30 March 2007

"aku masuk hospital harini"

soalan wajib- "apsal smart2 ni?" jawapan wajib- "aku masuk hospital harini" respon sunat muakkad- "sape sakit?", "wat pe kat hospital", "waaaaaaaa"


practical year medic mmg jd persoalan bg sume orang. ni aku nak jawab misteri practical year dari pandangan aku.


half a doc half a student

pertama orang akan pelik- kenapalah aku pakai smart2 hari2? lagaknya seperti jurujual insurance atau MLM yangheboh diperkatakan haram lately. hakikatnya: memang kene pakai gitu, kalau tak kena halau. so jd satu hal plak setiap ahad kene menggosok baju. mcm kt msrsm plak rasa.

keduanya, org dah mula ingat aku da bley wat sume mende dr diagnose sampaile ke merawat.
hakikatnya: punyalah banyak mende xtahu. bile kene tanye soklan cepu mas ngan consultant kat hospital seperti "do you know what could replace cisplastin with, for patiet with post-chemo toxicity?" dialog aku next "........................" (blank). psycho betul! (baca: muka still maintain yakin dan gigih)


ketiga orang duk wonder (bukan wonderful) psl ape la yg aku wat kt hospital. adakah makan makanan patient (seperti yang digambarkan sahidam) atau merawat patient (seperti yang difikirkan oleh sirul) atau melepak2 sambil berborak2 dengan nurse (seperti yang ihsan plan nak buat bile prac die nnt..haha).
hakikatnya: depends. kadang2 banyak keje. kadang2 xde mende. yg penting kena look after several patients (interview, check up, borak2, kutuk2 doktor bersama dia) dan kemudian follow up die (tgk case note, bincang dgn resident doc, dan wat xtau-most of the cases).


jabatan kecemasan hospital diraja Adaleide. ntah bila la adelaide ada raja aku pon xtau


3 mende yg best yang aku nak share waktu wat prac

#selalunya patient akan ingat kita doc, so akan panggil kita "doc" dan tanye soklan. minit pertama ko akan rasa bangga. minit kedua kantoi..xtau nak jawab ape so jawab " i'll ask the registrar about that'..cause i aint a bloody doc YET. kalau nasib baik doc baru ponakan ingat kita senior doc (baca: tp mungkin itu kerana muka aku nampak tua..adeih)


#every rotation/ department akan ada meeting yang selalunya pharmacho/ syarikat ubat supply makan (baca: rasuah doc suruh beli ubat die). dan makanan nya sangatlah meriah dan hotelisticnya (perkataan ciptaan aku yang jakun ngan makanan hotel). so itu adalah aktiviti yang aku setakat ni xpernah lg miss kat hospital. moral: ape ade ngan k-noodle!


#syarikat2 ini juga menghadiahkan kita dgn macam2, lagaknya spt seorang santa claus. bg pen, sticy note, note book, name tag holder dan sebagainya. aku pon akan ambil dengan muka xteruja (baca: dalam hati terkinja2 keseronokan). ramai da dapat. sapa berminat bley request barang2 ni sebab aku da de berlambak.


#part yg xbest adalah bila kena present case dlm meeting yg ada lapan consultant. rasa tu cam nak putus saraf confidence aku. lg2 consultant yg psycho cm psychiatrist kt lyell Mc Hospital


#lgh satu kt spital diorg xpanggil ktrg medical student. diorg panggil junior doctor. (baca; kembang gakla..muahaha)


logo yg serabut gila. sume mende nakletak kt situ. kalao wat pertandingan mewarna logo sure bebudak pening.

macam2 yang best. nnt cite lg. nway i've just completed my elective rotation today: Medical Oncology, which is mainly about treating someone with all sorts of cancer with chemotherapy. indeed it's true that C6- medical onology ward in RAH is full of dying patient. didnt believe it before. most of the patients is at the very last stage of their disease and basically waiting for death penalty from what eva asbab. feel sorry most of the time. but sometime wonder how would they face their next stage of life. or how would i as well. kind of pity but also guilty. as you know what will happen next. in barzakh life.

kita akan terperanjat utk tahu yang semua patient2 ni da tau yg diorg akan mati dan semuanya biasanya menerimanya dgn baik. tp aku kekadang terpk. alangkah baiknya kalau diorang menerima Islam waktu ni..at least sebelum diorg mati. kadang2 diorg ni pk mati tu simple sgt. sebab tu xrasa apa. padahal apa yang akan berlaku selepas mati tu sepatutnya akan buat kita lain. lain as in lain!

xtau la..may be aku yang emosional. tp mudah2an kita semua mati dalam Islam. xde masalah mati dgn cancer atau sakit jantung atau accident atau kapal terbang terhempas atau tertelan biji mangga atau dihempap pasu bunga. cuma satu- jangan mati di luar wilayah iman. a'uzubillah...

pape pon. rotation tu dah abes. next spinal injury unit- Hampstead.

