29 May 2008

..Kan Allah Ada

Dedikasi khas untuk seorang sahabat yang Allah lemparkan batu di kolam indahnya…

(5/28/2008 8:56:51 PM): salam
(5/28/2008 8:56:51 PM): apsal down?
(5/28/2008 8:57:02 PM): hurm...
(5/28/2008 8:57:12 PM): sket jek

tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) Yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga Yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di Dalam Kitab (pengetahuan kami) sebelum Kami menjadikannya; Sesungguhnya mengadakan Yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa Yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) Dengan apa Yang diberikan kepada kamu. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang Yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (57: 22-23)

genggamlah ayat ini. inilah yang selalu memujuk hati ini bila kadang-kadang terasa sempit dada…

(5/28/2008 9:08:33 PM): nta?
(5/28/2008 9:08:50 PM): ana?
(5/28/2008 9:08:58 PM): ha ah
(5/28/2008 9:09:08 PM): sakit ape..??

(5/28/2008 9:09:14 PM): bukan
(5/28/2008 9:09:16 PM): nta ok ke
(5/28/2008 9:09:21 PM): kata down
(5/28/2008 9:09:25 PM): risau plak dgr
(5/28/2008 9:09:29 PM): owh...
(5/28/2008 9:09:40 PM): insyaAllah ok kot

Sesungguhnya orang-orang Yang menegaskan keyakinannya Dengan berkata: "Tuhan Kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan Yang betul, akan Turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian Yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan Terimalah berita gembira Bahawa kamu akan beroleh syurga Yang telah dijanjikan kepada kamu. 41: 30

Ini fussilat yang sebenar…

(5/28/2008 9:09:55 PM): ana nak ckp pon susah, apa2 ana ckp pon nta yg rasa sendiri
(5/28/2008 9:10:06 PM): ana doakan antum diberi kekuatan
(5/28/2008 9:10:07 PM): iA
(5/28/2008 9:10:15 PM): syukran

(5/28/2008 9:10:20 PM): apa2 pon Allah dah susun yg terbaik utk kita
(5/28/2008 9:10:46 PM): insyaAllah

lalu Kami berikan kepadanya berita Yang mengembirakan, Bahawa ia akan beroleh seorang anak Yang Penyabar. 37: 101

Ana tahu, nta anak yang sabar.. sebagaimana Nabi Ismail yang dipuji Allah dalam As Soffat ini…

kecuali orang-orang Yang sabar dan mengerjakan amal soleh maka mereka itu akan beroleh keampunan dan pahala Yang besar. 11:11

(5/28/2008 9:10:57 PM): senang plak nk menangis mlm ni
(5/28/2008 9:10:59 PM): haih

Biarlah Allah dan Rasul memujuk hatimu..

(sebenarnya) apa Yang ada pada kamu akan habis dan hilang lenyap, dan apa Yang ada di sisi Allah tetap kekal; dan Sesungguhnya Kami membalas orang-orang sabar Dengan memberikan pahala Yang lebih baik dari apa Yang mereka telah kerjakan. 16:96

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.” (Riwayat al-Hakim)

Kerana Dia telah lama menyediakan pujukannya..
Sekalipun kita baru mengeluh..

Kolam yang indah itu, akan makin indah bila dilempar batu…


Moga diberi kekuatan akhi..
wassalam

Saudaramu,
Klemzig, 159am

26 May 2008

terima kasih Murabbi Impian

terima kasih kepada mereka yang sudi singgah dalam hidup ini, dan memimpin hati ini. kepada mereka yang pernah mengajar, memimpin, mendidik, menegur, mengasihi, menyabari, menggerak dan memulakan segalanya buat diri ini. dari mula hingga akhir..

terima kasih kerana tidak meninggalkan saya dulu..

jazakallah khairan



Runut Bunyi Asal "Sang Murabbi"

Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi
Ribuan langkah kau tapaki
Pelosok negri kau sambangi

Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu
Tanpa kenal lelah jemu
Sampaikan firman Tuhanmu

