01 September 2006

aku pun nak sambut merdeka juga

dia kata: pembinaan patung dan tugu itu kurafat dan bertentangan dengan Islam
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara hari pahlawan, meletak kalung bunga itu upacara agama lain. berbahaya pada aqidah.
mereka kata: kamu tidak patriotik!


dia kata: upacara menyanyi2 bersuka ria menyambut merdeka tanpa batas itu merosakkan akhlak.
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara bunga api itu membazir dan menghabiskan duit rakyat.
mereka kata: kamu tidak patriotik!


dia kata: erti kemerdekaan sebenar bukan sekadar tiada lagi British di tanahair tapi merdeka sebenar ialah bila bebas fikizal, mental, undang-undang, deen dan segalanya dari penjajah atau thagut. mereka kata: kamu tidak patriotik dan kamu sasau!



aku kata: sampai bila pun kamu tidak akan habis bertelingkah sekiranya kamu menilai sesuatu dengan neraca yang berbeza. gunalah istilah apa pun untuk mentafsir erti kemerdekaan kamu. yang penting bukan pentafsiran siapa yang betul atau siapa yang lebih patriotik dari siapa. tapi yang lebih penting ialah usaha kamu sendiri memerdekakan hidup mu dari belenggu jahiliyyah, nafsu dan prasangka. apa guna negara kamu merdeka, maju kaya raya tapi jiwa-jiwa yang ada di dalamnya masih terikat dengan belitan-belitan hina yang mereka sendiri simpulkan. kesudahannya kita bertemu Allah pencipta kita sendiri, dengan amal, keikhlasan dan bukti bahawa kita telah benar-benar bebas dari dunia, syaitan dan nafsu. tidak sedikit pon ditanya.."berapa tahun sudah negara kamu merdeka?"- kerana kalau itu nilaiannya- nescaya rakyat Thailand memenuhi Jannah Allah nnt.

aku setuju dengan apa jua pendapat kau. asalkan ia neracanya sama.

Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan Selamat berjuang mencari kemerdekaan yang hakiki untuk semua.

aku: masih mengharap kemerdekaan ku yang hakiki iaitu bila layak melamar nikmat Syurga dengan mahar berharga sebuah keredhaan Pencipta ku. InsyaAllah.

6 comments:

  1. Betul! Neraca apakah yang awak, saya, mereka, dan kita gunakan?

    Kalau tak sama, betulkan dulu pembacaan neraca kita. Mungkin dah senget sikit, kena adjust sikit..

    "Merdeka? Merdekakah kita?"

    ReplyDelete
  2. neraca electronic mahupun neraca tuas. timbangannya pasti sama jika benda yg sama diukur. salam kemerdekaan. moga2 jiwa kita merdeka dari kekotoran dunia.

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:15 PM

    pabila insan melihat alam dgn mata fizikal semata2, warna hitam pun bleh jd putih,

    semoga kita, aku,kau n dia dlindungi Allah dr kesesatan n kebutaan,

    semoga mereka dberi ptunjuk, kembali k kebenaran

    ReplyDelete
  4. neraca atau kisah benar adelah rancangan 30menet di tv 3

    ReplyDelete
  5. dia kata: akulah patriot negaraku!
    aku kata: Malaysia kecik sgt....

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:14 PM

    nasib baik bukan 'real stories' dchannel 10, hoho

    ReplyDelete