29 May 2007

Kes Lina Joy rabu ini!

Kes Lina Joy: Umat Islam digesa doakan kemenangan Islam

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Hrkh) – Semua umat Islam dalam dan luar negara diminta melakukan solat hajat pada malam ini untuk memohon doa kepada Allah SWT supaya memberi kemenangan kepada Islam berhubung kes Lina Joy yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan Putrajaya, esok.

Pengerusi Badan Bertindak Anti Murtad (Forkad), Ustaz Ridzuan Mohd Noor berkata, umat Islam juga diminta supaya datang beramai-ramai ke mahkamah berkenaan pagi esok untuk memberi sokongan kepada Islam.

“Kesan kes Lina Joy amat besar bahkan beliau didokong oleh empat belas peguam. Oleh itu kita minta umat Islam mendoakan kemenangan kepada Islam,” katanya kepada Harakahdaily, hari ini.

Pada 30 Mei ini Mahkamah Persekutuan akan memutuskan permohonan Lina Joy, atau nama asalnya Azlina Jalani, 42, seorang wanita Melayu yang mengaku murtad sejak 1998 untuk menggugurkan perkataan Islam daripada kad pengenalannya.

Sementara itu, Ustaz Ridzuan berkata, mereka berharap kes tersebut tidak memihak kepada kegiatan dan tindakan menentang Islam dan memudahkan murtad di negara ini.

“Sebab implikasi keputusan itu akan menyebabkan semakin ramai yang ghairah untuk murtad.

“Contohnya di Sabah dan Sarawak sekarang ini saya difahamkan ramai yang murtad, maknanya murtad menjadi satu fenomena di negara kita,” dakwanya.

Menurut beliau, Forkad berasa kecewa dengan kepimpinan kerajaan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi yang dilihat bersifat apologetik dengan gerakan mempromosi murtad di negara ini.

Tambahan pula dakwanya, isu murtad di negara ini juga diketahui dunia.

“Kita harap sangat kerajaan menentang wabak murtad dan gerakan mempromosi murtad demi kesejahteraan umat dan agama Islam,” katanya lagi

artikel asal oleh Roy Rasul

Soalan Lazim Ditanya Kes Azlina Jailani (Lina Joy)

Apa sebenarnya kes tersebut?

Azlina Jailani (42 tahun) berdaftar sebagai Lina Joy. Berbangsa Melayu berketurunan Jawa.

Beliau dibesarkan sebagai seorang Islam oleh keluarganya. Bagaimanapun Saudari Azlina mendakwa tidak pernah mempraktikkan Islam sejak lahir, beragama Kristian sepenuhnya sejak tahun 1990 dan mempunyai sijil Baptis. Beliau berhasrat untuk berkahwin dengan seorang Kristian berbangsa India dan memohon untuk mendaftarkan perkahwinan tersebut.
Permohonan beliau sejak tahun 2000 untuk membuang perkatan Islam dalam kad pengenalan tetapi tidak dibenarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) disebabkan tiada pengesahan Mahkamah Syariah. Mulanya beliau memohon di Mahkamah Tinggi satu perisytiharan bahawa beliau telah keluar Islam. Permohonan ini ditolak atas dasar mahkamah sivil tidak mempunyai bidangkuasa di bawah Perkara 121(1A) Perlembagaan Persekutuan. Beliau kemudian memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk tidak menyatakan agama dalamkad pengenalan. Setelah permohonan ini ditolak beliau merayu kepada Mahkamah Rayuan dan kini Mahkamah Persekutuan. Dalam kes ini, buat kali pertama Mahkamah telah membenarkan peguam pemerhati mewakili pelbagai pertubuhan berhujah. Kes inijuga mendapat perhatian pelbagai badan bukan Islam dan kedutaan asing. Siri kempen peringkatantarabangsa juga telah dilancarkan. Apa isu yang timbul dalam kes ini:􀁺 Sama ada seseorang Islam itu berhakmenggugurkan perkataan Islam dalam kad pengenalan dan kemudian membolehkannya menukar agama.

Sama ada kebebasan beragama mengikut Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan membenarkan seorang Melayu / Muslim mengisytiharkan diri keluar Islam dengan sendiri tanpa perlu pengesahan Mahkamah Syariah dan memilih agama lain. Apakah kesan kes ini sekiranya permohonan Azlina Jailani berjaya?
  1. Kedudukan istimewa Islam sebagai Agama Persekutuan dalam Perlembagaan tidak akan bermakna kerana kepentingan Islam tidak lagi dilindungi oleh Perlembagaan.
  2. Bidangkuasa Mahkamah Shariah akan terhakis kerana permohonan keluar dari Islam boleh diputuskan oleh hakim mahkamah sivil yang bukan pakar mengenai perundangan Islam termasuk hakim bukan Islam.
  3. Kerajaan negeri tidak boleh menggubal undang-undang menyekat dakyah agama lain kepada orang Islam.
  4. Selama ini MELAYU ditafsirkan sebagai beragama ISLAM. Membenarkan Azlina Jailani mengisytiharkan diri keluar Islam bermakna hubungan istimewa Melayu -Islam yang diiktiraf oleh Perlembagaan akan terhapus.
  5. Kes ini mencabar dan menghakis kedaulatan dan kuasa Raja-Raja Melayu dan MajlisAgama Islam Negeri-negeri.
  6. Menjejaskan Kuasa Mahkamah Shariah di negara ini dalam semua perkara berhubung dengan Islam.
  7. Orang Islam bebas menganut dan mengamal Islam mengikut kehendak dan tafsirannya sendiri. Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam tidak mempunyai hak untuk mengawalselia cara dan kaedah penganutan dan pengamalan agama Islam. Ini bermakna tidak ada tindakan penguatkuasaan boleh diambil ke atas orang Islam untuk kesalahan seperti berjudi, berkhalwat, berzina, minum arak dan sebagainya
maklumat penuh berhubung kes ini sila klik

3 comments:

  1. menang ke kalah dia ni memang dah murtad. ni bukan soal bley ke tak dia buang nama islam kat kad pengenalan tu. tapi ini persoalan yang lebih besar dari itu.

    kalau pun orang tak boleh buang nama islam kat kad pengenalan, ramai da orang yang buang islam dari hati mereka.

    untuk semua sahabat, buatlah apa yang patut untuk membantu. semoga diakhirat nanti kita tak dipersoal kerana hanya ternganga jek tgk orang lain memijak agama kita!

    Hidup Islam!
    Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:20 AM

    Allahu Akbar!

    Allahu ghayatuna,
    Ar-Rasulu Qudwatuna,
    Al-Quranu dusturuna,
    Al-jihadu sabiluna,
    Al-mautufi sabilillah asma amaanina.

    ReplyDelete