Terik matahari
Tak surutkan langkahmu
Deru hujan badai
Tak lunturkan azzammu

Raga kan terluka
Tak jerikan nyalimu
Fatamorgana dunia
Tak silaukan pandangmu

Semua makhluk bertasbih
Panjatkan ampun bagimu
Semua makhluk berdoa
Limpahkan rahmat atasmu

Duhai pewaris nabi
Duka fana tak berarti
Surga kekal dan abadi
Balasan ikhlas di hati

Cerah hati kami
Kau semai nilai nan suci
Tegak panji Illahi
Bangkit generasi Robbani

Penghargaan kepada Kumpulan Nasyid Izzatul Islam

p/s juga buat mereka-mereka yang sejalan, sahabat-sahabat seperjuangan, anak-anak usrah kini, bekas-bekas anak usrah yang kini makin dewasa dan mula menanggung bersama dan istimewa buat isteri tercinta. antum jua murabbi yang istimewa....


salam sayang,

17 May 2008

tiada senda dalam bicara




Kamu tidak akan mati sekiranya kamu memboikot
tetapi sekiranya kamu tidak memboikot...
akan ada jiwa yang mati kerananya

jiwa ini juga tidak pernah serius menghayatinya sebelum ini
moga aku tidak tinggalkan jasad ini
sebelum pernah mencuba


Mari menepis peluru, sebelum ia singgah ke sana

BOIKOT!

10 May 2008

bukan sekadar seutas tali unta

dalam sibuk kita memerhati maki hamun hulubalang-hulubalang dan panglima istana terhadap Karpal Singh. dalam asyik kita melihat tuan-tuan punya kerusi-kerusi empuk dewan rakyat saling bercakaran tentang siapa yang menjadi jaguh ketuanan rakyat atau ketuanan melayu atau ketuanan menantu. mana-mana sajalah. dalam keenakkan kita membaca tentang tentang justice for all..tantuya dengan terdakwanya RPK. kita sebenarnya dilupakan dengan suatu perkara yang jauh lebih besar dari itu.

bukan,
bukan soal beras yang menjadi makanan kita. sebab habis atau mahalnya beras. bila-bila kita boleh beralih kepada roti, pizza atau pasta.

tapi ini soal akidah ummah. yang berilah apa pun sebagai ganti. kita akan tewas sebelum menemuinya. kerana ini tiada ganti.

kita dikaburkan dari berita sebenar tentang kemurtadan Siti Fatimah Tan Abdullah yang keluar dari islam setelah bercerai dengan seorang lelaki iran, Ferdoun Ashanian. beliau yang kembali kepada Budha bukan murtad kelmarin, setelah mahkamah tinggi syarie Pulau Pinang meluluskan permohonan murtad nya. tetapi telah murtad lama. hujahnya dia tidak pernah mengikuti ajaran islam pon. dan begitu juga si hakim yang bijak bistari itu berhujah dan menyokong permohonan murtad beliau sekaligus mencipta nama sebagai keputusan mahkamah pertama seumpamanya sejak malaya merdeka yang membenarkan seorang murtad!


ramai yang mungkin berhujah...
tak pe lah. dia memang sudah murtad pon. dah tak ikut ajaran islam pun. apa yang nak dibisingkan. salah majlis agama Islam PP la yg tak mendidik muallaf-muallaf ini sehinggakan ramai yang murtad selepas bercerai...

assalamualaikum!

persoalan ini bukan soal siti fatimah tan abdullah atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang! bukan juga soal Sisters in Islam atau Lina Joy!

tapi ini soal ketuanan aqidah!
kenapa kita menolak penghakiman membenarkan murtad?
kerana dalam undang-undang Malaysia TIDAK ADA sebarang klause yang menetapkan orang islam tidak dibenarkan meninggalkan agama islam. dalam bahasa mudah, silalah murtad siapa yang berhajat, tidak ada denda 500 ringgit, penjara lima bulan jika sabit kesalahan apatah lagi rejam merejam. jauh sekali!

maka
yang tinggal untuk menyelamatkan aqidah ummah ini dari sudut perundangan hanya 3
1. hakim yang tidak bebal
2. tiada case sebelum yang boleh dirujuk
3. tiada hakim yang sangat-sangat bebal

maka hari ini, setelah adanya hakim yang memutuskan case ini dengan membenarkan hamba Allah ini murtad, maka ia akan dijadikan case rujukan (baca: orang lain akan kata..kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh) kepada beribu-ribu lagi orang yang telah, sedang dan akan murtad!

