tak pernah rasa setakut ini untuk exam.
besok dan lusa final exam untuk MBBS tahun kelima. Objective Structured Clinical Examination (OSCE). kalau Allah izinkan, ini yang terakhir untuk kali ini, sebelum boleh tersenyum dengan cita-cita yang dicita selama ini. oleh sebab terlalu takut. kepala jadi pening. dah tak bley masuk apa dah. bila risau macam ni selalunya. memang akan buat satu benda ni.
telefon mak.
mak mungkin tak tau OSCE tu apa, mak tak sekolah tinggi pun. duit atuk dan wan tak cukup nak hantar mak sekolah. tapi sejak dulu. dia selalu bagi kekuatan. pesan mak tadi "jangan takut, kalau orang lain boleh buat, kita mesti boleh buat". "kita nak tolong orang nanti, tuhan mesti tolong". "ingat, kita orang susah, kena kuat semangat, insyaAllah adik dan yana boleh buat". "bangun malam, doa, minta kuatkan iman, tenangkan hati dan lapangkan fikiran."
insyaAllah mak...
bukan adik yang melempar kan?...
doakan kami.
permudahkanlah ya Allah..
27 November 2008
22 November 2008
entah doa yang mana satu

Agaknya. ketika ini apa yang ada dalam fikiran mereka?.....
Buka mataku buka hatiku. Allah terangilah hidupku dengan sinar-Mu
Aku meraba tak berdaya. Tanpa rahmat-Mu aku hilang
Beribu dosa telah terjadi. Mewarnai langkahku
Hitam diri. Hitamlah hari yang lalu
Bila tanpa cahaya-Mu. Gelap seluruh hidupku
Tak berdaya.Tak berarti sia-sia
Tak mungkin bisa. Kusempurna mencintai-Mu
Seperti kemahaan-Mu

18 November 2008
jangan sesaat atau yang lebih pendek dari itu
"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)
kadangkala kita rasa kita punya kekuatan. kadangkala kita rasa kita punya kemampuan. namun ada ketikanya, dengan mudah Allah menunjukkan kefakiran kita. begitulah kadangkala suara ketentuan Illahi. yang sebenarnya segalanya punya berita yang ingin diceritakan. cuma kita yang kadangkala terlupa, atau pura-pura terleka untuk memahami bahasa takdir yang kadangkala penuh misteri.
khabarkan pada hati bahawa kekurangan itu wujud supaya engkau merasakan kesempurnaan Dia. kelemahan itu muncul, supaya engkau mengerti kekuatan Dia. kesempitan itu hadir, supaya engkau menikmati keluasan rahmat-Nya.
tidaklah engkau hadir di dunia ini, melainkan untuk merasakan engkau itu hamba. dan bukanlah hamba, melainkan engkau mengisytiharkan kehebatannya dalam kerendahan sujud dan kesunyian tafakkurmu.

Adakalanya kebenaran itu berwajah kepedihan dan bersuara kesedihan
Ya Allah, kami serahkan kepadamu untuk menentukan segalanya untuk kami. Jangan Ya Allah. engkau biarkan takdir kami ditentukan oleh diri kami sendiri. untuk mana-mana ketika. biarpun sesaat. mahupun satu ketika yang lebih pendek dari itu.
Ya Allah, kami mohon kekuatan.
Ya Allah, kami mohon kekuatan.
08 November 2008
tarbiyyah paling comel di dunia
perancangan asal untuk go through Muqaddimah Muntalaq tergendala apabila mengetahui mereka masih belum settle bab ini lagi..
selepas itu rancangan untuk berbincang bab tawassul ijtimaie anak-anak post grad juga tergendala apabila mereka decide untuk beramal sebegini
selepas itu rancangan untuk berbincang bab tawassul ijtimaie anak-anak post grad juga tergendala apabila mereka decide untuk beramal sebegini
turut cuba belajar walaupun berbeza bahasa dan budaya pemakanan
yang ini gagal di kesan. kepada pemiliknya sila daftarkan segera sebelum terus futhur
they are just too cute to be true
Moga Allah mengurniakan setiap daie dengan anak yang soleh dan solehah buat penyambung perjuangan.
... dan Moga Allah mengasihi ibu bapa setiap daie, kerna melahirkan, membesarkan dan merestui perjuangan para du'at ini.
Amin..
aku terjatuh dan ketemu cinta lagi...

