30 April 2007

25 April 2007

Terjatuh dan Ketemu cinta 3


"aku ni sebenarnya baik". kenapa lisannya seakan asing?
kerana itu sebenarnya lahir dari hati manusia sebenar. kerana itu bahasa pertama manusia didunia adalah tangisan. apa yang ditangisi? apa yang menyedihkan hatinya. jawapannya cuma satu. dunia ini terlalu keras untuk hati yang lembut fitrahnya itu. saat pertama bersemuka dengan dunia ini. dia sudah menangisi kepedihannya. ironi antara keduanya membuatkan tiada bahasa lain yang lebih mudah dari serangkap tangisan. kerana manusia itu fitrahnya baik. cintakan kebaikan dan ingin dipandang baik.

masa berlalu. makin dia kenal pada dunia. makin menipis jurang antara keduanya. makin kenal sahabat-sahabat seusia secita-cita. makin petah bertitah dengan loghat dunia. makin punya minat pada yang di depan mata. makin punya cita. makin punya cinta. oh rupanya dia makin dia dewasa!

betul? atau sebenarnya makin dia jauh dengan fitrahnya. makin renggang dia dengan hatinya sendiri. kerana itu bahasanya bukan lagi tangisan. tapi bicara keangkuhan.

"aku bukan skema". "aku cool". "aku tak layan jiwang". "aku metal". "aku bukan budak alim". "aku bukan budak surau". "ape cite insaf-insaf". "aku nak bebas". dan bahasanya makin sukar difahami. makin payah dihayati. semua gagal mentafsir
tapi..






sebenarnya kosong






tiba-tiba dia disergah dengan pekikan hingar yang seperti tiada pernah didengarnya. tiba-tiba dia dijerit dengan laungan bingit yang seperti asing dari gegendang telinganya. bahasanya dalam. kiasannya samar

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”(Al-Anfal:29)

rupanya pekikan ini datang dari hatinya. hatinya yang dia sendiri sudah lama tak berbicara dengannya. teriakan ini datang dari hatinya. yang dia sendiri hampir lupa tutur bicaranya.

dan hati ini sebenarnya mahu mengkhabarkan kerinduan. rindu yang amat. rindu yang amat sangat untuk dia kembali. kembali kepada fitrahnya. baik.

hatinya mahu dia percaya. menjadi baik bukan sukar. dan bukan juga sukar menjadi baik. keluhan bukan penghapus noda. sesalan bukan pelupus dosa. dan airmata pun bukan penebusnya jua. hanya satu jalan untuk kembali. kembali pada Dia. kembali pada cintanya. kerana hati ini sesungguhnya rindu. rindu dengan cintaNya.

rupanya hati ini juga betul-betul jatuh cinta.

buat sahabat yang merindui jalan pulang. Allah jua cintakanmu

Mengintai ANZAC Day dengan Mata Hati





Cuti lagi.

ANZAC day katanya. maka kita pun cuti. yang pasti hari ni ramai oz yg kuar ke North Tc tgk perarakan tentera-tentera pencen. org2 melayu (kebanyakkannya) mengambil peluang ni utk qadha' tidur. jom kita lihat sebentar apakah sebenarnya realiti disebalik sambutan ANZAC day ini (baca gaya pengacara Majalah Tiga).

jeng..jeng...

Kita lihat versi mereka...

What is ANZAC Day? (mende alah Hari ANZAC ni?)

ANZAC Day - 25 April - is probably Australia's most important national occasion. It marks the anniversary of the first major military action fought by Australian and New Zealand forces during the First World War. ANZAC stands for Australian and New Zealand Army Corps. The soldiers in those forces quickly became known as ANZACs, and the pride they soon took in that name endures to this day.

Why is this day so special to Australians? (ape la yg best sgt harini kat diorang ni?)

When war broke out in 1914 Australia had been a federal commonwealth for only fourteen years. The new national government was eager to establish its reputation among the nations of the world. In 1915 Australian and New Zealand soldiers formed part of the allied expedition that set out to capture the Gallipoli peninsula to open the way to the Black Sea for the allied navies. The plan was to capture Constantinople (now Istanbul), capital of the Ottoman Empire and an ally of Germany. They landed at Gallipoli on 25 April, meeting fierce resistance from the Turkish defenders. What had been planned as a bold stroke to knock Turkey out of the war quickly became a stalemate, and the campaign dragged on for eight months. At the end of 1915 the allied forces were evacuated after both sides had suffered heavy casualties and endured great hardships. Over 8,000 Australian soldiers were killed. News of the landing at Gallipoli made a profound impact on Australians at home and 25 April quickly became the day on which Australians remembered the sacrifice of those who had died in war.

