pilu. innalillahi wainna ilaihirajiun. Allah lebih sayangkan dia. Jam 6ptg td, nenek aku yang tersayang pergi menemui penciptanya. dan tinggalkan kami untuk selamanya. malam td mimpi bertemu dengan dia. pelik. rupanya rindu dia pada aku singgah ke mimpi aku. dan bawa khabar. yang aku tak sempat menatap wajahnya sebelum dia meninggalkan aku. tuhan sahaja yang tahu betapa sayangnya aku pada dia. tapi Dia lebih tahu apa yang terbaik untuk wan.
dua bulan dia terlantar sakit. takde satu pon yang mampu dia jamah. mungkin kini dia lebih tenang dari semua derita itu. aku tahu detik ni akan datang juga. cuma aku terkilan aku takde di sisi dia di saat dia menyebut namaku..ya Allah. temukan kami semula nanti. dalam kalangan hambamu yang soleh. aku menanti detik itu. mungkin esok, mungkin lusa. siapa tahu. pilu. hati menangis tak siapa peduli.
Al Fatihah untuk Arwah wan, Pn. Minah binti Alin.
dari Mu ya Allah kami datang..dan kepadaMu jua kami kembali.
pilu.
takziah nizam..moga Allah beri kekuatan untuk nizam hadapi saat yg sukar ini.moga moga Allah temukan nizam dgn wan kelak,dalam keadaan seperti yg nizam mahukan.
ReplyDeletemenumpang sedih aku tgk situasi ni, tp semua tu dah di rancang oleh perancang yg terbaik, Allah. semoga roza sabar dah tabah, semoga apa yg ko doakan utk wan ko Allah dgr dan Dia meletakkan wan ko di kalangan org2 yg beriman....aku ade sini utk ko lepaskan sedih ek
ReplyDeleteinnalillahi wainna ilaihi raji'uun..
ReplyDeletesemoga nenek dilimpahi rahmat Allah..dan semoga dihimpunkan bersama-sama dengan org-org yg soleh solehah.. amiin..
takziah encek..
ReplyDeletesemoga pertemuan di syurga menjadi pasti..
takziah encik reze.
ReplyDeletesabarlah..
ReplyDeleteTakziah..moge diberi kekuatan.Allah lebih menyayanginya..Drpd Allah kite didtgkan n kpd Allah jua kiter dikembalikan..
ReplyDeletemacam kata nizam, nenek je pun tapi org yg kita rapat dan sayang memang amat terasa kehilangannya walau siapa pun dia. biarpun coretan tak dpt mengungkapkan sebenarnya apa di dalam hati tapi masih dpt dirasai kepiluan yang melanda. walaupun dah lama tp diri ini masih ingin menyampaikan rasa takziah dan kiriman doa semoga nizam bersabar.
ReplyDelete