06 November 2008
daie juga punya cinta siri 1
Di hari pernikahan Saidatina Fatimah dan Saidatina Ali, Nabi menyediakan ’persiapan’ untuk puteri kesayangannya itu. Para sahabat yang hadir terduga-duga apakah gerangan bekalan yang disediakan untuk persiapan walimah puteri Khadijah ini. Rupa-rupanya, sedarlah mereka persiapan itu Cuma penggiling gandum, kulit binatang yang disamak, kendi dan sebuah piring.
Abu Bakar menitiskan air mata. ”ya Rasulullah. Inikah persiapan untuk Fatimah?” nabi tenang menjawab ”wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi mereka yang berada di dunia.” Di hari pernikahan Fatimah, dia keluar dengan pakaian ’terbaik’nya, dengan 12 tampalan, tanpa sebarang perhiasan.

Begitulah Rasulullah meletakkan perkahwinan ke satu tahap yang sangat tinggi. Penanda aras yang diletakkan itu kadang-kadang menyebabkan diri sendiri takut untuk mengukur apa yang telah sedia ada. Layaklah Allah membandingkannya dengan ungkapan Mitsaqan Ghaliza, yang dengan sendirinya menterjemah misi agung disebalik lafaz pendek penyempurna akad.
Begitu juga perjuangan ini, ia tidak sudi meletakkan pernikahan pada tempat yang rendah, lantas ia telah mengambilnya sebagai satu anak tangga dalam langkah perjuangan yang besar ini.
Tidak hairanlah Sheikh Mustafa Mashur dalam tulisannya, Tariq Ad Da’awah, telah meletakkan sempadan-sempadan yang jelas dalam wilayah pernikahan akh dan ukht muslim. Beliau meletakkan Baitul muslim sebagai risalah. Baitul muslim sebagai markas pemancar cahaya. Begitulah seriusnya urusan ini.
Maka saya simpulkan ikatan yang sudah sedia tersimpul ini dengan suatu simpulan yang ringkas. Sesuatu yang besar wajib dimulakan dengan sesuatu yang besar juga. Amat pelik jika suatu urusan yang besar dengan matlamat dan cita-cita yang besar dimulakan dengan perasaan, perancangan dan persediaan yang remeh dan rendah.

Di mana bermula?
Persoalan yang pendek tapi jawapan yang mungkin terlalu panjang. (syndrome sudah lama tiada halaqah akan memburukkan lagi keadaan!). kita mulakan begini. Mana-mana peperangan, besar atau kecil bermula dengan seruan perang. Paluan gendang atau tiupan semboyan perang menjadi syiar kepada bermulanya agenda besar ini. Mari kita angkat syiar kita untuk memulakan agenda ini.
Kita pinjam syiar insan terpilih, Nabi Allah Yusuf dalam memulakan kisah cinta kita ini.
Lafaz “kalaulah ia tidak meyedari kenyataan Tuhannya” memberi kita ilham tentang di mana harus bermula. Mulakanlah dengan berpaling pada Penciptamu yang berkenan menciptakanmu dan mengurniakan fitrah kepadamu. Dalam bahasa mudah, mulakan dengan memperbetul niat urusanmu dengan mengaitkannya dengan Allah. Besar manapun urusan akan jadi kecil di sisi Allah andai kita sisihkan Allah dalam urusan tersebut.
Mulakan urusan ini dengan mendekatkan diri dengan Allah dalam setiap urusan. Jiwa yang bersih akan dipimpin Allah, tidak kira dalam apa pun urusan. Dari sebesar-besar urusan sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti peperiksaan final universiti (jangan ambil hati).

Maka, jangan impikan isteri yang dicemburui bidadari, atau suami yang direbuti bidadari, andai permulaan perjalanan ini kita gadaikan iman kita. Siapa tahu, tahajjud dan saum kita hari ini jadi sebab untuk Allah pelihara kita satu hari nanti dari mendapat zuriat yang derhaka. Perjalanan hidup ini unik bukan?
Maka, mari sama-sama kita bina diri yang satu ini, sebelumpun kita berfikir untuk sesuatu yang lebih ramai dari itu.
p/s: Peringatan untuk diri ana sendiri jua. Afwan kalau ana tak cerita pasal exam, tawakal, banyakkan doa dan sebagainya. Sebab nanti antum cakap ”..tell me something I don’t know..” hehe
Abu Bakar menitiskan air mata. ”ya Rasulullah. Inikah persiapan untuk Fatimah?” nabi tenang menjawab ”wahai Abu Bakar, ini sudah cukup bagi mereka yang berada di dunia.” Di hari pernikahan Fatimah, dia keluar dengan pakaian ’terbaik’nya, dengan 12 tampalan, tanpa sebarang perhiasan.