Though the Gallipoli campaign failed in its military objectives of capturing Constantinople and knocking Turkey out of the war, the Australian and New Zealand troops' actions during the campaign bequeathed an intangible but powerful legacy. The creation of what became known as an "Anzac legend" became an important part of the national identity of both nations. This shaped the ways they viewed both their past and their future. (copy-pasted sesukahati dari
http://www.awm.gov.au/commemoration/anzac/anzac_tradition.htm)

Peta serangan ke atas Gallipoli (Kota yang cantik)

Kita lihat Versi kita..

Kata Imam Abu Al-Qasim Al-Junaid, “Sejarah merupakan salah satu tentera Allah yang akan menguatkan hati…”. maka lihatlah sejarah dengan mata hati dan bukan dengan akal semata2.
kita ambil sedikit fakta-fakta benar mereka tadi.

"The new national government was eager to establish its reputation among the nations of the world."
"...soldiers formed part of the allied expedition that set out to capture the Gallipoli peninsula to open the way to the Black Sea for the allied navies.
"The plan was to capture Constantinople (now Istanbul), capital of the O
ttoman Empire and an ally of Germany.."
" What had been planned as a bold stroke to knock Turkey out of the war"

Apa nilai Constatntinople, Empayar Uthmaniyyah di mata dan hati ummat Islam?


"Pembukaan Kota Constantinople oleh Sultan Muhammad II (Muhammad Al-Fateh) berlaku pada 857 H (1453 M). Beliau mengarahkan Arban, baru memeluk Islam, (sebelum ini berkhidmat dengan Constantine) untuk membina meriam jarak jauh. Beliau mengarahkan 14 buah kapal diangkat melalui jalan darat dari Selat Bosphorus ke Golden Horn. Menjadikan Aya Sofia sebagai masjid."

"Ekoran kejatuhan kerajaan Byzantine di Constantinople, orang Kristian tidak lagi menguasai jalan perdagangan ke Timur. Jalan perdagangan melalui Kota Constantinople telah dikuasai oleh kerajaan Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453 M."

"Era kejatuhan bermula pada ketika Perang Dunia I"

Kekalahan kerajaan Uthmaniyyah dalam peperangan tersebut memberi peluang kepada orang Eropah menguasai orang Islam. Sultan Abdul Hamid II(1876 – 1909 M) merupakan sultan kerajaan Turki ‘Uthmaniyyah yang terakhir yang betul-betul mengamalkan sistem khilafah. Kerjaan Turki ‘Uthmaniyyah mula menjadi semakin sekular selepas itu.

empayar Islam Uthmaniyyah

Kemunculan Mustafa Kamal Attartuk, seorang jeneral tentera, yang ditonjolkan oleh British sebagai tokoh kepimpinan yang hebat. Dia telah Berjaya mengalahkan tentera British (tentera Bersekutu – Perancis, Australia dan New Zealand) di Gallipoli, Turki. (Bermula fasa MK attaturk dijulang sebagai wira: sebahagian konspirasi barat?)

Kejatuhan sebenar berlaku pada 1924 M, apabila Mustafa Kamal Attartuk mengumumkan secara rasmi pemansuhan sistem khilafah di Turki. Umat Islam kehilangan sistem khilafah yang menaungi umat Islam secara global." (Dari Tulisan Hassan AlBanna, Bainal Amsi Wal Yaumi dn Artikel Ini Sejarah Kita)

Malangnya kejatuhan ini tidak begitu diketahui oleh umat Islam secara umum. Kenapa ini boleh berlaku?

Tidak lain tidak bukan kerana kejatuhan negara-negara Islam. Tanah umat Islam di timur tengah dipecah-pecah mengikut citarasa penjajah. Wilayah Islam dipecah-pecahkan mengikut geografi dan mengikut kawasan. Contohnya Palestin dan Mesir berada di bawah pemerintahan British. Manakala Algeria, Maghribi, Tunisia dan Syria jatuh ke tangan Perancis


dan kita mula merasa itu sejarah turki. dan sejarah akuhanya bermula bila anjing parameswara ditendang kancil putih di Bertam Hilir. percayalah susur galur sejarah ummat ini tidak pernah terputus dari zaman bapa kita Adam AS sehingga sampai kepada kia hari ini. dan sejarah kejatuhan ummat ini adalah sebahagian sejarah kejatuhan kita.

maka. sedarlah bahawa hari ini mereka meraikan hari memperingati 'pejuang-pejuang' mereka yang berjuang menentang ummat kita terdahulu, kekalahan mereka pada hari ANZAC Day, 25 April 1914. tapi kekalahan kita. bermula mac 1924...sehingga hari ini. esok lusa siapa tahu.

