. Selanjutnya malaikat pencabut nyawa mengambilnya dan jika sudah ia ambil, maka para malaikat yang lain tidak membiarkan ruh tersebut di tangannya sekejap mata hingga kemudian mereka meletakkannya di dalam kain kasar tersebut. Dari padanya keluar bau paling busuk yang pernah ada di muka bumi.

Para malaikat membawanya naik dan setiap kali mereka melewati malaikat, mereka bertanya, “Ruh busuk siapa ini?” Para malaikat menjawab, “Ini adalah si fulan bin fulan,” sembari menyebutkan sejelek-jeleknya nama yang dialamatkan kepadanya ketika di dunia. Ruh itu terus dibawa naik hingga sampai ke langit dunia. Ia meminta agar pintu langit itu dibuka, namun tidak juga dibukakan untuknya.

Kemudian Beliau membacakan firman Allah swt., “Sesungguhnya orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami dan menyombongkan diri terhadapnya, sekali-kali tidak akan dibukakan bagi mereka pintu-pintu langit dan tidak (pula) mereka masuk surga, hingga unta masuk ke lubang jarum.” (Al-A’raf: 40).

Allah swt. kemudian berkata, “Tuliskan kitabnya di Sijjin, di bumi yang terbawah!” Lalu ruh tersebut dilemparkan begitu saja. Selanjutnya Rasulullah membacakan firman Allah, “Barangsiapa menyekutukan sesuatu dengan Allah, maka ia seolah-olah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” (Al-Hajj: 31) [Diriwayatkan oleh Ahmad (VI/287 dan 295) dan Abu Dawud (4753)]

Artikel asal oleh: Mochamad Bugi, www.dakwatuna.com

Agak-agaknya dimana hujungku... Allah Taa'la Aa'lam

02 May 2007

lebih sayup (Terjatuh dan Ketemu Cinta 4)

"Sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi.
Tidak seorangpun yang dapat menolaknya,
Pada hari ketika langit benar-benar bergoncang,
Dan gunung benar-benar berjalan.
Maka Kecelakaan yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan,
(yaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebathilan,
Pada hari mereka didorong ke neraka Jahannam dengan sekuat- kuatnya.
(Dikatakan kepada mereka): "Inilah neraka yang dahulu kamu selalu mendustakannya".
Maka apakah Ini sihir? ataukah kamu tidak melihat?
Masukklah kamu ke dalamnya (rasakanlah panas apinya); Maka baik kamu bersabar atau tidak, sama saja bagimu; kamu diberi balasan terhadap apa yang Telah kamu kerjakan."

At Tur 7-16

Ini bukan lisanku. jua bukan madahku. jauh sekali apa yang terbit dari aqalku. sekadar meminjam wahyu Illahi buat menggertak hati sendiri. yang sudah lama tidak menangis kerana takutkan Pemiliknya. Inilah janji yang benar dari pemilik jiwa yang fakir ini. Sungguh demi Khaliqku yang hidupku dan seluruhnya berada dalam kekuasaanNya, khabarkan padaku jiwa mana yang tidak gentar, hati mana yang tidak gerun, tubuh mana yang tidak gugup, aqal mana yang tidak gusar. dengan kata-kata ini. tolong khabarkan...



"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada dalam surga dan kenikmatan,
Mereka bersuka ria dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka; dan Tuhan mereka memelihara mereka dari azab neraka.
(Dikatakan kepada mereka): "Makan dan minumlah dengan enak sebagai balasan dari apa yang Telah kamu kerjakan",
Mereka berteleku di atas plamin-pelamin berderetan dan kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.
Dan orang-oranng yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka, dan kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya.
Dan kami beri mereka tambahan dengan buah-buahan dan daging dari segala jenis yang mereka ingini.
Di dalam surga mereka saling memperebutkan piala (gelas) yang isinya tidak (menimbulkan) kata-kata yang tidak berfaedah dan tiada pula perbuatan dosa.
Dan berkeliling di sekitar mereka anak-anak muda untuk (melayani) mereka, seakan-akan mereka itu mutiara yang tersimpan.
Dan sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain saling tanya-menanya.
Mereka berkata: "Sesungguhnya kami dahulu, sewaktu berada di tengah-tengah keluarga kami merasa takut (akan diazab)".
Maka Allah memberikan karunia kepada kami dan memelihara kami dari azab neraka.
Sesungguhnya kami dahulu menyembah-Nya. Sesungguhnya Dia-lah yang melimpahkan kebaikan lagi Maha Penyayang."
At Tur 17-28

Sungguh demi Al Khaliq yang maha penyempurna janji. katakan padaku jiwa mana yang tidak rindu. hati mana yang tidak sayu. tubuh mana yang tidak pilu dan akal mana yang tidak mahu. dengan limpah rindu dan cinta dari Dia yang memiliki dan menyempurnakan cinta hamba-hambaNya.

Sungguh rasulku Muhammad ibn Abdullah. engkau telah menyempurnakan urusanmu. Sungguh engkau telah menyampaikan amanahmu. sungguh engkau telah berada di sini dan akan terus hidup di sana bersama cinta kekasihmu.

cuma kamilah yang tinggal di sini. dan kamilah yang degil. kamilah yang bejat. kamilah yang zalim. kamilah yang lemah. kamilah yang sirna. kerana masih gagal meraih cinta sepertimu.
terima kasih kerana telah menyentuh hati ini rasulku, kerana biarpun masih terlalu jauh. tapi hati ini mahu bermula. mencari redha dengan bermula mencintaiNya. sungguh hati ini rindu. sungguh kerana ia betul-betul jatuh cinta.

buat diri sendiri yang fakir. sabarlah sehingga Al Haq memenangkanya.