sekali sekala menulis, bila menulis, biarlah berbaloi..
Hati resah. Hampir-hampir sahaja diri ini enggan berganjak dari depan lap top. Resfresh setiap web page yang memaparkan berita pilihan raya. Sejak pembubaran parlimen, tangan ini gatal nak menulis tentang politik dan pilihan raya. Tapi hati, masa dan tanggungjawab yang lain mengatakan ‘jangan’.
Tapi hari ini, hari terakhir dalam rotation ke dua paediatrics, sebelum berganjak dari orthopaedic ke respiratory medicine, tangan ini gagah juga menaip menongkah arus kekangan diri. Tapi kali ini, biarlah berbaloi.
Hati ini sangat-sangat resah. Bukan resah kerana takut Pas kalah di Kelantan atau Nurul Izzah tewas di Lembah Pantai atau gusar dengan rumah Pengerusi SPR yang disimbah cat merah atau sedih kerana Malaysiakini hanya free selama seminggu sahaja. Tapi jauh dari itu.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui. Tapi politik sangat dekat dengan diri ini. Bermula dengan semangat sept 1998, kemudian PRU 99 kemudian kekalahan sadis 2004. politik jadi antara perkara penting dalam kepala ini selalunya. Bukan sekali dua saya ditegur kerana kecenderungan ini. Dari orang satu state, sahabat state berjiran hinggalah yang di tanah air pernah menyuarakan kerisauan tentang kecenderungan politik saya. Namun saya tidak pernah kesal. Kerana bagi saya itulah pintu hidayah yang Allah kurniakan untuk saya. Bermula dari politik suka-suka saya kenal islam yang sebenar. Perjalanan yang sangat panjang. Tapi biarlah saya dan siapa yang mengerti sahaja berkongsi rasa ini.
Hari ini saya melihat politik dalam kaca mata yang berbeza. Dengan kesedaran, kewajipan dan tanggungjawab yang ada hari ini, saya rasa melihat, menganalisa politik dengan lebih bertanggungjawab tidak sesukar mana.
Saya bertambah risau dari hari ke hari. Menjelang sabtu. Walaupun saya tahu segalanya telah tersirat. Bukan keputusanyya telah tersurat oleh SPR, tapi segalanya telah tertulis sejak azali. Maka bukan keputusan yang saya risaukan, tetapi muqaddimah dan natijah keputusan yang melemaskan.
Saya terkilan. Berapa banyak pembaziran dilakukan menjelang pilihanraya dan keraqna pilihanraya. Bukan pembaziran duit. Itu terpulang kepada mereka kerana mereka akan ditanya setiap inci nikmatyang diluahkan. Tetapi pembaziran yang saya maksudkan ialah pembaziran kesedaran manusia. Berapa ramai manusia hari ini sedar dan terjaga dari lamunan yang panjang. Berapa ramai yang dari kesedaran ini bangkit bekerja dan bersengkang mata kerana kesedaran itu? Tetapi berapa banyak kesedaran yang ada pada mereka itu terguna untuk kebaikan islam dan dakwah?
Mungkin ada yang telah dapat meneka kemana hujung jatuhnya perbincangan saya ini. Artikel-artikel politik hari ini tulisan saya sebelum ini sudah mampu menggambarkan hakikat politik yang saya ingin ummah rasakan. Tidak kah kita rasa rugi bila kita mampu menarik berjuta manusia mendengar jeritan dan pekikan kita sehingga sanggup bekerja, berjaga, menarik pengundi dan berhabis tenaga dan wang untuk kita. Tetapi semua itu kita salurkan pada cita-cita yang rendah. Kemana semua ini bila kita menang atau kalah nanti? Ia akan hanyut, dingin dan beku semula.
Dulu lagi saya ingatkan. Tidak salah ke jalanraya, asalkan akhirnya kita bentukkan di hati dan jiwa manusia. Islam ini fitrahnya di hati bukan di peti undi. Jangan membaca ini dengan emosi, tetapi nilailah dengan naluri sendiri.
Kita tidak kaya. Kita tidak punya kuasa, maka jangan bazirkan semuanya untuk mereka. Selama-lamanya kita tidak akan menang. Pesan Saidina Umar benar untuk mana-mana ketika. Kita menang kerana musuh memaksiati Allah. Bilamana tiada beza diantara kita dengan musuh dari konteks hubungan dengan Allah. Maka wajib musuh memenanginya. Kerana mereka punya segal-galanya di dunia ini.
Saya tidak katakan boikot pilihan raya dan masuklah kembali ke pondok-pondok dan buka semula kitab-kitab lama. Tetapi kalau itu yang terbaik untuk islam. Maka kembalilah menyelak lembaran-lembaran lama yang kita tinggalkan itu.
Siapa pon tidak mahu mereka yang yang zalim, jahat dan kejam menjadi ketua. Orang gila pun akan berfikir lima-enam kali. Namun, kenapa meraka yang zalim, kejam dan sadis masih dijulang. Jawapannya tidak lain, jiwa ummah belum dibina. Mereka yang tidak punya jiwa akan memilih mereka yang tidak punya jiwa. Takkan harimau mahu mengundi mentadak mentadu menjadi raja rimba. Alang-alang tewas, bairlah kepada singa.