MAKA: ANZAC Day ni biar kita cuti jadi budak sekolah. tapi jangan cuti sebagai hamba Allah yang sedar tentang nasib ummatnya.


betul-betul jatuh cinta. pada mereka yang berjuang atas nama tuhan mereka. Al Khaliq

20 April 2007

Terjatuh dan Ketemu Cinta 2




“Daripada Urwah, A’isyah bertanya, “Adakah suatu hari tuan merasa lebih berat dari perang Uhud?”. Jawab Rasulullah s.a.w “aku telah menerima penyiksan dari kaumku segala-galanya. Yang paling berat adalah aku berdakwah ke Thaif tetapi mereka tidak menerimanya. Aku beredar penuh aib tanpa disedari. Tiba-tba aku melihat jibril yang berkata padaku: Allah utuskan malaikat penjaga bukit untuk menghempap kaum tersebut.Nabi menjawab:

“Aku harap Allah keluarkan dari sulbi mereka zuriat yang beriman”.


“Ya Allah ya tuhanku, kepadaMu aku mengadu keletihan tenagaku, kekurangan helahku, kehinaanku di hadapan manusia. Wahai tuhan yang maha penyayang lagi belas kasihan. Engkaulah tuhan golongan lemah dan dhaif. Dikaulah tuhanku. Kepada siapalah lagi hendak aku menyerah? Apakah kepada orang yang jauh yang membenciku atau musuh yang engkau telah beri kuasa mengatasiku, sekiranya tiada kemarahan engkau keatas ku tiadalah aku peduli, namun afiat dariMu lebih luas bagiku. Aku berlindung dengan cahayaMu. Dikaulah yang menerangi kegelapan dengannya urusan dunia dan akhirat menjadi baik. Aku berlindung denganmu dari turunnya keatasku kemurkaan mu, bagimu jua tempat kembali, hingga tercapai keredhaanMu. Tiada daya dan upaya kecuali denganMu ya Tuhan. (HR Bukhari)

Kerana itulah aku katakan cinta Dia itu indah. Renunglah bahasa di atas. Baca dengan hati lihat dengan naluri. Kau akan merasakan bahawa ini bukan rintihan biasa seorang manusia tipikal. Tetapi jeritan dan pekikan naluri seorang manusia hebat yang benar-benar menagih cinta Penciptanya. Dan yakinlah pada aku. Insan istimewa ini benar-benar menemui cintanya. Indahnya.

Katakanlah: "Jika

kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan

mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha

Penyayang. 3:31

Mari kita belajar bercinta dari Yang Mencipta Cinta

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah

tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya

sebagaimana mereka mencintai Allah. adapun

orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. dan jika seandainya

orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui

ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa keku

atan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (nisca

ya mereka menyesal). 2:165


Cinta itu hanya satu. Dan Dia memilikinya jauh lama sebelum engkau mengenal cinta. Nabi yusuf pernah dipuji kerana kekacakannya. Dia menjawab `Aku ini hanyalah sekuntum bunga yang cantik dari kalangan bunga-bunga yang cantik dalam sebuah taman. Janganlah memuji aku, tapi pujilah pemilik taman ini`. Hebat mana pun yang kita cintai itu. Yakinlah jauh lebih hebat Penciptanya. Raihlah cintanya dengan cintaNya. Kerana kalau mungkin gagal meraih cintanya..tapi kau tidak mungkin gagal meraih cintaNya.


Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya, Maka kelak Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan merekapun mencintaiNya, yang bersikap lemah Lembut terhadap orang yang mukmin, yang bersikap keras terhadap orang-orang kafir, yang berjihad dijalan Allah, dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha luas (pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui. 5:54


Cinta Dia mahal harganya. Kerana dia memiliki segalanya. Jangan tukar gantikan dengan harga yang murah atau bandingkan dengan cinta yang rendah. Kerana nanti kau akan kecewa.


Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah Telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya dia Maha gagah lagi Maha Bijaksana. 8:63


Segalanya milik Dia jua. Bercintalah sebagaimana hebat sekalipun. Sekiranya Dia tidak mengizinkannya. Apa iradatmu menepis takdirNya?


Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik. 9:24


Dia mengiktirafmu dengan fitrah bernama cinta. Tapi dia juga mentaklifan mu dengan suatu amanah bernama prioriti. Prioritaskan cintamu supaya kau tidak menggadaikan haqNya dengan suatu yang murah nilainya.


kalau aku berbicara dalam bahasa yang mudah, aku katakan. Cinta manusia itu urusan Dia. Cintakan Dia itu urusan kita. Jangan sibukkan diri dengan urusan Dia sedangkan kita gagal menyempurnakan urusan kita. Cinta dia hujungnya di mana? Cinta Dia hujungnya Syurga. Indahnya. Indahnya. Betul-betul jatuh cinta

19 April 2007

Terjatuh dan Ketemu Cinta


meniti jalan susah menuju Dia. membawa aku kenal mereka. dan dia. sahabat dan cinta. kemanisan erti saudara. kasih insan yang namanya manusia. Redha pada Dia yang mahal harganya. maharnya tiada pada lisan atau tinta. terima kasih semua. yang membawa aku ke sini. dan meninggalkan aku dari sana. makin banyak berbahasa. makin indah cinta. makin asyik berbicara. makin manis cintaNya. terima kasih. pada sahabat. yang membawa aku kenal cinta Dia. yang padanya ada segala cinta yang selebihnya. betul-betul jatuh cinta.

11 April 2007

takut juga...

Tan Kee Kwong mohon maaf

Akhirnya Pengerusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang jua ahli Parlimen Segambut Dr Tan Kee Kwong memohon maaf berikutan kenyataannya meminta Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria dipecat pada sidang akhbar semasa konvensyen Gerakan Wilayah Persekutuan di sini Ahad lepas.Dalam sidang akhbar terbarunya beliau berkata:

Saya dengan rendah hati dan ikhlas memohon maaf atas kenyataan itu.

Saya kira kita boleh menerima permohonan maaf beliau itu tetapi sebagai seorang wakil rakyat yang mewakili hampir 20,000 pengundi Islam (Segambut pada PRU 2004 mempunyai 57,349 pengundi dengan 35% darinya pengundi Melayu) Dr Tan perlulah memikul pertanggungjawaban kerana walaupun beliau menyatakan beliau tidak berniat menghina Islam dan Sultan Perak sebagai ketua agama Islam negeri itu namun pendirian peribadi beliau itu tidak ditarik balik bermakna beliau masih memegang pandangan yang sama.Jika demikianlah sikap dan pandangan peribadi beliau maka sewajarnyalah beliau diberi pengajaran oleh para pengundi Melayu yang sensitif dan prihatin dalam PRU akan datang nanti. Kita tidak memerlukan seorang wakil yang ekstrimis, cauvinis dan tidak rela menerima hakikat Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

p/s

"Dialah yang mengutuskan rasul dengan membawa petunjuk dan Deen yang haq, Dia akan memenangkan Deen ini diatas agama-agama yang lain, walaupun orang-orang kafir membenci." As-Saff

maaf dari diorang ni sememangnya takkan mengubah apa-apa. tp sekurang-kurangnya ia menyampaikan suatu mesej yg jelas kepada semua ttg apa yang Allah zahirkan dalam ayat td. yg lebih penting adalah kita ummat Islam mengambil pengajaran. kalau bukan kita yang mempertahankan agama ini, nak harap siapa lagi?..bangunlah...

02 April 2007

Jangan Main Api...

Berikut adalah respon2 berhubung Resolusi Parti Gerakan Wilayah Persekutuan yang dipersetujukan dan sisiarkan dalam the Star 2 April 2007

Pecat Mufti Perak: PAS beri amaran pada Gerakan

KUALA LUMPUR, 2 April - 'Jangan bermain api!', itulah kenyataan keras yang disampaikan oleh beberapa tokoh apabila ditanya mengenai kenyataan biadap parti Gerakan.

Gesaan Gerakan untuk memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini Zakaria dilihat sebagai isu yang amat sensitif dan mencabar kewibawaan umat Islam.

