10 May 2008

bukan sekadar seutas tali unta

dalam sibuk kita memerhati maki hamun hulubalang-hulubalang dan panglima istana terhadap Karpal Singh. dalam asyik kita melihat tuan-tuan punya kerusi-kerusi empuk dewan rakyat saling bercakaran tentang siapa yang menjadi jaguh ketuanan rakyat atau ketuanan melayu atau ketuanan menantu. mana-mana sajalah. dalam keenakkan kita membaca tentang tentang justice for all..tantuya dengan terdakwanya RPK. kita sebenarnya dilupakan dengan suatu perkara yang jauh lebih besar dari itu.

bukan,
bukan soal beras yang menjadi makanan kita. sebab habis atau mahalnya beras. bila-bila kita boleh beralih kepada roti, pizza atau pasta.

tapi ini soal akidah ummah. yang berilah apa pun sebagai ganti. kita akan tewas sebelum menemuinya. kerana ini tiada ganti.

kita dikaburkan dari berita sebenar tentang kemurtadan Siti Fatimah Tan Abdullah yang keluar dari islam setelah bercerai dengan seorang lelaki iran, Ferdoun Ashanian. beliau yang kembali kepada Budha bukan murtad kelmarin, setelah mahkamah tinggi syarie Pulau Pinang meluluskan permohonan murtad nya. tetapi telah murtad lama. hujahnya dia tidak pernah mengikuti ajaran islam pon. dan begitu juga si hakim yang bijak bistari itu berhujah dan menyokong permohonan murtad beliau sekaligus mencipta nama sebagai keputusan mahkamah pertama seumpamanya sejak malaya merdeka yang membenarkan seorang murtad!


ramai yang mungkin berhujah...
tak pe lah. dia memang sudah murtad pon. dah tak ikut ajaran islam pun. apa yang nak dibisingkan. salah majlis agama Islam PP la yg tak mendidik muallaf-muallaf ini sehinggakan ramai yang murtad selepas bercerai...

assalamualaikum!

persoalan ini bukan soal siti fatimah tan abdullah atau Majlis Agama Islam Pulau Pinang! bukan juga soal Sisters in Islam atau Lina Joy!

tapi ini soal ketuanan aqidah!
kenapa kita menolak penghakiman membenarkan murtad?
kerana dalam undang-undang Malaysia TIDAK ADA sebarang klause yang menetapkan orang islam tidak dibenarkan meninggalkan agama islam. dalam bahasa mudah, silalah murtad siapa yang berhajat, tidak ada denda 500 ringgit, penjara lima bulan jika sabit kesalahan apatah lagi rejam merejam. jauh sekali!

maka
yang tinggal untuk menyelamatkan aqidah ummah ini dari sudut perundangan hanya 3
1. hakim yang tidak bebal
2. tiada case sebelum yang boleh dirujuk
3. tiada hakim yang sangat-sangat bebal

maka hari ini, setelah adanya hakim yang memutuskan case ini dengan membenarkan hamba Allah ini murtad, maka ia akan dijadikan case rujukan (baca: orang lain akan kata..kalau dia boleh, kenapa aku tak boleh) kepada beribu-ribu lagi orang yang telah, sedang dan akan murtad!

maka,
orang akan masuk dan keluar islam seperti masuk tandas di KLCC bermodalkan 30 sen sudah memadai.

tidak tamat disitu,
jaguh-jaguh riddah itu nanti akan masuk sekali ke parlimen dan kali ini bangkit untuk mempersoalkan pula tentang soal perebutan anak, perebutan harta pusaka dan macam-macam lagi yang semuanya sebelum ini gagal dilaungkan.

kita tahu dia sudah murtad lama. kita tau lina joy juga sudah murtad lama. kita juga tahu ramai yang diluarsana hanya bernama islam semata-mata. tetapi undang-undang masih memihak kepada kita untuk mempertahankan sekurang-kurangnya maruah agama ini.

benarlah kata-kata saidina Umar, apa-apa yang tidak boleh dilaksanakan oleh Alquran, akan dilaksanakan oleh kekuasaan. maksudnya, biarpun semua orang mengetahui kebaikan dan keindahan islam, namun kita masih memerlukan kekuasaan untuk menegakkannya. kita boleh menyemai sifat kasih sayang, menghormati jiran dan sebagainya dengan kempen-kempen. tapi soal mempertahankan islam, kita perlukan kekuasaan, kalaupun bukan dengan pedang dan perisai.

sedihnya kita tidak tahu
tidak tahu cerita dan berita
tidak tahu duka dan airmata
tidak tahu apa yang perlu kita rasa

penyelesaian

pertama, hendak atau tidak kita mesti memulakan jalan penyelesaian yang lebih drastik. undang-undang anti murtad perlu digubal SESEGERA mungkin. kerajaan hari ini akan bertanggungjawab di hadapan Allah sekiranya mereka gagal menyempurnakan amanah Allah ini. dalam kita sibuk dengan Social Contract melayu-cina-india, jangan kita lupa contract kita yang lebih besar dengan Allah SWT

"Aku bersaksi tiada ilah yang disembah selain Allah"

kedua, ummah harus terus meyakini bahawa apa yang berlaku menunjukkan kita makin jauh dari jalan sebenar yang dibawa oleh Rasulullah SAW. ada yang meletakkan harapan, menanti sinar baru dengan mengharapkan sekerat dua pemimpin untuk menjunjung agama ini. percayalah. once politician, always politician. merubah masa depan islam menggunakan jalan politik makin banyak mengundang duka dari cita-cita.

oleh itu, ummah harus bangkit sebagaimana sebelumnya. seperti kata imam hassan Al Banna, ummah hari ini tidak akan mampu diperbaiki, melainkan dengan cara umah terdahulu diperbaiki. maka, tarbiyyah harus dipandang serius. kerana itulah jalan terbaik membina ummah. jangan impikan pemimpin yang akan memerangi orangyang enggan meyerahkan tali untanya untuk zakat, selagi kita tidak punya ummah yang terbina seperti ummah ketika itu.

maka hari ini siapa yang untung? dan siapa pula yang rugi?

