18 November 2008

jangan sesaat atau yang lebih pendek dari itu

"...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Maha mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui" (2:216)


kadangkala kita rasa kita punya kekuatan. kadangkala kita rasa kita punya kemampuan. namun ada ketikanya, dengan mudah Allah menunjukkan kefakiran kita. begitulah kadangkala suara ketentuan Illahi. yang sebenarnya segalanya punya berita yang ingin diceritakan. cuma kita yang kadangkala terlupa, atau pura-pura terleka untuk memahami bahasa takdir yang kadangkala penuh misteri.

khabarkan pada hati bahawa kekurangan itu wujud supaya engkau merasakan kesempurnaan Dia. kelemahan itu muncul, supaya engkau mengerti kekuatan Dia. kesempitan itu hadir, supaya engkau menikmati keluasan rahmat-Nya.

tidaklah engkau hadir di dunia ini, melainkan untuk merasakan engkau itu hamba. dan bukanlah hamba, melainkan engkau mengisytiharkan kehebatannya dalam kerendahan sujud dan kesunyian tafakkurmu.

Adakalanya kebenaran itu berwajah kepedihan dan bersuara kesedihan

Ya Allah, kami serahkan kepadamu untuk menentukan segalanya untuk kami. Jangan Ya Allah. engkau biarkan takdir kami ditentukan oleh diri kami sendiri. untuk mana-mana ketika. biarpun sesaat. mahupun satu ketika yang lebih pendek dari itu.
Ya Allah, kami mohon kekuatan.


2 comments:

  1. hidup memang tak sentiasa indah. dan itulah ketentuanNya.

    p/s: mungkin sedang merasai indahnya kehidupan dan persahabatan, tetapi sentiasa bersedia menghadapi 'jentikan' Yang Mencipta.

    insyaAllah =)

    ReplyDelete
  2. Anonymous9:21 PM

    amin..

    ReplyDelete