"Gerakan diingatkan agar lebih cermat dalam membuat sesuatu usul demi menjaga perpaduan nasional kerana umat Islam tidak boleh menerima apabila Islam dicabar," ujar Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Taib Azamuddin kepada Harakahdaily pagi tadi.

Beliau yang merupakan bekas Imam Besar Masjid Negara berkata persoalan Mufti bukanlah perkara yang bersifat peribadi tetapi ia merupakan suatu jawatan yang menyentuh kewibawaan Islam itu sendiri.Image

Perdana Menteri perlu sensitif

Pada masa yang sama, Taib berkata jawatan Mufti ditauliahkan oleh Sultan di negeri-negeri dan Yang di-Pertuan Agong; jika sekiranya timbul masalah atau tidak puas hati terhadap mereka maka ia hendaklah ia disalurkan melalui saluran yang betul dengan kaedah yang tertentu.

"Memandangkan Gerakan adalah satu parti komponen Barisan Nasional, maka ia hendaklah melalui Pengerusi BN iaitu Perdana Menteri," ujarnya lagi.

Beliau juga mengingatkan kepada Umno agar lebih prihatin dalam perkara-perkara seperti ini, kerana apabila mereka sendiri yang longgar dalam urusan agama ini, ia sekaligus menjadi peluang untuk mencemarkan perkara yang berkaitan dengan agama di masa akan datang.

Tambah beliau, bahkan ada menteri-menteri Umno yang memperlekeh dan merendahkan kenyataan Mufti Perak berhubung isu yang berkaitan dengan kedudukan Islam sebelum ini.

"Isu mengenai kedudukan dan hal ehwal agama ini perlu ditangani oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga urusan agama Islam," katanya.

Beliau berharap agar Perdana Menteri yang juga merupakan Presiden Umno mengkaji semula hal ini dan prihatin serta sensitif untuk mengambil tindakan supaya ia tidak dibangkitkan kerana ia bersabit dengan sensitiviti umat Islam.

Ini kerana menurut beliau, mufti bercakap bukan di atas kapasiti parti yang disokong tetapi ia berkaitan dengan polisi yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Amaran tercetusnya peristiwa 13 Mei

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan, Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Ridhuan Mohd Nor ketika dihubungi berkata, "Pemuda juga memberi amaran tegas kepada pemimpin Gerakan supaya tidak campurtangan dalam urusan agama Islam kerana ia cukup sensitif."

Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Menangani Isu Murtad (FORKAD) juga mengharapkan Gerakan menghormati perkara 3, Perlembagaan Persekutuan dan kedudukan orang Melayu sebagai penduduk pribumi Malaysia.

Menurutnya, pada tahun 1950 orang Melayu telah berkompromi dengan kaum lain dan memperakukan mereka sebagai penduduk imigran dan mereka menerima hak istimewa orang Melayu dan Islam sebagai elemen yang didominasi oleh orang Melayu.

Tegas beliau, Forkad memberi amaran tegas kepada mana-mana pemimpin negara dan NGO supaya tidak bermain api kerana bimbang akan berulang kembali peristiwa 13 Mei 1969.

Ridhuan berkata, menurut satu kajian yang telah dijalankan sebelum ini, dari tahun 1511 hingga 1945, seramai 178 orang dilaporkan murtad.

"Ini merupakan suatu implikasi positif yang menunjukkan orang Melayu sangat sayang akan akidah Islam yang dianuti ketika itu," jelasnya

Menurut beliau sepanjang sejarah Tanah Melayu dijajah oleh Portugis,Belanda,Inggeris dan Jepun, mereka tidak pernah campurtangan dalam urusan berkaitan dengan Islam dan adat resam orang Melayu, seperti contoh Perjanjian Pangkor 1874 antara pihak Inggeris dengan pembesar Melayu ketika itu.

Ridhuan turut mengesyorkan agar Gerakan sepatutnya lebih fokus kepada isu rasuah dan kroni-kapitalisme yang semakin berleluasa dalam negara dan bukannya dalam urusan agama yang akan menyentuh sensitiviti umat Islam.

Tindakan Gerakan akan menaikkan kemarahan umat Islam

Dalam masa yang sama, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmud ketika dihubungi meminta agar pihak berkuasa dapat "handle with care" dalam menangani isu ini dengan teliti dan berhati-hati.

Menurut beliau jika sekiranya Dato' Seri Harussaini bersalah, maka yang berhak dan berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap beliau adalah Sultan Perak.