Begitulah Rasulullah meletakkan perkahwinan ke satu tahap yang sangat tinggi. Penanda aras yang diletakkan itu kadang-kadang menyebabkan diri sendiri takut untuk mengukur apa yang telah sedia ada. Layaklah Allah membandingkannya dengan ungkapan Mitsaqan Ghaliza, yang dengan sendirinya menterjemah misi agung disebalik lafaz pendek penyempurna akad.
Dan bagaimana kamu akan mengambilnya kembali padahal kamu telah bergaul satu sama lain (sebagai suami isteri. Dan mereka (isteri-isteri mu) telah mengambil perjanjian yg kuat (ikatan pernikahan) dari kamu ” 4:21
Begitu juga perjuangan ini, ia tidak sudi meletakkan pernikahan pada tempat yang rendah, lantas ia telah mengambilnya sebagai satu anak tangga dalam langkah perjuangan yang besar ini.
Tidak hairanlah Sheikh Mustafa Mashur dalam tulisannya, Tariq Ad Da’awah, telah meletakkan sempadan-sempadan yang jelas dalam wilayah pernikahan akh dan ukht muslim. Beliau meletakkan Baitul muslim sebagai risalah. Baitul muslim sebagai markas pemancar cahaya. Begitulah seriusnya urusan ini.Maka saya simpulkan ikatan yang sudah sedia tersimpul ini dengan suatu simpulan yang ringkas. Sesuatu yang besar wajib dimulakan dengan sesuatu yang besar juga. Amat pelik jika suatu urusan yang besar dengan matlamat dan cita-cita yang besar dimulakan dengan perasaan, perancangan dan persediaan yang remeh dan rendah.
Di mana bermula?
Persoalan yang pendek tapi jawapan yang mungkin terlalu panjang. (syndrome sudah lama tiada halaqah akan memburukkan lagi keadaan!). kita mulakan begini. Mana-mana peperangan, besar atau kecil bermula dengan seruan perang. Paluan gendang atau tiupan semboyan perang menjadi syiar kepada bermulanya agenda besar ini. Mari kita angkat syiar kita untuk memulakan agenda ini.
“dan sebenarnya perempuan itu telah berkeinginan sangat kepadaNya, dan Yusuf pula (mungkin timbul) keinginannya kepada perempuan itu kalaulah ia tidak menyedari kenyataan Tuhannya. Demikianlah (takdir kami) untuk menjauhkan dari Yusuf perkara-perkara Yang tidak baik dan perbuatan-perbuatan Yang keji, kerana Sesungguhnya ia dari hamba-hamba Kami Yang dibersihkan dari Segala dosa.” (9:24)
Kita pinjam syiar insan terpilih, Nabi Allah Yusuf dalam memulakan kisah cinta kita ini.
Lafaz “kalaulah ia tidak meyedari kenyataan Tuhannya” memberi kita ilham tentang di mana harus bermula. Mulakanlah dengan berpaling pada Penciptamu yang berkenan menciptakanmu dan mengurniakan fitrah kepadamu. Dalam bahasa mudah, mulakan dengan memperbetul niat urusanmu dengan mengaitkannya dengan Allah. Besar manapun urusan akan jadi kecil di sisi Allah andai kita sisihkan Allah dalam urusan tersebut.
Mulakan urusan ini dengan mendekatkan diri dengan Allah dalam setiap urusan. Jiwa yang bersih akan dipimpin Allah, tidak kira dalam apa pun urusan. Dari sebesar-besar urusan sehinggalah sekecil-kecil urusan seperti peperiksaan final universiti (jangan ambil hati).
Maka, jangan impikan isteri yang dicemburui bidadari, atau suami yang direbuti bidadari, andai permulaan perjalanan ini kita gadaikan iman kita. Siapa tahu, tahajjud dan saum kita hari ini jadi sebab untuk Allah pelihara kita satu hari nanti dari mendapat zuriat yang derhaka. Perjalanan hidup ini unik bukan?
Maka, mari sama-sama kita bina diri yang satu ini, sebelumpun kita berfikir untuk sesuatu yang lebih ramai dari itu.
p/s: Peringatan untuk diri ana sendiri jua. Afwan kalau ana tak cerita pasal exam, tawakal, banyakkan doa dan sebagainya. Sebab nanti antum cakap ”..tell me something I don’t know..” hehe
03 November 2008
sampai nanti dicemburui
ada cerita, cinta dan cita-cita di dunia ini yang sangat berharga
sehingga di akhirat nanti
nabi dan syuhada' cemburu pada mereka yang memilikinya*
sebuah dedikasi istimewa
untuk semua sahabat yang akan memulakan mujahadah peperiksaan akhir 2008
Salam Mujahadah, Moga Allah mempermudah semua urusan
"..bukan kamu yang melempar, ketika kamu melempar, tetapi Allah lah yang melempar.." (al anfal:17)
* manifestasi hadith riwayat Abu Daud, dari Umar Al Khattab tentang golongan manusia yang dicemburi nabi dan syuhada' kerana keikhlasan cinta mereka
Subscribe to:
Posts (Atom)