Semenjak dua menjak ini lidah ini basah dengan kisah Saad bin Rabi’ie. Ungkapan hebat perwira Uhud ini sebelum syahidnya menjadi kata-kata pembakar jiwa yang makin hari makin layu. Dari tubuhnya yang tertusuk tujuh puluh tikaman pedang musuh, dia menyeru sahabatnya Zaid bin Tsabit.
“sesungguhnya aku telah tercium harumnya bau syurga. Katakan kepada kaumku golongan Ansar, tidak ada penipuan di sisi Allah bagi kamu sekiranya kamu ikhlas terhadap Rasulullah s.a.w dan selagi pada mata kamu terdapat mata yang sanggup mengerdip.”
Kemudian rohnya diangkat menemui kekasih yang dicintainya selama ini.
Setiap kali menyelak helaian kisah ini, setiap sudut hati tergambar tentang suatu perkara yang sangat asas dalam perjuangan..iaitu perasaan menanggungnya. Dalam kepala terbayang plot kisah ini tergambar semula setiap saatnya. Bermain-main dalam fikiran, terngiang-ngiang dalam kepala kata-katanya dan seakan terpalit sama rasa pedihnya liang-liang luka Saad pada kita. Cubalah sebaik mungkin menggambar dan merasakannya.
Satu yang pasti ialah ianya tidak akan sama.Tidak akan sama sekali. Kata Saad “aku telah tercium bau syurga..” inilah syiar sebuah perjuangan. Bilamana yang menanggung perjuangan itu merasakan sendiri kemanisan perjuangannya dengan rupa, rasa, bentuk, cerita, pengalaman dan segalanya dalam bentuk yang tersendiri. Khusus untuknya.
Sehebat mana seorang ibu menceritakan kasih sayangnya pada anaknya, ceritanya itu tetap tidak akan sama dengan kasih sayang sebenar yang dia rasa dan anaknya terasa. Sehebat mana seorang pemain bola menceritakan keasyikannya bermain bola, tetap tidak akan mampu mengghairahkan seorang lagi yang tidak sedikitpun berahi kepada bola atau apa-apa permainan. Sesungguh mana pun seorang pencinta sastera menggambarkan kehebatan bait-bait bicara sasterawan yang dikaguminya, takkan mampu mengubah minat dan cita-cita seorang yang buta bahasa dengannya.
Begitulah juga kemanisan sebuah perjuangan. Takkan mampu diceritakan semula, digambarkan kembali atau disyairkan berulang. Kerana ianya tidak akan sama, dengan mereka yang menanggungnya sendiri.
Itulah maksudku kemanisan perjuangan itu pada yang menanggungnya.
Bangun awal pagi, subuh di masjid, belajar seharian, petangnya rehlah bersama keluarga, riadhah bersama sahabat, malamnya ke program, sebahagian malam habis berbicara masalah ummah, melabuhkan kepala dalam sejam dua, bangun qiam bersama sahabat, paginya berkongsi fikrah dengan sahabat perjuangan, kemudianya ziarah mad’u yang perlukan teman bicara, kemudian bergegas menyudahkan asignment yang menanti dan seterusnya hari berjalan berputar atas paksi yang sama....lagi dan lagi...
Di mana manisnya?
Di mana manisnya perjuangan yang engkau ceritakan tadi?
Jawapannya ada pada jiwa-jiwa yang melaluinya. Tanyakan pada mereka satu-satu, seorang demi seorang.. semuanya mungkin tidak punya jawapan. Kerana manisnya perjuangan itu..tidak punya kata terhampir untuk mengungkapnya.
Yang mampu diungkapkan..Cuma butir senyum. Dari seorang akh ke seorang akh...yang punya cerita yang sama. Walaupun watak yang berbeza.
Pada senyum itu..kulihat bulan...
Minggu lepas ada yang bertanya padaku.. kenapa perlu memilih satu jalan.