Dr Mariah berkata menurut perlembagaan Malaysia, hal berkenaan bidang kuasa ini sangat jelas termaktub dan beliau yakin pihak berkuasa mempunyai maklumat tentang perkara ini.

Beliau menegaskan bahawa ini adalah isu yang menyentuh sensitiviti umat Islam secara kolektif dan tidak harus dipolitikkan.

"Jika ada pihak-pihak tertentu yang mencampuri perkara ini maka ia akan menaikkan kemarahan umat Islam, termasuklah usaha untuk menggubal perlembagaan," katanya dalam nada yang bimbang.

Gerakan jahil perlembagaan dan undang-undang

Sementara itu, pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari dalam kenyataannya kepada Harakahdaily berkata, "dalam masa yang sama isu ini telah menyentuh sensitiviti umat Islam dalam situasi Gerakan tidak faham apa yang berlaku dalam kes Azhar Mansor itu sebenarnya mereka perlu selidik dan jangan bergantung kepada akhbar perdana sahaja."

Katanya , mufti adalah hak Sultan dan tiada siapa pun berhak untuk membuat kenyataan seperti itu hatta Perdana Menteri dan Umno sendiri tidak pernah membuat kenyataan terbuka seperti yang dilakukan oleh Gerakan.

"Gerakan jelas jahil kedudukan perlembagaan dan undang-undang (malah ini boleh dianggap sebagai hasutan di bawah Akta Hasutan 1948) dan sebagai parti komponen Barisan Nasional kejahilan ini amat memalukan dan Kheng Yeik kena ambil perhatian yang serius dalam hal ini," katanya tegas.

Jelas beliau lagi, mereka tidak berpuas hati dengan kedudukan Mahkamah Syariah di bawah Perkara 121(1A), tetapi itu diputuskan mengikut undang-undang yang ada sedangkan tuntutan Gerakan Segambut itu adalah sesuatu yang melanggar undang-undang.

Kuasa pelantikan itu adalah prerogatif (hak istimewa) mutlak Sultan sejak sebelum merdeka yang dikekalkan oleh perlembagaan bahkan Menteri Besar dan Perdana Menteri pun secara rasminya tiada kuasa apa-apa dalam hal ini, tambahnya dengan panjang lebar.

"Gerakan has already crossed the line; AG should consider taking action so that this will be a lesson to others.(Gerakan telah melampaui batas yang sepatutnya; pihak peguam negara seharusnya mengambil tindakan supaya ia akan memberi pengajaran kepada yang lain pada masa yang akan datang)," saran Profesor Aziz.

Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan semalam dan disiarkan oleh akhbar The Star hari ini.

Dalam konvensyen semalam, Gerakan telah mengusulkan Mahkamah Perlembagaan Khas untuk menangani isu yang berkaitan dengan agama.

Antara usul konvensyen semalam ialah memecat Mufti Perak, Dato' Seri Harussaini berikutan dakwaan terhadap kes penyebaran SMS yang mengaitkan Dato' Azhar Mansor yang memurtadkan sebilangan orang Islam di Perak sebelum ini.

Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong merangkap ketua Biro Agama Pusat berkata kebanyakan rakyat 'nonmuslim' berasa tidak senang dengan keadaan ini bahawa hak mereka telah dicabuli dengan sesuatu perlu dilakukan bagi membetulkan keadaan ini.

Resolusi berhubung gesaan agar Mufti Perak dipecat itu dicapai dalam Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan, 1 April lalu dan disiarkan oleh akhbar The Star, bertarikh 2 April.

"Bagi TERAS ini bukan kali pertama Parti Gerakan membuat kenyataan seperti ini kerana Presidennya pernah membuat kenyataan supaya pendidikan agama Islam tidak diajar di sekolah.

"Dengan yang demikian jelas Parti Gerakan mempunyai pendirian yang negatif terhadap kedudukan institusi Islam dan program Islam yang menjadi salah satu tumpuan utama kerajaan," kata Azmi.

Menurutnya lagi, usul Gerakan itu juga benar-benar mencabar kedudukan kuasa institusi agama Islam dalam Perlembagaan Persekutuan yang terletak di bawah kuasa negeri dan dilindungi oleh Raja-Raja Melayu.

Sehubungan itu, TERAS ujar beliau mendesak Gerakan menarik balik usul tersebut dan memohon maaf kepada Sultan Perak.

