25 April 2007

Terjatuh dan Ketemu cinta 3


"aku ni sebenarnya baik". kenapa lisannya seakan asing?
kerana itu sebenarnya lahir dari hati manusia sebenar. kerana itu bahasa pertama manusia didunia adalah tangisan. apa yang ditangisi? apa yang menyedihkan hatinya. jawapannya cuma satu. dunia ini terlalu keras untuk hati yang lembut fitrahnya itu. saat pertama bersemuka dengan dunia ini. dia sudah menangisi kepedihannya. ironi antara keduanya membuatkan tiada bahasa lain yang lebih mudah dari serangkap tangisan. kerana manusia itu fitrahnya baik. cintakan kebaikan dan ingin dipandang baik.

masa berlalu. makin dia kenal pada dunia. makin menipis jurang antara keduanya. makin kenal sahabat-sahabat seusia secita-cita. makin petah bertitah dengan loghat dunia. makin punya minat pada yang di depan mata. makin punya cita. makin punya cinta. oh rupanya dia makin dia dewasa!

betul? atau sebenarnya makin dia jauh dengan fitrahnya. makin renggang dia dengan hatinya sendiri. kerana itu bahasanya bukan lagi tangisan. tapi bicara keangkuhan.

"aku bukan skema". "aku cool". "aku tak layan jiwang". "aku metal". "aku bukan budak alim". "aku bukan budak surau". "ape cite insaf-insaf". "aku nak bebas". dan bahasanya makin sukar difahami. makin payah dihayati. semua gagal mentafsir
tapi..






sebenarnya kosong






tiba-tiba dia disergah dengan pekikan hingar yang seperti tiada pernah didengarnya. tiba-tiba dia dijerit dengan laungan bingit yang seperti asing dari gegendang telinganya. bahasanya dalam. kiasannya samar

“Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertakwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.”(Al-Anfal:29)

rupanya pekikan ini datang dari hatinya. hatinya yang dia sendiri sudah lama tak berbicara dengannya. teriakan ini datang dari hatinya. yang dia sendiri hampir lupa tutur bicaranya.

dan hati ini sebenarnya mahu mengkhabarkan kerinduan. rindu yang amat. rindu yang amat sangat untuk dia kembali. kembali kepada fitrahnya. baik.

hatinya mahu dia percaya. menjadi baik bukan sukar. dan bukan juga sukar menjadi baik. keluhan bukan penghapus noda. sesalan bukan pelupus dosa. dan airmata pun bukan penebusnya jua. hanya satu jalan untuk kembali. kembali pada Dia. kembali pada cintanya. kerana hati ini sesungguhnya rindu. rindu dengan cintaNya.

rupanya hati ini juga betul-betul jatuh cinta.

buat sahabat yang merindui jalan pulang. Allah jua cintakanmu

7 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. rindu pada fitrah; sukakan kebaikan, inginkan kebaikan. entri yang menyentuh jiwa. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:07 PM

    Sudahkah kite kenal diri dan fitrah diri? paling penting sudahkah kita kenal dan cinta pada Pencipta diri..

    "Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama Allah; (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui" 30:30

    wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. selalu dan selalu kita terlupa kan. tapi mujurlah ada yang ingatkan =)

    ReplyDelete
  5. Anonymous8:56 PM

    "aku juga amat rindu..
    kembalikan indah!!!"

    ReplyDelete
  6. Anonymous10:27 PM

    kna print lkat kt dinding nih bia igt slalu....

    layout & penggunaan bahse yg mantuppsss...syg jd dr..nk bkias dgn patient 1 kje lg...Huhu /*sperti ihsan*/

    ReplyDelete