26 March 2007

tribute to Thoheer, Muhsin dan Anas


thoheer- waktu memula aku sampai tu kecik lagi.. perangai pelik dan speaking dia takkan bley lupa punya

muhsin yang comel tahap tak bley tahan. wat ganti anak2 buah sendiri yang jauh. sampai ke harini percakapannya masih belum difahami. teringat gaya dia solat yang sgt mencabar tahap ke cute tan sesape jek

Anas yang sudah mula menunjukkan kecomelan die. bakal mengikut jejak abg2 nya.

adeila..cutenya budak ni

akhirnya betul2 juga akhi nazif sekeluarga pergi meninggalkan kami. setelah beberapa cubaan beberapa tahun kebelakangan ini gagal.. banyak sgt kenangan terutama dengan anak-anaknya. tgk thoheer membesar dan semakin jauh dari ikhwah..(bukan xjoin tp die mmg baik ngan pihak sebelah sana..haha), menerima kedatangan muhsin yg kemudian nya jd baby paediatric attachment 2nd year aku.. dan kemudian melihat Anas plak datang ke Adelaide (lahir la maknenye..bukan dtg fly dr mesia).. sume tu akan dirindui insyaAllah. teringat pesan akhi nazif. "kalau tak berjumpa lagi di dunia, insyaAllah kita berjumpa di Syurga".. amin

Kesekian Kali (featuring munif ahmad)
Album : kias cinta
Munsyid : mohd suhaimi el-fardie
http://liriknasyid.com

kesekian kali kini ku berdiri
tulus hati di hadapanmu
masih terus merayu dengarkan aku

jalan yang berliku sepanjang hayatku
aku jua merasainya
lantas aku mengerti dan memahami

lihatlah ke dalam hatimu
percikan cahaya yang akan membara
menjadi penerang segala yang di depanmu

lihatlah jua ke hatiku
akulah temanmu
terimalah aku
kitakan bersama mengharung dunia fana ini

kesekian kali ku ulangi lagi
tidakkan pudar keyakinanku
yang kau akan berdiri
atas kemuncak tinggi

...dan salam untuk mereka2 yang bertemu dan berpisah kerana Allah. mudah2an berkongsi redha pencipta suatu hari nanti..

25 March 2007

Video Shows Palestinian Humiliation

RAMALLAH — Showing Israel's racist practices against the Palestinians, an amateur video showed on Monday, March 24, an unleashed Israeli military dog severely attacking a Palestinian woman and Israeli soldiers cruelly beating a Palestinian teenager in the West Bank.

"Israeli occupation soldiers are practicing sadist violence against unarmed Palestinian civilians," Palestinian Information Minister Mustafa Al-Barghuthi, who aired the video, told a press conference, reported the Palestinian news agency (Wafa).

The film showed an Israeli military dog unleashed by Israeli soldiers just bite and attack an elderly Palestinian woman in Bethlehem in a shocking and terrifying scene.

Israeli soldiers appeared indifferent to screams of the terrified woman before one of them finally moved to release her arm from the dog's mouth.

The video also showed two Israeli soldiers harshly assaulting a 17-year-old Palestinian teenager at a checkpoint in the town of Hawwara in southern Nablus.

Apartheid

Barghuthi said the Israeli policies were worse than South Africa's past apartheid.

"The cameras showed the worst and most ugly acts the Palestinians are facing at the hands of Israeli soldiers at the barriers," he said.

"The occupation soldiers are torturing the Palestinians."

"This behavior", Barghuthi said, "shows that the Israeli policy is worse than South Africa's notorious past apartheid as deemed by former US president Jimmy Carter."

In early December, Carter, a 2002 Nobel Peace Prize laureate, released his new book "Palestine: Peace Not Apartheid" in which he blasted "an enormous imprisonment wall" Israel is building in the West Bank.