"Bagi TERAS isu yang ditimbulkan sudahpun diselesaikan dengan penjelasan yang telah dibuat oleh Mufti Perak kepada Sultan dan pihak keselamatan. Oleh itu kenapa pihak Parti Gerakan mahu membangkitkannya lagi?

"TERAS mengingatkan Parti Gerakan bahawa dengan terus membangkitkan isu agama Islam yang jelas kedudukannya dan telah terang peruntukan kuasa agensi-agensinya di negara ini, akan menimbulkan ketegangan yang merbahaya kepada keamanan dan kehormanian di kalangan masyarakat," jelas beliau.

Azmi juga melahirkan rasa hairan kerana di saat Setiausaha Agung Gerakan, Chia Kwang Chye mahu semua pihak saling memahami bila mengendalikan isu agama, usul memecat Mufti Perak ditimbulkan oleh Gerakan Wilayah Persekutuan.

Sehubungan itu, TERAS mengesa Perdana Menteri selaku Pengerusi BN mengambil tindakan tegas terhadap anggota partinya yang menimbulkan isu mencabar kuasa Raja -raja.

"Membiarkan usul ini diketengahkan akan memberi mesej yang merbahaya kepada masyarakat dan menimbulkan ketegangan yang tidak perlu," tegas Azmi.

Gerakan sudah melampau dan biadap

IPOH, 2 April (Hrkh) – Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, Haji Asmuni Awi menyifatkan kenyataan Pengerusi Gerakan Wilayah Persekutuan, Dato' Dr Tan Kee Kwong, yang meminta Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussaini Zakaria, dipecat sebagai perbuatan yang melampau dan biadap.

“Apa haknya untuk meminta Mufti Perak itu dipecat, ia tidak ada kena mengena dengan Gerakan atau orang bukan Islam.

“Kedudukan Mufti adalah jawatan yang tertinggi dalam Islam, mereka merupakan orang yang paling dihormati kerana keilmuannya dan orang yang paling berkelayakan untuk membuat fatwa,”tegasnya.

Menurutnya, Gerakan tidak sewajarnya cuba menyentuh dan `menghina’ dan `merendah-rendahkan kedudukannya, kerana itu Gerakan tidak sepatutnya meminta Mufti Perak dipecat.

"Kuasa melantik atau `memberhentikan’ mufti terletak di bawah kuasa Sultan Perak, kerana itu Gerakan Wilayah Persekutuan tidak wajar mencampuri hak dan kuasa Sultan selaku Ketua Agama Negeri.

“Kenyataan itu boleh ditafsir sebagai `menghina’ Sultan dan mencampuri hal ehwal agama Islam, Gerakan jangan cuba `bermain api’ , isu ini teramat sensitif,” tegasnya lagi.

Sehubungan itu beliau mahu Gerakan menarik balik usul berkenaan yang telah diluluskan pada Konvensyen Parti Gerakan Wilayah Persekutuan dan memberi amaran kepada Gerakan jangan sesekali cuba menyentuh istitusi agama Islam.

Lagipun, katanya, Mufti Perak tidak bersalah dalam hal ini, bukan beliau yang menghantar SMS berhubung isu Dato' Azhar Mansor yang dikatakan `telah keluar dari Islam’ dan akan bertindak mengkristiankan beberapa orang pelajar Melayu di negeri ini.

“Isu itu telah selesai bila Mufti Perak memperjelaskannya kepada pihak keselamatan dan Sultan Perak, kenapa pula ianya diungkitkan lagi,” katanya.

Beliau mengingat Gerakan Wilayah Persekutuan itu, agar lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan supaya ia tidak menyentuh isu agama.

Menurut beliau lagi, apa yang ditimbulkan oleh Gerakan itu, mengenai perlunya sebuah Mahkamah Khas ditubuhkan bagi membicara orang bukan Islam, ianya tidak perlu kerana Mahkamah Syariah sudah ada.

“Orang bukan Islam jangan salah anggap, Mahkamah Syariah tidak perlu bertindak `berat sebelah’ Mahkamah Syariah adil pada semua, kerana itu apa perlunya Mahkamah Khas?” tanya beliau.

Beliau meminta bukan Islam jangan `prejudis’ terhadap Mahkamah Syariah, mana-mana orang Islam yang reda dan bersetuju untuk dibicara melalui Mahkamah Syariah tidak ada masalah, mereka akan dibicarakan dengan adil tanpa prejudis. - mks.

Berita penuh pada Harakah daily, Agenda Daily, Malaysia-today