Kadang-kadang rasa segan untuk klik link ke blog sendiri. Sebab sedar yang apa yang akan di lihat mungkin sama apa yang dilihat minggu lepas, minggu-minggu lepas. (intro terbaik untuk beritahu yang blog ni sudah lama tidak diupdate). Tiada alasan. Kalau cakap sibuk pun, mungkin sekadar alasan biasa untuk penuhkan tempat kosong. Tapi hakikatnya, kadang-kadang malas nak menulis kalau apa yang ditulis sekadar memeriahkan blog. Tanpa ada apa-apa alasan. (adakah macam entry kali ini?).
Cuma kadang-kadang apa yang buat rasa bersalah adalah bila masih ada yang meng'access' blog ini walaupon dah lama tak update. Terima kasih.
20 september 2007, 0600pm dapat SMS dari jauh. Dari Malaysia, dari seorang best friend (7 tahun dulu, masih dan akan selamanya insyaAllah) kat Jasin.
Cuma kadang-kadang apa yang buat rasa bersalah adalah bila masih ada yang meng'access' blog ini walaupon dah lama tak update. Terima kasih.
20 september 2007, 0600pm dapat SMS dari jauh. Dari Malaysia, dari seorang best friend (7 tahun dulu, masih dan akan selamanya insyaAllah) kat Jasin.
"slm.dh berbuka?just read ur blog..im speechless.impressively shocking..seems like you really have found IT n left me far behind. M really want 2 get to know this new soul. Good for u. doakan aku gak. Perjalananku masih melangit jauh…:-I"
Terkedu membaca. Macam-macam perkara tiba-tiba menjelma dalam kepala. Rasa sayu dengan sebuah SMS. Terasa hari-hari semalam macam baru berlalu dalam sekelip mata. Cuba menyusun semula sejarah. Tapi aku semacam tertewas. Tak dapat nak letakkan kisah-kisah yang berlalu dalam sebuah jalan cerita. Siapa aku sepuluh tahun dulu. Siapa aku tujuh tahun dulu. Siapa aku di Jasin. Siapa aku di Intec. Siapa aku tahun pertama di sini. Dan siapa aku sekarang.
Macam terlalu kompleks untuk aku taipkan bait-bait perasaan ini. Cuma kadang-kadang aku terfikir. Betapa apa yang dikurniakan Dia pada aku hari ini membuatkan aku memandang hari-hari semalam dengan lebih bermakna. Mana mungkin aku hargai indahnya hidup dalam terangnya cahaya..kalau aku tidak kenal peritnya duduk dalam gelap gelita?
Entahlah. Mungkin halusinasi dan delusi aku seorang..kalau tak masauk akal, abaikan...
Hari-hari yang pergi. Peristiwa yang berlalu. Masa yang beransur pulang. Semua itu menambah mereka yang aku kenal. Menambah manusia yang aku sayang. Menambah pengalaman yang aku genggam. Menambah cerita yang aku karang. Menambah berita yang aku khabarkan. menmabah risalah yang aku tanggung.. dan yang paling aku harapkan. menambah cintaku pada Dia.
Terima kasih sahabat-sahabat yang aku lalui dalam perjalanan pendek aku ini. Tiada apa yang aku hadiahkan untuk setiap seorang dari kamu. Diri ini dhaif dan faqir.
Kalau ada yang bertanya. Akan aku katakan usia aku baru tiga tahun setengah...
...winter 2004~spring 2007.
Ya Allah..Apa agaknya yang aku akan bawa pulang bertemuMu nanti...
satu watak.. infiniti jalan cerita..
ReplyDeletemoga kita mendapat satu jalan yang lurus.. yang disinari hidayah Allah..
amin..
walaupun tatau jln cerita sbnr.. tp diri cuba menafsir.. dr minda sendiri...
ReplyDeletexpe..
watak tu dah baik skrg..
kan, faisal, kan?
sangat(99 kali) baik.. moga terus baik dan berusaha ke arah lebih baik.. dan ajak kami sekali jadi baik.. jangan tinggalkan kami ye.. huhu..
ReplyDeletesiapakah yg dimaksudkan ini? xkenal..
ReplyDeletebiar syah yang jawab.. huhu..
ReplyDeletefuad kot....
ReplyDeleteooo....
ReplyDeletekem salam kat watak M
ReplyDeletenape aku kene jwb?
ReplyDeletesebab ko lebih mengetahui jawapannya.. apa2 pun.. Allah Yang Maha Mengetahui..
ReplyDelete"Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada."
(Surah al-Mulk [67]:13)