22 September 2011

Macam Orang Gila

Alhamdulillah. Kali ini entry ini ditulis oleh orang yang sudah genap usianya 27 tahun (sudah tentunya tahun masihi). Alhamdulillah, tandanya tuan punya blog ini masih bernyawa, masih berakal, masih berkudrat menulis dan tentunya masih diberi peluang berkongsi makna kehidupan dalam ruangnya tensendiri. Segala puji bagi Dia.
Setiap kali ketempat kerja, kebetulan ketika kerja shift malam ni, saya akan berkata sesuatu kepada diri sendiri setiap kali merenung ke bangunan Modbury Hospital. Dalam hati tak putus-putus terlintas ingatan yang “this is real..” hidup ni bukan main-main lagi. Pelik tapi betul.

Dulu masa saya tingkatan 2,3..antara hobi saya yang paling kronik ialah berangan. Dapat sehelai kertas, sebatang pen..macam-macam yang saya angankan akan saya lakarkan. Tulis nama Dr Rozanizam, listkan qualification olok2 sendiri, lukis bangunan hospital, buat carta organisasi hospital sendiri, create logo hospital..macam-macam lagi..macam orang gila. Dalam kepala berangan tanpa batasan.

Hari ini bila saya semula, dalam masa sepuluh tahun, Allah telah tukar sebahagian angan-angan saya itu sebagai sesuatu yang betul-betul terjadi.

Cuma yang berbezanya. Kalau dulu, bila saya bosan atau tak rasa seronok, saya padam/potong atau buangkan kertas itu. Tapi tidak lagi hari ini. Tiada yang boleh dipadam sebegitu sahaja..kerana semuanya betul, benar dan bukan mimpi.

Ada kerja, ada isteri, ada anak, ada kehidupan sendiri yang perlu diuruskan dengan jalan yang tersendiri. Tiada Pause, Stop button atau seumpamanya.

Maha suci Allah mengatur kehidupan ini sedemikian rupa. Saya tidak pernah lupa detik-detik Allah menyusun semua ini sehingga jadi seperti ini hari ini. Manis, pahit dan pedih yang tersusun akan kekal jadi cebisan yang menyususn siapa saya hari ini.

Untuk yang sudi membaca coretan ini, percayalah, tidak ada yang mustahil dengan izin Allah dalam kehidupan ini. Sementara masih banyak ruang kosong pada kanvas kehidupan kita. Lakarlah sepuasnya. Kerana kita tidak pasti bila ia akan berhenti.
Jangan penat bermimpi. Kerana Allah tidak pernah penat mendengar.

Dr Nizam Zakaria
Paeds/ED RMO,
Night Shift,
0220am, Modbry Hospital

2 comments:

  1. alhamdulillah..ni paed, nk tanya ckit..
    husna kurang minum susu waktu siang tp kerap menyusu waktu malam..mcm reverse cycle..normal tak mcm tu? she is fully breastfeeding. kalau boleh xmo campur ngn fm..tp risau juga takut xckup zat sbb siang kurnag nysu..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Bukan ko kito bertigo (rosnizam & eden)maso tingkatan 2 slalu datang klas time petang2 buat nota kecik N tulis nota kat papan Itam.. Buat keje-keje sains tak silap den Tentang Ekosistem.. Den main basikal ko je.. hehe

    Mase pertandingan masak2 sekolah rendah den pakai beskal ko balik rumah amik ramuan memasak.. sebab tanam kebun sayur kat skolah..
    Dari Kecik Sampai la Beso memang Den asyik pinjam beskal ko je.. hehe..

    Den masih ingat lagi tentang Surat Yang ko hantar kek den Sobab den tak g skolah agamo (ponteng). masih den simpan..

    Syukur Allhamdulillah.. kadang2 bila dipikirkan memang dari kecil 3 trio ini memiliki watak yang berbeza sewaktu kecil.

    Terimalah setiap ketentuan Ilahi. Yakinlah, susunan Allah sentiasa yang terbaik buat hamba-hamabNya. Allah tidak akan mengatur sesuatu yang sia-sia,

    Insyallah bertemu laie..

    Mr.M
    Nilai negri 9,
    Malaysia,
    10:29am.

    ReplyDelete