9 comments:

  1. Anonymous11:11 AM

    salam..saye sgt stuju ngan opinion saudara dlm kes murtad ni. Isu akidah adalah isu besar dlm dunia ISLAM ari ni. Perlu kpd satu undang2 utk mengekang hal ini. Akan ttp saye kurang setuju dgn mempublisitikan hal2 murtad ini, kerana ini akan menyebabkan org yg xtau akan jd tau-sbg mana saudara sbut dlm artikel saudara-yg takde kes rujukan,tiba2 ada kes rujukan..hal murtad ini mestilah ditangani dgn kadar publisiti yg sedikit. Bilangan org yg memeluk ISLAM yg sepatutnya dibesar2kan dan sememangnya ia bilangan yg besar. Semoga ALLAH permudahkan kerja kita .Maybe kita bekerja di atas bahtera berlainan tp arah tujuan kita satu..InsyaALLAH

    ReplyDelete
  2. wassalam. kalau tidak ditulis disini atau diblog mana-mana pon. publisitinya telah meluas. cuma intrepetasinya je yg berbeza. skrg ni pun beratus-ratus case pending di mahkamah sebab hakim2 takut nak wat decision. skrg ni lawyer2 pro-murtad ini akan terus bergerak satu langkah kehadapan sebab kita dah undur seratus langkah ke belakang.

    peguam-peguam ni bukan baca blog nak tau apa case terbaru psl murtad. tp mereka literally hafal every single court prociding. dah keje diorg.

    nak xnak kita perlu publisize sebab political force shj yg bley diguna skrg ini utk short term relief. otherwise kita kene tunggu lagi lapan kurun sebelum hal ni setle.

    xcaya surver la dlm ym list anda berapa percent yg akan tau isu ni kalau xdiberitahu?

    jzkh kh kerana sudi membaca

    ReplyDelete
  3. Anonymous11:24 AM

    stuju dgn nizam

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:29 PM

    salam..saya mtk maaf kiranya komen saya bertentangan dgn pendirian saudara. saya sgt setuju dgn opinion saudara dan saya x halang utk hal ini di publitised. saya juga x pernah anjurkan utk kita undur 1 langkah dalam hal perjuangkan tauhid, apatah lagi utk undur 100 langkah. perjuangan tauhid x akan penah tamat. saya sekadar meluahkan pendapat saya dan saya berlapang dada skiranya saudara punyai pendapat yg lebih baik. Harap lebih byk ilmu yg kita dpt kongsikan bersama dlm melayarkan perjuangan ini. mohon diberi bimbingan..

    ReplyDelete
  5. sbb tuh kne ade politicians beriman... or at least yg ade otak

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:32 PM

    ape definasi beriman?Adekah politicians kite ari ni x beriman? Diorang kafir ke ar?

    ReplyDelete
  7. hmm mahkamah syariah tak amalkan binding precedent case..dia ikut fakta semasa(syariah)..sebenarnye kita tak tau lagi ape judgement hakim,selain dari versi akhbar..saya melihat*cuba bersangka baik* hakim bukan benarkan dia murtad tetapi tidak mengiktiraf keislaman dia sbb tak pernah dengan rela memeluk Islam..perjuangan mempertahankan Akidah terus perlu diperjuangkan tetapi jalan perundangan bukan cara utama kita..sejahterakn aqidah semua individu muslim semampu kita..undang2 sekadar kosmetik menutup wajah yang hodoh..tp ia perlu..wallahu`allam -tak research abis lgi-

    ReplyDelete
  8. Anonymous8:25 PM

    saya stuju la ngan mujahid..kes tan tu mmg spatutnya hakim jatuh hukum bg dia kuar dari Islam sbb dia tak pernah amalkan Islam walau dah terima Islam. Sekiranya dia masih lagi dianggap org Islam, dia akan memburukkan imej Islam je.

    ReplyDelete
  9. Anonymous2:16 PM

    pembetulan...Seperti kata imam hassan Al Banna, ummah hari ini tidak akan mampu diperbaiki, melainkan dengan cara umah terdahulu diperbaiki..ayat ini bukan dari hassan al-banna..ayat ini dari imam malik..rujuk kitab2 imam malik or kitab2 syarah kitab imam malik..kata2 pujangga beliau yg sgt m'dalam maknanye..hm..xyh nk salahkn sape2..salahkn r diri sniri..if hakim tu xjthkn hukuman murtad pn,dia mmg dh mutad..mase dia convert,ade dikalangan kita yg approach dia?bkn di malaysia saja..di seluruh dunia ramai muallaf mutad..riddah pn pe kurangnye..org melayu jalinkn ukhuwah ngn org mlayu je..yang india,cina,pure white,pure black,arab,indon dibiarkan..golongan profesional dgn profesional..di mana pertemuan stiap golongan dan kaum ini?mane ek?di sunnah nabiku..bilal dr pure black,salman dr parsi,abu zar kabilah luar,tamim ad-dari dr bani israel..islam bkn utk mlayu,bkn utk mlasia..islam utk sluruh umat manusia..islam utk sluruh alam..fikir nabi sluruh alam,fikir nabi seluruh ummat..tertib nabi utk sluruh umat,tertib nabi utk sluruh alam..

    ReplyDelete