KUALA LUMPUR, 21 Mac (Hrkh) - Perang mulut antara bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmmad Badawi dilihat sebagai kemuncak kebimbangan Umno dan Barisan Nasional (BN) kepada sumber berita yang dipaparkan melalui internet dan blog. Mutakhir ini akibat ketakutan itu beberapa pengendali laman blog telah dihadapkan ke mahkamah oleh pihak-pihak yang turut serta menyokong aspirasi perjuangan Umno/ BN. Namun gelombang kebangkitan rakyat yang mahu mendapatkan sumber alternatif dari blog dan internet semakin meningkat, malah ada 'trend' di kalangan golongan pertengahan dan elit menulis rasa hati dan pandangan mereka dalam blog-blog milik sendiri. Begitupun kenyataan kerajaan dari beberapa menteri termasuk Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak dan Menteri Penerangan, Dato' Seri Zainuddin Maidin yang mahu blog tidak dijadikan sumber maklumat disangah oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Menurut Ustaz Nasharudin, 'trend' sumber berita yang dirujuk rakyat hari ini sudah berubah kepada blog dan internet kerana krisis keyakinan rakyat terhadap media arus perdana yang banyak menyaksikan laporan yang tidak tepat. Isu Nadiah pembohongan terbesar media "Orang ramai kini mula beralih kepada blog kerana tidak percaya dengan media arus perdana, yang sanggup berbohong semata-mata untuk mendapat publisiti dan paling ketara kita tengok dalam isu adik Nadiah yang dilaporkan media mendapat keputsan 19A1 sebagai pelajar terbaik SPM, tetapi hakikatnya selepas keputusan dikeluarkan pelajar tersebut mendapat keputusan sebaliknya,"kata Ustaz Nasharudin ketika diwawancara Harakahdaily semalam. Sambil menyifatkan tindakan media arus perdana itu satu yang memalukan, beliau melihat tindakan itu juga satu pembohongan ditahap maksima dan cukup tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun kerajaan terutamanya Perdana Menteri tidak pun mengambil tindakan tegas ke atas tindakan tidak bertanggungjawab media tersebut, ujarnya. "Ini adalah satu situasi yang amat malang dalam tahap amalan profesionalisme kewartawanan di negara ini, ini memalukan.Bila TPM kata jangan percaya kepada blog saya nak nyatakan hari ini sebenarnya orang menggunakan sumber internet atau blog kerana orang tidak lagi percaya kepada media arus perdana,"tegas bekas Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu. Dasar langit terbuka Menurut beliau, jika dahulu kerajaan sendiri menyarankan dalam dasarnya supaya rakyat menuju ke arah dasar lagit terbuka dengan penggunaan internet diperluaskan, namun dalam hal ini kerajaan dilihat sebaliknya, katanya. Bagi PAS, sejak dahulu lagi parti ini terus memperjuangkan kebebasan maklumat yang dilihat perlu menjadi satu norma dalam masyarakat supaya orang boleh menilai dan pertimbangan kepada berita yang diterima, katanya. "Walaupun akses internet tidak banyak tetapi dalam konteks masyarakat golongan pertengahan penggunaan internet sudah menjadi satu sumber," ujarnya lagi. Jika 'tiada angin masakan pokok bergoyang' Sementara itu, semasa mengulas mengenai desas-desus hubungan tidak baik antara PM dan TPM yang dilapor beberapa blog dan internet beliau menyatakan, kenyataan itu hanyalah sekadar untuk menjernihkan yang keruh. "Saya melihat seluruh sistem pentadbiran kerajaan BN hari ini dalam satu suasana yang amat parah dan tenat dengan korupsi berada pada tahap tertinggi.Menarik sekali dalam kecelaruan ini, Timbalan Perdana Menteri berkata tiada masalah antara beliau dengan PM. Pokok takkan bergoyong kalau tiada angin. "Kenyataan atau penafian itu bagi saya cuba menjernihkan suasana yang keruh, apapun saya rasa walaupun tidak semua rakyat merasakan hal ini, tetapi cukup ramai yang telah merasakan bahawa kita sudah berada pada satu tahap yang boleh saya katakan kerosakan tertinggi dalam sistem pentadbiran di mana orang nombor satu (PM), dua (TPM), seluruh menteri dan menteri kabinet dan masalah dalaman BN dengan Gerakan dan PPP saling bertelingkah, dalam Umno saling berbalah dan semua ini dalam keadaan porak peranda,"katanya lagi. As Quoted from harakahdaily.net |
21 March 2007
Media Arus Perdana Kini Berbohong Tahap Maksima
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment