ijtihad hati membawa pemilik Bahtera Hati berjalan-jalan. dalam perjalanan sempat menyelak helai demi helai naskhah Raqa'iq tinta Muhammad Ar Rasyid. terhenti pada bait-bait istimewa. terdiam pada kalimah yang sungguh berharga.
katanya..
jiwa mukmin itu seperti kupu-kupu yang terbang di permukaan air. tenang dalam diamnya, tetapi lebih fasih dari berbicara..
kupu-kupu yang mengepak rendah di dada air menampakkan bayang-bayangnya sendiri. tinggi rendah ia terbang. bagai menari ikut sama rentak air. namun dia senyap dan sepi. tak turut sama berlagu. makin dekat dengan air, makin jelas bayang wajahnya sendiri. makin cantik dan makin indah. namun tidak sekali pun ia terpesona dengan pesona bayangnya. tidak sekalipun ia terlintas mencecah kegigi air melihat lebih dekat kehebatannya. kerana dia tahu, dia akan basah dan tenggelam sayugia lemas disambar arus.
begitulah kupu-kupu yang bijak. tenang dalam diamnya, namun lebih fasih dari berbicara.
begitulah juga mukmin.
kupu-kupu itu dia
pesona itu kehebatannya
air itu dunianya
mukmin itu hidup menikmati indah dunianya, menghidu harum segarnya, mendengar indah alunannya. namun dia tidak akan sekali-kali membasahkan jiwanya dengan dunianya. kerana dia tahu dia akan tenggelam biarpun sekali atau sejenak cuma..
syahdu aku memikirkan..
tentang makhluk kecil dan ringan ini. tapi punyai jiwa yang besar dan hebat.
dan lebih menggetar hati..
bila aku fikirkan ceritanya yang sunyi dan sepi itu, tetapi sarat dengan mutiara kerana lisannya yang fasih walaupun tidak berbicara...
terkadang diri bimbang..
aku yang mahu menggelar diri mukmin ini..
kadangkala
bukan sekadar tidak tenang dalam diam, tidak fasih dalam bicara
malah adakalanya
serabut dalam kebisingan dan pelat dalam berbicara
ya Allah..
kurniakan ampunan padaku..
moga aku tidak jemu memohon..
sebagaimana Engkau tidak pernah jemu memberi..
p/s hari ini. genap lima bulan Mitsaqan Ghaliza...
Doakan kami sejahtera..
Oh, patutlah dulu pernah baca (dalam blog lain) "Mu'minun laksana kupu-kupu diam, terbang, tiada riak"...
ReplyDeleteBaru sekarang tahu. Penjelasan dalam "Raqa'iq" rupanya. Nasib baik ada preview dalam Fussilat (blog Nizam ni la).
Jazaka-Allahu khair...
Note: Nizam ngelat ek? Huhu.. Tak cakap pasal 'Baitul Muslim', tapi sebut pasal 'Mithaqan ghaliza'.. Semoga sejahtera, fidduniya wal akhirah, insyaAllah..
Mcm kata zaujah nta, 19:96. Semoga dirinya seperti 7:186 seperti yang dingin2kannya sendiri.
Doa2kanlah kami juga.
kantoi dating kat swinging bowl..
ReplyDelete