25 September 2006
22 September 2006
dua puluh dua
"Dan dialah yang menidurkan kamu di malam hari dan dia mengetahui apa yang kamu kerjakan di siang hari, Kemudian dia membangunkan kamu pada siang hari untuk disempurnakan umur(mu) yang Telah ditentukan[ Kemudian kepada Allah-lah kamu kembali, lalu dia memberitahukan kepadamu apa yang dahulu kamu kerjakan.
Semoga Allah menerima taubah, mengurnia maghfirah, memberi sakinah dan menghadiah barakah dan menyinggah rahmah dalam hidup aku.
terima kasih pada Mak, Ayah dan Family. terima kasih anak-anak, bekas2 anak, sahabat-sahabat perjuangan dan semua kerana hadir dalam hidup ini.
Jazakumullah Khairann..
jua tidak dilupakan.. selamat hari lahir Fadli. habis sudah zaman membesar kamu! that's it! hehehe..jgn marah...
12 September 2006
06 September 2006
dengan izin Al Qawiyy
mereka akan terus membenci kau selagi mana engkau mempertahankan cara hidup engkau sebagai seorang hamba Allah (baca: mereka akan redha dengan engkau bila engkau menyerah diri dalam genggaman cara hidup mereka)
kau rasa siapa yang mampu selamatkan ummat ini? peringatan untuk aku dan semua. kita tahu Islam telah diperlaku sebegini. kita tidak redha ia diperlaku sebegini. kita pedih dan pilu. tapi ingat! Islam tidak akan kembali terpelihara dan bangkit dengan kepiluan dan kesedihan kita. tapi ia bangkit kembali bila ada insan-insan yang mahu menyahut cabaran menongkah arus (baca: enggan terus bebal) dan mengubah dengan semangat dan kefahaman (baca: enggan terus tenggelam dalam kekeliruan).
maka. perlu kau dan aku ingat. Islam tidak akan bangkit kembali dengan perundingan, perang, leptupkan diri, demonstrasi, simposium, konsert amal mahupun kain rentang. tapi Islam bangkit semula dengan adanya insan-insan yang terdidik aqidahnya dengan hakikat sebenar Uluhiyyah dan Rububiyyah Illahi, yang terbina akhlaqnya dengan mahmudah, yang bersih tasawwurnya dari ideologi-ideologi dan kefahaman bodoh, cita-cita jahiliyyah yang bebal. yang tersentuh jiwanya dengan tasawwuf dan ruhiyyah ibadahnya. yang membara semangatnya dengan Izzah Islam.
jangan berikan aku sebillion orang yang bernama Islam..
berikan aku seratus orang yang berjiwa Islam...
nescaya akan kugegar dunia. dengan izin dari Al Qawiyy, Rabb aku dan jua engkau..
Note: semua karikatur ini adalah salinan tanpa izin (baca: suka-suka aku jek nak ambil) dari web http://www.bendib.com hasil karya pelukis khalil@bendib.com.
04 September 2006
bila dhamir menjerit..bahagian ke 4
terduga sepilu-pilunya. terhiris sedalam-dalamnya. terluka sepedih-pedihnya. hati menangis. tp jiwa ini gagahkan juga. kerna Dia masih ada untuk mendengar rintihan hati ini...dan Dia menyambutnya dengan kalimah-kalimah indah dalam Al-An'am
33. Sesungguhnya kami mengetahui bahwasanya apa yang mereka katakan itu menyedihkan hatimu, (janganlah kamu bersedih hati), Karena mereka Sebenarnya bukan mendustakan kamu, akan tetapi orang-orang yang zalim itu mengingkari ayat-ayat Allah.
Dia mendengar..dan lebih mengenal erti kesedihan ini..
34. Dan Sesungguhnya Telah didustakan (pula) rasul-rasul sebelum kamu, akan tetapi mereka sabar terhadap pendustaan dan penganiayaan (yang dilakukan) terhadap mereka, sampai datang pertolongan Allah kepada mereka. tak ada seorangpun yang dapat merobah kalimat-kalimat (janji-janji) Allah. dan Sesungguhnya Telah datang kepadamu sebahagian dari berita rasul-rasul itu.
Dia memujuk..dan memperingat kebesaranNya35. Dan jika perpalingan mereka (darimu) terasa amat berat bagimu, Maka jika kamu dapat membuat lobang di bumi atau tangga ke langit lalu kamu dapat mendatangkan mukjizat kepada mereka (maka buatlah). kalau Allah menghendaki, tentu saja Allah menjadikan mereka semua dalam petunjuk sebab itu janganlah sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang jahil.
kau, sebagaimana jua aku..tiada apa. segalanya milik Dia
36. Hanya mereka yang mendengar sajalah yang mematuhi (seruan Allah), dan orang-orang yang mati (hatinya), akan dibangkitkan oleh Allah, Kemudian kepadaNyalah mereka dikembalikan.
beri kami petunjuk ya Allah..
ya Allah.. aku pilu, ya Allah
45. Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
pilu dan gentar. kau tidak rasa sebegitu? aku masih pilu dan gentar
46. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika Allah mencabut pendengaran dan penglihatan serta menutup hatimu, siapakah Tuhan selain Allah yang Kuasa mengembalikannya kepadamu?" perhatikanlah bagaimana kami berkali-kali memperlihatkan tanda-tanda kebesaran (Kami), Kemudian mereka tetap berpaling (juga).
47. Katakanlah: "Terangkanlah kepadaku jika datang siksaan Allah kepadamu dengan sekonyong-konyong, atau terang-terangan, Maka Adakah yang dibinasakan (Allah) selain dari orang yang zalim?"
aku tiada jawapannya ya Allah..