"when Israel does occupy this territory deep within the West Bank, and connects the 200-or-so settlements with each other, with a road, and then prohibits the Palestinians from using that road, or in many cases even crossing the road, this perpetrates even worse instances of apartness, or apartheid, than we witnessed even in South Africa," Carter wrote.

Barghuthi said that the Palestinians are suffering daily humiliations at Israeli checkpoints.

"This is a well-established Israeli policy against the Palestinian civilians," he stressed.

"The Palestinians are forced to stop at more than 525 Israeli checkpoints established in the West Bank."

The minister pointed out that 61 Palestinian women were forced to give birth at Israeli barriers as they could not reach the hospitals.

According to the UN estimates, a total of 36 Palestinian babies have died because their mothers were detained during labor at Israeli checkpoints.

Barghuthi called for trying Israeli Prime Minister Ehud Olmert and Defense Minister Amir Peretz for the daily humiliation of the Palestinians.

He said that the Palestinian government will seek the help of the international organizations to intervene to stop the Israeli racist practices against the Palestinian civilians.

quoted from islamonline.net

Click to watch the Video


22 March 2007

lena rakyat sebagaimana lena seorang perdana menteri

Semua orang mengeluh selepas pengumuman kenaikan tol berkuatkuasa 1 Januari 2007 ini. Seperti selalu, para menteri pantas mewajarkan tindakan menaikkan apa juga perkara yang dinaikkan sama ada harga minyak, tarif elektrik, air atau tol.

Saya mendapati para menteri tidak peka dengan apa yang berlaku di bawah, setiap kali pengumuman kenaikan harga dibuat. Walaupun Shafie menteri hal ehwal pengguna mengatakan kadar tol hanya di jalan-jalan raya tertentu yang jarang digunakan oleh lori mengangkut barangan, hakikatnya, setiap kali pengumuman dibuat pastinya semua barang akan mencatat kenaikan.

Setiap kali, menteri berjanji akan mengawal harga supaya para peniaga tidak mengambil kesempatan dan menaikkan harga sesuka hati mereka. Inilah skrip mereka setiap kali naik harga.

Pengguna juga akhirnya akan menanggung beban kenaikan harga dengan pendapatan yang tidak bertambah selama beberapa tahun.

Pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengatakan kerajaan sudah tidak mampu menanggung subsidi yang besar jumlahnya dan tidak mampu membayar pampasan kepada syarikat konsesi jika tidak menaikkan tol mengikut perjanjian yang dipersetujui.

Yang mengahairankan ialah Perdana Menteri agak acap kali juga ke luar negara membuat lawatan rasmi di merata dunia sejak menjawat jawatan Perdana Menteri. Baru-baru ini ketika negara dilanda banjir besar di selatan, Abdullah sedang berada di luar negara, Venezuela.

Menurut seorang rakan yang bersama rombongan perdana menteri setiap kali Abdullah pergi ke luar negara, rombongan yang mengiringi Abdullah selalunya besar, termasuk dengan pengawal-pengawal peribadi, para isteri menteri-menteri dan ahli-ahli perniagaan dan ada juga yang membawa ahli keluarga yang lain. Setiap kali mereka akan menginap di hotel lima bintang dengan menggunakan segala kemudahan yang disediakan dan bilnya ditanggung oleh kerajaan yang sebenarnya adalah wang rakyat pembayar cukai.

Rakan saya menceritakan bagaimana seorang daripada mereka yang dalam rombongan (hanya pekerja bawah sahaja) membuat panggilan dari luar negara setiap hari bagi mengikuti perkembangan ahli keluarganya yang sakit. Semuanya ditanggung oleh kerajaan!

Kemewahan dan pembaziran yang berlaku ketika rakyat mengikat perut bagi mengurangkan perbelanjaan, suatu yang tidak kena.

Pada ketika rakyat dihimpit kos sara hidup yang tinggi, kerajaan masih mahu meneruskan penganjuran majlis-majlis yang hanya memberi manfaat kepada golongan elit negara. Lihat saja majlis Piala Monson yang diteruskan juga di Terengganu, di tengah-tengah masyarakat yang antara termiskin dalam negara. Begitu juga dengan keputusan kerajaan untuk meneruskan pembinaan sebuah lagi istana untuk Yang Di Pertuan Agong. Segalanya tidak dapat difahami rasionalnya.