Kerana itu perlu kita yakini, ummah tenggelam hari ini bukan kerana kurang membaca harakah atau terlebih membaca utusan. Tetapi ummah hari ini terlena kerana terlupa membaca wahyu dari Empunya langit dan bumi.
Yakinlah, sebagaimana tidak ada jalan pintas menjadi jutawan, begitu juga tidak ada jalan pintas menuju ke syurga. Sekiranya ada tentu rasul junjungan dan sahabat terbilang memilihnya. Tetapi mereka rela menerjah hari susah di kota Makkah, menempuh laluan getir hijran, meredah jerih medan badar, menjejak denai berliku uhud dan kemudian barulah mereka mampu mengibar panji kemenangan fathu Makkah. Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan naiknya harga minyak? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terISAnya seorang dua manusia, kenapa kita rasa kita boleh menang dengan terbinanya masjid Kristal? Kenapa kita rasa kita boleh menang dengan gugurnya calon pujaan pengundi pihak lawan? Kita mungkin terlupa dimana badar dan uhudnya perjuangan ini.
Atau kita sengan terlupa bahawa Allah lebih mengenal siapa tenteraNya.
Esok, akan terbuka lembaran yang selama ini tertutup rapat. Keputusan terumum jua. Apa pun keputusan, kiranya kita kekal dengan cara ini, maka jalannya sukar untuk islam. Kalau Parti islam menang, orang akan mula bersorak sambil menyimpan kembali buku tarbiyyah, memadam jadual katibah dan tamrin. Kerana apa? Kerana kemenangan sudah dekat katanya. Kalau pula parti yang jauh dari islam menang, maka akan lebih perit. Yang bersemangat dengan islam akan gugup menahan dugaan pedih yang entah kali keberapa. Tangisan akan menggantikan ratib zikir dan wirid, hutang akan menggantikan infaq yang dinanti. Seluruh masa dan tenaga qiadah akan terbazir dengan ratib yang baru “jangan putus asa, kita kalah kerana mereka menipu”. Dan lebih teruk lagi, ummah akan terus tenggelam. Mereka yang tidak punya jiwa akan terus memimpin. Dan suatu hari nanti, mereka yang lebih tidak punya jiwa menggantikan mereka yang tidak punya jiwa tadi.
Tulisan ini bukan lirik pada lagu buruk sangka dan kesumat dendam. Sekadar renungan untuk jiwa yang rasa terpanggil untuk berhenti dan berfikir. Apa pun juwa, kita sama-sama yakini, Allah akan menyempurnakan cahayaNya. Bila, pada tangan siapa dan bagaimana, biarlah sirah junjungan jadi panduan dan kitab suci jadi bekalan. Halaman hina ini, abaikan jika tidak membawa sebarang kebaikan. Kerana kita ini fakir, dan Dialah yang Maha Sempurna.
Dan esok, khabarkan padaku keputusannya, kerana lusa kita akan kembali seperti biasa.

salam akhi,
ReplyDeletegood comment on pru 12 tomorrow..
yet, as you could read and digest, malaysia is still the old malaysia..
tiada yang berbeza dari satu aspek pun..malah media semakin teruk bila setiap 30 saat berkempen bagi pihak satu parti SAHAJA..berita pula tanpa segan silu juga mencetus sensasi mengenakan peribadi individu..dan lebih malang, hanya mengeluarkan clip rakaman temubual yang mengandungi ayat-ayat provokasi dari pihak satu lagi..sungguh demokrasi berparlimen!
sekurang-kurangnya malaysia perlukan satu pembaharuan, satu renaissance..
(p/s: bukan dengan TREND BARU dengan bawa angkasawan atau artis melawat kawasan!)
Kalau Parti islam menang, orang akan mula bersorak sambil menyimpan kembali buku tarbiyyah, memadam jadual katibah dan tamrin. Kerana apa? Kerana kemenangan sudah dekat katanya. Kalau pula parti yang jauh dari islam menang, maka akan lebih perit. Yang bersemangat dengan islam akan gugup menahan dugaan pedih yang entah kali keberapa. Tangisan akan menggantikan ratib zikir dan wirid, hutang akan menggantikan infaq yang dinanti. Seluruh masa dan tenaga qiadah akan terbazir dengan ratib yang baru “jangan putus asa, kita kalah kerana mereka menipu”. Dan lebih teruk lagi, ummah akan terus tenggelam. Mereka yang tidak punya jiwa akan terus memimpin. Dan suatu hari nanti, mereka yang lebih tidak punya jiwa menggantikan mereka yang tidak punya jiwa tadi.
ReplyDeleteakhi semacam meramal masa hadapan negara. apakah akhi mempunyai persepsi terhadap usaha yg dilakukan oleh mereka yg bertanding itu?
bg sy, setiap org ada keutamaan masing2. mereka ada cara mereka dan manhaj mereka. kalau ada kekuatan dlm politik, kita halakan kekuatan ke arah situ.
maaf kerana bertanya. tp, kenapa kita tidak saling berkerjasama menjayakan matlamat yg dicita? kenapa kita tidak menyokong satu matlamat yg sama?? kenapa?
boleh jelaskan pd saya yg buta haraki ini.
nantikan entry akan datang
ReplyDelete