48. Dan tidaklah kami mengutus para Rasul itu melainkan untuk memberikan kabar gembira dan memberi peringatan. barangsiapa yang beriman dan mengadakan perbaikan, Maka tak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak pula mereka bersedih hati.
tiada apa melainkan ketabahan yang engkau campakkan di hati ini. itu sahaja yang mampu mengubat
49. Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka akan ditimpa siksa disebabkan mereka selalu berbuat fasik.
50. Katakanlah: Aku tidak mengatakan kepadamu, bahwa perbendaharaan Allah ada padaku, dan tidak (pula) Aku mengetahui yang ghaib dan tidak (pula) Aku mengatakan kepadamu bahwa Aku seorang malaikat. Aku tidak mengikuti kecuali apa yang diwahyukan kepadaku. Katakanlah: "Apakah sama orang yang buta dengan yang melihat?" Maka apakah kamu tidak memikirkan(nya)?"
inilah aku..tiada apa melainkan apa yang diberikan olehNya. benci bagaimanapun kau pada aku. itulah aku. aku tidak menjanjikan indah dunia mahupun jaminan syurga untukmu. sekadar mengajak teman menelusur jalan ke Syurga, meredah denai mencapai redha Pencipta kita. aku tiada apa. aku tiada apa.
52. Dan janganlah kamu mengusir orang-orang yang menyeru Tuhannya di pagi dan petang hari, sedang mereka menghendaki keridhaanNya. kamu tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatan mereka dan merekapun tidak memikul tanggung jawab sedikitpun terhadap perbuatanmu, yang menyebabkan kamu (berhak) mengusir mereka, (sehingga kamu termasuk orang-orang yang zalim).
dan ini jalanku semalam, harini dan selamanya. biarpun aku dikelilingi seberapa ramai. biarpun aku ditinggal sendirian. biar aku ditunjukkan kemenangan. biarpun aku dihancurkan di dalamnya.
53. Dan Demikianlah Telah kami uji sebahagian mereka (orang-orang kaya) dengan sebahagian mereka (orang-orang miskin), supaya (orang-orang yang Kaya itu) berkata: "Orang-orang semacam inikah di antara kita yang diberi anugerah Allah kepada mereka?" (Allah berfirman): "Tidakkah Allah lebih mengetahui tentang orang-orang yang bersyukur (kepadaNya)?"
Aku redha dengan ujian mu...
54. Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat kami itu datang kepadamu, Maka Katakanlah: "Salaamun alaikum. Tuhanmu Telah menetapkan atas Diri-Nya kasih sayang, (yaitu) bahwasanya barang siapa yang berbuat kejahatan di antara kamu lantaran kejahilan, Kemudian ia bertaubat setelah mengerjakannya dan mengadakan perbaikan, Maka Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
moga keampunan dan kasih sayang Allah itu milik kita
55. Dan Demikianlah kami terangkan ayat-ayat Al-Quran (supaya jelas jalan orang-orang yang saleh, dan supaya jelas (pula) jalan orang-orang yang berdosa.
kini aku tiada lagi pilu. aku terima segalanya sebagai dugaanMu. untuk aku dan untuk engkau.
mudahnya engkau lupa
mudahnya engkau lupa
mudahnya engkau lupa
mudah nya engkau lupa
mudahnya engkau lupa
adakah engkau tenang sebegitu? tanya sendiri hatimu. tanya betul-betul. sergah sedalam-dalamnya dhamirmu dengan persoalan ini. adakah engkau tenang sebegitu?
adakah engkau tenang sebegitu?..
wassalam.
jumpa nanti, sekiranya masih ingin bertemu..
01 September 2006
aku pun nak sambut merdeka juga
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara hari pahlawan, meletak kalung bunga itu upacara agama lain. berbahaya pada aqidah.
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara menyanyi2 bersuka ria menyambut merdeka tanpa batas itu merosakkan akhlak.
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: upacara bunga api itu membazir dan menghabiskan duit rakyat.
mereka kata: kamu tidak patriotik!
dia kata: erti kemerdekaan sebenar bukan sekadar tiada lagi British di tanahair tapi merdeka sebenar ialah bila bebas fikizal, mental, undang-undang, deen dan segalanya dari penjajah atau thagut. mereka kata: kamu tidak patriotik dan kamu sasau!
aku kata: sampai bila pun kamu tidak akan habis bertelingkah sekiranya kamu menilai sesuatu dengan neraca yang berbeza. gunalah istilah apa pun untuk mentafsir erti kemerdekaan kamu. yang penting bukan pentafsiran siapa yang betul atau siapa yang lebih patriotik dari siapa. tapi yang lebih penting ialah usaha kamu sendiri memerdekakan hidup mu dari belenggu jahiliyyah, nafsu dan prasangka. apa guna negara kamu merdeka, maju kaya raya tapi jiwa-jiwa yang ada di dalamnya masih terikat dengan belitan-belitan hina yang mereka sendiri simpulkan. kesudahannya kita bertemu Allah pencipta kita sendiri, dengan amal, keikhlasan dan bukti bahawa kita telah benar-benar bebas dari dunia, syaitan dan nafsu. tidak sedikit pon ditanya.."berapa tahun sudah negara kamu merdeka?"- kerana kalau itu nilaiannya- nescaya rakyat Thailand memenuhi Jannah Allah nnt.
aku setuju dengan apa jua pendapat kau. asalkan ia neracanya sama.
Selamat Hari Merdeka untuk Malaysia dan Selamat berjuang mencari kemerdekaan yang hakiki untuk semua.
aku: masih mengharap kemerdekaan ku yang hakiki iaitu bila layak melamar nikmat Syurga dengan mahar berharga sebuah keredhaan Pencipta ku. InsyaAllah.






