07 April 2008

yang berlalu

baru berlalu suatu minggu yang paling indah yang pernah hadir dalam hidup ini. bukan sekadar kerana kelmarin genap 3 bulan mitsaqan ghaliza. tetapi jua yang lain yang juga turut manis.

jarang dalam hidup ini dapat berbicara hati ke hati dengan sahabat-sahabat yang dikasihi. berbual kosong atau bercakap sesedap hati mungkin selalu (atau mungkin sentiasa). tuah rahang.

tapi minggu yang berlalu lain sekali. dapat berbicara hati ke hati dengan 6 sahabat sekali. bukan semuanya serentak. tapi dalam ketika-ketika yang istimewa.

susah benar kadang2 nak terbayang. tapi Allah mengatur. menggerak hati kami untuk berkongsi cerita, duka, harapan dan keimanan. biarpun kadang2 sekadar dalam instant mesengger.

dari yang bertanya "kalau nak dua2 boleh ke?"
kepada "doakan ***** ye"
dari yang rasa bersalah
kepada yang rasa bertuah
dari yang masih belum mahu serius
kepada yang sudi berkongsi cita-cita
dari yang dulu tak pernah bersuara kisah yang tersembunyi
kepada yang bercerita kisah semalam dan hari esok

segalanya milik Allah. saya hanya pendengar yang setia. berkongsi apa yang ada. meminta apa yang tiada dan mengharap istiqamah pada apa yang terkurnia.

terima kasih kerana menghargai ukhuwah ini
ana bimbang takkan berjumpa sahabat-sahabat seperti antum semua
di ketika-ketika yang lain
kerana cinta ini sudah tertanam dalam-dalam

terima kasih kerana sudi berkongsi cerita, cinta dan cita-cita

cuma
kadang-kadang diri ini terduga-duga
siapa pula yang sudi mendengar jiwa ini berbicara?

8 comments:

  1. Anonymous10:23 PM

    tima kasih atas nasihat2 n pandangan2 yg diberikan... semoga mendapat manfaat dpdnya... =)

    insyaAllah, ada INSAN yg sudi dgr jiwa itu berbicara =)

    syukran

    "kalo nk due2 boleh ke?"

    ReplyDelete
  2. bukan selame ni kami slalu dgr jiwa itu berbicare ke?
    ceritela..

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:55 AM

    tu la pasal..
    sampai berdarah2 telingga dengar

    ReplyDelete
  4. Anonymous10:12 AM

    saya juga sudi mendengar jiwa itu berbicara walau katanya, ia mungkin berbeza. Tapi akan tetap sy pinjamkan telinga dan nasihat utk mendengar dan memberi di saat-saat jiwa itu perlu.
    Kerana sy akan sentiasa di sini. ^_^ terima kasih juga kerana sudi pinjamkan telinga, bahu dan kata-kata.

    ReplyDelete
  5. Anonymous11:14 PM

    nizam..tjk kan jalan ITU=)
    hakim=)

    ReplyDelete
  6. Anonymous8:01 PM

    (bisik hati kecil: mgkin sy tidak layak)

    ReplyDelete
  7. setuju juga.

    sebab kita selalu memberi kepada orang ramai.. tapi siapa yang dapat mengisi hati yang kosong ini?

    (penulis tu lain, tak termasuk golongan bujang yang tiada siapa menghiraukan..:p)

    ReplyDelete