Di manakah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin yang mengurus kekayaan negara, tidak langsung menunjukkan keprihatinan mereka terhadap penderitaan rakyat. Apakah yang akan membuat pemimpin-pemimpin sedar yang rakyat sedang menderita dan perlu dibela? Perlukah sampai ke tahap rakyat mati kebuluran baru pemimpin-pemimpin bergegas-gegas mencari jalan penyelesaian? Tidakkah kadar jenayah yang semakin meningkat menjadi satu indikasi bahawa kehidupan rakyat terlalu menekan sehingga ada yang terpaksa mencuri, merompak, menyamun, meragut dan segala macam jenayah.

Penagihan dadah juga merupakan petanda bahawa kehidupan rakyat begitu tertekan sehingga terpaksa mencari ketenangan palsu.

Ramai ibu bapa terpaksa melakukan dua sehingga empat jenis pekerjaan bagi memastikan pendapatan mencukupi untuk menyara keluarga. Tidakkah menteri-menteri yang duduk selesa di pejabat-pejabat berhawa dingin mereka, berfikir bahawa apabila ibu bapa yang terpaksa meninggalkan anak-anak mereka dalam tempoh waktu yang lama setiap hari akan membesarkan anak-anak yang terbiar dan kurang kasih sayang. Lihat sajalah, masyarakat yang kian hilang rasa kasih sayangnya terhadap insan yang bernama manusia. Sudah tidak menjadi kehairanan berita di akhbar-akhbar mengesahkan berbagai jenis pembunuhan; suami bunuh isteri, anak bunuh ibu kandung, emak bunuh anak dan berbagai lagi kemelut dalam masyarakat.

Bilakah semua ini akan berhenti dan pulih kepada keadaan damai dan sejahtera? Siapakah yang akan menyelamat dan membawa perubahan yang diidam-idamkan oleh rakyat jelata?

Saya teringat semasa zaman Ibnu Taimiyah, apabila Sultan mengeluarkan arahan untuk memungut cukai tambahan ke atas rakyat, Ibnu Taimiyah terus membantah. Beliau yang bertugas sebagai penasihat Sultan telah membantah tindakan tersebut, kerana beliau melihat mengapa rakyat perlu membayar cukai sedangkan raja hidup dalam keadaan mewah dan membazir. Perkakas dan barangan emas yang menghiasi istana raja perlu dileburkan dahulu sebelum dikenakan cukai tambahan ke atas rakyat.

Adakah pemimpin yang ada sekarang sanggup mengorbankan hartanya untuk rakyat? Di manakah nilai insan ”The Towering Malaysians” yang dihebohkan sangat oleh Abdullah. Mulakan dengan pemimpin-pemimpin sebagai contoh ikutan kepada rakyat.

Ibu bapa saya (penyokong tegar) yang sebelum ini kuat mempertahankan tindakan kerajaan Barisan Nasional kini sudah tidak mampu lagi mempertahankan tindakan BN yang menyusahkan dan tidak rasional. Bagaimana dapat diyakini lagi yang BN menjaga kepentingan rakyat jika rakyat terus diperah sedangkan pemimpin-pemimpin di atas terus hidup mewah bartambah kaya dan tidak sanggup bersusah-payah bersama rakyat.

”...merampas hak rakyat lagi ada, inikan hendak harapkan mereka serahkan harta yang ada. Apalah yang nak kaut banyak harta lagi, tak cukup ke apa yang ada untuk anak menantu, isteri pun tak ada,” keluh mereka, hairan dengan gelagat pemimpin negara.

Jadi ingat, 7 Januari 2007 bila ada perjumpaan bantahan kenaikan TOL, semua mesti keluar, zahirkan bantahan anda.

Selepas itu, nyatakan rasa tidak puashati anda dalam Pilihan Raya Umum ke-12, dengan memangkah Barisan Rakyat.

Belajar daripada penduduk Kuching yang menolak kerajaan yang gagal menjaga kepentingan rakyat dalam pilihan raya negeri yang lalu. Tolak BN.

artikel oleh Haniza Talha

21 March 2007

Media Arus Perdana Kini Berbohong Tahap Maksima

KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmmad Badawi dilihat sebagai kemuncak kebimbangan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada sumber berita yang dipaparkan melalui internet dan blog.

Mutakhir ini akibat ketakutan itu beberapa pengendali laman blog telah dihadapkan ke mahkamah oleh pihak-pihak yang turut serta menyokong aspirasi perjuangan Umno/ BN.