maka,
orang akan masuk dan keluar islam seperti masuk tandas di KLCC bermodalkan 30 sen sudah memadai.

tidak tamat disitu,
jaguh-jaguh riddah itu nanti akan masuk sekali ke parlimen dan kali ini bangkit untuk mempersoalkan pula tentang soal perebutan anak, perebutan harta pusaka dan macam-macam lagi yang semuanya sebelum ini gagal dilaungkan.

kita tahu dia sudah murtad lama. kita tau lina joy juga sudah murtad lama. kita juga tahu ramai yang diluarsana hanya bernama islam semata-mata. tetapi undang-undang masih memihak kepada kita untuk mempertahankan sekurang-kurangnya maruah agama ini.

benarlah kata-kata saidina Umar, apa-apa yang tidak boleh dilaksanakan oleh Alquran, akan dilaksanakan oleh kekuasaan. maksudnya, biarpun semua orang mengetahui kebaikan dan keindahan islam, namun kita masih memerlukan kekuasaan untuk menegakkannya. kita boleh menyemai sifat kasih sayang, menghormati jiran dan sebagainya dengan kempen-kempen. tapi soal mempertahankan islam, kita perlukan kekuasaan, kalaupun bukan dengan pedang dan perisai.

sedihnya kita tidak tahu
tidak tahu cerita dan berita
tidak tahu duka dan airmata
tidak tahu apa yang perlu kita rasa

penyelesaian

pertama, hendak atau tidak kita mesti memulakan jalan penyelesaian yang lebih drastik. undang-undang anti murtad perlu digubal SESEGERA mungkin. kerajaan hari ini akan bertanggungjawab di hadapan Allah sekiranya mereka gagal menyempurnakan amanah Allah ini. dalam kita sibuk dengan Social Contract melayu-cina-india, jangan kita lupa contract kita yang lebih besar dengan Allah SWT

"Aku bersaksi tiada ilah yang disembah selain Allah"

kedua, ummah harus terus meyakini bahawa apa yang berlaku menunjukkan kita makin jauh dari jalan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. ada yang meletakkan harapan, menanti sinar baru dengan mengharapkan sekerat dua pemimpin untuk menjunjung agama ini. percayalah. once politician, always politician. merubah masa depan islam menggunakan jalan politik makin banyak mengundang duka dari cita-cita.

oleh itu, ummah harus bangkit sebagaimana sebelumnya. seperti kata imam hassan Al Banna, ummah hari ini tidak akan mampu diperbaiki, melainkan dengan cara umah terdahulu diperbaiki. maka, tarbiyyah harus dipandang serius. kerana itulah jalan terbaik membina ummah. jangan impikan pemimpin yang akan memerangi orangyang enggan meyerahkan tali untanya untuk zakat, selagi kita tidak punya ummah yang terbina seperti ummah ketika itu.

maka hari ini siapa yang untung? dan siapa pula yang rugi?

07 May 2008

warkah dari sisi sebuah bahtera

Perjuangan ini ibarat meredah ke muara. Perjalanan masih panjang. Kalau asyik berbicara tentang sampan dan cara kayuhan dayung orang lain. aku akan hanyut. hakikat perjuangan ini bukan siapa yang memiliki kapal, pendayung tercantik atau nakhoda terhebat. Tapi perjuangan ini tentang membawa diri aku dan manusia yang bersamaku sampai kepenghujung jalan dengan keyakinan yang sebenar-benarnya.

Biar aku diam tetapi kapal terus bergerak lebih baik dari bising tetapi kapal terumbang ambing mencari sasaran. Pelayaran ini bukan untuk manusia datang dan pergi menginap diatasnya melihat hebat atau tidak nakhodanya, tetapi untuk mereka yang berani melangkah ke atasnya, berdiri dan sama-sama mendayung ke penghujungnya. Jalan masih panjang..

Akhirnya ia tentang kita..

“dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya, dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya Kitab (suratan amalnya) Yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya). (lalu Kami perintahkan kepadanya): "Bacalah Kitab (suratan amalmu), cukuplah Engkau sendiri pada hari ini menjadi penghitung terhadap dirimu (tentang Segala Yang telah Engkau lakukan)". 17: 13-14


Akhirnya ia tentang aku..


“dan sesiapa Yang berjuang (menegakkan Islam) maka Sesungguhnya Dia hanyalah berjuang untuk kebaikan dirinya sendiri; Sesungguhnya Allah Maha kaya (tidak berhajatkan sesuatupun) daripada sekalian makhluk”. 29:6

Pelayaran ini bukan terbina dengan ukiran cantik bahteranya atau merdu siulan lagu temanya. Bukan juga dari ramainya yang bersorak menyokongnya. Tetapi perjuangan ini terbina dari titis peluh dan darah. Jua dari sumpah dan airmata pejuang sebelumnya.

Perjuangan ini bukan terbina dengan slogan, persatuan, cerita atau apa-apa berita. Perjuangan ini terbina dari jiwa yang berkorban di atasnya. Dari mereka yang sempit duit kerananya, gagal periksa kerananya, sesak dada kerana, kering airmata menanggungnya. Bukan peluk tubuh dan menjaja cela yang memenuhi lidah. Kami tidak pernah katakan kami yang terbaik dan tinggalkan segala yang selain dari kami. Sebagaimana kami bersangka baik dengan yang selainnya..sebegitu jugalah yang kami harapkan sebaliknya.

Perjuangan ini pernah teruji dengan seorang manusia yang ingin memadamkannya. Perjuangan ini pernah teruji dengan sekumpulan manusia yang ingin menutupnya. Perjuangan ini pernah diuji dengan pihak berkuasa yang ingin menghancurkannya. Tetapi yang mampu kukatakan hanya satu. Ia bukan milikku. Ia milik Yang Esa. Dan bila dia menyempurnakannya..maka dia akan menyempurnakannya. Jika dia mentakdirkan kami hancur didalamnya. Maka hancurlah kami. Tapi satu yang tidak akan berubah..perjuangan ini akan kekal seadanya.

“jika kamu tidak berangkat (untuk berperang pada jalan Allah), Allah akan menyeksa kamu Dengan azab seksa Yang tidak terperi sakitnya dan ia akan menggantikan kamu Dengan kaum Yang lain, dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” 9:39

Gelombang datang dan pergi. Kadangkala riak kadangkala badai yang singgah. Namun yang takkan berubah adalah pelayaran ini dan jalan jauh menuju penghujungnya. Hari ini badai datang, kita sama-sama berserah pada Al Khaliq, berusaha sedayanya dan terus mendayung. Suatu hari nanti, bila badai ini reda, kita akan tersenyum dan merenung kembali, betapa indahnya pertolongan Allah.

Berdirilah dihujung kapal ini. Perhatikan setiap kederat tubuh yang mendayungnya. Mereka ini dulu seperti aku. Terkapai-kapai berenang mencari nafas sambil menepis gelombang. Tetapi hari ini mengerah kudrat menanggung sebuah pelayaran. Perhatikan setiap satu antara mereka. Semuanya punya cerita. Setiapnya punya duka dan gembira. Airmata dan tawa. Yang kita kongsi bersama.

Bagaimana cerita dan berita pun dari luar sana. Kami tetap di sini. Kerana kami punya urusan yang lebih besar dari sekadar bertukar cerita dan berita.

Dan hari ini, aku berdiri disisi kapal ini. Ditanganku ada pendayung milikku. Di sekelilingku ada sahabat seperjuangan yang sedang hebat mendayung. Di sini ada kapal yang telah menyelamatkanku…dan disana ada jalan bergelombang yang menanti untuk diredah…dan yang pasti dihadapan ada muara keredhaan yang menanti kami dan kapal-kapal yang lain.

Moga nanti, akhirnya kita ke syurga bersama..

Demi Allah..

Biarpun aku hancur didalamnya..

Biarlah aku hancur dalam keadaan aku menanggung risalah ini..