Maaf, perjuangan itu terlalu luas sempadannya...aku tewas memilih kata-kata untuk menjawabnya. Kerana bagi aku, perjuangan itu bukan pada kata-kata, tapi bila engkau menanggungnya. Oleh itu akhi, mari bersama menanggungnya. Nanti engkau akan ketemu sendiri jawapannya. Jauh lebih baik dari apa yang mampu aku jawabkan.
Nanti kau akan lihat sendiri..diwajahmu kulihat bulan.
indahnya perjuangan jika kita sama2 menanggungnya..... (maaf sbb xreti bermadah2.. huhu)
ReplyDelete...dan risalah ini kita tanggung bersama
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesaya terbau sesuatu yang 'berikan'
ReplyDeleteYang menanggung lebih merasa manisnya.
ReplyDeleteTidak sama sebuah cerita tentang manisnya gula dengan sebuah cerita merasa sendiri manisnya gula.
'Jawapannya ada pada jiwa-jiwa yang melaluinya. Tanyakan pada mereka satu-satu, seorang demi seorang.. semuanya mungkin tidak punya jawapan. Kerana manisnya perjuangan itu..tidak punya kata terhampir untuk mengungkapnya.
Yang mampu diungkapkan..Cuma butir senyum. Dari seorang akh ke seorang akh...yang punya cerita yang sama. Walaupun watak yang berbeza.'
Jazakallahu khair kerana mengajak untuk sama2 menanggung. Bantulah ana supaya tatihan ini mampu lebih maju, mahu berjalan dan berlari bersama.
* Sedang minum bersama Akh F, dan membaca entri ini. Tiba2 bersetuju dengan kata2nya. Ada 3 foto. Lawa dan cantik. Ada kasih sayang dan ukhuwah yang terpamer utuh. Tapi, kami ini?
moga tiada duka antara kita
...dan risalah ini kita tanggung bersama
(komen awal td didelete sbb ada typo)
ReplyDeletesori.
ana rasa kalau boleh letak semua gambar.. pasti diletakkan syahr.. maybe takde gambar group yang kita dah ambil.. apa2 pun bagi ana, kasih sayang tu letaknya pada perbuatan.. yakni implikasi benarnya perkataan kasih sayang yang diucapkan itu.. so, ana rasa kita semua rasa perkara itu.. lebih2 lagi apabila kita tanggung bersama satu perjuangan yang sama..
ReplyDeletesekadar pendapat seorang hamba yang faqir.. sangat boleh ditolak.. dan tidak perlu langsung untuk diterima..
saya setuju dengan komen faisal, tapi ... itu juga sekadar pendapat yang faqir juga.
ReplyDeletetolaklah kalau berani. =)
p/s: Faisal, nak kena pukul? huhu..
Salam ziarah.
ReplyDelete1. Paku dengan Faisal jangan pukul-pukul. Adik-beradik tak elok bergaduh.
2. Kemanisan menaiki sampan hanya akan dapat dirasai jika kita meletakkan diri dalam sampan itu dan sama-sama dayung, sama-sama buang air yang masuk dan tampal mana-mana lubang yang ada.
3. Mudah-mudahan terus kuat untuk mendayung dan berusaha dalam sampan ini. Kalau terkeluar dari sampan, susah la pulak, sebab tak reti berenang :(
to taufik:
ReplyDelete"arahan dari pihak atasan! sila update blog anda!"
to syahr dan fakhruddin
"kalau ini flickr, ana dah letak semua gambar yang ada. afwan koleksi terhad. gambar yang ada tidak ada kene mengena dengan yang hidup dan yang mati"
to hakim
"dari mcD pun sempat menyatakan kecemburuannya. yang baju hijau seluar jeans tu bukan anda ke? bg la gambar pasport cam fikri bagi nik punya tu, nnt ana letak"
to faisal
"jangan gaduh ngan fakhruddin, nt tak ley g mukhayyam"
p/s kalendar hijrah tu ntah pape ek. ada ke 1 syawal.
salam
ReplyDeleteok, pasni nizam letak semua gmbr passport ktrg! roti john bru di awal pembikinan(bru beli lamb mince), afwan. diharap sabar menuggu..huhu
terima ksh akh.maaf atas kekurangan ana....sememangnya ana sdg belajar.
ReplyDelete