Fussilat yang Pendiam
Seberapa banyak persoalan yang timbul, tentang bila nak update blog, sebanyak itulah alasan yang akan diberikan. Lupakan bab alasan kini masa untuk membuka lembaran baru untuk Fussilat. Apa pun alasan terima kasih untuk yang sudi menjengah laman dhaif fussilat ini sekali sekala walaupun tiada apa yang berubah kecuali dua: tarikh dan waktu
Fussilat yang Baru
Mungkin kali ini ada yang bertambah selain yang disebut tadi. Fussilat punya wajah baru. Jangan ditanya siapa yang jadi pembantu menukar wajahnya. Yang penting sebuah terima kasih yang istimewa untuk yang membantu. Semoga wajah baru bukan sekadar jadi gimik politik, tukar calon parti sama, tapi menukar wajah dan semangat secara pakej tapi jiwanya masih sama.
Fussilat yang kini berdua
Sama ada akh ihsanist atau ukht ihsanist, waima fussilat mahupun darkshadow. Semuanya sudah termeterai dan terpatri. Sejak bermula, soalan yang paling popular ditanya, FAQ ialah seronok jadi suami orang? Janggal soalan, pelik jawapan. Belum ada lagi yang tanya, macam mana rasa sekrang, dengan tanggungjawab yang bertambah? Mungkin semua soalan bermaksud begitu, Cuma struktur ayat yang mungkin pelbagai.
Fussilat yang Menanti Jawapan
Semoga Pemilik petunjuk dan kebijaksanaan sudi memberi sedikit petunjuk dan kebijaksanaan untuk pemilik Fussilat menulis lagi nanti. Ini bukan muqadimah, bukan juga introduction kepada muqaddimah. Mungkin, tidak lebih daripada sekadar sebuah prolog untuk sebuah pembuka bicara kepada sebuah pengenalan untuk sebuah muqaddimah yang panjang. Yang pasti masih jauh dari penghujung yang dicari tapi dekat dengan kesimpulan yang dihajati.
Fussilat yang Terharu
Sebelum menekan butang upload. Dari hati yang penuh insaf dan rasa dhaif. Kami ingin menyucapkan jutaan terima kasih buat insan-insan, sahabat-sahabat yang sudi mendoakan, mengucapkan tahniah, mengunjugi teratak kami dan terus mendoakan kami. Semoga Allah membalas selayaknya jasa, budi dan amal kalian. Kami terharu dan kami berterima kasih.
gle r.. tgh sawah buat ape tuuuu..
ReplyDeleteSalam ziarah,
ReplyDeleteDah ada teman yg boleh dibawak berbincang dan berjuang.
Berdua lebih baik :)
Moga terus tsabat, teguh dan mantap ya akhi.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteiAllah berkekalan bersamaNya.
ReplyDeletetahniah . insyaAllah berkekalan hingga ke akhirnya ^_^
ReplyDeleteakh nizam, still hemsem cm dulu, malah bertambah macho sejak kawin nih..
ReplyDeletemasih menjelaskan. teruskan penjelasan!
ReplyDelete*berdua lebih baik, insyaAllah
Assalammualaikum,
ReplyDeletesemoga perjalanan hidup lebih diberkati.
semoga bahagia ke dunia akhirat,insyaAllah. :)
Tahniah! Saya doakan kebahagiaan anda berdua, dan insyaAllah, lebih dari dua (akan datang)
ReplyDelete:)Amiin.