20 February 2008

Mitsaqan Ghaliza 2

kalau ditanya pada ikhwah al-itqan, mungkin semuanya akan mengangguk kalau ditanya tentang dua jenis ikatan atau "aqad" (ni ayat berbaik sangka ni.. nanti saya tanya betul2! pengsan). Bukan kerana kami berbincang tentang bab munakahat dari Bahrul Mazi atau Sahih Muslim, bukan juga kami berbincang tentang bab muammalat buku Pelangi Pendidikan Agama Islam SPM cetakan ke 8 atau Fiqh Manhaji Syafieyah. tapi kami ketika itu berbincang tentang bab 1 Aqidah kepda Allah dalam halaqah mingguan.

Aqidah itu dari perkataan Aqada "'ain-qaf-dal" yang bermaksud ikat (terima kasih yang membetulkan ejaan). maka aqidah kepda Allah itu maksudnya ikatan dengan Allah. cuma saya menggunakan analogi ikatan zahir dan batin untuk kita lebih memahami hakikat aqidah ini dengan bahasa yang lebih mudah. jauh dari teknik penerangan 'kitab kuning' yang saya sendiri kad ang-kadang tak faham.
dalam dunia ini ada dua jenis ikatan. ikatan zahir dan ikatan batin. ikatan zahir, zahirnya adalah ikatan yang visible. contohnya ikatan tali kasut, ikatan barang-barang garage sale di atas troli untuk bawa barang junior baru pindah, atau ikatan tali khemah kenduri Aqiqah Umayr ibn Umar (bukan aqiqah Umair Haqqan!).


ikatan batin pula yang sebaliknya. iakatan yang tak nampak. ikatan perkahwinan, ikatan kekeluargaan, ikatan ukhuwah dan ikatan baiah. beritahu saya tali mana yang kit anampak mengikat suami dengan isterinya (tak termasuk perkahwinan hindu) atau tali mana yang mengikat adik dengan abangnya. tiada. tapi ikatan itu ada. keduanya tahu ada.

maka seperti berbezanya nama, begitu juga berbezanya taraf ikatan. ikatan batin jauh lebih hebat dari ikatan zahir. ini kerana ikatan zahir sesiapa pun boleh putuskan atau merungkai semula ikatan tersebut. tapi ikatan batin hanya terputus dengan i'tiqad mereka yang mengikatnya. hanya lafaz cerai dan yang seangkatan dengannya boleh memutuskan ikatan perkahwinan. contohnya walaupun seluruh peminat siti berkumpul protes perkahwinan siti dan datuk k, ikatan perkahwinan mereka tidak akan terputus. itulah kuatnya ikatan batin.

begitu juga hakikat ikatan aqidah. ianya ikatan kita dengan Allah. dari hamba kepada-Nya dan dari Dia kepada kita. uluhiyyah dan Rububyiiah kitalah yang menjadi ukuran kekuatan tali itu. maka sudah tentu kita perlu fahami bahawa ikatan itu tidak akan putus melain dua. pertama kita memutuskan unutk melerai ikatan itu. atau kita diiktiraf layak oleh Allah untuk diputuskan tali itu, wal'iyazubillah.

lihat dan perhatikan dengan hati.

Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim". (5:72)

(Amalkanlah perkara-perkara itu) dengan tulus ikhlas kepada Allah, serta tidak mempersekutukan sesuatu pun denganNya; dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar oleh burung, atau dihumbankan oleh angin ke tempat yang jauh (yang membinasakan). (22:31)

mudah-mudahan kita diberikan petunjuk untuk kekal dengan ikatan suatu perjanjian yang kuat ini. wallahua'alam.


p/s untuk Mitsaqan Ghaliza 1 sila klik gambar untuk ke blog Bahtera Hati

15 February 2008

Fussilat yang Masih Menjelaskan


Fussilat yang Pendiam

Seberapa banyak persoalan yang timbul, tentang bila nak update blog, sebanyak itulah alasan yang akan diberikan. Lupakan bab alasan kini masa untuk membuka lembaran baru untuk Fussilat. Apa pun alasan terima kasih untuk yang sudi menjengah laman dhaif fussilat ini sekali sekala walaupun tiada apa yang berubah kecuali dua: tarikh dan waktu malaysia dan Adelaide.



Fussilat yang Baru

Mungkin kali ini ada yang bertambah selain yang disebut tadi. Fussilat punya wajah baru. Jangan ditanya siapa yang jadi pembantu menukar wajahnya. Yang penting sebuah terima kasih yang istimewa untuk yang membantu. Semoga wajah baru bukan sekadar jadi gimik politik, tukar calon parti sama, tapi menukar wajah dan semangat secara pakej tapi jiwanya masih sama.



Fussilat yang kini berdua

Sama ada akh ihsanist atau ukht ihsanist, waima fussilat mahupun darkshadow. Semuanya sudah termeterai dan terpatri. Sejak bermula, soalan yang paling popular ditanya, FAQ ialah seronok jadi suami orang? Janggal soalan, pelik jawapan. Belum ada lagi yang tanya, macam mana rasa sekrang, dengan tanggungjawab yang bertambah? Mungkin semua soalan bermaksud begitu, Cuma struktur ayat yang mungkin pelbagai.



Fussilat yang Menanti Jawapan

Semoga Pemilik petunjuk dan kebijaksanaan sudi memberi sedikit petunjuk dan kebijaksanaan untuk pemilik Fussilat menulis lagi nanti. Ini bukan muqadimah, bukan juga introduction kepada muqaddimah. Mungkin, tidak lebih daripada sekadar sebuah prolog untuk sebuah pembuka bicara kepada sebuah pengenalan untuk sebuah muqaddimah yang panjang. Yang pasti masih jauh dari penghujung yang dicari tapi dekat dengan kesimpulan yang dihajati.




Fussilat yang Terharu

Sebelum menekan butang upload. Dari hati yang penuh insaf dan rasa dhaif. Kami ingin menyucapkan jutaan terima kasih buat insan-insan, sahabat-sahabat yang sudi mendoakan, mengucapkan tahniah, mengunjugi teratak kami dan terus mendoakan kami. Semoga Allah membalas selayaknya jasa, budi dan amal kalian. Kami terharu dan kami berterima kasih.