Namun gelombang kebangkitan rakyat yang mahu mendapatkan sumber alternatif dari blog dan internet semakin meningkat, malah ada 'trend' di kalangan golongan pertengahan dan elit menulis rasa hati dan pandangan mereka dalam blog-blog milik sendiri.

Begitupun kenyataan kerajaan dari beberapa menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin yang mahu blog tidak dijadikan sumber maklumat disangah oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa.

Menurut Ustaz Nasharudin, 'trend' sumber berita yang dirujuk rakyat hari ini sudah berubah kepada blog dan internet kerana krisis keyakinan rakyat terhadap media arus perdana yang banyak menyaksikan laporan yang tidak tepat.

Isu Nadiah pembohongan terbesar media

"Orang ramai kini mula beralih kepada blog kerana tidak percaya dengan media arus perdana, yang sanggup berbohong semata-mata untuk mendapat publisiti dan paling ketara kita tengok dalam isu adik Nadiah yang dilaporkan media mendapat keputsan 19A1 sebagai pelajar terbaik SPM, tetapi hakikatnya selepas keputusan dikeluarkan pelajar tersebut mendapat keputusan sebaliknya,"kata Ustaz Nasharudin ketika diwawancara Harakahdaily semalam.

Sambil menyifatkan tindakan media arus perdana itu satu yang memalukan, beliau melihat tindakan itu juga satu pembohongan ditahap maksima dan cukup tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun kerajaan terutamanya Perdana Menteri tidak pun mengambil tindakan tegas ke atas tindakan tidak bertanggungjawab media tersebut, ujarnya.

"Ini adalah satu situasi yang amat malang dalam tahap amalan profesionalisme kewartawanan di negara ini, ini memalukan.Bila TPM kata jangan percaya kepada blog saya nak nyatakan hari ini sebenarnya orang menggunakan sumber internet atau blog kerana orang tidak lagi percaya kepada media arus perdana,"tegas bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu.

Dasar langit terbuka

Menurut beliau, jika dahulu kerajaan sendiri menyarankan dalam dasarnya supaya rakyat menuju ke arah dasar lagit terbuka dengan penggunaan internet diperluaskan, namun dalam hal ini kerajaan dilihat sebaliknya, katanya.

Bagi PAS, sejak dahulu lagi parti ini terus memperjuangkan kebebasan maklumat yang dilihat perlu menjadi satu norma dalam masyarakat supaya orang boleh menilai dan pertimbangan kepada berita yang diterima, katanya.

"Walaupun akses internet tidak banyak tetapi dalam konteks masyarakat golongan pertengahan penggunaan internet sudah menjadi satu sumber," ujarnya lagi.

Jika 'tiada angin masakan pokok bergoyang'

Sementara itu, semasa mengulas mengenai desas-desus hubungan tidak baik antara PM dan TPM yang dilapor beberapa blog dan internet beliau menyatakan, kenyataan itu hanyalah sekadar untuk menjernihkan yang keruh.

"Saya melihat seluruh sistem pentadbiran kerajaan BN hari ini dalam satu suasana yang amat parah dan tenat dengan korupsi berada pada tahap tertinggi.Menarik sekali dalam kecelaruan ini, Timbalan Perdana Menteri berkata tiada masalah antara beliau dengan PM. Pokok takkan bergoyong kalau tiada angin.

"Kenyataan atau penafian itu bagi saya cuba menjernihkan suasana yang keruh, apapun saya rasa walaupun tidak semua rakyat merasakan hal ini, tetapi cukup ramai yang telah merasakan bahawa kita sudah berada pada satu tahap yang boleh saya katakan kerosakan tertinggi dalam sistem pentadbiran di mana orang nombor satu (PM), dua (TPM), seluruh menteri dan menteri kabinet dan masalah dalaman BN dengan Gerakan dan PPP saling bertelingkah, dalam Umno saling berbalah dan semua ini dalam keadaan porak peranda,"katanya lagi.

As Quoted from harakahdaily.net

pencarian yang berhasil akhirnya..

Assalamualaikum.. da dekat 4bulan tak update apa2 apa dalam blog ni. bukan busy sgt..tp password hilang...huhu (jgn btau org). pas da dapat retrieved semula. ni la post pertama untuk new outlook. mudah2-an dapat ilham baru untuk post banyak lagi.