31 March 2008

hilang

Wajah dan perasaan tidak boleh menipu. Sesiapa yang melihat pasti setuju bahawa hati ini sangat tertekan. Sempit dada memikirkannya. Seolah-olah mati aqal memikirkannya. Mana mungkin sesuatu yang statik hilang melainkan digerakkan.

Kesimpulannya kunci yang hilang tempohari mengambil sebahagian masa yang Allah kurniakan. Untuk mencari, memikirkan, menggeledah, menenangkan hati dan mengabaikan tekanan.


La hawla wala quwwata ila billah…
Terasa dhaif dan lemahnya diri…


Mungkin cerita Al quran tentang yang hilang bisa menenangkan..


“maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan." Saad 38:32.


“Dan hilang lenyaplah dari mereka apa yang selalu mereka sembah dahulu, dan mereka yakin bahwa tidak ada bagi mereka satu jalan keluarpun.” Fussilat 33:48.


“dan apabila bulan telah hilang cahayanya” Qiamah 75: 8


Kunci yang hilang akhirnya



Masih belum di temui



Hasbunallah wa ni’mal wakil…
Mungkin itu yang terbaik

RAA muncul memberi harapan.
Tuan punya kereta kembali.
Jawabnya. “jangan risau, jangan fikir sangat reze…”

Jiwa memujuk hati.
Iman memujuk naluri
Mujur yang hilang itu kunci kereta..
Andainya yang hilang itu kunci ke syurga?


6:88. maka apakah Yang menyebabkan kamu (berpecah) menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu, padahal Allah telah menjerumuskan mereka (ke Dalam kekufuran) disebabkan apa Yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi pertunjuk kepada orang-orang Yang telah disesatkan oleh Allah? padahal sesiapa Yang telah disesatkan oleh Allah, maka Engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk menyelamatkannya.


5:41. … dan sesiapa Yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka Engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. mereka ialah orang-orang Yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa Yang besar.”


3:8…"Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati Kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya.”

moga yang satu ini takkan hilang sampai bila-bila
sehingga Al Haq memenangkannya

6 comments:

  1. pengumuman rasmi

    jazakallah khair dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam proses pencarian kunci. semoga Allah membalas dan mengurniakan kunci ke syurga buat antum.

    ReplyDelete
  2. Anonymous12:45 AM

    Dunia yang hilang, takkan sama nilainya dengan akhirat yg tercicir.. dunia lebih kecil nilainya dr sayap nyamuk.. sedangkan akhirat, di situlah kehidupan abadi utk selamanya..

    Tinggallah di syurga selamanya..
    atau
    tinggallah di neraka selamanya dan Allah tidak akan menambah kecuali azab kpd org yg ingkar ayat Tuhannya.. dan org yg ingkar kedatangan hari akhir..

    Manakah pilihan kita?
    Oleh itu sabarlah..

    “ Boleh jadi kalian membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kalian. Dan boleh jadi kalian mencintai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kalian. Allah Maha Mengetahui kalian tidak mengetahui.” (Al-Baqarah 216)

    ”Amat menghairankan sekali keadaan orang mukmin itu, sesungguhnya semua keadaannya itu adalah merupakan kebaikan baginya dan kebaikan yang sedemikian itu tidak akan ada lagi seseorangpun melainkan hanya untuk orang mukmin itu belaka, iaitu apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, iapun bersyukur, maka hal itu adalah kebaikan baginya, sedang apabila ia ditimpa oleh kesukaran- yakni yang merupakan bencana- iapun bersabar dan hal inipun adalah merupakan kebaikan baginya.” (hadith riwayat imam Muslim)

    ReplyDelete
  3. salam alaikum. tadi hilang kunci jg. mmg faham perasaan macamana. then tgk2 internet, ada entry pasal hilang kunci. terubat jg hati.

    "kunci" di sini adalah kesabaran dan tawakkal sepenuhnya pada Allah

    semoga Allah jumpakan kunci. keduanya di sini dan di syurga.

    p/s: lepas baca entri blog ni. tiba2 ada org tekan loceng rumah, turun bawah, bukak2 pintu, seorang sahabat menghulurkan kunci yang hilang. "nah, tadi ada oz kat luar tadi kasi kat ana, dia kata jumpa kunci ni atas jalan". Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!

    ReplyDelete
  4. ish2.. ksian.. sampai sandwich dan air teh yg dihidangkan kerna ukhwah pon x cukup mnenangkan hati yang gelisah tu..

    ReplyDelete
  5. haha.. dr dlu sp skang same je...

    manjang ilang kunci.. kes2

    ReplyDelete
  6. kunci telah ditemui. terima kasih mendoakan

    ReplyDelete