kau rasa siapa yang mampu selamatkan ummat ini?
peringatan untuk aku dan semua. kita tahu Islam telah diperlaku sebegini. kita tidak redha ia diperlaku sebegini. kita pedih dan pilu. tapi ingat! Islam tidak akan kembali terpelihara dan bangkit dengan kepiluan dan kesedihan kita. tapi ia bangkit kembali bila ada insan-insan yang mahu menyahut cabaran menongkah arus (baca: enggan terus bebal) dan mengubah dengan semangat dan kefahaman (baca: enggan terus tenggelam dalam kekeliruan).
maka. perlu kau dan aku ingat. Islam tidak akan bangkit kembali dengan perundingan, perang, leptupkan diri, demonstrasi, simposium, konsert amal mahupun kain rentang. tapi Islam bangkit semula dengan adanya insan-insan yang terdidik aqidahnya dengan hakikat sebenar Uluhiyyah dan Rububiyyah Illahi, yang terbina akhlaqnya dengan mahmudah, yang bersih tasawwurnya dari ideologi-ideologi dan kefahaman bodoh, cita-cita jahiliyyah yang bebal. yang tersentuh jiwanya dengan tasawwuf dan ruhiyyah ibadahnya. yang membara semangatnya dengan Izzah Islam.
jangan berikan aku sebillion orang yang bernama Islam..
berikan aku seratus orang yang berjiwa Islam...
nescaya akan kugegar dunia. dengan izin dari Al Qawiyy, Rabb aku dan jua engkau..
Note: semua karikatur ini adalah salinan tanpa izin (baca: suka-suka aku jek nak ambil) dari web http://www.bendib.com hasil karya pelukis khalil@bendib.com.
"Bantal terempuk buat jiwa Islam"
ReplyDelete- Suatu sahutan kepada seruan -
insan yang miliki jiwa,
insan yang sujud rukuk,
biar diri tak berdaya,
biar hati berkecamuk,
walau disuruh baru mara,
walau selalu berpujuk,
ingin jua bersama,
ingin jua memeluk,
bantal di syurga,
bantal terempuk,
tak layak memberi jiwa,
tak miliki hati khusyuk,
tetap berdoa tiap masa,
tetap berdoa agar tawaduk,
inginkan bantal di syurga,
inginkan bantal terempuk,
diri ini moga moga,
diri ini kan memeluk,
bantal di syurga,
bantal terempuk.
waaidduu mastata'tum...
ReplyDeletekl stakat doa n yakin xkan jadik nyer... tahniah kpd iran..